"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Saturday, March 22, 2014

Ehh, Bencinya [Bab 14]




MEMANDANGKAN hari ini adalah hari Sabtu, jadi Qashrina sudah merancang mahu membawa Hamqa keluar berjalan-jalan. Awal pagi lagi, dia sudah keluar dari rumah dan memecutkan kereta menuju ke rumah Hamqa. Dia bercadang mahu membawa Hamqa berjogging bersama-samanya.
Tiba dihadapan rumah mewah itu, dia menekan punat loceng yang tersemat cantik di tiang hujung pagar automatik. Tidak sampai beberapa saat, muncul seorang lelaki yang segak mengenakan pakaian sukan keluar dari rumah dan menuju kearahku yang sudah masuk kelaman rumah itu apabila pintu pagar berwarna emas itu terbuka.
“Assalamualaikum.” Sapaku ceria.
“Waalaikumussalam. Cari siapa dik?” Soal lelaki itu sambil tersenyum nakal kepadaku.
“Saya nak cari Hamqa, dia ada?” Tanyaku. Malas mahu bergombrol dengan lelaki kepala mereng itu. Ehh, bencinya aku dengan lelaki ni. Masih tergiang-ngiang di kepalaku dia memanggilku mak cik! Hish, tak faham betullah aku...
“Hamqa? Dia tengah..”
Mummy!” Jerit Hamqa keriangan dan meluru kearahku. Dia memeluk kakiku. Aku melutut untuk menyamakan ketinggianku dengannya. Pelukannya ku balas jua.
Mummy datang sini sebab rindu Hamqa ke rindu daddy?” Tempelak Hamqa membuatkan aku membuntangkan mata.
Mummy nak rindu daddy? Huh.. Tak layak!”
Mummy nak pergi jogging ke baru balik?” Soal Hamqa apabila melihat mummynya mengenakan baju bersukan berwarna cerah. Menyerlah kejelitaan mummynya membuatkan dia tersenyum. Cantik!
Mummy datang sini sebab nak bawa anak mummy ni jogginglah. Jom..” Ajakku.
“Alah.. Hamqa pun nak keluar jogging dengan daddy jugak ni.” Jawab Hamqa serba salah. Nak ikut daddy ke ikut mummy? Kalau ikut daddy, mummy macam mana? Kalau ikut mummy, daddy macam mana pulak? Kalau aku tak ikut kedua-duanya, macam mana pulak erk?
Aku mengeluh kehampaan. Jadi, aku terpaksalah jogging sensorang hari ni? Hilang semangat aku!
“Lain kali nak datang, bertiahu dulu. Ye cik adik?” Suara itu membuatkan aku menjelingnya. Tapi.. Baru aku perasan, yang dia tidak lagi memanggilku dengan panggilan mak cik! Horeyy. Sukanya aku!
“Macam mana ni mummy?” Tanya Hamqa.
“Macam mana lagi. Hamqa ikut daddy ajelah. Mummy boleh jogging sensorang.” Jawabku. Suara, alahai lemahnya!
“Senang awak ikut kami ajelah jogging sama-sama.” Harris memberikan idea bernasnya.
Aku memandang lelaki itu. Dia juga memandangku. Ni yang aku malas kalau keluar dengan mamat ni. Ada aje yang tak kena nanti! Bukan boleh percaya sangat lelaki ni.
“Okay jugak tu daddy. Macam mana mummy?” Soal Hamqa memandangku. Jari kecil Hamqa sudah memegang kedua pipiku.
Aku merenung mata Hamqa. Ada riak permintaan dimata itu membuatkan aku menjadi serba salah untuk menolaknya.
Akhirnya.. “Okaylah.” Jawabku.
“Jom. Kita dah lambat ni. Awak parkirkan kereta awak kat dalam dan naik kereta saya.” Arah Harris.
“Kenapa pulak?” Tanyaku.
“Jimat minyak. Dan dapat mengurangkan pencemaran udara dengan bertambahnya bilangan kereta. Nak selamatkan bumi, kan?”
Aku mengeluh. Dalam pada mengeluh itu, aku turutkan juga.
Harris yang melihat reaksi gadis dihadapannya sekadar tersenyum. Kemudian, dia bersama Hamqa menaiki kereta Honda Accord miliknya.
Setelah memakirkan kereta, dia menuju kearah kereta berwarna hitam yang berhenti diluar pintu pagar.
Hamqa yang melihat mummynya mampir kearah kereta, segera menurunkan cermin tingkap tempat duduk belakang.
Mummy duduk depan ek.” Suruhnya membuatkan Qashrina mengeluh sekali lagi. Baru ingat nak duduk belakang tadi. Hailah nasibku!
Tanpa melengahkan masa, aku membuka pintu sebelah pemandu dan memboloskan diri ke dalam perut kereta. Tali pinggang ku pakai untuk keselamatan jalan raya. Juga keselamatan diriku sendiri. Dengan lafas basmallah, kereta memecut laju membelah jalan raya menuju ke sebuah tasik tempat kebiasaan mereka bersukan.
“Awak memang pendiam ke?” Tanya Harris. Semenjak tadi, gadis disebelahnya hanya mendiamkan diri.
Aku menoleh kearah lelaki itu. Tanpa disengajakan, aku melihat penampilannya. Segaknya dia dengan hanya berseluar panjang dan berbaju lengan pendek berwarna biru.
“Tak ada apa yang perlu dibualkan.” Jawabku memandang kehadapan semula. Melalui cermin pandang sisi, dapat dilihatnya Hamqa yang sedang bermain entah permainan apa di tempat duduk belakang.
“Macam mana boleh kenal Hamqa ek?” Soal Harris untuk menarik minat gadis disebelahnya supaya berbicara dengannya.
“Saya yang selamatkan dia dan bawa dia ke kaunter khidmat pelanggan masa dia kehilangan awak kat mall dulu.” Jawabku senafas.
“Ohh.. Anyway, terima kasih kerana mengurangkan penat lelah saya mencari Hamqa masa tu. Thank you very much.” Ucap Harris ikhlas.
Mentioned not. Kalau orang lain yang punyai rasa simpati melihat Hamqa menangis ketakutan pada masa tu pasti akan melakukan perkara yang sama dengan saya.”
“Saya terhutang budi pada awak. Apa yang perlu saya lakukan untuk membalas kebaikan awak?”
“Satu aje. Stop calling me mak cik!” Jawabku tersenyum.
“Okay.”



I’M HARRIS.. HARRIS RAFEEQI.” Ucapnya ketika kami sedang berehat di bawah satu pondok. Menghilangkan penat lelah setelah berjogging.
Aku memandang lelaki itu. Lelaki itu hanya memandang kehadapan dan membuat aktiviti menyejukkan badan diikuti Hamqa.
“Sepanjang kita berkenal, kita tak pernah tahu nama masing-masing. My name Harris Rafeeqi, and your name?”
“Harris Rafeeqi? Sedap nama tu.” Tapi kenapa perangai tak seperti sesedapnya nama awak? Ucapku dalam hati. Gila nak straight!
Thanks.”
Your nickname?” Soalku.
“Harris.”
“Boleh saya panggil awak, Eqi? Singkatan bagi Rafeeqi.” Pintaku.
Dia memandang kearahku sebelum tersenyum. “Sure. Why not? Bertambahlah nama saya selepas ni. Eqi! Sedap nama tu.”
Aku membuat muka toya. Masak maggie makan sendiri nampak!
“Kenapa nak panggil saya Eqi?”
“Saje. Lagipun saya suka panggil seseorang dengan nama yang orang lain tak pernah panggilnya dengan nama tu. Kiranya, lain daripada yang lainlah.” Ye ke kau Qash? Gasaklah!
“Oh yeah? And your name?”
“Qashrina Aleesya.” Ujarku berserta senyuman. Nama sendiri, mestilah sedap!
Harris terdiam. Macam pernah dengar nama tu.. Tapi kat mana?
“Hmm.. Like you, saya pun suka lain daripada yang lain.”
“Hah?”
“Boleh jugakkan saya panggil awak, Sya?”
Aku tersentak. Sya? Kenapa.. Kenapa perlu nama tu? Nama tu mengingatkan aku pada.. Pada lelaki curang tu!
“Kenapa? Tak boleh ke?”
“Erkk..”
“Kalau tak boleh tak apa.”
“Boleh..” Tanpa sedar mulut ku menjawab.


Harris mengangguk dan tersenyum. Sya! Sya! Dan Sya! Cantik nama kau Sya! Secantik tuan empunya nama.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.