Pages

Search This Blog

7 Apr 2014

Ehh, Bencinya [Bab 15]



Aku mengelipkan mata beberapa kali. Pelik! Apa yang berlaku sekarang ni? Kenapa semua orang berkumpul disini? Ada latihan kebakaran ke? Cett.. Ingat ni sekolah ke perlu ada latihan kawad kebakaran segala.

Aku melangkah perlahan mendekati seseorang. Bahunya ku cuit dari belakang. Lelaki itu menoleh dan tersenyum kepadaku.

“Kenapa semua ada kat sini? Dengan pakai baju yang macam ni. What is going on here?” Soalku. Berkerut-kerut muka ku bertanya.

“Setiausaha Cik Qashrina tak ada beritahu apa-apa pasal ni ke?” Jawabnya dengan persoalan begitu menambahkan kecelaruan di benakku. Tolonglah! Aku nak tahu kenapa semua berkumpul disini aje, aku tak nak jawapan yang lain. Hey, masuk tadika baliklah kalau tak faham apa yang aku tanya. Grrr..

Aku menarik kemudian menghembuskan nafas. Sabar.. Tenang.. Semuanya akan baik-baik sahaja. Perlahan-lahan aku mengelengkan kepala.

“Ezam! Sini.” Jerit lelaki dihadapanku memanggil setiausahaku yang sedang bermain bola keranjang bersama pasukannya.

Ezam berlari apabila namanya dipanggil dan berhenti dihadapanku sambil mengelap peluhnya.

“Boleh terangkan padanya sekarang, mengapa kita berada disini?” Lelaki itu bertanya pada Ezam yang sedang tercungap-cungap selepas berlari.

Aku pandang Qayyum. Apabila dia menjungkitkan sebelah keningnya, barulah aku membuka mulut dan bersuara, “Ayat tu jangan nak formal sangat, boleh?”

Kemudian aku pandang Ezam pula. Mahu meminta sebuah penjelasan daripadanya. “Ada yang awak tak beritahu saya lagi ke?” Soalku apabila Ezam masih lagi menggaru-garu pangkal lehernya.

“Maaf Cik Qash. Saya terlupa pasal ni.” Tergagap-gagap Ezam bersuara.

“Hmm tak apalah. Nanti selepas dah selesai kerja yang ni, awak boleh beritahu saya.” Kataku bersama senyuman. Buat apa nak marah? Normallah kalau setiap seseorang itu melakukan kesilapan kan? Lumrah manusia semua ni.

Aku memandang Qayyum. Dia hanya tersengih kepadaku.

“Kenapa?” Tanyaku. Tetiba pulak menampakkan barisan giginya yang..err sedikit lawa berbanding aku. Yeah! Tak dinafikan.

“Nothing.” Katanya dan terus berlalu meninggalkanku sendiri terpinga-pinga. Gila agaknya abang aku ni! Main blah macam tu je? Tak ada pun tanya aku dah sarapan ke belum. Dah mandi ke belum. Ishh...

Aku terus menghampiri sebuah kerusi yang kosong di hujung bangunan syarikat ini. Duduk di kerusi dan menunggu sehingga segala yang berlaku sekarang tamat. No WeChat, no WhatsApp, no sosial account for this time!



          SATU JAM BERLALU. Aku terduduk bosan. Memandang ke kiri. Kosong. Pandang kanan pulak. Ada sekumpulan pekerja wanita sedang duduk beristirehat sambil minum air mineral. Pandangan ku halakan ke hadapan pulak. Sekumpulan pekerja lelaki masih lagi aktif bermain bola keranjang. Aku terfikir-fikir, tak penatkah mereka main bola keranjang dalam masa satu jam tanpa henti?

Ahh.. kalau dah minat tu. Memang payahlah nak habaq.

Terdengar bunyi wisel yang ditiup abang. Dan kesemuanya berhenti berehat. Kerusi-kerusi yang menjadi tempat duduk pengadil juga di kemaskan. Dah tamatkah kebosanan aku pada hari ini? Aku hanya memandang abang yang semakin menghampiri tempat dudukku. Lelaki itu hanya berdiri dihadapanku bersama dadanya yang berombak naik turun nafas. Kepenatan barangkali.

Barangkali? Heh! Dah memang penat pon okay!

“Duduklah.” Suruhku.

Abang mengelengkan kepalanya. “Nanti kalau abang pengsan, adik nak angkat?”

“Apa guna pekerja lelaki kat sini?” Aku membalas kembali membuatkan abang terdiam. Aku tersenyum.

“Pastikan selepas ini, Ezam memberitahu segalanya hal berkaitan syarikat. Abang nak salin baju dulu.” Abang menggosok-gosok perlahan kepalaku membuatkan aku terus memukul abang menggunakan buku ditangan. Tengok! Rosak dah tudung aku. Memang pantang betul orang kacau kepala aku ni. Macam nak hempuk-hempuk aje pakai kerusi.

Aku memasamkan wajah mendengar abang ketawa lepas. Tak guna! Aku rosakkan rambut landak di karang. Ish

“Hmm Cik Qash..” Aku memandang ke hadapan. Di mana seorang lelaki sedang tersenyum memandangku.

“Ye?”

“Cik Qash naik dulu. Saya nak ganti baju dulu, kemudian baru saya beritahu pasal tadi.” Terangnya.

“Okay.. Pastikan segalanya. Jangan ada satu perkara pun yang saya tak tahu.” Kataku bernada keras.

Aku terus bangkit memakai segala beg yang ku bawa bersama memasuki bangunan syarikat. Ucapan selamat pagi dan salam yang dihulurkan pekerjaku ku jawab bersama senyuman yang paling manis. Bak kata mama, mulakan pagi hari dengan senyuman dan perkara yang mengembirakan. Barulah sepanjang hari kita dihujani dengan perkara yang ceria sahaja. Kata mamalah!



          “SETIAP minggu ke?” Aku bertanya.

Ezam sekadar mengangguk buat kali yang ke lima. Wajahnya yang tampak bosan tidak ku hiraukan.

“Semenjak bila dibuat?” Tanyaku.

“Semenjak Encik Qayyum masuk ke syarikat ni. Dia yang mengusulkannya pada Tuan Qamarul.”

Aku mengangguk. Abang yang suruh papa adakan perkara ni rupanya. Pandai jugak abang. Menjaga kesihatan pekerja-pekerjanya.

“Okay terima kasih atas segalanya. Kalau ada lagi perkara yang awak terlupa nak beritahu saya, tolonglah beritahu saya secepat yang mungkin.” Arahanku buat kali ini. Harap dia sematkan dalam mindanya supaya tidak lupakan hal ini.
Aku hanya memandang sahaja kepergian Ezam keluar dari bilikku. Aku menyandarkan tubuhku ke kerusi. Bagus jugak idea abang.

‘Pada setiap hari Khamis, syarikat ni akan mengadakan aktiviti kecergasan pada satu jam yang pertama. Kiranya macam waktu PJK lah masa sekolah dulu. Tujuannya untuk mencergaskan minda para pekerja dan sekaligus mengurangkan penyakit yang cepat melanda negara kita pada masa kini’. Tergiang-giang di telingaku kata-kata yang diucapkan Ezam sebentar tadi.

“Hmm.. Aku pun dah lama tak jogging seperti selalu.” Kataku sendiri bersama senyuman di bibir. Patutlah berat badan aku dah naik ni. Hmmm..

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai