Pages

Search This Blog

3 May 2014

Ehh, Bencinya [Bab 18]





Seperti yang dijanjikan, kami berkumpul di gelanggang badminton pada petang itu.

“Ramainya.. Ada kenduri ke kat sini?” Nazif bersuara. Yelah, tak pernah pulak ramai orang datang sini. Selalunya boleh kira dengan jari kaki ni hah.

“A’ah. Kenduri tahlil untuk kau.” Sampuk Harris.

Aku dan yang lain sudah ketawa mengekek.

“Dah jom. Siapa nak lawan dengan aku?” Zaim bertanya.

“Krikk..Krikk..” Celah Afiq apabila tiada siapa yang mahu berlawan badminton dengan Zaim.

“Tergamaknya hatimu..” Zaim bersuara menyanyikan lagu Sampai Hatimu oleh kumpulan Spring.

“Poyolah kau.” Sampuk Nazif.

“Weh, macam mana kau boleh kenal Afiq?” Soalku pada Aina yang sedang duduk di luar gelanggang badminton.

“Kami kenal kat sinilah. Masa tu aku dengan kawan aku tengah main badminton. Lepas main tu aku belilah air sekejap. Tengah khusyuk buka penutup botol tu, aku terlanggar dia. Habis basah baju dia. Yang paling menyentan akulah, tengah dahaga tapi air tumpah. Kosong. Menangis aku saat tu jugak.” Cerita Aina penuh perasaan.

Aku ketawa. Aina memang malas nak bawa air dari rumah. Suka sangat beli air. Tak reti jimat betul mak buyong ni. Semenjak sekolah rendah lagi!

“Kau pulak.. Macam mana boleh kenal Harris?”

“Aku kenal dia masa aku kerja jadi cleaner.”

Cleaner?”

“Hmm.. Kau kan tahu, aku suka buat sesuatu yang orang lain tak suka buat. Aku nak merasa macam mana jadi cleaner. Jadi orang susah.”

“Sekarang pun jadi cleaner ke?”

“Tak. Papa dengan abang aku halang. Lagipun, aku dah janji dengan dia orang yang aku akan jadi cleaner dalam tempoh tiga bulan. Lepas tiga bulan nanti, aku kerja kat syarikat keluarga aku.”

“Dah lama juga aku tak jumpa keluarga kau kan? Nanti bawa aku jumpa dia orang eh. Rindulah.” Aina mengenggam jemariku.

“Aku okay aje. Kau tu hah. Minta kebenaran dulu.” Pesanku. Dah macam kaunselor rumah tangga lah pulak!

“Hey korang ni. Datang sini nak main badminton ke, nak bercerita?” Jerit Harris dari dalam gelanggang.

“Dengkilah tu. Jangan risaulah, Ris. Aku takkan buat bad thing dekat girl kau ni. Percayalah.”

“Hoi..” Tegurku. Sejak bila pulak ni? Aina sekadar tersengih.

“Dah. Jom lawan.”

Perlawanan di mulai antara Zaim dan Najwa. Kemudian, Afiq dan Adibah. Diikuti Nazif dan Diyana.  Syiera tidak dapat turut serta kerana dia perlu pulang ke kampung.

Akhir sekali, antara aku dan Harris. Tidak sudah-sudah Hamqa memberi sokongan kepadaku. Siap buat pasukan sorak lagi! Overlah tu.

“Terima sahajalah kekalahan kau, Ris. Kawan aku tu juara badminton berturut-turut tau.”

“Ehh, hello. Kawan kita orang pun samalah.” Sampuk Afiq.

“Hey! Kalau dari tadi bergaduh, bila masanya pulak kita orang nak mula?” Tanyaku bercekak pinggang. Bising dowh!

“Okay..Okay.. Perlawanan akan dimulai. Siapa kalah, kena belanja tengok wayang petang ni. Amacam?” Tanya Zaim.

“Setuju!” Jerit mereka serentak. Aku dan Harris berpandangan.

Belanja dia orang tengok wayang? Kopak duit aku. Aku mesti pastikan, aku akan menang perlawanan ni. Target ku!


AKU tersenyum memandang lelaki di hadapanku. Segak jugak mamat ni. Kenapalah baru sekarang yang aku nampak kekacakan sebenarnya?

“Wah sedondon.” Pekik Aina membuatkan aku memandangnya.

“Apanya?” Soalku kembali.

“Eh cik kak. Korang ada temujanji ke lepas ni. Siap pakai baju sama lagi.”

Aku memandang pakaianku. Biru gelap dengan seluar hitam. Aku memandang Harris pulak. Biru gelap dengan seluar hitam. O’oh!

“Kebetulan..” Jawabku perlahan. Macam mana boleh sama?

“Pasangan bahagia.” Sampuk Afiq.

“Dah jomlah.” Ajakku. Makin lama kat sini, makin senget pulak otak aku layan mereka-mereka ni.

Kesemua dua belas orang itu berjalan memasuki pawagam. Kami singgah di kaunter menjual makanan untuk membeli makanan ringan dan minuman.

Mummy.. Sini!” Panggil Hamqa. Dia sudah duduk disebelah daddynya. Untuk tidak menghampakan si anak, aku menurut. Aina disebelah kananku diikuti suaminya dan yang lain.

Mata kami memandang ke layar putih yang besar di hadapan kami. Sebuah cerita komedi dibeli oleh si kalah. Nak tahu siapa? Harrislah. Tulah. Aina dah cakap, menyerah kalah ajelah. Tapi dia tetap degil nak berlawan jugak. Kan dia juga yang susah.

Perlawanan yang dimenangi aku dengan 20-18 membuatkan aku senyum tak terkata. Seronok bebenor. Yang lain juga seronok melihat cara permainan kami berdua. Dan yang paling seronok mestilah Hamqa. Tak habis-habis memuji aku.

Mummy, nak ikut..” Rengek Hamqa disaat kami semua sudah keluar dari pawagam. Kenapa rasa macam sekejap sangat tengok cerita tadi ek?

Aku menghentikan langkahku. Kepala kupusing kebelakang. Memandang Hamqa yang berdiri disebelah Harris.

Selepas memandang Hamqa, aku memandang Harris pula. Dia menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kepadaku. Aku juga tersenyum dan memandang si kecil.

“Jom.” Aku mendepakan tanganku kepada Hamqa.

Hamqa menjerit keriangan apabila kehendaknya dituruti. Kami berjalan berpimpin tangan menuju ke kedai buku.


“APA hubungan kau dengan Qash?” Soal Zaim ketika mereka sedang membelek CD. Tak tahulah macam mana dorang ni boleh bertenggek kat kedai ni pulak. Tetibe aje boleh ada kat sini.

Harris yang tengah memegang CD yang bertajuk ‘Running Man’ terus memandang Zaim tatkala soalan itu diutarakan.

“Kau tunggu ajelah kad kahwin dari dia orang nanti.” Jawab Afiq bagi pihak Harris. Dia dan isterinya sudah mengetahui tentang isi sahabatnya itu semalam.

“Kau serius ke bro?” Zaim menepuk bahu Harris.

CD di tangan ku letakkan di tempatnya kembali. Aku memandang Afiq. Memang nak kena mamat ni. Kan ke aku cakap ni rahsia kita.

Sorry bro. Kan kita dah janji, tiada rahsia antara kita.” Jawab Afiq yang seperti memahami apa yang bermain di benak sahabatnya.

“Kenapa ni? Storylah sama gua, bro.”

Aku dan yang lain sudah keluar dari kedai menjual CD dan menuju ke deretan pakaian-pakaian kasual lelaki. Agak lengang kedai pakaian itu membolehkan mereka berbincang tanpa gangguan.

“Entahlah. Aku confuse dengan perasaan aku.” Introku.

“Apa yang membuatkan kau confuse?”

Aku mengeluh. “Korang tahukan aku tak pernah bercinta?”

“Mestilah. Kau seorang aje yang tak ada pengalaman bercinta ni, beb.” Sampuk Nazif. Dia tahu kenapa, semenjak mengenali Harris ni, lelaki ini tidak suka bercinta. Mungkin kerana komitmen dia pada Hamqa kot.

“Memang aku suka dia, tapi..”

“Tapi kau takut dia tak punyai perasaan yang sama macam kau? Kau takut disakiti?”

“Atau kau takut dikhianati?” Sambung Afiq.

Aku hanya mendiamkan diri.

Come on bro. Kau lelaki, dan kau harus memulakannya dulu. Aku tahu apa yang kau rasa. Think positive.”

“Betul tu, Fiq. Belum cuba belum tahu. Manalah tahu kalau dia pun ada perasaan yang sama macam kau jugak.” Celah Zaim.

“Kalau tak?”

Afiq, Zaim dan Nazif sama-sama mengeluh. “Think positive, bro.” Jawab mereka serentak. Suara sudah meninggi.

“Tak payahlah marah aku.” Gumam Harris.

“Bukan marah. Gerammm...”

“Apa-apa pun, kita orang selalu sokong kau dari belakang. Aku rasa harapan kau untuk dapatkan cinta dia, berada di tahap yang tertinggi.”

“Maksudnya?”

Look. Diakan mummy Hamqa dan Hamqa suka dia. Apa kata kau gunakan Hamqa, untuk dekat dengan dia. Dan dengan tu, kau boleh terus serang dia.”

Good Zif. Kau pun cooperate dengan dia, kan? Apa kata kau lambat-lambatkan kerjasama korang tu.”

Aku berfikir sejenak. Tak salahke? Tapi tak nampak sangat ke macam aku menggunakan Hamqa untuk kepentingan aku?

Harris mengeluh seketika. “Okay. I’ll try my best.” Ucapnya perlahan.

“Dan yang selebihnya, kita orang akan sokong dari belakang.”

Thanks kawan.”

“Apa guna kawan kalau tak boleh membantu, kan?”


“HAMQA suka tak, kalau mummy jadi mummy Hamqa yang sebenarnya?” Tanya Aina pada Hamqa.

Aku yang terkejut dengan soalan itu terus memandang Aina tajam. Perempuan itu sekadar tersengih kepadaku.

“Mestilah suka. Kenapa?”

“Sudah.. Kau tak payah ajar anak aku benda yang mengarut.” Marahku. Sesedap sos thai dia aje.Kang nanti budak ni mintak yang pelik-pelik, naya aku kang.

“Sayang dah cari buku belum?” Tanyaku kepada Hamqa.

“Dah. Hamqa nak buku ni.” Budak lelaki itu menunjukkan dua buah buku berkaitan ABC dan alif ba ta..

“Tak nak tambah lagi?” Aku tengah baik hati nak belanja dia ni. Bukan senang tau nak tengok aku belanja orang. Entah kenapalah kali ni hati aku terlalu baik dan molek nak belanja anak aku ni.

“Tak!”

“Okay jom.”

Aku dan Hamqa menuju ke kaunter pembayaran. “Weh, korang dah ke belum?” Soalku pada kawan aku yang lainnya.

“Sudah!” Jerit mereka serentak.

Sesudah membeli beberapa buah buku, kami terus berjalan menuju ke sebuah restoran di pusat membeli belah. Kami sudah berjanji akan berkumpul disana.

“Bila kau nak kahwin?” Tanya Aina disebelah.

Aku memandangnya pelik. Kenapa?

“Aku suruh kau jawab bila? Bukan komen.” Pintas Aina cepat sebelum aku menjawab. Macam tahu-tahu aje yang aku nak komen!

“Entah.”

“Kenapa entah?”

“Malas.”

“Kenapa malas?”

Aku memandang Aina geram. Ish mak buyong ni. Ada jugak yang jatuh bangunan sekejap lagi.

“Okay..Okay.. Kenapa kau tak nak kahwin?”

“Aku bukan tak nak kahwin. Tapi, belum ada calon.”

“Kenapa?”

“Siapalah nak kat aku ni.” Jawabku merendah diri.

“Siapa cakap tak ada orang nak kat kau. Cer kau tengok keliling. Banyak mata-mata lelaki yang pandang kau tau. Kau tu aje yang buat double jerk.”

“Kau tak faham, Aina.” Jawabku perlahan.

“Apa yang aku tak faham?”

Aku mengeluh. Perlukah aku mengungkit kisah lama?

“Cerita dengan aku. Apa yang aku tak faham?”

Aku berhenti dari melangkah. Mata Aina yang penuh mengharap, ku pandang redup. Aku memandang pula kearah kawan-kawanku yang lain.

“Korang jalan dululah.” Suruhku. Mereka mengangguk.

Aina pegang tangan aku membuatkan aku memandangnya. “Cerita dengan aku.” Pujuk Aina. Dia membawaku duduk di sebuah kerusi panjang berhampiran tempat kami berdiri. Hamqa hanya mengikuti lagak kami.

“Aku tak percaya pada lelaki, kecuali abang, tok dengan papa aku.”

“Kenapa?”

“Sebab aku pernah dikhianati. Aku takut, kalau aku cuba mencintai lelaki. Perkara yang sama akan berulang. Sedangkan sejarah mungkin berulang, inikan pulak sebuah ikatan percintaan.”

“Ceritalah dengan aku.”

“Ini kali terakhir aku cerita pasal benda ni. Lepas ni aku tak nak. Aku nak burn segalanya.” Tekadku.

“Okay.. Aku dengar.”

Aku menceritakan segalanya pasal pertunangan tak jadiku kepada Aina. Tentang prinsip hidupku yang ku pegang selama ini. Pasal lelaki bernama Aidil yang kembali menagih cintaku. Segala-galanya yang berlaku dalam lipatan sejarah hidupku selepas aku berpisah dengannya, aku ceritakan pada sahabatku Aina.

Memang semenjak dahulu lagi, dialah antara sahabat yang sudi mendengar luahan hatiku. Begitu jugak sebaliknya. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat yang selalu ada tatkala aku susah dan senang. Suka dan duka. Terima kasih ya Allah, kerana Kau mengurniakan aku sahabat sepertinya.


“MACAM MANA SEKARANG?” Soal Aina pada suaminya. Segala yang diceritakan Qashrina petang tadi, di ceritakan pada suaminya.

Afiq terdiam setelah mendengar cerita itu. Agak sukar juga untuk menyatukan Qashrina dan Harris.

“Abang dengan yang lain dah suruh Harris gunakan Hamqa untuk ambil hati Aleesy. Kita hanya perlu tunggu keputusannya.”

“Kalau tak berjaya?”

“Kita kena masuk campur.” Pantas Afiq menjawab.

Aina mengangguk. Maafkan aku Aleesy, jika aku terpaksa mencampuri urusan kau. Tapi percayalah, aku lakukan ini untuk kebahagian kau. Kau sahabat aku dunia akhirat! Aku mahu kau bahagia.

“Termenung apa lagi tu sayang.. Jom makan.” Gamit Afiq yang sudah berada di meja makan.

Aina tersenyum malu.


AKU tersenyum memandang seorang lelaki yang baru keluar dari biliknya.

Wanna follow me?”

Nop. I have my own lunch date.”

“Wow! Siapakah lelaki malang itu?”

Aku terus mengetuk bahu abang dengan tanganku. Menyeringai kesakitan dirinya.

“Tak baik tau cakap macam tu.” Rajukku.

“Alah, merajuk pulak. Ketuk kang.”

Report kat papa.”

“Anak manja!”

“Biarlah..” Lidah aku jelirkan.

Good afternoon Encik Qayyum.. Good afternoon Cik Qash..” Ucap dua lelaki yang baru keluar dari lif yang kami tunggu. Kami menjawab bersama senyuman manis.

“Betul tak nak ikut makan dengan abang?”

“Hmm..”

Serious ni? Tawaran akan ditutup lagi lima saat.”

“Betullah.” Aku memandang abangku geram.

Kami sudah berada di lobi syarikat dan mahu keluar dari syarikat ini.

“Wow! Ada apa-apa ke ni?”

Aku mengerutkan dahi.

“Tuuu..”

Aku menoleh ke sebelah kananku. Dihujung pintu masuk, sudah kelihatan seorang lelaki bersama kaca mata hitamnya sedang berdiri di pintu masuk.

Just a close friend. Not more than that.”

“Ye lah. Jangan sampai terpikat dengan dia sudah.”

“Siapa pulak yang terpikat dengan mamat tu?”

“Cakaplah macam tu. Allah terbalikkan hati adik, untuk sukakan mamat tu nanti. Jangan salahkan abang.”

“Dah kalau memang macam tu, Alhamdulillah.” Ucap Qash perlahan.

I beg you, pardon.

“Sudahlah! Pergi balik sana. Bini tengah tunggu kat rumah tu.”

“Elak-elak..”

“Bukan elak. Mengelak.”

Aku terus berjalan meninggalkan abang yang sudah geram dengan tindakanku. Lelaki yang segak berkemeja biru muda ku dekati.

“Assalamualaikum.” Salam ku hulurkan.

Lelaki itu mendongak dan terus berdiri apabila ditegurku. “Waalaikumussalam.” Jawabnya bersama senyuman manis tu.

“Saya lambat ke?”

“Tak adalah. Saya baru aje sampai.”

“Hamqa mana?” Soalku. Tak nampak pun batang tubuh budak comel tu.

“Dalam kereta. Dia malas nak turun.”

Aku memandang ke tingkap kereta tinted itu. Macam boleh nampak aje dari luar.

Shall we?” Tanyaku. Macam aku pulak yang mengajaknya makan tengahari bersama-sama.

Aku menaiki kereta si lelaki dan kami terus menuju ke sebuah restoran tidak jauh dari syarikatku.

Mummy.. Hari Khamis ni datang sekolah Hamqa ek.”

Aku memandang budak comel itu dengan seribu kerutan di dahi. Kenapa aku kena ke sana? Okay, let me guess.. ambil report card?

“Ada apa?”

“Ada sukan tahunan. Hamqa masuk lumba lari.” Ohh okay, tekaan aku salah! Sukan tahunan rupanya. Hahaa..

Tapi, aku salah dengar ke ni? Mataku membulat pandang Hamqa disebelah. “Betul ni? Hamqa masuk lumba lari?”

“Hmm.. betul. Mummy datang ek?” Penuh mengharap anggukan itu membuatkan aku rasa bersalah mahu mengatakan tidak!

“Okay. Tapi mummy tak janji.”

Mummy nak datang lambat pun tak apa. Asalkan mummy datang.” Aku membasahkan bibir yang kering. Jadi ini bermakna, hari Khamis ni aku kena batalkan segalanya yang membolehkan aku tidak ke sekolah Hamqa lah ye?

Aku mengangguk jugak akhirnya. “Mula jam berapa?”

“Lapan.”

“Nanti lari laju-laju okay. Biar dapat nombor satu.”


“Okay mummy.” Hamqa tabik kepadaku.


No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai