Pages

Search This Blog

2 Jul 2014

Pilih Aku Atau Dia [Bab 5]




Untuk yang kesekian kalinya, beg tangan miliknya diselongkar. Mencari sesuatu yang sudah lama tidak dipegangnya. Manalah pulak benda tu? Kepala yang tidak gatal digaru perlahan-lahan. Sementara kakinya pulak, kehulu dan kehilir dari biliknya ke ruang tamu untuk mencari telefon miliknya yang diletakkan entahlah kat mana.

“Cari apa ni? Pening Ibu tengok Meera. Kehulur-kehilir.” Mata Puan Mastura ralit memandang anak perempuannya yang semenjak tadi berjalan ulang-alik dihadapannya.

“Ibu ada terjumpa telefon Meera kat mana-mana tak? Meera lupalah letak kat mana.” Tangannya menyelongkar laci meja dihadapannya.

“Kenapa tak pancing?”

“Telefon tu dah matilah,bu. Tu yang ingat nak baiki tapi tak jumpa pulak.”

“Beli ajelah telefon baru.” Meera pandang pintu rumah.

Niezam masuk ke dalam rumah setelah membuka kasutnya. Tangan Puan Mastura disalamnya sebelum Meera mencapai tangannya untuk bersalaman. Dua hari along tiada disini membuatkan Meera kebosanan. Tiada teman mahu cari gaduh dengannya.

“Mahallah, along. Kalau along nak belanja, Meera on jek.” Tersengih.

“Banyaklah awak. Telefon along ni dah berkurun tak berganti tau. Tunggu along terbuka hatilah nak beli telefon baru, then I’ll give this phone to you.” Flight bag disandarkan di tepi sofa sebelum duduk disebelah Puan Mastura.

“Serupa tak payahlah, along. Baik minta ayah belikan. Atleast ayah tak lokek macam along.” Lidahnya dijelirkan pada Niezam.

“Ayah mana, ibu?”

“Kerjalah. Sekejap lagi baliklah ayah kamu tu. Tetiba tanya, kenapa?” Pelik Puan Mastura apabila anak sulungnya bertanyakan ayahnya. Mungkin kerana sudah dua hari tidak bersua muka dengan ayahnya, dia sudah merindui ayahnya kot.

“Nak sogok ayah supaya tak payah belikan adik telefon. Membazir aje. Telefon rumah ada, tak mau guna.” Selamba Niezam menjawab membuatkan Meera menjegilkan matanya. Bantal kecil pantas diambil dan pantas juga dilemparkan tepat mengena dada si abang membuatkan si abang menjerit kecil akibat terkejut.

“Apa ni? Tak bagi hint pun nak tembak orang.” Bantal itu dilemparkan kembali pada Meera. Pantas Meera mengelak dan berlari mengelilingi sofa apabila alongnya mahu mengejarnya.

Maka berlakulah adegan kejar-mengejar antara Meera dan Niezam diruang tamu itu. Meera bersungguh-sungguh berlari tanpa disedari sesuatu akan berlaku dihadapannya.

“Meera, jaga-jaga!” Jeritan dari Puan Mastura tidak didengarnya sehinggalah...

Bummm!

“Adeh!” Meera menggosok dahinya. Matanya seakan-akan melihat bintang dan bulan berpusing-pusing diatas kepalanya.

“Adik!” Niezam terus membantu adiknya yang sudah terhempap dengan bantal-bantal kecil yang berterabur sana-sini.

“Along.. ibu..” Perlahan suara Meera sehinggalah pandangannya kabur dan gelap.



DANEAL menekan butang on pada telefon HTC berwarna silver ditangannya. Telefon itu baru diambilnya sebentar tadi setelah dihantar ke kedai untuk dibaiki. Alhamdulillah, masih bisa dibaiki melalui sentuhan pembaiki telefon yang handal.

“Kalau aku ceroboh telefon orang, dirahmati Allah tak?” Soalnya sendiri.

Tangannya menimbang-nimbang telefon itu. Jantungnya berdegup laju apabila telefon itu sudah terbuka dan muncul gambar empunya pemilik telefon yang cantik sebagai wallpaper. Masya Allah!

Tidak sampai satu saat, berderu-deru mesej, panggilan tidak berjawab masuk ke dalam telefon itu. Tak termasuk lagi mesej dari aplikasi WeChat, Whatsapp, Facebook, Twitter dan Instagram. Giler banyak perempuan ni punya aplikasi. Kepala digelengkan.

Tangannya rajin mendail nombor telefonnya melalui telefon HTC itu. Cara paling senang mahu mengetahui nombor telefon gadis yang secara tidak sengaja sudah meninggalkan telefon bimbitnya di dalam kereta miliknya.

Telefonnya berdering dan keluar nama ‘Orang Sesat’ membuatkan Daneal terus duduk sembilan puluh darjah. Matanya berkelip-kelip memandang skrin ditelefonnya. Takkanlah dia? Air liur ditelan. Pahit.

“Tapi kenapa aku tak cam suara dia? Orang sesat dan Meera adalah orang sama? Biar betul ni?” Spekulasi dibuatnya sendiri.

Nafas ditarik kemudian dihembus perlahan. Tenangkan fikiran.. relaks..

Uncle!”

Dipandangnya ke pintu. Nik sudah berdiri di muka pintu biliknya sambil tersengih-sengih. Aku sekeh jugak kepala dia ni. Buat jantung aku gugur ajelah!

“Kenapa?”

“Jom makan. Nenek panggil.”

“Nenek panggil, jom makan ke atau jom makan. Nenek panggil?”

Nik menggaru-garu lehernya. “Dua-dua kot.”

“Nampak sangat tak ada keyakinan. Lain kali..” Kedua-dua telefon dibiarkan tersadai di atas katil. Kaki melangkah turun dari katil dan mendekati satu-satunya anak saudaranya.

“...letakkan keyakinan dalam diri. Baru boleh berjaya. Faham?” Nik diangkatnya dan diletakkan di belakang badannya.

“Faham!” Jerit Nik kuat di telinga Daneal membuatkan Daneal tersentak.

“Sakitlah telinga uncle. Uncle pekak nanti macam mana? Lari gadis-gadis kat luar sana tau.”

Nik Zarif Haikal hanya mampu tersenyum.



DAHINYA disentuh lembut. Ada kesan lebam pada dahinya. Perlahan-lahan Meera cuba bangkit dari pembaringan. Duduk bersila di atas sofa empuk di ruang tamu.

“Sedar dah?” Niezam datang bersama dulang ditangan. Duduk bersimpuh dihadapan adikya.

“Hmm..” Hanya itu yang mampu diucapkan Meera saat ini. Dia tak mampu mengingati apa-apa selain daripada dia terlanggar dinding dan jatuh tergolek di sofa. Bila ulang tayang banyak kali cara dia jatuh, gerenti macam nangka busuk tergolek jatuh dari pokok!

“Makan ni. Along buat khas untuk orang sakit.” Semangkuk bubur dihulurkan pada adiknya.

“Ingat orang demam ke makan bubur bagai ni. Nak nasilah. Perut tengah lapar ni.”

“Amboi.. amboi.. demand pulak dia. Orang dah buat tu makan ajelah. Syukur sikit.” Tangan sudah dicekak ke pinggang. Orang tak reti bersyukur ni sepatutnya diajar supaya lebih bersyukur.

“Alahhh..” Muncung dijuihkan. Nak tak nak, terpaksalah Meera jamah bubur yang dibuat khas untuknya ni. Haishh.. mangkuk bubur diambilnya. Digaul-gaul bubur putih itu.

“Bubur apa ni?” Soalnya.

“Bubur ayam. Nah kicap.” Botol kicap dihulurkan pada adiknya yang sememangnya gemar menjamah bubur dengan kicap.

“Bubur ayam apenye, ayam pun tak ada. Tak naklah makan.” Mangkuk itu diletakkan kembali di atas dulang.

“Hey hey hey! Kira okay tahu tak, along buatkan untuk adik bubur tak ada ayam ni. Kalau tak ada along, siapa yang nak buat?”

“Ibu ada..” Tangan disilangkan ke dada.

“Kalau ibu tak nak?”

“Ayah..”

“Kalau ayah tak nak jugak?”

Meera berfikir sejenak. Kalau ibu dan ayah tak mahu buatkan aku bubur? Memang taklah kan kalau aku yang tengah sakit tenat ni nak bergerak ke dapur. Hah! Jari dipetik.

“Jiran sebelah ada. Tak pun, delivery pun banyak maa..”

“Hishhh..” Niezam menggelengkan kepala apabila mendengar jawapan dari adik bertuahnya. Nasib baiklah kau ni salah-satu adik yang aku ada, kalau tak.. dah lama aku humban dalam loji depan rumah ni!



“IBU..” Panggil Niezam yang baru turun dari tangga.

“Iye saya?”

“Mana adik?”

Puan Mastura tidak menjawab tetapi memandang ke ribanya.

“Sini..” Meera mengangkat tangannya. Malas nak bangkit hanya semata-mata mahu memberitahu keberadaannya ketika ini.

“Dah kenapa tetiba baring kat riba ibu ni?” Soalnya pelik.

You know what, tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri.” Senyuman ditayangkan.

Kening dijungkitkan. “Suka hatilah. Jom ikut along sekejap.” Gugusan kunci kereta dibaling kemudian ditangkapnya kembali.

“Pergi mana?”

“Alah.. jom jek.”

“Malaslah. Baik duduk rumah. Lagi best.”

“Sekejap jek. Nanti abang belikan telefon baru untuk adik.” Sogok Niezam. Adiknya ni kalau tak disogok sesuatu, mesti takkan buat apa yang dia minta. Faham dah!

Terus duduk sembilan puluh darjah apabila mendengar alongnya mahu membelikan telefon yang baru buatnya.

“Serius ni?”

“Hmm.. nak ke, tak nak?”

“Mestilah nak. Lima belas minit untuk bersiap.”

No! Ten minute is enough.”

“Alahhh.. tak sempat nak sembur minyak wangilah kalau sepuluh minit.”

No.. no.. no.. and no! Pergilah siap cepat.” Haishh.. perempuan kalau bersiap memang lambat. Entah apalah yang dia orang belek?

“Nak pergi mana?” Tanya Puan Mastura.

“Nak beli buku.”

“Beli buku pun ajak Meera?”

“Hmm, sebab buku tu adik aje yang tahu.”

Puan Mastura tidak bertanya lagi dan hanya menganggukkan kepalanya.

“Ayah mana?”

“Dalam bilik bacaan dialah.”

Niezam menganggukkan kepala dan terus memandang skrin televisyen yang menyiarkan siaran action movie. Puan Mastura memang menggemari cerita aksi dari komedi membuatkan Meera juga meminati cerita aksi. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?



“KITA nak pergi mana ni?”

“Adik kena tolong along!” Meera pandang alongnya disebelah.

Dahi dikerutkan. “Tolong apa?”

“Macam ni.. ada seorang pramugari ni. Dia suka sangat ikut along. Sampaikan semua penerbangan along dia tahu.”

“Jadi nak mintak tolong adik apa?”

“Berlakon jadi bini along.”

What?!” Melopong mulut Meera mendengarnya. Berlakon jadi bini along aku? “Are you insane, dear?

No! Please,, adik sorang aje harapan along sekarang ni.”

“Tuh lah. Orang suruh cari girlfriend dari dulu, tak nak. Sekarang sibuk suruh adik tolonglah, apalah, itulah, inilah..”

“Cakap orang, dia pun sama.” Keluh Niezam perlahan.

“Apa dia?”

“Tak ada apa. Boleh tak ni?”

“Hishh, jadi girlfriend along sudahlah. Tak payahlah sampai suruh menyamar jadi bini along bagai. Tak sedia nak jadi bini, you!

“Hmm.. yelah ye lah.. suka hati awaklah.”

“Tapi adik nak telefon Iphone5 ek?”

“Hoiii! Mahal tuh. Kopak lah duit along.”

“Nak adik tolong ke, tak nak?” Keningnya dijungkitkan beberapa kali.

Niezam mengeluh. Tak guna punya adik! Ambil kesempatan atas kesulitan along sendiri ek. “Ye lah..”



“HEY! Apa buat?” Daneal duduk bersila disebelah anak saudaranya.

Nik sedang mengemaskan beg sekolahnya dan diletakkan di atas sofa di dalam biliknya.

“Kemas barang untuk sekolah esok.” Jawabnya ceria.

“Seronok nampak nak sekolah.” Suka pula dia tengok anak saudaranya bahagia macam ni bila nak sekolah. Kalau aku dulu.. huh.. tak nak ahh cakap!

“Mestilah. Esokkan akak Meera masuk sekolah balik.”

Best ke belajar dengan akak Meera?”

Best sangat. Akak Meera baik, tak macam cikgu Luna. Garang! Kerja nak pukul orang aje.” Muncung itu membuatkan Daneal tergelak lucu.

“Hmm.. nak teman uncle tak?”

“Pergi mana?” Tanya Nik.

“7E?”

“Nak! Nak!”

           “Jom..”

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai