Pages

Search This Blog

13 Jul 2014

Pilih Aku Atau Dia [Bab 6]



Meera yang sedang ayu berdiri memandang tas tangannya di bawah meja. Siapa pulak yang telefon aku waktu-waktu macam ni? Tak tahu ke yang aku tengah mengajar ni? Haishhh.. Dipandang ke hadapan dan dihiraukan telefonnya yang menjerit pinta diangkat. Senyuman seikhlas mungkin dilemparkan pada budak-budak yang berumur enam tahun kesemuanya di hadapannya.

“Akak nak, adik-adik akak yang comel ni tulis nama masing-masing kat atas kertas yang akak bagi tadi.” Lembut dan sedikit menjerit suara Meera menyuruh anak-anak muridnya menulis nama. Tujuannya adalah supaya dia senang mengetahui siapa punya kertas yang akan ditandanya nanti.

Tiga minit sudah berjalan dan Meera masih lagi menunggu. Haish dia orang ni, tulis nama yang tak sampai lima patah perkataan pun lama sangat. Matanya memandang sekali lagi tas tangannya apabila bunyi nada dering telefonnya kedengaran. Siapalah yang mengacau aku ni? Dan sekali lagi, dihiraukannya. Lantaklah kome!

“Sudah?” Tanya Meera apabila melihat hampir kesemua mata-mata memandangnya yang bosan menunggu ni.

“Sudah!” Jawab kesemuanya serentak sambil membuat thumbs-up.

“Sekarang, akak nak adik-adik akak semua siapkan kerja tu. Siapa paling awal siap, akan dapat hadiah...” Keningnya dimainkan beberapa kali tanda dia serius dengan hadiah tu.

Masing-masing diam tidak bersuara dan terus memegang pensil untuk menyiapkan latihan matematik yang diberi Cikgu Meera kesayangan mereka.

Comelnya dia orang ni bila muka serius.. senyuman terukir dihujung bibir tanda seronok dengan gelagat anak-anak muridnya yang mencuit hati kecilnya. Namun tiba-tiba senyumannya mati apabila sekali lagi dia terdengar bunyi deringan telefon bimbitnya.

Haishhh..

Nak tak nak, mahu tak mahu, terpaksalah dia melangkah ke meja dengan berat hati. Tas tangan di capai dan dibuka zipnya. Tangan diselukkan ke dalam tas tangan itu dan mencari telefon bimbitnya yang ‘ditelan’ jauh ke dalam.

Telefon HTC yang baru dihadiakan alongnya dipegang dan dijawab panggilan daripada alongnya yang seorang itu. Mengacau betullah.

“Hmm kenapa?” Jawabnya malas.

“Assalamualaikum..” keluhan dilepaskannya.

“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Ada apa-apa yang boleh saya bantu Encik Niezam?” Jawabnya formal. Bengang tahap infiniti apabila mengenangkan alongnya dengan telefon yang dihadiakannya ini.

Niezam ketawa dihujung talian. “Boleh Cik Meera ambil saya di airport lepas Cik Meera habis mengajar?” Bibir mengukirkan senyuman manis.

“Kenapa tak suruh ayah aje? Kan ayah yang hantar along hari tu.”

“Hishh kesianlah ayah tu. Apa guna along ada adik?”

“Ye lah ye lah..” Mengalah jugak Meera akhirnya. Terpaksalah dia menjengah ke lapangan terbang yang sesak tu petang ni. Hish.. malas betul nak meredah lautan manusia yang sesak kat sana.

“Along tunggu.. bye assalamualaikum.”

Meera menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Baru nak bermalasan kat rumah. Inilah susahnya menjadi adik kepada Captain Pilot yang berjaya. Huh!

Matanya melihat dua panggilan yang terlepas tadi. Dari Pyka? Apalah perempuan tu nak? Dengan senang hati dia mendail nombor sahabat kesayangannya dunia akhirat.

“Kau nak apa samdol?” Terus Meera menerjah kawannya.

“Assalamualaikum?”

Terus tegak badannya. Matanya dikerdipkan beberapa kali. Bibir menayang sengihan. “Waalaikumussalam.”

Anyway, nama aku Pyka bukan samdol.”

Whateverlah. Ada apa hal kau telefon aku tadi? Aku tengah mengajar weh.”

“Hah wehh.. aku dah dapat surat tu. Kau dah dapat?”

Dahi terus berkerut. “Surat apa pulak ni?” Apalah yang minah ni merepekkan tengah-tengah hari buta ni? Baru bangun ke cik kak?

“Surat dari uni yang kita hantar tu lah. Kau dah dapat belum?”

“Ohh. Belum lagi, kenapa?”

“Aku diterimalah weh. Seronok gila aku sekarang ni.”

“Serius weh? Arghhh.. bestnya..” Terjerit kecil Meera apabila mendengar perkhabaran itu. Sampai melompat jugaklah gadis itu.

Namun kegembiraan dan senyumannya mati apabila terpandangkan mata-mata anak muridnya yang memandangnya pelik. Air liur ditelan. Tersengih memandang mereka. Terus dipusingkan tubuh menghadap ke papan putih.

Congrate weh. Proud of you.” Perlahan nada suaranya.

Thanks..”

“Alahhh, aku tak dapatlah nampaknya. Tak bestnya kena berjauhan dengan kau. Nanti aku rindu kau macam mana?”

“Kau ni merepek apalah. Kalau dekat, aku dah ketuk kepala kau. Nanti adalah surat tu untuk kau. Tunggu jek.”

“Yakin giler kau yang aku dapat.”

Ofcourse lah. Bukan kau ke yang ajar aku, supaya yakin dalam hidup?”

“Tapi janganlah terlalu yakin sangat. Nanti tersungkur, padan muka kau!” senyuman dibibir menambah kecantikan empunya diri.

“Nanti aku telefon kau balik. Cakap dengan kau, sampai lupa anak murid aku. Bye..” Sambungnya dan terus meletakkan telefon di dalam tas tangannya. Senyuman kegembiraan untuk sahabatnya dihadiahkan pada kesemua anak-anak muridnya.

Semoga aku juga mendapat kebahagiaan seperti itu suatu hari nanti. Doanya dalam hati..



KERETA diberhentikan di tepi jalan sebelum mematikan enjinnya. Pintu dibuka dan dia melangkah keluar dari kereta. Lantas kereta kesayangannya dikunci. Kaki melangkah perlahan ke sebuah tadika yang tersegam cantik pada pandangan matanya. Tangan dilambaikan pada seorang budak lelaki yang sedang bermain buaian bersama seorang kawannya.

Berlari budak lelaki itu bersama senyuman ke arahnya. Disalam dan dicium tangan pak ciknya itu. Seorang guru mendekat bersama beg berwarna biru hitam ditangan dan diserahkan pada Daneal yang sudah mendukung Nik.

Sorry uncle lambat satu minit.” Tuturnya sambil mengambil huluran beg sekolah milik Nik.

“Tak apa. Lagipun ada kawan-kawan Nik yang mak ayah dia orang datang lambat jugak.” Jawabnya sambil melambaikan tangannya pada beberapa kawan-kawannya.

“Salam cikgu.” Suruh Daneal dan Nik menurut.

“Kami balik dulu. Assalamualaikum.” Pamit Daneal dan berjalan keluar dari tadika ini. Senyuman terukir dibibirnya apabila melihat wajah ceria anak saudaranya pada hari ini. Wajahnya tidak lagi seperti minggu lepas yang masam sudah cukup membuatkan dirinya senang.

Pintu kereta sebelah pemandu dibuka dan diletakkan Nik di atas kerusi sebelum mencampakkan.. err meletakkan beg sekolah Nik ke tempat duduk belakang, ayat jangan kejam sangat!

“Tengok ni Nik dapat apa..” Sekotak makanan ringan di tayangkan pada pak ciknya.

“Apa tu?” Tanya Daneal.

“Choki-choki..”

“Mana dapat?”

“Akak Meera bagi.”

“Hmm?”

“Err, uncle tak nak tanya ke kenapa akak Meera bagi Nik ni?”

Terus meledak ketawa Daneal apabila mendengar pertanyaan anak buahnya. Kepala digelengkan. Macam-macamlah.

“Hmm ye lah. Kenapa akak Meera bagi Nik tu?” Dilayankan jugak anak buahnya.

Senyuman lebar terukir. “Sebab Nik dapat jawab soalan matematik tadi.”

“Oh yeah? Betul semua ke?”

“Yeap! Akak Meera cakap, Nik pandai sebab dapat jawab semua soalan tu.”

“Habis kawan-kawan Nik tak dapat jawab semua ke?”

“A’ah. Ada yang salah satu, ada yang salah dua. Uncle tahu tak, ada kawan Nik tu yang salah semua.”

Dahi Daneal berkerut. Salah semua pun ada? Susah sangat ke soalan matematik budak tadika ni? Hailah..

“Akak Meera tak marah ke kawan Nik tu? Tak kena rotan?”

“Tak! Akak Meera cakap, kena usaha lagi sampai berjaya.”

Kepala Daneal dianggukkan. Bagus cikgu macam tu. Tidak cepat melatah dengan anak muridnya yang masih belum tangkap apa yang diajar. Tidak dikenakan rotan pulak tu malah, diberi kata-kata semangat untuk menaikkan semangat anak muridnya. Syabas!



MACAM orang bodoh Meera duduk berteleku di kerusi tempat menunggu itu. Dipandang ke kanan, ada manusia. Dipandang pulak ke kiri, juga manusia. Semuanyalah manusia di tempat menunggu ni. Serabut kepala otak duduk sini.

Alongnya masih belum muncul-muncul jugak. Nak saje dia gerak dari tempat ni, tapi bila mengenangkan alongnya penat fly dan memerlukan rehat yang cukup, dibatalkan niatnya. Dengan orang lain dia boleh buat benda kejam tu, tapi jangan dekat along kesayangannya. Tahap sayangnya masih ada meskipun kegeraman pada alongnya minggu lepas masih berleluasa dalam diri.

Minggu lepas.. bukan main seronok Meera apabila alongnya balik membawa hadiah untuknya. Hadiah sebiji telefon yang dijanjikan oleh alongnya apabila dia selesai dengan jayanya melakonkan watak sebagai girlfriend alongnya. Senyuman jangan cakaplah. Sampai ke telinga kot dia tersenyum.

Senyumannya bertambah sampai ke otak kalau boleh apabila melihat kotak telefon idamannya. Iphone5c berwarna biru air laut. Terus bertukar jadi T_T matanya melihat kotak telefon itu. Sekali apabila dia buka kotak telefon tu, senyuman terus mati. Yang kedengaran hanya tawa mengekek dari along, ibu dan ayah. Semuanya pakat ketawakan aku.

Cis! Kotak aje Iphone, sekali dalam HTC. Serupa macam dia guna telefon lama aje. Baru nak bergaya dengan telefon mahal macam tu. Tak guna along ni! Pandai main-mainkan aku. Terus dia pandang mata along tajam. Tangan sudah mengepal penumbuk.

“Ops mak kau jatuh..” Pantas ditutup mulutnya. Ditoleh ke kanan, berdiri seorang lelaki yang segak beruniform pilot. Kalau tak mengenangkan lelaki ini alongnya, dah lama dia cair dengan senyumannya.

“Sukalah buat orang terkejut.” Dijeling alongnya yang memegang perutnya. Menahan dari ketawa tersembur keluar.

“Along cuit bahu pon dah melatah. Apa ni? Dengar dek mak mertua, terus reject buat menantu.” Bebel along bersama sisa tawa halusnya.

“Sudahlah. Hishh, orang tinggal kat sini karang.” Wajah masam ditayangkan.

“Tak boleh stoplah. Comel giler adik melatah.” Keningnya dijungkitkan beberapa kali.

“Sudahlah!” Kaki diangkat mahu keluar dari lapangan terbang ini. Buat sesak nafas aje bila hampir semua orang yang lalu lalang di sebelahnya memandang dirinya dan along silih berganti.

“Okay key key..” Bahu Meera ditarik perlahan. Menahan langkah adiknya dari meninggalkannya seorang diri disini. Kalau dia tinggalkan aku, aku nak balik naik apa? Teksi? Memang taklah. Dah lah teksi sekarang ni cekik darah. Dalam banyak-banyak pengangkutan awam, memang teksilah yang akan menjadi pilihan terakhir si pilot yang hensem ni!

“Nak balik ke tak nak? Termenung lagi tu dah kenapa?” Bahu alongnya di tampar kuat.

“Auchhh.. sakitlah..” Mata dijegilkan pada adiknya.

Meera membalas dengan menjelirkan lidah. Kedua-dua matanya pulak dijulingkan.



PUAN MASTURA dan Encik Khalid melabuhkan duduk di sofa berangkai tiga berhadapan dengan kedua-dua anak mereka. Meera dan Niezam yang khusyuk menonton televisyen yang bertajuk The Thor tidak perasan dengan kehadiran kedua orang tuanya. Mata mereka fokus pada televisyen. Sudah tidak dihiraukan keadaan sekeliling.

“Ehemm..” Encik Khalid berdehem. Sebagai isyarat supaya anak-anaknya tersedar dari hasutan televisyen itu.

Meera dan Niezam memandang ke hadapan. Wajah kedua-dua orang tua mereka ditatap. “Kenapa?” Serentak mereka bertanya. Mujur televisyen sedang iklan, jadi bolehlah mereka menumpukan perhatian pada ibu dan ayah sepenuhnya.

“Ibu dengan ayah nak tanya dengan along satu soalan ni.” Puan Mastura memulakan mukadimahnya.

Meera pandang Niezam disebelah. Sedikit terjungkit keningnya.

“Tanya apa?” Bergetar suara Niezam bertanya. Macam dah boleh agak soalan apa yang akan ibu dan ayah tanya.

“Kamu dah ada teman istimewa ke?”

Bingo! Dah agak dah. Kalau soalan tu memang dia sudah menyediakan jawapannya dari dulu lagi.
“Tak ada lagi. Kenapa tanya?”

“Kamu ni dah nak masuk tiga puluh satu tahun depan. Bila nak kahwinnya?”

“Alahh ibu.. Along tak bersedia lagilah nak galas tanggungjawab besar tu. Nanti-nantilah ek?” Berhati-hati dia menjawab. Takut ada pihak yang terkecil hati nanti.

“Kalau tunggu tak bersedia kamu, memang sampai bila-bilalah kamu takkan bersedia. Ibu tak fahamlah dengan kamu ni.”

“Kalau ibu tak faham, Meera lagilah tak faham dengan along.” Dipandang along disebelah. “Bila nak kahwin ni, hmm?”

“Gigit hidung tu karang.. sibuk aje hal along. Dia tu bila pulak nak kahwin? Tunggu putera raja datang meminang?”

“Meera!” Puan Mastura memanggil anak perempuannya tegas. Meera terus pandang ibunya.

“Ibu tengah cakap dengan along sekarang ni. Tolong jangan menyebok!” Tegas sekali ayat itu meluncur keluar dari bibir mugil Puan Mastura membuatkan Meera terdiam. Air liur ditelan. Gulp!

Meera menjeling alongnya apabila terdengar suara kekekan di telinga kanannya. Pantas tapak tangannya menampar peha alongnya yang rapat dengan pehanya.

“Ibu tanya ni..”

Mati terus perlakuan kedua adik-beradik itu apabila mendengar suara tegas ibu mereka. Meera terus menundukkan kepalanya. Tidak berani memandang ibunya. Sementara Niezam, hanya diam menekur sambil bermain dengan jemarinya sendiri. Dia tiada jawapan untuk itu kali ini.

“Ginilah. Ibu dengan ayah beri masa tiga hari untuk kamu bawa balik teman istimewa kamu. Kalau selepas tiga hari kamu tak bawa balik jugak, biar ibu dengan ayah yang bawakan untuk kamu. Faham?”

Meera berpandangan dengan alongnya. Dalam masa tiga hari je? Gilalah! Ingat nak cari bini ni macam nak cari lolipop ape?

“Cepatnya, bu.”

“Tak kira. By hook or by crook.”

“Ayah,,,” Niezam meminta pertolongan dari Encik Khalid. Encik Khalid hanya mengelengkan kepala. Kali ini dia tidak boleh menolong anak terunanya kerana keputusan ini adalah keputusan yang telah dipersetujui dirinya dan isteri tercinta.

Sampai bila dia harus menanggung anaknya? Bukan menghalau, tapi menyuruh anak terunanya supaya bergerak maju kehadapan untuk membina sebuah keluarga bahagia yang akan menjadi salah satu modalnya untuk ke Jannahtul firdaus kelak.


Niezam melepaskan keluhan. Dipandang adiknya disebelah. “Wish me luck, dear.” Mata dikenyitkan.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai