Pages

Search This Blog

15 Sep 2014

Pilih Aku Atau Dia [Bab 10, 11]

BAB 10
Disebabkan Meera ni baik hati, dipujuk jugak semua orang dewasa dalam bas ni untuk mengikuti permintaan anak muridnya bernama Nik yang menginginkan aiskrim. Bertambah senyuman di bibir comel Nik apabila kesemuanya bersetuju mahu singgah sebentar di Smoke House Hotel untuk menikmati aiskrim disana.

“Akak.. akak.. masuk hotel ni kena hisap rokok ke?” Tanya Nik polos.

Meera dan Syafiq yang mendengarnya berpadu meledakkan tawa. “Bukanlah sayang. Nama aje smoke, tapi kita tak perlu smoke pun.” Terang Meera bersama senyuman.

Kenapalah pemilik Hotel ni bikin nama yang pelik? Kan anak-anak murid aku semua pun pelik jugak!

“Ohh..” Nik menganggukkan kepalanya.

“Jom kita masuk.” Ajak Niezam yang sudah bergerak pantas ke hadapan.

Kami terus ke taman hotel itu untuk menikmati hidangan aiskrim. Pada mulanya semua sudah berjanji mahu memesan aiskrim, tapi mangkuk hayun ni boleh pulak pesan lain dari yang lain. Siapa lagi kalau bukan along. Lelaki berlagak muda itu memesan The Smokehouse Cream Tea.

Kami memesan dua puluh strawberi aiskrim dan lima vanila aiskrim. Selesai menikmati aiskrim, kami berjemaah menangkap gambar di depan Smokehouse. Memang cantik pemandangan hotel itu.

“Kenapa kita tak pergi Cactus Point aje tadi?” Tanya Pyka.

“Agak-agaklah. Kaktus kot. Bahayalah budak-budak ni pergi sana. Aku takut kalau jadi apa-apa.” Terang Meera.

“Lain kali kan kita boleh pergi sini.” Syafiq menambah.

“Lain kali tu bila? Aku tak sampai tiga bulan lagi nak gerak Aussie tahu.”

“Kau buat apa pergi sana?” Tanya Syafiq. Aku baru balik Malaysia, dah minah ni nak tinggalkan Malaysia?

“Belajarlah.”

“Kau bukanke dah habis belajar?”

“Menuntut ilmu biarlah sampai Melbourne!”

“Chinalah!” Meera menegur.

“Alah, samalah tu. Janji luar Malaysia jugak.” Pyka tayang gigi.

Meera mengelengkan kepala. Apa-apa aje lah.

“Kau pun pergi sekali ke?” Tanya Syafiq pada Meera.

“Tengah tunggu surat.”

“Tinggallah aku sensorang kat sini?”

“Hmm..”

“Kejamnya korang weh!”

“Habis kau tinggalkan kita orang dulu, tak kejamlah?” Balas Pyka balik.

Syafiq terdiam. Meera tersenyum.

“Kita orang pergi tak lamalah macam kau. Tiga tahun aje. Jangan risau.” Bahu Syafiq ditepuk Meera beberapa kali.

“Kalau aku rindu kau orang, macam mana?”

“Kau kan anak orang kaya, booking ajelah flight tu. Bukannya lama pun. Hish kau ni.”

“Hmm yelah.” Syafiq menggosok matanya.

“Kau janganlah menangis weh. Sekarang kita tengah holiday ni. Happy.. happy..”

“Aku tak nangislah. Akukan lelaki. Mana boleh menangis. Jatuhlah saham aku nanti.”

Meera mengelengkan kepala. Pyka menjeling. Berbulu telinga mereka mendengar.

“Bila kakak kau nak datang?” Tanya Meera perlahan ke telinga Syafiq apabila Pyka sudah memasuki kumpulan anak murid Meera dihadapan.

“Sepatutnya dia dah sampai ni." Syafiq pandang jam. Kemudian dia pandang Meera semula. "Kita nak pergi mana lepas ni?”

“Cameron Lavender.”

“Aku suruh kakak aku gerak sana terus je lah.”

“Okaylah.” Meera angguk. Okay jugak tu. Tak adalah mereka duduk sini lama-lama.


LELAKI itu hanya memandang lenggok wanita yang sedang memetik strawberi dihadapannya. Bibirnya mengukirkan senyuman apabila melihat wanita itu yang sudah tidak dihiraukannya keadaan sekeliling. Begitu asyik memetik buah strawberi di Cameron Lavender ni.

Disebabkan wanita itu membelakanginya, dia tidak dapat melihat dengan jelas rupa dan raut wajah wanita itu. Hanya sisi wajah wanita itu yang dapat dilihatnya.

Sedikit tegak badannya apabila melihat secara tiba-tiba wanita itu terjatuh dan bakul strawberi yang dipetiknya terjatuh ke tanah. Dalam hati sudah berkira-kira, mahu tolong ke tidak? Berbelah bahagilah pulak hati ni.

Tanpa banyak berfikir, dia menghampiri wanita itu dan membantunya mengutip buah strawberi yang tergolek jatuh ke bawah. Kemudian buah strawberi itu diserahkan pada wanita itu kembali.

“Hati-hati..” ujarnya bersama senyuman.

“Terima kasih.” Jawab wanita itu juga bersama senyuman.

Niezam memandang wanita dihadapannya. Automatik senyumannya mati. Wanita ini.. kenapa dia ada kat sini? Jadi semenjak tadi aku tengok dialah?

“Kau buat apa dekat sini? Bukan sepatutnya kau dekat rumah ke?”

“Err, kebetulan saya tengah outstation ke sini. Sebab itu saya singgah ke sini sebelum balik rumah esok.”

Niezam mengangguk dan terus berlalu meninggalkan wanita itu.

Dari jauh, Meera dan Syafiq melepaskan keluhan mereka. Rancangan pertama, gagal!

“Aku ingatkan adik dia aje yang keras kepala, along dia pun sama.” Komen dari Syafiq. Pantas Meera menyiku perut lelaki disebelahnya.

“Diamlah!”

“Apa kita nak buat sekarang ni?” Tanya Meera. Jari sudah mengetuk dagu.

“Aku kena jumpa kakak aku tu jugak.”

“Apsal?”

“Yelah. Kau tahu tak apa alasan aku suruh dia datang sini? Aku beritahu dia yang aku kehilangan jejak korang dan dalam masa yang sama, kaki aku terseliuh sebab baru jatuh bukit.”

Meera ketawa kecil. “Kenapalah bagi sebab yang macam tu? Jadi betul-betul nanti macam mana?”

Syafiq menggaru kepalanya. Kaki dihayun ke arah kakaknya yang terkaku memandang Niezam dari tempatnya berdiri.



DANEAL memandang sekeliling ruang tamu rumahnya. Keluhan dilepaskan. Bosannya tak ada Nik disisi. Selalunya budak itu akan berada disampingnya tidak kira masa. Asyik berkepit dengannya. Tapi kini, baru dua hari dia pergi, sudah rasa sunyi seluruh hidupnya. Bilalah kau nak balik, Nik? Uncle rindukan kau sekarang ni.

“Kamu kenapa, Neal? Tak sihat?” Tanya Puan Aida. Daneal melihat penampilan ibunya petang itu, cantik-cantik macam ni Ummi nak pergi mana?

“Rindu Niklah, Ummi.”

Puan Aida tersenyum nipis. “Esokkan dia balik dah.”

“Hmm.. tetap rindu dia jugak.”

Puan Aida mengeleng. Inilah anak lelaki tunggalnya, dah faham sangat dengan tingkahnya. Jika dia sudah rapat dengan seseorang, memang takkan dilepaskan pegangan tangan seseorang itu sehingga maut yang memisahkan hubungan mereka.

“Kalau rindukan Nik, doakan dia. Semoga dia selamat sampai kat rumah.”

Daneal sekadar mengangguk. “Ummi nak pergi mana ni?”

“Teman Abi kamu ke majlis pernikahan anak kawan dia. Mungkin kami balik lambat sikit, kamu bolehkan masak sendiri?”

“Hmm okay. Kedai banyak kat luar.” Terasa malas pulak nak menjegah ke dapur. Kenapalah Ummi dengan Abi tak upah orang gaji aje?

“Suka hati kamulah. Ummi pergi dulu. Jaga rumah elok-elok.”

“Okay bebeh..” dicapainya tangan kanan Umminya lantas dikucupnya.

Kepergian Ummi dihantarnya dengan pandangan yang redup. Makin bosanlah aku kat rumah sekarang ni.. huh!



MEERA melambung-lambungkan kunci keretanya beberapa kali. Selepas ini dia perlu ke Pejabat Tabung Haji kerana mahu memasukkan duitnya. Nanti apabila sudah cukup duit di dalam akuan tabung hajinya, dia akan menjejakkan kaki ke tanah suci yang diimpikan setiap umat Islam. Semangatnya berkobar-kobar apabila mendengar panggilan Hajah. Macam comel aje bila orang gelarkannya Hajah!

Namun langkahnya mati apabila melihat salah seorang dari anak muridnya yang hanya duduk menekur di luar bagunan tadika. Duduk seorang diri disana? Kenapa dia tak balik lagi?

“Hey.. kenapa tak balik lagi ni?” Tanya Meera prihatin.

Nik mendongakkan kepalanya. Mahu melihat gerangan siapakah yang menegurnya. Ohh akak Meera rupanya. Senyuman terbit dibibir.

“Tunggu uncle ambil.”

“Uncle Nik tak datang lagi ke?” Soal Meera. Telefon bimbitnya dikeluarkan.

“Tak.”

“Nah. Call uncle.”

“Nik tak tahu nombor uncle.”

“Lah. Kenapa tak tahu? Kan dah susah macam ni, kalau tak tahu. Nik ingat nombor siapa aje?”

“Mummy dengan daddy..”

“Telefon dia orang.”

Nik mengelengkan kepala. “Mummy dengan daddy tak ada. Dia orang pergi Umrah.”

Meera menggangukkan kepala. Dah sampai umrah dah dia orang..huhu.. Meera duduk disebelah Nik. Kalau macam ni, terpaksalah dia menemani Nik. Hajatnya mahu ke tabung haji dibatalkan. Esok-esokkan ada lagi.

“Kalau macam tu, akak teman Nik sampai uncle Nik datang ek?”

“Okay.”

Dan.. sepanjang menunggu kehadiran uncle Nik menjemputnya, kami berborak bermacam-macam perkara. Seronok Meera melihat keletah dan gelagat budak ini. Setiap kerenanhnya pasti menimbulkan tawa dibibir Meera.

Sehinggalah perbualan dan tawa mereka terhenti apabila sebuah kereta berwarna hitam berhenti betul-betul dihadapan mereka.

“Uncle dah sampai.” Beritahu Nik ceria.
Meera dan Nik segera bangkit. Tas tangannya di betulkan. Jam dipergelangan tangan dikerling. Dua belas tiga puluh minit tengahari. Satu jam jugaklah mereka duduk sini menunggu ketibaan lelaki itu.

“Sorry sayang, uncle lambat.” Lelaki itu terus mendukung Nik. Sebagai menebus rasa bersalahnya pada anak saudaranya.

“Tak apa. Lagipun akak Meera ada temankan Nik sekali.” Celoteh Nik. Daneal pantas melihat wajah cikgu yang diperkatakan Nik sebentar tadi. Senyumannya terus mati apabila melihat wajah perempuan itu.

Sepertinya, Meera juga terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Dia? Jadi uncle Nik, adalah dia? What so surprise?

“Meera?”

“Daneal?”

Serentak mereka menyoal. Mata bertentang mata. Segala perlakuan seakan-akan terhenti.



BAB 11

Meera menuruni anak tangga dan terus ke ruang tamu. Alat kawalam jauh televisyen diambil dan ditekan punat berwarna merah dibahagian hujung remote itu. Dari satu siaran ke siaran yang lain ditukarnya. Kenapalah semua cerita tak ada yang kena dengan jiwa? Lantas ditutup televisyen.

Kepalanya digeleng-gelengkan, kakinya digoyang-goyangkan. Apa nak buat sekarang ni? Bosan terlampau dah aku sekarang ni. Mana semua orang? Dipandang ke seluruh rumah. Tiada seorang pun yang ada diruang tamu ini.

Jam yang dipaku didinding dikerling. Lima empat puluh lima minit petang. Kalau jalan-jalan kat taman pun seronok jugak ni. Lantas dia bangkit, memanjat anak tangga mahu masuk ke dalam biliknya. Pakai ringkas-ringkas sudahlah. Bukannya nak pergi cari calon suami pun! Tudung ariani berwarna biru muda diambil dari dalam almari.
Compact powder dikeluarkan dari dalam laci meja soleknya kemudian dioleskan ke wajahnya. Pelembab bibir berperisa epal hijau dilembabkan ke dua ulas bibirnya. Kemudian, disarungkan pula tudung tadi ke kepalanya. Bertujuan mahu menutup rambut panjangnya. Okay, done!

Dia mencapai telefon bimbitnya dan beg dompetnya. Beg dompetnya dimasukkan ke dalam poket seluar jeannya manakala telefon bimbit itu hanya dipegangnya. Pintu bilik dipusingkan tombolnya.

“Nak ke mana?” Niezam yang baru keluar dari biliknya menyoal. Lelaki itu segak beruniform pilotnya. Mahu berangkatlah tu.

“Taman. Jenjalan. Along nak gerak dah ke?” Kaki mereka sama-sama menuruni anak tangga.

“Hmm.. hantar along?”

Meera mengelengkan kepala. “Malas nak drive. Suruhlah ayah hantar. Sorry..”

“Sokaylah. Hati-hati jalan.” Pintu masuk rumah dihampiri mereka. Meera segera menyarung sandal coklat miliknya.

“Baik bos!” Dikucup tangan alongnya sebelum dia berangkat ke taman.

“Fly ke mana?” Sempat disoalnya.

“Turki.”

“Bila balik sini?”

“Lagi tiga hari, insya Allah. Itupun kalau tak ada aral melintanglah.”

Meera menganggukkan kepala. “Okay then. Drive safely. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..”

Meera menekan satu butang pada key chain yang tergantung ditelefon bimbitnya. Pintu pagar besar itu terbuka sendiri. Dan dalam pada masa yang sama, seorang postmen berhenti betul-betul dihadapannya. Dihadiakan senyuman pada postmen yang tidak jemu menghantar surat.

Postmen itu segera menyerahkan satu sampul surat berwarna putih kepada Meera. Meera segera menyambutnya. “Terima kasih.” Ucapnya sebelum postmen itu bergerak ke rumah jiran sebelahnya.

Meera melihat nama pada sampul surat itu. Jantungnya berdegup kencang apabila tertera namanya disitu. Dengan lafaz basmalah, perlahan-lahan surat itu dikoyak. Makin bertambah kencang denyutan jantungnya apabila melihat lambang sebuah universiti yang diimpikannya selama ini.

“University of Wollongong..” disebut perlahan bersama senyuman dibibirnya, nama universiti impiannya.

Matanya ralit membaca setiap tulisan yang berada di atas kertas itu. Senyumannya bertambah lebar apabila dia membaca ayat yang berbunyi ‘tahniah!’. Terus dia berlari masuk ke dalam rumah memanggil kedua orang tuanya. Niezam yang melihat perangai adiknya juga bertambah pelik. Kenapa seronok sangat adik aku ni? Cawan yang berisi teh panas diletakkan diatas meja. Ruang tamu dihampirinya.

“Kenapa ni?” Soalnya pelik. Bukan sahaja adiknya sahaja yang gembira, ibu malah ayahnya juga kelihatan berseri wajah mereka. Pasti ada berita gembira ni!

“Along..!” Didekati alongnya. Surat ditangan ditunjukkan pada alongnya.
Niezam membaca tulisan yang dicetak diatas kertas itu. Senyumannya terukir dibibir. Dipandang adiknya yang sudah mengalirkan air mata gembira. Tubuh kecil adiknya dipeluk erat.

“Tahniah dik. Along bangga dengan adik.” Ujarnya. Air mata adiknya diseka dengan hujung jari. Gembira menguasai diri tatkala adiknya berjaya memasuki sebuah universiti yang diimpikannya sejak sekian lama.

“Kenapalah along fly malam ni? Kalau tak, along dah belanja besar malam ni.” Bebel Niezam. Tapi nak buat macam mana, dah takdir Allah yang dia tiada untuk meraikan segalanya.

“Lepas along balik sini, kita boleh celebrate kan?”

“Okay.”



SYAFIQ memuncungkan bibirnya. Badannya disandarkan ke kerusi. Penghawa dingin di KFC ini begitu sejuk sehinggakan peluh dingin terbit di dahinya.

“Alah relakslah, kawan. Tak lama pun kita orang pergi. Aku kat sana dalam dua tahun, Meera pulak empat tahun. Pejam celik pejam celik, kita orang dah grad kot.” Pyka menyisip air coca-cola di cawannya.

“Banyaklah kau punya sekejap. Dalam masa empat tahun tu macam-macam boleh jadi tau.”

“Kenapa? Kau nak kahwin ke dalam masa empat tahun tu?” Seloroh Meera.

“Tak adalah sampai aku nak kahwin. Kan aku cakap dulu, yang aku tunggu kau.”

Dahi Meera dan Pyka berkerut. Otak terus mengimbau pada tujuh tahun yang lalu dimana waktu itu mereka sedang bertungkus-lumus mengulangkaji untuk peperiksaan akhir tahun yang bakal menjelang kurang dari tiga hari lagi. Masa tu mereka berada di tingkatan empat.

“Meera, kau sudi tak kahwin dengan aku nanti?” Pertanyaan dari Syafiq membuatkan Meera terkejut. Spontan terjatuh buku Add Math ditangannya.

Pyka terus menampar kuat dahi Syafiq disebelahnya. “Apa kau berbual ni samdol? Ohh exam nanti soalan tu yang keluar ek?”

Meera tersenyum nipis dengan pertanyaan Pyka. Dia pun pelik jugak dengan pertanyaan Syafiq tadi. SPM pun belum lepas lagi dah tanya aku sudi ke tak kahwin dengan dia?

“Aku tanya aje.” Balas Syafiq tak puas hati.

“Pertanyaan kau tu, pelik kau tahu tak.” Pyka menjeling Syafiq.

Meera membongkokkan badannya mahu mengambil buku matematik tambahan yang sudah tersembam ke bumi dek pertanyaan mengejut dari Syafiq.

“Tengoklah kalau dah tak ada mana-mana lelaki yang nak kahwin dengan aku, baru aku pilih kau.” Muka surat sebelah diselak dan dibacanya.

“Okay, aku akan tetap tunggu kau.”


“Ingat tak?” Tanya Syafiq. Pyka dan Meera terus mengelengkan kepala.

“Dan jawapan aku tetap jugak sama.”

“Kau dah jumpa belum lelaki tu?” Tanya Syafiq.

“Kenapa?”

“Yelah. Kalau belum jumpa, aku boleh suruh mak aku hantar rombongan ke rumah kau.” Spontan Syafiq menjawab.

“Hmm,, aku dah jumpa lelaki tu. Tapi aku tak pasti samada dia betul atau pun tidak untuk aku. Segalanya terserah pada takdir.” Jelas Meera bersama senyuman.

Ye.. pertemuan mereka dua hari lepas membuatkan Meera merasakan ada sesuatu yang melekat di hatinya. Dan sesuatu itu melekat begitu kukuh di segenap ruang hatinya sampaikan dia tak nampak orang lain. Hanya lelaki itu.

“Serious Meera?”

“Hmm, insya Allah.”

“Kat mana kau kenal dia?”

“Perjumpaan secara tak sengaja di kedai buku, and you know what dia uncle Nik. Anak murid aku. Tak sangka betul!” Syafiq hanya tersenyum. Dapat dilihat kecerian yang jelas terpancar di mata gadis dihadapannya.

Keluhan terus dilepaskan. Takdir Allah yang menentukan segalanya. Semoga kau bahagia dengan pilihan kau, sayangku..



MEERA menjinjit lima beg kertas, tas tangan, dan beg komputer ribanya. Sekali tengok dah macam sarkas pun ada, tak nampak langsung wajah dek tersembunyi dengan segala macam jenis barang. Nak jalan pun teragak-agak, takut jatuh. Malang tak berbaukan?

“Boleh saya tolong?” Kaki Meera terus terhenti. Siapa pulak nak tolong aku ni? Kepalanya sedaya upaya cuba didongakkan untuk melihat si gerangan yang mahu menolongnya. Senyuman terus terukir di bibir apabila melihat dengan jelas wajah lelaki yang berdiri dihadapannya.

“Boleh. Tolong angkat ni.” Diserahkan kelima-lima beg kertas kepada lelaki itu. Dan yang tinggal hanya tas tangan dan beg komputer riba miliknya. Pergelangan tangan diurut.

“Nak bawa pergi mana ni?” Tanya Daneal. Kebetulan dia yang baru sahaja mahu meninggalkan tadika Nik ternampak gadis ini yang bersusah-payah mahu mengangkut segala barang. Kasihan pulak nak tinggalkannya sendiri.

“Kereta saya. Jom..”

“Banyaknya barang.” Omel Daneal. Berat-berat pulak tu.

“Ofcourse. Today is Teacher’s Day.”

Patutlah! “Anyway, happy teacher’s day to you. Sorry tak ada hadiah. Lupa pulak yang hari ni hari guru. Maklumlah, dah lama tinggalkan sekolah.” Daneal tersenyum nipis dihujung ayatnya.

“It okay. Awak bukan anak murid saya pun, kalau awak anak murid saya memang wajib bagi. Kalau tak, saya denda awak!” Ketawa.

“Kejamnya!”

Meera hanya menjongketkan kedua bahunya. Alarm kereta ditekan, boot kereta dibuka dan Daneal terus mencampakkan beg kertas itu ke dalam boot kereta. Boot ditutup.

“Thank you so much for helping.”

“Mentioned not.”

“Kalau macam tu, saya balik dulu. Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum.”

“Hmm, before that. Tunggu sekejap.” Meera terpinga-pinga. Daneal terus berlari mendapatkan keretanya. Kemudian berlari kembali ke arah Meera dengan sebuah beg kertas kecil ditangannya.

Hadiah untuk aku ke? Bukan ke aku dah cakap tadi tak payah kasi aku hadiah? Peliknya mamat ni. Nasib baiklah kau handsome!

“Nah.”

Dahi dijungkitkan. “Apa ni?”

“Awak punya barang yang tertinggal dalam kereta saya haritu..”

Meera terus membuka. Curious betul dengan barang ni! Sebuah kotak dikeluarkan. Kotak ubat nyamuk?! Apa kejadahlah mamat ni. Nak ketawa kang, takut terkecil pulak hati dia ni. Lantas dibuka kotak ubat nyamyuk itu. Diselukkan tangan ke dalam kotak itu. Ada satu benda berbentuk segi empat sama sisi.

Telefon? Matanya dipejam-celikkan. Macam pernah tengok telefon ni. Dipandang Daneal dihadapan. Lelaki itu menganggukkan kepala. Jemarinya terus membuka kekunci. Gambarnya bertudung hijau menjadi wallpaper telefon HTC itu.

Ni bukan ke.. “Telefon saya?”

“Yes, you got it! Memang telefon awak pun. Haritu tertinggal.”

“Patutlah saya cari tak jumpa. Tapi bukanke,,,”

“Saya dah tolong repairkan.. awak tak marahkan?” Potong Daneal.

Meera menggelengkan kepala. Buat apa nak marah? Patutlah dia tercari-cari telefonnya macam orang gila, sekali dekat lelaki ni rupanya! “Jadi berapa saya kena bayar ni?” Sudah berkira-kira mahu mengeluarkan beg dompetnya.

“No, its okay. Tak payah bayar.”

“Hish, janganlah macam tu. Segan saya. Dah banyak awak keluar duit untuk saya.”

“Saya ikhlas tolong awak.”

“Pleaseee...” Merayu. Serba salah jadinya.

“Okaylah macam ni. Sebagai balasannya, awak kena kawan dengan saya. Okay?”

Meera tersenyum manis. “Okay.”

“Kawan?” Daneal menghulurkan tangannya.

“Err..” Dipandang tangan Daneal. Kedua telapak tangannya disatukan kemudian, kepalanya ditundukkan sedikit. “Kawan.”


“Ops.. sorry.” Daneal pantas menarik tangannya. Lupa akan jantina mereka yang berlainan. Kepalanya diketuk.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai