Pages

Search This Blog

15 Sep 2014

Pilih Aku Atau Dia [Bab 9]

Daneal memberhentikan keretanya di tempat biasa apabila dia mahu menghantar dan mengambil Nik dari tadikanya. Pintu belakang kereta dibuka dan dia mengangkut segalas beg sandang milik Nik.
Hari dimana Nik akan bertolak ke Cameron Highland sudah tiba. Hatinya tidak lagi berbelah-bahagi seperti malam tadi kerana kepergian Nik bersama rombongan sekolahnya. Pagi tadi apabila dia bangkit dari tidur, serta-merta senyuman sudah terukir dibibirnya. Dia merasakan yang hari ini adalah hari paling bahagia meskipun hari belum menginjak malam.
“Hey, tak nak turun ke? Kita dah sampai tadika ni.”
Nik yang baru sahaja selesai memakai kasut sekolahnya tersenyum memandang pak ciknya yang nampak ceria dan berseri dari hari-hari yang sebelum ini. Kenapa ye? Adakah dia seronok aku tak ada dengan dia sepanjang tiga hari ni? Yelah, dia tidak perlu menjaga aku yang degil dan nakal ni lagi.
Uncle.. uncle..” Ditarik-tarik hujung baju kemeja Daneal. Daneal memandang ke bawah dimana berdirinya si pendek Nik Zarif Haikal.
“Kenapa sayang?”
“Nak dukung..” Tangannya didepangkan.
Daneal mengeleng. Dia memakai beg ditangannya ke belakang sebelum mendukung Nik dan dibawa masuk ke dalam tadika. Ramai betul ibu bapa yang menunggu sehingga anak mereka bergerak dengan selamat, baru mereka bergerak ke tempat kerja masing-masing.
Uncle.. uncle..” Ditarik kolar baju kemeja Daneal.
“Apa dia?”
Uncle jangan rindu Nik tau. Nik pergi tiga hari aje.” Sengih. Gigi putihnya ditayangkan.
Daneal ketawa kecil. Kecil-kecil dah pandai buat lawak. Digosok ubun-ubun anak saudaranya. “Ye sayang. Uncle takkan rindu Nik.” Bibir merahnya mengukirkan senyuman.
Uncle pergilah kerja. Nik boleh duduk sini dengan kawan-kawan Nik.” Ditunjukkan kawan-kawan sekelas dengannya yang duduk disebelahnya. Kawannya itu melambaikan tangannya pada Daneal dan tanpa segan silu, Daneal membalasnya kembali.
“Betul ni?”
“Hmm..”
“Okaylah kalau macam tu. Uncle pergi kerja dulu.”
Nik pantas mencapai tangan Daneal dan disalamnya. Daneal tersenyum. Dahi Nik dikucup penuh syahdu. Lama. Daneal bangkit. Dilambaikan tangannya pada Nik. Dengan langkah yang perlahan, dia melangkah keluar dari tadika ini. Kereta dihampiri. Bersedia mahu ke tempat kerja.


MEERA mengira jumlah bilangan anak-anak muridnya.  Cukup dua puluh orang kesemuanya. Dalam hatinya tidak putus-putus berdoa, semoga perjalanan pergi dan balik mereka selamat.
“Weh, pukul berapa nak gerak ni? Aku dah tak sabar nak gi makan strawberi.” Syafiq yang duduk di bahagian tengah bas bertanya. Memang sebaris lima kerusi itu menjadi tempat duduk mereka bertiga dalam bas ini. Senang mahu memantau bahagian hadapan dan belakang bas.
“Lagi sepuluh minit. Seperti yang dirancang.” Beritahu Meera apabila dia melihat ke dalam buku kerjanya. Di dalam buku itu sudah disiapkan perancangan sepanjang percutian mereka kali ini.
Dipandang pula ke setiap wajah-wajah anak muridnya. Masing-masing berwajah penuh dengan keserian dan keceriaan. Yelah, inilah kali pertama mereka ke Cameron Highland bagi sesiapa yang belum pernah menginjakkan kaki ke negeri tanah tinggi itu.
“Adik-adik akak ada yang nak pergi tandas ke?” Tanya Meera meminta kepastian. Kang kalau terkencing dalam bas ni siapa yang susah? Pak cik bas jugak yang susah! Yelah, nanti siapa yang kena pandu ke perhentian rehat dan rawat kalau bukan pak cik bas?
Masing-masing mengelengkan kepala. Mak oii! Punyalah bersemangat nak pergi sampai suara pun tak keluar? Aneh-anehlah dia orang ni.
“Sebelum tu, meh akak kenalkan. Yang pak cik pakai baju biru tu, nama dia Syafiq. Adik-adik akak boleh panggil dia pak cik.” Jelas Meera bersama senyuman. Pandangan tajam dari Syafiq tidak dihiraukannya. Malah dia menjelirkan lidah sebagai balasan.
“Sesedap kau aje. Adik-adik semua boleh panggil abang Syafiq. Hai, selamat berkenalan.” Ramah Syafiq memperkenalkan diri. Siap lambai tangan lagi. Flying kiss tak nak buat sekali ke, cik abang?
“Adik-adik semua, boleh panggil akak Pyka. Haii..” Pyka pulak membuat sesi orientasi dengan anak murid Meera.
“Sudah sudah sudah.. duduk tempat masing-masing. Sit properly. Kita nak gerak dah ni.”
Meera berjalan ke kerusi disebelah Pyka. Tas tangannya di letakkan di tepi kanannya. Dia memang suka duduk di sebelah tingkap apabila menaiki bas. Dengan itu, dia dapat mengetahui destinasi terkini apabila makan angin.
“Weh Meera. Anak murid kau semua comel-comellah.” Komen dari Pyka.
“Memey ah. Tengoklah siapa cikgu dorang, kan..” Kening dimain-mainkan beberapa kali.
Pyka menutup mulutnya yang terbuka. Mengantuk pulak dengar minah ni puji diri sendiri. “Aku tidur dululah ek? Dah sampai kau kejut aku.” Laras kerusi dibetulkan sebelum memejamkan mata.
“Awalnya kau tidur. Bas belum gerak lagi ni.” Bahu Pyka ditepuk beberapa kali. Lantak kome lah wahai Pyka. Sweet dream. Mimpikan aku ek?


KAMI bergambar berjemaah dengan pengurus hotel tempat penginapan kami sepanjang tiga hari dua malam kami disini. Heritage Hotel menjadi pilihan Encik Khalid untuk menginap. Katanya hotel ini adalah hotel lama. Semenjak zaman penjajah lagi sudah terbina kukuh hotel ini. Lagi.. hotel ini berdekatan dengan Bandar Tanah Rata yang menjadi ibu daerah Cameron Highland. Sebahagian kecil Tanah Rata terletak dalam Negeri Perak dan majoritinya terletak di dalam Negeri Pahang.
“Kita nak pergi mana ni?” Tanya Syafiq disebelah.
“Kita tunggu Encik Khalid dengan Puan Mastura turun dulu ek?” Ucap Meera bersama senyuman. Tangannya tidak penat membuat pelbagai gaya apabila alongnya menghalakan lensa kameranya padanya.
Kadang-kadang, ditarik Syafiq bersama beberapa anak muridnya sekali. Gambar itu akan disimpan dalam album miliknya sebagai kenangan. Pasti!
“Adik.. pegang ni jap.” Niezam menyerahkan kamera Nikon miliknya pada Meera.
“Nak pi mana?”
“Tandas.” Berlari pantas lelaki itu ke arah tandas yang berada jauh dibelakang bagunan ini. Meera terus menghalakan lensa kamera pada anak muridnya yang seronok menjilat aiskrim yang dibeli sebentar tadi. Pelbagai kerenah disaksinya.
“Woi. Ambil gambar aku pulak.” Panggil Syafiq yang mendukung Nik.
“Aku ada namalah!” Lidah dijelirkan pada Syafiq. Tangan terus mengarahkan kamera pada mereka berdua. Dua gambar dirakamnya.
Matanya melilau mencari Pyka. Mana Pyka? Bukanke tadi dia ada kat sini?
“Cari apa?”
“Pyka. Nampak dia?”
“Dia masuk bilik sekejap. Ada barang tertinggal.”
Lega Meera mendengarnya. Nasib baik. Bermati-matian dia ingat, Pyka menghilang. Kang nanti apa dia nak jawab pada ibu Pyka? Sudahlah tidak sampai lagi tiga bulan gadis itu akan terbang ke Australia untuk menyambung pengajiaannya disana.
Meera pandang sekelilingnya. Pyka tak ada. Along pun tak ada. Ibu dengan ayah juga tak nampak bayang. Hanya tinggal dia dan Syafiq bersama dengan kesemua dua puluh anak muridnya. Masa ini adalah masa yang tepat untuk dia memberitahu segalanya perihal along dan kakak lelaki itu.
“Syafiq..” Panggil Meera sedikit menjerit. Lelaki itu sedang berseronok melayani setiap kerenah anak muridnya. Lelaki itu dengan budak kecil memang tak dapat dipisahkan. Bagilah budak-budak yang nakal sekalipun, pasti akan jinak apabila berkawan dengan lelaki itu. Ilmu apa entah yang dipakainya!
“Amende?”
“Sini jap.”
Syafiq menurunkan Nik dan berjalan ke arah Meera. “What?
“Ni aku nak beritahu pasal along aku dengan kakak kau.”
“Hah, ceritalah.” Beria-ia Syafiq memandang Meera.
“Macam ni, kau tahukan yang along aku dengan kakak kau akan ditunangkan sebelum dia orang jadi laki bini?”
“Kau ni.. suka sangat guna ayat panjang-panjang. Ni bukan karangan bahasa melayulah. Kan kalau kau cakap dia orang akan dikahwinkan senang. Jimat sikit ayat. Macam ringkasan..” Bebel Syafiq panjang.
“Yelah Syafiq..”
“Okay, sambung..”
“Macam ni, dua hari lepas family kau balik dari rumah aku tu, along aku beritahu aku yang dia tak setuju kalau kakak kau yang akan dinikahkan dengan dia.”
Dahi Syafiq berkerut. “Pasai pa pulak? Dah kalau along tak nak kahwin dengan kakak aku, dengan siapa dia nak kahwin? Adik aku? Jangan buat kerja gila, adik aku SPM pun tak lepas lagi tau.”
“Mangkuk!” Bahu Syafiq dipukul. “Ada aku cakap along aku nak kahwin dengan adik kau ke?”
“Oh tak ada ek?” Tersengih. “Tapi kenapa weh?”
“Sebab, kakak kau pernah kecewakan along aku dulu.”
“Cerita sampai habislah.”
“Okay.. masa zaman dia orang universiti dulu, along aku dengan kakak kau pernah couple. Dia orang pernah bercadang nak tunang. Tapi kakak kau buat keputusan mendadak tanpa pengetahuan along aku. Kakak kau pilih lelaki lain dan tinggalkan along aku.”
“Serius ni?” Nada suara Syafiq sudah berubah. Barangkali dia bagi pihak kakaknya merasa sangat bersalah dengan apa yang berlaku.
“Hmm.. dan mulai dari detik tu, along aku tak pernah serius nak menjalinkan hubungan dengan sesiapa pun. Sebab itulah sampai sekarang, along aku selalu mengelak bila ibu dengan ayah aku tanya pasal kahwin.”
“Kenapa kakak aku tak beritahu aku semua ni? Dia dah janji dengan aku, kami tak ada apa-apa rahsia.” Syafiq menunduk.
“Mungkin dia ada sebab kenapa dan mengapa dia buat benda ni. Jadi sekarang aku nak mintak tolong kau..”
“Apa? Aku sanggup tolong kau.”
“Kita pulihkan hubungan dia orang.”
Syafiq terdiam. “Okay.. aku akan lakukan apa sahaja, asalkan rasa bersalah aku bagi pihak kakak aku terhapus.”
Meera tersenyum. Lega dia mendengarnya.
“Kita mula sekarang..” Tutur Syafiq.
“Mula apa ni?” Pyka bertanya. Dia baru sahaja tiba dan terus mendengar perbualan dua sahabatnya.
Syafiq dan Meera serentak pandang Pyka. “Tak ada apa-apa..” Jawab mereka serentak.
“Okay..”


CUACA yang kedinginan menyambut kami dengan pemandangan cantik ladang teh yang terbentang luas. Subahallah! Cantiknya!
“Sejukkan kat sini, sayang..”
Berdiri tegak romanya apabila mendengar Syafiq memanggilnya sayang. Giler apa mamat ni?
“A’ah lah, sayang. Sejuknya..” Dilayankan jugak kerenah Syafiq.
“Jom kita naik atas bukit sana, sayang..”
“Jom..”
Kami mendaki bukit di ladang teh ini. Pemandangan yang cantik dari puncak bukit ini membuatkan mereka semua terpesona. Macam tak nak balik aje!
“Sayang..” Panggil Syafiq. Meera menoleh.
“Snap!”
“Oi.. tak beritahu nak ambil gambar aku.”
“Yelah yelah. Cepat posing.”
Segera Meera membuat peace. Kakinya ke belakang sedikit untuk bergambar dengan pokok teh yang lebat dibelakangnya.
“Jaga-jaga sayang.. nanti jatuh.” Pesan Syafiq.
Hidung dikembangkan. Berbulu telinga aku dengar dia panggil aku sayang. Cakap aje berbulu, tapi layankan jugak mamat tiga suku ni!
“Sayang.. tengok sana.” Ditunjukkan jari telunjuknya ke arah Encik Khalid dan Puan Mastura yang berpelukan sambil gambar mereka dirakam Niezam.
“Alah sweetnya..”
“Kita buat jugak ek, sayang?”
“Hishh.. kau ni kenapa?”
“Entah..” kepalanya digaru. “Tetiba pulak nak bersayang-sayang dengan kau.”
“Sudahlah. Jom turun. Tak aci betul dia orang kat bawah sana, kita pulak kat atas ni.” Ajak Meera.
Mereka berjalan perlahan-lahan menuruni bukit tinggi itu. Keadaan yang licin dengan tanah yang rata membuatkan Meera memegang belakang baju Syafiq.
“Janganlah tarik kuat sangat, sayang. Jatuh abang nanti.”
Terus ditolaknya Syafiq sekuat hati sehingga lelaki itu termasuk dalam rimbunan pokok teh di sekeliling mereka. Meera terus berjalan berhati-hati menuruni bukit itu. Ditinggalkan Syafiq sendirian dibelakang tanpa menolongnya terlebih dahulu. Padan muka!
“Mana Syafiq?” Tanya Pyka. 
“Entah..” Bahu dijungkitkan. Dia bergerak ke tempat berdirinya Niezam bersama ayah dan ibu.
“Along.. gambar Meera pulak.”
“Tak layak!”
Panjang muncung Meera apabila mendengar jawapan alongnya. Aku yang comel plus cantik ni dia kata tak layak? Memang nak kena! Nak jadi macam Syafiq jugak ke?
Dipandang Niezam tajam.
“Selagi adik tak tolong Syafiq, selagi tu along takkan ambil gambar adik.”
Gulp!
“Ingat along tak nampak?”
Meera pandang Syafiq yang terjengket-jengket menuruni bukit. Kasihan pulak tengok lelaki tu. Haishh.. tulah Meera. Nak tolak orang pun berpada-padalah sikit. Kan Tuhan dah bayar cash ni!
“Yelah yelah..” Dirajinkan kakinya melangkah ke arah Syafiq.
“Boleh jalan, tak?”
Syafiq tersenyum. “Sayang jugak kau kat aku ek?”
Meera menjeling. “Aku tanya, boleh jalan ke tidak? Aku tak perlukan pertanyaan kau balik.”
“Kalau aku cakap tak boleh jalan, kau nak dukung aku ke?”
Ugh! “Memang taklah. Kau tu dah lah berat. Cepat baring!”
“Woi! Kau nak buat apa kat aku ni?”
Ish! “Baringlah cepat. Aku nak golekkan kau. Biar cepat sikit kau turun bukit ni.” Jelas Meera selamba.
“Tak payahlah. Aku boleh jalan sendiri. Kau papah akulah.”
“Uhk! Tak hingin aku.”
“Alah sayang.. abang tengah sakit ni.”
“Lagi sekali kau buat macam tu, aku humban kau sekali lagi jugak!”
“Aku buat apa?”
“Buat tulah.”
“Buat apa? Aku tak fahamlah. Banyak sangat aku buat tadi.”
“Alahh,, kau panggil.. Ughh! Sudahlah. Cepat sikit jalan.” Ditolak lembut bahu Syafiq supaya lelaki itu memandang ke hadapan. 

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai