Pages

Search This Blog

21 Oct 2014

Pilih Aku Atau Dia (Bab 21)

Hari ni hari Ahad. Hari yang tersangatlah membosankan bagi seorang gadis bernama Nameera Qaleesha binti Muhammad Khalid. Dari semenjak selepas sarapan tadi, dia hanya duduk termenung di sofa ini sahaja. Tak ada mahu ke mana-mana. Bosannya!

Dia hanya memandang sepi wajah alongnya yang kebetulan baru sahaja melintasinya untuk ke laman rumah. Nak beri ikan-ikannya makan, mungkin. Tak habis-habis nak manjakan ‘anak’ dia tu. Aku yang adik dia ni pun, tak dimanjakan! Nampak tak sikap diskriminasi dia kat situ?

Kaki masih lagi menghentak-hentak lantai yang dialas dengan permaidani lembut berwarna biru air laut. Tak silap akulah kan, permaidani ni ibu dengan ayah beli masa bulan madu diorang yang kedua kurang dua tahun yang lalu. Okay aku tipu. Bukan bulan madulahkan kalau aku dengan along join sekali?

Bunyi tapak kaki yang agak perlahan menembus pendengaranku. Dah kalau rumah ni sunyi, bunyi semut berjalan pun boleh dengar!

Pantas Meera menoleh ke arah tangga. Tidak lama kemudian, muncul dua kelibat yang segak mengenakan baju yang begitu cantik pada pandangannya.

“Ibu dengan ayah cantik-cantik ni, nak ke mana?” Tanya Meera.

Puan Mastura berhenti di hadapan anak gadisnya. Senyuman diukirkan. “Nak pergi beli barang sekejap.”

“Err,, Meera ikut?”

“Okay. Lima minit!” Arahan diberi.

Fifteen minutes, please?” Rayu Meera. Memang tak lah kalau dia nak bersiap dalam masa lima minit. Paling koman, setengah jam kot!

“Okay. Lambat, tinggal.”

Dia terus bangkit. Berlari memanjat anak tangga.

“Cepatlah sikit, langkah tu.”

Terus terhenti langkah Meera apabila mendengar suara garau di belakangnya. Pantas dia menoleh ke belakang. Sebelah kening dijungkitkan.

“Ingat adik sorang aje nak ikut? Along pun nak jugaklah.” Niezam terus melangkah, meninggalkan adiknya sendirian terpinga-pinga ditangga.

Ingat dia sorang aje ke yang bosan? Aku pun samalah!

 *****
Meera menarik satu pintu kaca sebelum melangkah memasukinya. Terus dia beratur menunggu giliran untuk mengambil duit yang disimpankan di dalam akauan banknya. Dia kini berada di Public Bank cawangan Bukit Indah.

Tiba gilirannya, dia terus meletakkan telefon bimbitnya di atas mesin bersebelahan dengan skrin mesin itu bagi memudahkan dia mencucuk wang. Eh! Macam lain jek ayat aku ni.

Selesai mengambil wang yang berjumlah lima ratus ringgit, dia terus mengambil resit dan terus berlalu pergi meninggalkan bank tersebut. Duit dah dapat, so apalagi. Shoppinglah!

Tapi sebelum shopping, dia harus ke sebuah restoran yang tidak jauh dari Public Bank tadi. Kesemua ahli keluarganya sudah menunggunya di sana. Tiba di restoran itu, Meera terus mengambil tempat bersebelahan dengan alongnya.

“Dah order ke?” Soalnya.

“Dah. Adik punya pun, along dah orderkan sekali.”

Thank you so much, alongku sayang.”

Niezam hanya tersenyum manis. Sekaranglah baru nak sayang aku..

 *****
Semenjak sepuluh minit tadi, dia hanya memerhati sebuah telefon yang ditinggalkan di Auto Teller Machine (ATM) itu. Namun, tiada seorang pun yang mengambil telefon itu. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu mengambil dan menyimpannya ataupun hanya membiarkan telefon itu disitu sehingga pemilik telefon itu sendiri yang datang mengambilnya.

Ahhh.. biar ajelah! Perlahan-lahan, kakinya melangkah ke pintu. Mahu beredar dari situ. Namun hatinya seolah-olah menahannya dari berlalu. Nafas di tarik tenang. Fikir Neal.. fikir..

Kalau aku biarkan aje kat situ, takut pulak ada manusia yang tak punya sivik yang ambil dan mungkin manusia itu akan menjualnya. Kasihan pulak pada empunya pemilik telefon itu. Mahal kot. Iphone5 leyy..

Entah macam mana. Entah bagaimana, kakinya sudah berhenti betul-betul di hadapan ATM itu. Apa aku nak buat ni? Dipandangnya kesekelilingnya, tiada satu orang pun berada disitu.

Ahhh.. ambil ajelah. Bersama itu, tangan kanannya mengambil telefon bimbit berwarna biru muda itu. Kemudian, dia terus melangkah pergi meninggalkan Public Bank ini.


 *****
“Cari apa, dik?” Tanya Niezam pada adiknya yang semenjak tadi menyelongkar isi beg tangannya. Namun semenjak itu jugaklah, adiknya itu tidak menemukan barang yang dicarinya. Haishhh...

My phone.”

“Adik letak mana tadi?”

“Tu lah pasal. Adik sendiri pun lupa letak mana.” Perlahan bicaranya sambil tersengih. Kepala yang dilitupi dengan selendang, dia garu perlahan.

Niezam mengelengkan kepalanya. “Last adik pergi mana tadi?”

Meera berhenti. Dan berfikir. Last aku pergi makan.. ehh tak. Sebelum tu aku ada pergi bank. Hah! Jari dipetik kuat.

“Bank!” Diberitahu alongnya.

“Pergilah cari.”

“Teman?”

No!”

Tanpa membuang masa, Meera terus menarik lengan kanan alongnya. Diheret juga alongnya agar menemaninya ke bank.

Namun dia hampa apabila tiba disana. Tidak kelihatan telefonnya di mana-mana. Dicelah-celah mesin ATM tidak dijumpanya. Di dalam tong sampah pun tidak ada. Hailah. Manalah kau pergi telefon? Aku dah sayang kau bagai menatang minyak yang penuh, kau boleh pulak macam kacang lupakan kulit. Ehhh, asal aku tiba-tiba berperibahasa ni?

“Nah!” Meera hanya memandang kosong telefon alongnya yang dihulurkan padanya.

“Nak buat apa?” Blur melanda diri Meera buat tika ini menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.

“Telefonlah. Mana tahu ada orang ambil ke.”

Ye tak ye. Kenapalah aku tak terfikir langsung? Pantas diambil telefon milik alongnya dan didail pula nombor telefon bimbitnya. Bismillah.. janganlah orang jahat yang ambil telefon aku tu!

 *****
Hampir terkejut Daneal apabila dia yang tengah khusyuk memandu dikejutkan dengan bunyi deringan telefon yang kuat berbunyi di sebelahnya. Lantas diberhentikan kereta di lorong kecemasan. Dia mencapai telefon yang dijumpanya tadi yang sedang berbunyi nyaring membingitkan telinganya.

Nama pemanggil yang terpapar di skrin di baca dalam hati. ‘Along?’ Dan tanpa membuat si pemanggil menunggu lama, panggilan itu dijawabnya.

“Hello?”

“Err.. asaalamualaikum.” Suara seorang gadis yang lembut dan merdu kedengaran di cuping telinganya. Suara itu sungguh mendamaikan hatinya dan suara itu jugak membuatkan dia terkenangkan seseorang. Tapi siapa?

“Waalaikumussalam.” Salam si gadis dijawabnya.

“Boleh saya tahu, encik ni siapa?” Tanya suara itu.

“Saya Dan.. Danish.” Ye! Semenjak empat tahun yang lalu, dia sudah menukar nama panggilannya. Elok-elok dari Daneal, kini ditukarkan kepada Danish. Okay what? Nama aku jugak, bukan?

“Bukan nak biadap tapi, telefon yang Encik Danish gunakan sekarang ni adalah telefon saya.” Haishh, macam tak kena aje ayat aku ni. Gasaklah. Janji aku dapat balik telefon kesayangan aku tu!

“Ohh ye ke? Nasib baik saudari menghubungi saya. Telefon saudari berwarna biru, kan?”

“Ye. Betullah tu. Emm, Encik Danish ada kat mana sekarang? Saya pergi ambil.”

“Tapi saya dah jauh dari tempat tu.”

“Tak apa. Biar saya ambil.”

“Tak apalah. Disebabkan saya yang pegang telefon saudari, jadi biar saya ajelah yang hantar ke sana.”

“Betul ni?”

“Ye. Saudari boleh tunggu saya di mana?”

“Hmm, saya tunggu betul-betul dihadapan bank tadi.”

“Okaylah. Jumpa di sana. Assalamualaikum.”

Daneal menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Entah mengapa jantungnya berdetak kencang sekali. Pernafasan dibetulkan. Mahu menyeimbangkan emosinya yang penuh teruja tadi. Tak tahulah kenapa dirinya begitu teruja sekali.

Tangannya menurunkan signal ke kanan. Manakala tangan kirinya pula menurunkan break tangan dan menukar ke gear D. Kedua kakinya mula memainkan peranan masing-masing.

 *****
“Macam mana?” Tanya Niezam.

“Dia on the way datang sini.”

“Baguslah. Ibu dah panggil along tadi. Bolehkan adik tunggu sensorang kat sini?”

“Hmm.. okay. Nanti adik menyusul yoww..” Senyuman dilemparkan.

Mata Meera hanya memandang kepergian alongnya masuk ke dalam pusat membeli-belah tidak jauh dari Public Bank ini. Terpaksalah aku shopping lewat sikit kali ni. Atotoyy..

Dia duduk di bangku yang disediakan di hadapan bank. Menunggu dan terus menunggu kedatangan telefonnya bersama orang yang menjumpai telefonnya.

So Meera, moral of the story is don’t careless.. Kalau kau cuai jugak, inilah akibatnya. Itupun kalau manusia yang menjumpai barangan kau tu baiklah. Kalau tak, mimpi ajelah nak dapat balik!

Setengah jam menunggu.. manalah lelaki ni? Dah berjanggut aku tunggu kat sini. Okay aku tipu!

Akhirnya, Meera duduk menyandar di cermin kaca. Mata dirapatkan sehinggalah..


“Assalamualaikum.”

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai