Pages

Search This Blog

26 Nov 2014

Pilih Aku Atau Dia [Bab 22]

Mata bertentang mata. Orang kata, dari mata turun ke hati. Tapi yang ini, entahlah. Hanya pandangan terkejut yang mengusai fikiran kedua-dua manusia berlainan jantina ini.

Bagi Meera, mata dan wajah inilah yang dirinduinya selalu. Terasa dirinya kosong sewaktu dia menyambung pengajiannya dahulu. Terasa kehilangan. Sampaikan kalau boleh, setiap hari nak menyanyi lagu Firman yang berjudul Kehilangan tu!

Bagi Daneal pulak, kepergian Meera membawa separuh daripada nyawanya. Dia bagaikan mayat hidup apabila mengetahui kekasih hatinya telah pergi meninggalkan dirinya terkapai-kapai sendirian. Lagi bertambah tidak keruan apabila setahun selepas kepergian Meera, ahli keluarganya sudah berpindah rumah. Daneal terus kehilangan keluarga gadisnya itu sehinggalah kini.  Alhamdulillah doanya dimakbulkan Allah. Allah telah menemukan dirinya dengan gadis ini. Syukran Ya Allah..

“Neal?” Tanya Meera.

Ini Daneal ke?

“Meera?” Tanya Daneal pula. Masing-masing bagaikan tidak percaya yang perpisahan selama hampir empat tahun itu, akhirnya menemukan mereka disini. Dihadapan Public Bank!

“Ya Allah.. awak buat apa kat sini?” Tanya Meera. Senyuman kegembiraan jelas terpancar pada wajahnya. Baru dia berkira-kira mahu mencari lelaki ini. Tapi Tuhan telah mentakdirkan aku untuk berjumpa dengannya tanpa sempat aku mencarinya. Perancangan Allah lebih hebat dari segala-galanya. Subhanallah..

“Saya tengah cari seorang perempuan yang tertinggal telefon dalam bank ni almost one hour ago.”

Dahi Meera berkerut. Perempuan? Telefon? Tertinggal? Dalam bank? Nah! Kena kat batang hidung sendiri.

“Jadi, lelaki yang bernama Encik Danish tadi tu, is you?”

Daneal berfikir seketika. Telefon ditangan diangkat separa bahu. “Jadi telefon ni awak punya?”

Meera pandang sebuah telefon yang berwarna biru muda yang berada di genggaman Daneal. Terus tersenyum bibirnya apabila melihat telefon itu.

Yeah.. that mine. Syukur alhamdulillah.”

Daneal terus menyerahkan kembali telefon yang bukan miliknya pada pemilik asal telefon itu.



SO, Nik macam mana sekarang?”

Air disisip perlahan. Mata hanya memandang seraut wajah yang amat dirinduinya selama hampir empat tahun.

“Nik? Alhamdulillah dia sihat. Dah besar dah pun sekarang. Nanti kalau ada masa, saya boleh bawa awak jumpa dia.”

Meera tersenyum. Aku rindu budak lelaki itu. Nik Zarif Haikal. Nama yang tidak asing lagi dalam sejarah hidupku. Kata lelaki ini, Nik selalu melihat dan mencium sebiji cawan yang pernah aku hadiahkan sebelum kepergianku empat tahun lalu.

Ya Allah, bahagianya aku hari ni. Biarkanlah bahagia ini kekal bersamaku selamanya. Doanya.



DENGAN sebuah senyuman yang menghiasi bibirnya, Meera melangkah memasuki sebuah restoran yang tertera nama ‘ZZ Sup Tulang’. Malam itu, dia akan bersama-sama dengan ahli keluarganya menjamu selera di restoran yang terkenal ini.

Mereka mengambil tempat di tengah-tengah restoran dimana mereka perlu duduk bersila untuk makan. Alah, yang macam orang Korea buat tu! Pesanan diambil pelayan dan mereka terus berborak.


“Bila along fly lagi?” Tanya Meera. Telefon ditangan di masukkan ke dalam tas tangannya. Dia baru sahaja selesai mesej dengan Pyka. Perempuan itu sekarang sedang ‘dating’ bersama ahli keluarganya jugak.

“Lagi tiga hari. Kenapa?”

“Kat mana?” Pertanyaan si abang tidak dijawabnya sebaliknya menanyakan soalan yang lain.

“Paris. Again I ask, why?

“Nak ikut?” Tangan alongnya di pegang.

Niezam menjungkitkan sebelah keningnya. Pelik. Tak pernah-pernah nak ikut aku fly ni.

“Kenapa tiba-tiba nak ikut ni?”

“Saje. Lagipun, adik manalah pernah pergi sana.”

“Hmm..” Jari-jemarinya diketuk-ketuk di atas meja.

“Ibu dengan ayah izinkan tak?” Tanya Niezam. Walaupun dia ikut aku sekalipun, keizinan mesti dipinta terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi adik aku ni perempuan. Sukar sikit nak jaga. Aku jadi kapten, takkan nak tinggalkan kerja aku dan jaga adik aku kat kabin. Tu makan gaji buta namanya.

Meera pandang kedua orang tuanya. “Ibu.. ayah.. adik nak ikut along pergi Paris, boleh?” Suara dicomelkan. Salah satu caranya bila mahu meminta sesuatu.

“Bila?” Tanya Encik Khalid.

“Aik.. baru balik takkan nak tinggalkan ibu sekali lagi?” Jelas nada ketidaksukaan Puan Mastura mahu mengizinkan anak daranya meninggalkannya buat kali kedua. Dahlah masa anaknya itu belajar dulu pun, enam bulan sekali aje dia pulang ke Malaysia. Mana cukup masa dia nak luangkan dengan anaknya tu. Ni nak tinggalkannya lagi sekali? Memang tak lah.

“Lagi tiga hari.” Along menjawab pertanyaan si ayah.

“Alah bu.. boleh lah. Meera tak pernah lagi pergi sana.” Pujukan diteruskan.

“Lah.. pergi ajelah. Sebelum Meera masuk kerja nanti, berseronoklah dulu. Nanti dah tak ada masa nak berseronok macam sekarang.” Keizinan dari Encik Khalid sudah diberi. Tinggal tunggu Puan Mastura aje. Haishh, aku nak pergi sekejap ajelah. Along balik sini, aku baliklah sekali.

“Bolehlah bu.. Ibu baikkan..”

“Tak ada.. tak ada. Tak boleh!”

“Ibuu..”

“Macam nilah. Senang, kita semua pergi sana sama-sama.” Cadangan dari Encik Khalid membuatkan mataku bercahaya. Idea yang bernas datangnya dari si ayah.

“Okay jugak tu. Lagi ramai lagi seronok.”

“Okay.. lusa kita bertolak. Pilot dia, along.” Ceria suara Meera bersuara.



SEDANG menjamu selera, suasana yang ceria sebentar tadi dikejutkan dengan suara seseorang sedang merengek. Berdasarkan pendengaran Meera, budak lelaki yang berusia dalam sepuluh tahun itu tidak mahu makan di restoran ini. Dia mahu makan malam direstoran yang lain.

Akibat pencemaran bunyi, Meera akhirnya melihat juga babak drama tanpa pengarah dan skrip itu berlangsung.

“Bising betullah. Menganggu orang nak makan aje.” Bebel along disebelah.

Meera masih lagi mengamati sebuah keluarga itu. Kelihatan si ibu sedang memujuk anaknya. Namun pujukan dari si ibu tidak mendapat tindak balas yang baik dari si anak. Akhirnya, si ibu meminta pertolongan dari pak cik kepada anaknya. Kiranya macam, adik kandung si ibulah.

Lelaki muda yang berbaju merah hati berseluar jean hitam itu terus duduk melutut. Memegang kedua bahu anak saudaranya.

“Nik sayang.. malam ni kita makan kat sini dulu. Esok malam, uncle janji uncle akan bawa Nik ke tempat tu. Okay?” Lembut tutur kata lelaki itu memujuk anak saudaranya begitu menyentuh hati kecil Meera.

Nik nama budak tu. Terus terbayang wajah Nik apabila lelaki itu menyebut nama Nik. Apalah khabar Nik sekarang ni? Daneal pun dah lama aku tak jumpa dia. Lama tu tak lah lama sangat. Baru minggu lepas mereka berjumpa.

“Meera..” Meera memandang wajah Encik Khalid apabila lelaki itu memanggilnya.

“Ye, yah?”

“Itu macam lelaki yang dah tolong kamu dulu tu kan?”

“Tolong Meera? Bila?”

“Empat tahun lepas.”

Niezam terus memandang lelaki yang dimaksudkan ayahnya apabila ayahnya menyebut empat tahun lepas. Dia mengamat-amati wajah lelaki yang dimaksudkan ayahnya. Ehh a’ah lah. Lelaki itu.

“Daneal kan nama dia?” Tanya Niezam. Wajah adiknya dipandang.

Meera menoleh. Memandang ke kelompok keluarga itu yang sudah duduk bersebelahan dengan meja mereka. Daneal duduk betul-betul sebaris dengannya.

“A’ah lah.” Jadi yang menangis tadi tu.. Nik? Ya Allah..

Meera mengesat mulutnya dengan tisu yang disediakan di hadapannya. Menyisip air teh ais yang dipesannya tadi sebelum memandang ke pondok sebelah. Bibir sudah dihiasi senyuman.

“Assalamualaikum.” Sapanya ceria.

Kesemua yang berada di pondok itu serentak menoleh dan menjawab salam yang diberinya tadi. Kecuali Nik.

“Meera?” Daneal meminta kepastian. Tak sangka pulak boleh berjumpa dengan gadis ini disini.

“Liesha.. kan?” Meera pandang seorang wanita yang berbaju hijau. Dahinya dikerutkan. Cuba mengingati wajah perempuan itu.

“Hey.. Lia kan? Ya Allah. Jumpa lagi kita.” Makin bertambah lebar senyumannya. Mereka terus bersalaman. Tidak lupa juga pada Azarina. Jadi, Lia adalah adik Daneal? Ya Allah.. kecilnya dunia ni. Pi mai pi mai tang tu jugak!

Meera pandang Nik yang comel berbaju kemeja. Nik tidak memandang ke tempat lain sebaliknya hanya menundukkan kepalanya sahaja. Dipandang Daneal sekali lagi.

“Kenapa?” Tanyanya sambil menunjuk ke arah Nik.

Daneal hanya mengangkat kedua bahunya. “Merajuk. Tunjuk perasaan. Macam tulah the end of story.

Meera ketawa kecil.

“Err.. Nik.” Panggilnya lembut. Nak tengok, Nik masih ingat lagi tak pada suara cikgunya yang cute ni.

Percubaan pertama gagal. Nik tetap dengan keputusannya. Tak apa, tak apa. Usaha tangga kejayaan.

“Nik sayang..”

Senyuman melebar. Perlahan-lahan Nik mendongakkan kepalanya. Dipandang ke kirinya. Dahinya berkerut. Cuba mengingati siapakah perempuan yang memanggilnya. Macam kenal.

“Hai..” Tangan dilambaikan pada Nik. Nik masih lagi dengan wajah blurnya memandang Meera.

“Adik akak sihat?” Tanya Meera.

Nik terus bangkit. Berlari melompat kayu yang menghalang bercantumnya antara dua pondok itu. Terus dipeluk erat perempuan yang duduk bersila disebelah lelaki yang berbaju T-shirt Levis.

“Akak Meera..”

Kepalanya disembamkan ke bahu Meera. Meera terus membalas pelukan Nik. Dah besar macam ni pun nak gembeng lagi. Macam pelik pulak. Berubah betul perangai Nik yang dulu dengan sekarang. Dulu Nik seorang yang ceria. Senyuman tak pernah lekang dibibirnya. Selalu sahaja dia gembira.

Tapi Nik yang sekarang dah lain. Dah berubah seratus lapan puluh darjah. Nik sekarang gembeng. Tak suka senyum. Kenapa berubah ni, sayang?

“Akak Meera pergi mana? Penat tau Nik dengan uncle cari. Akak dah tak sayang Nik lagi ke?” Dalam sendu, Nik menyoal.

Meera melepaskan pelukan mereka. Wajah Nik dielus lembut. Air mata yang mengalir diseka.

“Kan akak sambung belajar. Nik dah lupa ke?”

“Nik rindu akak.” Sekali lagi Nik memeluk kakak yang dirinduinya.


Meera tersenyum. “Akak pun rindu Nik jugak. Rindu sangat-sangat.”


p/s : sorry..

1 comment:

  1. sweet..

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #10. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/11/senarai-url-blog-10.html dan pemenang bertuah telah diumumkan http://www.mialiana.com/2014/11/pemenang-bertuah-url-blog-10.html

    Maaf.. baru sempat nak blogwalking ke sini.

    - Mia Liana -

    ReplyDelete

Pendapat anda sangat saya hargai