"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Sunday, November 30, 2014

Suamiku Ramai Crush [Part 6]

Damia menggaru kepalanya yang dilapik selendang. Badannya semenjak tadi sudah terbongkok-bongkok mencari heelsnya yang hilang. Mana pulak heels aku ni? Bukan aku park kat sini aje ke tadi?

Damia pandang kawannya. “Hmm.. kau orang pergilah kelas dulu. Nanti aku datang.”

“Kasut kau?” Tanya Zulaikha.

“Biar aku cari dulu. Kalau tak jumpa pepandailah aku guna kasut kelopak jantung.” Tersengih dia. Dalam pada hatinya risau tak sempat masuk kelas, dia masih sempat membuat lawak.

“Tapi betul ni kau nak kita orang pergi kelas dulu?”

Mengangguk.

“Tinggalkan kau kat sini?”

Mengangguk lagi.

“Seorang diri?”

“Ya, Ika.” Damia dah ketap gigi. Ada yang kena cium ni karang!

“Kau tak nak masuk kelas dulu baru cari heels kau?”

Menggeleng. “Kau nak aku kena bahan ke masuk kelas berkaki ayam?”

“Kau guna ajelah kasut aku.” Cadang June.

Dahi June, Zulaikha ketuk pakai fail ditangannya. “Mangkuk, kau nak guna kasut apa?” Hah, kan dah kena mangkuk sekali.

June garu kepala. Iye tak ye. Kalau aku kasi Mia pakai kasut aku, aku nak pakai kasut apa? Cetek betullah pemikiran kau, June! Otak tak centre betullah.

“Dah.. dah.. kau orang pergi masuk kelas dulu. Nanti kalau Prof. Nik ada bagi kerja ke, kau orang dah boleh back up untuk catit apa yang patut.”

Zulaikha dan June mengangguk. Tapi dalam masa yang sama, mereka tak berani nak tinggalkan Damia seorang diri di perpustakaan ni. Bukannya apa.. mereka bertiga mana pernah berpisah. Berpisah masa nak mandi dengan balik rumah ajelah!

Damia hanya pandang kepergiaan kawannya. Dan dia terus menyambung misinya tadi. Cari heels kesayangannya. Kenapa kesayangan? Sebab heels tu Iskandar jadikan barang hantaran masa mereka nikah dulu. Sebab tu dia sayang sangat. Sanggup dia redah lautan api kalau berkenaan dengan heels tu. Okeh, hiperbola tu.

Sedang terbongkok-bongkok mencari, melalui hujung matanya dia nampak ada orang berhenti dibelakangnya. Dan heels nya yang berwarna biru terang itu berada betul-betul dihadapan matanya. Bibirnya pantas tersenyum. Dia menegakkan kembali badannya. Nak ucapkan terima kasih pada seseorang yang berjaya menjumpai heels kesayangannya.

Tapi senyumannya langsung mati bila wajah lelaki dihadapannya masuk ke retina matanya. Wajah lelaki itu ceria. Bibirnya tersenyum.

Lelaki ni.. dah berubah. Wajahnya yang dulu bersih dan bebas dari sebarang cela, kini dicemari dengan misai halusnya. Bukan tu aje, siap ada bintik-bintik hitam dihidungnya. Dahi lelaki itu juga berminyak.

Damia lepas keluhan. Diakah penyebab lelaki ni berubah?

“Awak nak apa?” Dingin suara Damia. Walapun dalam hati dia rasa bersalah sangat. Mana perginya Mikhail Iskandar yang handsome? Ohh suamiku..

“Ni..” Sambil tunjuk ke heels biru terang ditangan kanannya. “Nak pulangkan balik kat baby.” Ceria aje nada suaranya.

Damia pandang sekeliling. Nasib baik tak ada orang kat kawasan letak kasut ni. Tak ke haru nanti kalau orang lain dengar lelaki ni panggil dia baby. Nak-nak kalau crush lelaki ni. Mahu disulanya aku nanti.

“Kita kat tempat awam. Rasanya tak perlu kot awak nak guna panggilan macam tu.” Sambil tangannya mencapai kasut tumit tingginya dari tangan lelaki itu. Kasut itu dia sarungkan ke kaki.

Like I care?” Keningnya dijungkitkan. “Lagipun boboy dah bersedia nak hebohkan status kita pada semua orang.”

Membulat mata Damia. Apa ni.. lelaki ni dah gila ke? Bukan dia yang beria-ia dulu nak rahsiakan dari pengetahun orang lain?

“Tak payah nak buat kerja gilalah, Iskandar!” Damia mengorak langkah. Iskandar pantas mengikutinya.

Bila rasakan dirinya diekori, Damia matikan langkahnya. Dia toleh ke belakang. “Jangan nak tergedik-gedik ikut saya boleh tak?”

“Boleh! Tapi selepas baby dengar penjelasan boboy.” Melihatkan Damia tidak mengambil peduli dan mahu membuka langkah, pantas dia bersuara. “Tak baik ingkar arahan suami!” Dan Iskandar berjaya apabila Damia tidak jadi membuka langkahnya.

“Lima minit untuk saya dengar penjelasan awak.” Damia memeluk fail didadanya. Dia pandang wajah Iskandar. Ahh! Tapi sekejap aje sebab dia tak sanggup. Makin lama dia pandang wajah tu, makin dia rindu nak peluk lelaki tu. Jadinya, dia pandang tempat lain sementara telinga masih mendengar penjelasannya.

“Boboy tahu, boboy pentingkan diri sendiri sampai tak pernah nak dengar sendiri hati dan perasaan baby yang merintih. Boboy tahu baby terluka bila nampak boboy dengan perempuan lain. I know it.

“Tapi tu yang awak buat!”

“Maafkan boboy. Boboy..” Iskandar telan air liur. “Bukan sengaja boboy tak nak beritahu yang boboy pergi kenduri kahwin abang Zulaikha dengan Aida. Boboy nak sangat beritahu.”

“Tapi kenapa awak tak beritahu saya pun?”

“Sebab boboy tahu.. kalau boboy kasitahu yang boboy pergi sana dengan Aida, mesti baby sakit hati. Sebab kita pergi ke tempat yang sama.”

“Habistu awak ingat kalau awak tak beritahu saya, hati saya senanglah? Boleh happy gelak ketawa macam orang gila? Hah?!”

“Hati saya lagi bertambah-tambah sakit bila nampak awak berduaan dengan Aida. Berpegangan tangan. Di depan khalayak umum. Sampaikan telinga saya nanar bila dengar awak dengan Aida sweet berdua. Bila dengar yang kau orang sepadan digandingkan bersama.” Sambung Damia lagi.

I’m sorry, dear..” Tangan Damia cuba dicapai, tapi Damia pantas menepis.

Never touch me!” Air mata yang mengalir dia biarkan. Otaknya seolah-olah tak nak suruh tangannya mengesat air mata itu.

“Sayang.. forgive me?” Rintih Iskandar. Dia tak minta benda lain, hanya sebuah keampunan dari isterinya. Hanya itu yang dia mintak.

Hidupnya macam orang tak tentu arah sejak Damia keluar dari rumah dan tak tahu tinggal di mana. Dia hilang punca mahu mencari isterinya. Bila dia cuba ekori kenderaan isterinya sewaktu perempuan itu pulang dari kuliah, seperti sedar dirinya diekori, pantas Damia laju menghilangkan diri sampaikan Iskandar tak dapat kesan.

Is.. Mia.. what wrong with you guys?” Suara seseorang buatkan perbalahan mereka terhenti. Damia dan Iskandar serentak menoleh. Aida datang bersama botol air mineral ditangan kirinya. Wajahnya berkerut. Tidak memahami dengan situasi yang terbentang dihadapan matanya.

“Huh.. pergi mampus dengan perempuan tu.” Damia terus buka langkah.

Iskandar yang mendengar terkejut. Inilah kali pertama dia dengar isterinya keluarkan ayat yang sebegitu kesat dihadapannya. Dia pandang Damia yang semakin jauh tinggalkannya. Dan sesekali pandang Aida yang semakin menghampiri.

Sekali lagi, hati Damia nanar bila nampak dari jauh Iskandar lebih tumpukan pada Aida berbanding mengejar dan memujuk dirinya, isteri Iskandar sendiri.

Dia dah tak cintakan kau, Mia. Baik kau cepat pergi dari sini sebelum banyak lagi adegan yang kau nampak lepas ni.

Mendengarkan kata hatinya, Damia pantas pergi dari situ.

Iskandar meraup wajahnya. Dia tak punya masa nak berbual dengan Aida. Dia harus kejar isterinya yang lagi berduka.

Sorry. Need to go.

Iskandar berlari pantas mengikuti arah laluan Damia lalu tadi. Sehingga laluan itu membawanya ke tempat letak kereta. Kereta milik isterinya dia cari dia selautan kereta yang terpakir disitu. Bila dah jumpa, dia berlari pantas menghala ke kereta itu.

Cermin tinted bahagian pemandu dia ketuk betubi-tubi. Pintu kereta juga dia buka tapi tak berjaya kerana Damia sudah menguncinya dari dalam.

Mia.. baby.. please open the door.

Damia pakai seatbelt. Dari gear P dia tukar ke gear R. Brek tangan dia turunkan. Perlahan kereta mengundur ke belakang mahu keluar dari kotak parkir. Lepastu dia terus pecut laju tinggalkan kawasan universiti. Tinggalkan juga Iskandar disitu.

“Is.. kenapa dengan Mia? Dia okay ke?” Aida muncul dibelakang Iskandar. Semenjak tadi dia mengekori langkah Iskandar apabila nampak perubahan lelaki itu apabila berjumpa dengan Damia tadi.

Dia perasan juga, Iskandar sudah tidak banyak bersuara. Dia jadi pendiam. Misai yang menghiasi wajahnya juga semakin kelihatan. Wajahnya sudah tidak seperti sebelum ni. Dulu wajah itu bersih tanpa sebarang noda. Kenapa Iskandar berubah?

“Mia.. she.. she my wife!” Lepas ungkap ayat itu, Iskandar terus menuju ke keretanya yang terletak jauh sikit dari tempat itu. Apa nak jadi, jadilah. Yang pasti, dia harus cari Damia sekarang ni jugak.

Sementara Aida.. terpempan. Dia terkejut dengan berita yang baru dia terima yang keluar dari mulut seorang lelaki bernama Iskandar.


Damia dengan Iskandar dah bernikah?


p/s: salah satu part yang paling aku ta suka.. boring.. boring.. not in mood.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.