Hari
berganti hari, minggu berganti minggu segalanya berjalan dengan baik dan
lancar. Alhamdulillah.. tanda kesyukuran dipanjatkan pada Allah S.W.T. kerana
masih diberikan kesihatan dan keamanan dalam hidup.
Damia
senyum pandang seorang perempuan meskipun wajahnya tak nampak yang dia tengah
bahagia sekarang. Dalam hati ni, hanya Allah aje yang tahu macam mana rasa
berkecainya dia sekarang ni. Tangan dah genggam penumbuk. Dia cuba bersabar.
Pesan
ibu.. selagi mana kita boleh bersabar dengan sesuatu perkara yang kita tak suka
tu, bersabarlah. Sebab kekecewaan merupakan cara Allah nak beritahu kita,
bersabarlah Aku punya sesuatu yang lebih baik untukmu.
Hmm..
bala untuk yang ke,, entahlah. Tak larat dah dia nak kira. Banyak sangat. Ni
kalau aku senaraikan berapa banyak crush laki aku, mesti tiga helai kertas
kajang depan belakang, aku rasa belum tentu cukup.
Baru
aje lepas seorang, sekarang dah tambah lagi seorang. Sampai-sampai pernah dia
mengeluh yang kenapa dia boleh tersangkut dengan lelaki handsome nama Mikhail Iskandar tu. Sampai satu tahap, dia rasa fed up dengan semua benda ni.
Tapi
apa boleh dia buat? Nak berpisah dengan Is? Haha.. itu kerja gila namanya. Tak
kena cekik dengan along, kena maki dengan ibu. Tak kena pelangkung dengan Yana,
kena kapak dengan ayah. Tapi sanggup ke dia lepaskan Iskandar? Dah bercinta
sepenuh mati, takkan nak biar terlerai macam tu aje kan? Hubungan ni masih
panjang lagi. Rugi kalau berhenti sekerat jalan. Nanti dia juga yang merana.
Mana nak dapat suami yang pakej lengkap macam Mikhail Iskandar ni? One in a million aje weh!
“Mikhail
Iskandar handsome weh!” Terdengar
suara seorang perempuan. Jaraknya tak jauh dari tempat Damia dan kawan-kawannya
melantak kat kafe ni. Damia yang elok-elok tengah lapar, terus mati selera
lepas dengar.
“A’ah..
rugi kau tak ikut kita orang tadi. Dia punya senyum.. perghh! Terangkat beb.”
Suara seorang lagi perempuan bersuara.
“Kau
nampak tak tadi masa dia tolong seorang perempuan yang nak jatuh tadi. Perghhh!
Gila macho aku tengok. Cair hati aku.”
Damia
kuis nasi pakai sudu. Tak rasa yang dia akan makan nasi tu untuk hari ni. Maybe one fine day. Sebab yang pasti,
dia dah tak ada selera nak teruskan makan dia lepas dengar apa yang perempuan
tu cakap.
Iskandar
tolong orang? Okeh, itu boleh terima. Perempuan kot! Part yang tu memang bikin
hati dia membara. Sejak bila pulak Is tukar profesion tolong orang ni? Tak
pernah-pernah pun sebelum ni.
Hmm..
tapi
“Weh
Mia.. makan lah. Lepas ni kita ada kelas full
weh. Kang pitam pulak kau dalam kelas. Aku tak larat nak angkat kau.” Tu dia..
suara June menjengah telinga Damia.
“Hmm..
makanlah ni.” Katanya perlahan.
Dah
Mia.. lupakan pasal Is sekejap. Kita isi perut dulu. Lepastu kita pi belajar.
Bila dah sampai rumah, baru ingat balik yer. Walaupun aku tahu, yang bila
sampai rumah, gerenti dia dah tak ingat dah. Otak dia ni selalunya simpan
benda-benda macam ni kat short-term
memory aje. Baru dengar, lagi dua tiga minit hilanglah.
MACAM
yang Damia beritahu tadi, bila sampai rumah terus dia tak ingat apa-apa yang dia
dengar tadi masa tengah melantak kat kafe. Ah, heavennya rasa sekarang ni. Bukan yang dia dengar kat kafe aje dia
lupa dah.. Yang dia dengar dan nampak kat perpustakaan pun dia dah lupa dah.
Damia
kembali khusyuk pada pemotongannya. Berhati-hati dia potong sayur. Kang kena
tangan, memang naya. Dah rosak jari dia yang runcing ni.
Sesekali
Damia jeling ke pintu masuk ke dapur.. mana pulak Is ni? Kata nak tolong aku
sekali tadi? Ni aku dah nak habis memasak dah, tapi dia tak turun-turun pun.
Hmm, mungkin dia ada kerja kot kat atas. Damia teruskan aktiviti memasaknya.
Malas nak fikir dah. Kalau Is nak tolong, jap lagi mungkin dia turun. Dan andai
kata dia tak nak tolong, dia tak turunlah.
Damia
tutup makanan pakai tudung saji. Siap dah masakannya untuk petang ni. Tinggal
tunggu masa nak makan aje karang. Dia mendongak pandang syiling dapur. Acaca
nampak aje Iskandar dari tingkat bawah ni.
“Apalah
pak cik tu buat kat atas? Dari tadi tak turun-turun.” Ngomel Damia sendiri.
Pipi kanannya digosok perlahan. Kakinya melangkah keluar dari dapur. Anak
tangga dia hampiri dan melangkah panjatnya.
Sampai
kat tingkat atas, dia dengar suara orang ketawa. Perlahan kepalanya
digelengkan. Apa yang pak cik tu gelakkan? Nampak lawak bebenor. Pintu bilik
berwarna coklat keemasan dia hampiri. Pintu tu dia tolak.
Terus
cekak pinggang Damia bila nampak Iskandar sekarang ni. Rasa nak cekik aje mamat
ni. Boleh pulak sesedap dia aje meniarap atas katil sambil menghadap laptop kesayangannya. Dah nampak yang
dia duk gelak terguling-guling tu, tak lain dan tak bukan mesti layan Running
Man ni.
“Ewah-ewah
pak cik, buat apa?” Tegur Damia.
Iskandar
pause cerita yang sedang ditayangkan.
Lepastu pandang isteri dia yang berjalan ke arahnya. Tersenyum dia sekejap.
Digamit Damia supaya duduk disisinya. “Tengok Running Man, mak cik.” Selamba
dia membalas buatkan Damia jegil mata.
“Eh
lah! Tak bagi tahu. Nak tengok jugak.” Damia ikut sama meniarap disebelah
Iskandar.
“Nasib
baik cakap awal-awal, baru aje tengok ni ha.” Jarinya pantas melalukan cursor ke bahagian awal cerita. Biar
isteri dia boleh tengok dari awal sama.
“Episod
berapa ni, boboy?” Tanya Damia. Kepalanya disandarkan dibahu Iskandar.
“One one seven.”
Damia
dan Iskadar beradu ketawa. Kelakar bila part
Jea Suk pakaikan seluar Ha Ha yang baru bangun tidur. Giler skema weh. Pakai
seluar pendek sampai pusat. Seriously
macam budak terencat akal.
Damia
tabik giler dengan orang Korea. Sebab apa.. sebab dalam banyak-banyak cerita
yang mereka tayangkan, hanya kosong perpuluhan kosong lima peratus aje dia
orang gunakan bahasa inggeris. Tak macam kat Malaysia ni, bahasa melayu dengan
bahasa inggeris bercampur aduk. Macam ni ke memartabatkan bahasa melayu?
Terus
teringat pada Sajak Anak Global, part ...
namun
bahasanya aku tidak mengerti,
dua
patah Melayu ditimbun sepuluh inggeris,
Memang
part yang tu ajelah yang aku ingat
sampai sekarang. Yang lain-lain, samar-samar. Kalau tak, memang dah aku bagi
kat sini. Huhuu..
Memang..
Memang kita perlu, wajib belajar bahasa asing dalam hidup. Tapi kot ye pun na
memartabatkan sesuatu bahasa tu, janganlah campur adukkan bahasa tu. Kan dah
tak sedap didengar.
Damia
dan Iskadar gelak lagi. Kali ni yang pasal part
satu aktiviti sebelum ahli Running Man dengan artis jemputan tu kena buat
sebelum dia orang boleh sarapan. Part
yang Suk Jin kena dukung Ji Hyo tapi dia tak sedar yang dia dukung tu bukannya
Ji Hyo, tapi Jea Suk.
Hah..
yang ni lagi satu hal. Dalam pada kita duk bergelak ketawa tu, kita tak perasan
yang benda yang selalu ahli Running Man buat tu memang bertentang dengan agama
Islam. Tengok cara dia orang dukung perempuan, cara dia orang tenung perempuan
tu, memang bercanggah giler dengan hukum hakam. Dengan benda ni aje dah boleh
semua orang dapat tahu, yang perkara tu boleh nak bezakan mana satu Islam, mana
satu bukan Islam.
Just simple like
that, am I right?
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.