“Apsal
bro?” Tiba-tiba aje bangun ni.
Bila
nampak Iskandar yang sarung sling bagnya
makin buat dia pelik. Adam pandang arah yang kawannya pandang. Bila nampak apa
yang dia nampak, dia senyum. Patutlah pandang tak berkelip. Usha perempuan
rupanya.
“Nak
usha ke, bro?” Adam gelak. Nilah kali pertama kawan dia tiba-tiba bangkit bila
nampak perempuan dari jauh. Sebelum ni, perempuan yang terus kejar dia bila
nampak dia lalu kat sebelah!
“Hmm..”
Iskandar jungkit bahu. “Aku chaw dulu ah.” Terus Iskandar berlari dapatkan
Damia yang laju langkahnya.
Damia
menoleh ke belakang bila dengar sayup-sayup namanya dipanggil. Bukan nama dia,
tapi panggilan manja dia bila dengan Iskandar. Damia hanya pandang Iskandar
yang berlari semakin dekat dengan dia. Dan lelaki tu berhenti sambil
tercungap-cungap. Dahi yang merembes keluar di dahi, Damia seka pakai
tangannya. Berlari tak jauh ni pun dah berpeluh ye, bang.
“Kenapa?”
“Baby nak pergi mana ni? Laju je.”
“Nak
keluar, cari teksi.”
Berkerut
terus dahi Iskandar. Teksi? “Buat apa cari teksi?”
Damia
tak jawab tapi dia terus tarik tangan Iskandar ke kereta. “Dah alang-alang boboy
ada ni, jom kita pergi hospital.”
“Hospital?”
Dalam pada tu, Iskandar buka juga kunci kereta. Mereka masuk dan Iskandar terus
memandu ke hospital walaupun dia tak tahu apa tujuan mereka ke sana.
“Kak
Hajar telefon tadi. She’s crying. I don’t
know what happen. That why, baby nak pergi sana. Baby ingat yang boboy still
ada kelas, itu yang tak nak kacau.”
Iskandar
mengangguk. Patutlah dia nak cari teksi tadi. Hmm.. risau betul Damia dengan
Kak Hajar. Buatkan Iskandar nak tahu sesangat, apa yang terjadi pada isteri
abang ipar dia.
Sampai
kat hospital, Damia terus menerpa Kak Hajar yang menangis sambil ditenangkan
oleh doktor. Kak Hajar terus peluk Damia bila nampak wajah adik iparnya muncul.
Damia pandang wajah doktor yang tersenyum tu. Tapi jelas sangat nampak hambar
pada senyuman tu. Damia tenangkan Kak Hajar untuk seketika.
Bila
Kak Hajar dah tenang, doktor panggil Damia untuk memberitahu sesuatu. Pantas
mereka berbincang di luar. Sempat Damia tarik tangan Iskandar supaya ikut dia.
“'The baby cannot survive anymore, the baby
at the wrong place, we have to safe Puan Hajar immediately.” Doktor itu
bersuara.
Gelap
dunia Damia seketika. Intro yang diberitahu doktor kepada mereka buatkan Damia
rasa nak menangis. Dia tertanya-tanya, bagaimana Kak Hajar boleh tempuh saat ni
disaat suaminya tiada disisi?
Kalau
dirinya.. mesti dia rasa tak kuat sekarang ni. Mesti dia dah meraung panggil
Iskandar suruh berada disampingnya.
“Pihak
hospital perlukan tandatangan Puan Hajar sebab nak terus lakukan pembedahan untuk
mengelakkan ectopic tu pecah or in short, kami terpaksa melakukan
pembedahan membuang kandungan, dan tiub fallopio sebelah kanan Puan Hajar
terpaksa dipotong.” Jelas doktor itu lagi. Siap pendekkan ayat untuk Damia dan
Iskandar faham.
Menitis
air mata Damia. Ya Allah.. ujian apa ni? Iqmal akan kehilangan adik dia? Damia
menangis didada Iskandar.
Sekali
lagi tamparan hebat buat Kak Hajar.
Tak
dapat dia bayangkan.. sungguh. Patutlah Kak Hajar menangis bagai nak gila masa
dia telefon tadi. Rupanya.. janinnya terpaksa digugurkan. Bukan tu aje, tiub
fallopio kanan juga terpaksa dipotong. Dan selepas ni, hanya tiub fallopio kiri
sahaja yang berfungsi sepenuhnya.
Allahuakbar!
Kau kuatkanlah Kak Hajar, Ya Allah. Aku mohon. Aku sanggup andai Kau ambil
kekuatan aku dan serahkannya pada Kak Hajar. Jika itu boleh kuatkan kakak ipar
aku.
“Pembedahan
tu perlu dibuat harini juga.” Beritahu doktor itu lagi.
“Esok
tak boleh ke? Mungkin Kak Hajar perlukan masa untuk terima semua ni.” Terdengar
suara Iskandar bertanya. Iskandar sendiri tak menyangka, ini pengakhiran bagi
kisah bayi dalam kandungan Kak Hajar.
Terimbau
balik pada peristiwa, Darwish memberitahu berita gembira ni di rumah ibu. Masa
tu ibu gembira sangat. Siap belanja anak menantu cucu dia makan malam lagi.
Tapi akhirnya.. gembira ni tak kekal lama.
Allah
nak tarik balik nikmat ni, sekelip mata aje. Tak tunggu kita bersedia atau tak.
“Kenapa
nak tunggu esok?” Balas doktor tu. Doktor muda tu tarik nafas sebelum
menyambung balik, “Kalau dia pecah dalam perut Puan Hajar nanti, lagi bahaya.
Mungkin nyawa Puan Hajar terancam. Lima puluh-lima puluh aje yang dia ada kalau
kandungan tu pecah.”
Iskandar
terdiam. Damia pandang suaminya. Dia raup wajah. Mereka pasrah dengan keputusan
Kak Hajar yang mahu dirinya dibedah.
Menitis
lagi air mata Damia bila nampak raungan Kak Hajar bila dia terpaksa
menandatangani surat yang diserahkan doktor padanya. Terpaksa okay! Siapa aje
yang rela ikhlas hati sanggup buat semua tu?
Kak
Hajar pegang tangan Damia. Terasa sejuk tangan itu dikulit Damia. Damia elus
tangan itu bertujuan nak beri sedikit kehangatan pada Kak Hajar.
“Iqmal..”
Damia
senyum. Faham dengan Kak Hajar yang risaukan Iqmal. “Tak apa, kak. Iqmal, biar
Mia yang urus. Akak tenang aje dulu. Banyakkan berdoa.” Damia gigit bibir
bawah. Pandangannya dah kabur sekarang ni. Cepat-cepat dia mendongak.
“Mia..”
Dengar Kak Hajar panggil dia lagi. Lirih suara tu ditelinga Damia. Cepat dia
menunduk pandang wanita dihadapannya. Sungguh, dia dah tak mampu nak bersuara.
Dia takut kalau dia bersuara, dan-dan tu jugak air mata dia turut ‘bersuara’
sama.
“Beritahu
along, akak minta maaf banyak-banyak. Andai selama akak hidup dengan dia, akak
ada tersakitkan hati dia. Akak pernah derhaka pada dia. Akak pernah..” Kak
Hajar lap air mata dia pakai tisu yang diambil dari atas meja sebelah katilnya.
“Akak pernah kurang ajar dengan dia. Akak minta ampun minta maaf.” Sambungnya
lagi.
Jatuh
juga air mata yang dia tahan. Usapan Iskandar dibahunya lagi menambahkan sayu
dihatinya. Perlahan dia mengangguk sambil seka air mata.
“Kak..
kita orang solat Mahgrib dulu.” Iskandar terus tarik tangan isterinya.
Kat
luar wad, Damia terus peluk Iskandar. Air matanya semakin laju keluar. Iskandar
yang memahami hanya membiarkan. Sesekali belakang badan isterinya dia usap
lembut. Bila Damia dah habis menangis, terus dia bawa Damia ke surau.
“IBUU..”
Suara
dihujung panggilan itu buatkan Damia kembali nak menangis. Tapi dia tahan.
Sebab kalau dengan hanya terus-terusan menangis, benda buruk ni takkan sampai ke
pengetahuan ibu dengan ayah.
“Ada
apa, Mia?”
“Ibu
boleh tolong Mia, tak?”
“Tolong
apa? Kalau ibu boleh tolong, insya-Allah ibu tolong.”
Damia
diam sekejap. Suara ibu kedengaran balik, “Kenapa suara sengau aje ni? Kamu
nangis ke, Mia? Kenapa? Gaduh dengan Is?”
Damia
menggeleng. Kalau sebelum ni ibu tanya soalan tu, sure Mia angguk. Tapi sekarang, dia dengan Is dah tak ada gaduh-gaduh baling pinggan kuali dah. Dia
orang dah berbaik okay. Dah janji takkan gaduh-gaduh
dah. Tapi Is tahu, Isteri dia mana ajelah yang tak gaduh dengan dia. “Tak, bu. Kak Hajar..”
“Kenapa
dengan Kak Hajar? Ceritalah.. jangan buat ibu takut, sayangg..”
“Kak
Hajar kat hospital. Sekejap lagi Kak Hajar nak kena bedah. Nak minta tolong
ibu, ambilkan Iqmal kat rumah Mak Cik Munah.” Mak Cik Munah tu jiran sebelah rumah
along. Sesekali kalau Kak Hajar dengan along ada hal serentak, pada wanita
itulah Iqmal dititipkan.
“Hajar
nak kena bedah? Kenapa? Ya Allah! Kenapa boleh jadi macam ni. Kenapa ibu tak
tahu ni? Mak Kak Hajar dah beritahu?” Panjang dan banyak soalan yang ibu tuju
pada Damia.
“Kak
Hajar mengandung luar rahim. Kena bedah sekarang jugak.”
“Along
dah kasi tahu?”
Sekali
lagi Damia menggeleng. “Sekejap lagi Mia beritahu along.”
“Hmm
iye lah. Ibu dengan ayah ambil Iqmal sekarang. Nanti kalau ada apa-apa, terus
beritahu ibu yer, Mia.”
“Baiklah
ibu.”
Damia
tamatkan talian. Kes Iqmal, selesai! Tinggal nak beritahu along dengan keluarga
Kak Hajar aje sekarang ni.
Baru
Damia nak hubungi along, ada sebungkus plastik diserahkan padanya. Bila dia
dongak, dia nampak figura Iskandar dihadapannya. Iskandar terus labuhkan duduk
bila Damia tak ambil bungkusan plastik yang dia serahkan.
Sebungkus
daging burger dia buka balutan dan hulurkan pada Damia. Bila isterinya geleng,
dia turut sama geleng.
“Sayang..
makanlah. Dari siang tadi tak makan lagi kan.” Pujuk Iskandar.
Damia
geleng lagi. “Tak ada selera.”
Terdengar
Iskandar mengeluh. “Please.. please.. sikit
aje. Jangan biar perut tu kosong. Nanti tak ada sesiapa yang nak teman Kak
Hajar.”
Pujukan
Iskandar berjaya bila Damia capai daging burger. Memang daging burger aje dia
ambil dan makan. Roti burger tu dia serahkan kat Iskandar balik.
Iskandar
senyum. Macam manalah boleh lupa yang isterinya kalau makan burger tak makan
rotinya sekali? Dia ajelah manusia paling pelik yang dia pernah jumpa buat masa
ni. Hmm.. nak tengok manusia pelik lagi, tunggu lepas mereka ada anak nanti.
Mana tahu sifat pelik Damia menurun pada anak-anak mereka pulak.
“Air
mana?” Minta Damia.
Iskandar
buka penututp botol mineral dan serahkan pada isterinya.
Lepas
siap makan, Damia terus hubungi keluarga Kak Hajar sementelah Iskandar
menghubungi Darwish untuk memberitahu berita mengenai Kak Hajar.
HAMPIR
jam dua belas tengah malam, Damia terjaga. Jaket yang menutupi separuh badannya
dia pegang. Jacket merah milik Iskandar dah tersarung di tubuhnya. Dia turut
sama bangkit bila nampak Iskandar dah berdiri tidak jauh di hadapannya.
Iskandar dia hampiri.
“Kenapa?”
“Kak
Hajar dah dibawa masuk dewan bedah.”
Damia
hanya pandang beberapa jururawat yang tengah mengusung satu katil pergi
daripadanya. Katil Kak Hajar. Semakin lama semakin jauh. Pergi tinggalkan
mereka disini.
Ya
Allah.. aku meminta sedikit kudrat dari Mu. Kau selamatkanlah Kak Hajar. Kau
pulihkan semangat dia. Kau kuatkanlah dirinya dalam mengharungi dugaan Mu ini.
Sebab
Allah sayanglah Allah uji kita. Dia takkan menguji hambaNya kalau dia tak
sayang.
“Jom..”
Damia
hanya melangkah ke mana jejak langkah Iskandar. Sedar-sedar mereka dah berada
di hadapan dewan pembedahan.
ESOKNYA,
Damia dan Iskandar melawat Kak Hajar selepas kelas mereka habis. Damia terus
salam Kak Hajar bila mereka bersua. Senyuman terukir di bibir Kak Hajar
walaupun Damia tahu yang senyuman tu sarat dengan kesedihan.
“Kak
Hajar sihat?”
Mengangguk.
“Alhamdulillah. Allah masih selamatkan akak walaupun Dia tak selamatkan anak
akak.”
Ayat
tu.. buatkan Mia sayu. Rasa nak menangis sekali lagi. Dia dongak pandang
syiling wad. Bila along nak balik ni? Kata along, dia akan pulang secepat
mungkin.
“Sabar
kak. Allah sayang akak. Dia tahu akak kuat.” Damia genggam tangan tu.
“Iqmal
macam mana?”
Damia
senyum balik bila ingat pasal Iqmal. “Iqmal, buat masa ni ibu yang jaga dulu.
Nanti lepas akak dah sihat, ibu pulang Iqmal balik kat akak.” Damia beritahu
apa yang ibu beritahu dia pagi tadi.
“Terima
kasih dah tolong akak.”
Bibir
Damia sekadar mengukir senyum. Dia peluk Kak Hajar sekejap sebelum doktor
semalam datang.
“Hai
assalamualaikum.” Sapa doktor muda tu.
“Waalaikumussalam.”
Balas Damia.
“Puan,
sihat?” Tanya doktor tu pada Kak Hajar.
“Alhamdulillah,
saya sihat.” Doktor tu memeriksa sesuatu dihujung katil Kak Hajar. Lepastu
Damia nampak doktor tu senyum sorang-sorang. Dalam hati, Damia bersyukur. Mesti
doktor tu senyum sebab keadaan Kak Hajar makin baikkan?
“Saya
nak pesan sikit.” Doktor tu pandang Damia sebelum dia pandang Kak Hajar. Damia
hanya pasang telinga. “Sekiranya lewat period
lepas ni cepat-cepat buat upt dan sekiranya positif buat scan di klinik yang boleh lihat kedudukan bayi. ” Pesanan pertama
dari doktor.
Pesanan
kedua, “Puan Hajar tak perlu risau, peluang hamil masih cerah walaupun puan
hanya ada satu ovari sahaja.”
Doktor
itu memberitahu lagi yang Kak Hajar boleh pulang petang nanti. Dan segala
nasihat doktor untuk Kak Hajar, Damia pegang.
Damia
hanya pandang doktor muda tu berhenti di katil hadapan Kak Hajar. Doktor itu
bersuara yang berbunyi, “sekurang-kurangnya awak tahu awak boleh hamil,
sedangkan orang lain ada yang bertahun tunggu tak tahu dia boleh hamil ataupun
tidak.”
Ayat
tu.. buatkan Damia terdiam. Betul tu. Ramai pasangan yang impikan anak. Salah
satunya, dia dan Iskandar. Tapi entah bila mereka akan dikurniakan rezeki yang
satu itu.
Tapi
Damia tahu.. takdir Allah tu indah. Allah pasti akan ciptakan pelangi selepas
hujan. Dan sentiasa ada cahaya dihujung kegelapan. Itu yang pasti!
Damia
pandang Kak Hajar kembali. InsyaAllah, bayi tu tunggu Kak Hajar dengan along di
sana. Bukan senang nak dapat saham di akhirat kan?
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.