"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Tuesday, December 30, 2014

Suamiku Ramai Crush [Part 12]




Jue tersenyum. Damia, June dan Zulaika juga sama tersenyum. Suka semestinya dengan berita yang Jue baru sampaikan kat kita orang. Tak sangka secepat ini.. hahaa tetiba rasa jealous pulak kat si Jue ni.

“Untung ah nak habis study dah.”

“A’ah kan.. untunglah. Tak macam kita orang ni, ada baki dua tahun lagi kena menapak kat sini.” Setuju Damia. Cemburunya bila tengok kawan-kawan dia orang yang lain yang tengah dalam mood nak habis study. Dah boleh kerja.. dah boleh tentukan jalan hidup memasing. Alahaii.. tetiba rasa menyesal pulak pilih course perubatan ni. Dah kena menghadap muka lecturer tetiap hari! Huh

“Tak kisahlah even kita lain course sekalipun, persahabatan kita tak pernah putus okeh.” Jue pegang tangan kawan dia. Tak nak berpisah kalau boleh. Tapi apakan daya, setiap pertemuan pasti diiringi dengan sebuah perpisahan. Insya Allah, kalau ada jodoh mereka akan berjumpa lagi.

Yeah, you right Jue.” June bersuara. Nak menangis pula rasa pepetang macam ni. Perbualan mereka sekarang ni lebih terarah pada detik perpisahan tu tiba, meskipun perpisahan tu akan muncul kurang lapan bulan dari sekarang. Lama lagi.

Tapi apa yang pasti, masa tu akan sampai jugak.

“Okeh, berbalik pada perbualan kita yang tergendala tadi..” Suara Zulaika memecah kesayuan di hati kawan-kawannya. “Seriously ke weh kau dengan Aliff, nak bernikah dah lepas grad nanti?”

Nampak Jue senyum. Betullah tu. “A’ah. Insya-Allah..doakan kita orang ek.”

Damia senyum. Pasti. Setiap doanya mengiringi setiap perlakuan kawan-kawannya. “Selalu menjadikanmu isi dalam doaku.” Damia gelak dengan ayatnya.

“Cet! Tiru lirik Jodoh Pasti Bertemu pulak kau.”

Mereka gelak lagi. Ahh! Gelaklah selagi mampu. Lepas ni, dah tak boleh nak gelak macam ni lagi dah. Sebab semua ni.. Bila memasing dah ada jalan hidup sendiri.. Benda yang macam ni, hanya jadi kenangan yang mampu disingkap oleh hati ajelah nanti.

“Hah, kau Mia. Aku, Jue dengan Ika dah jumpa dah Mr. Right kita orang. Kau bila lagi? Takkan nak membujang sampai ke tua kot.” Ayat tu.. Pertanyaan tu..

Damia keluh sesaat. Aku dah lama dah jumpa Mr. Right aku. Dah kahwin pun. Tinggal tunggu anak aje sekarang ni. Hmm..

“Aku..” Damia mati idea. Aku apa? “mana ada orang nak kat aku lah.” Heh, ayat dia. Tak ada orang nak kat kau ye, Puan Damia? Encik Mikhail Iskandar tu apa erk? Tugu negara? Pak guard? Driver?

Dengar Jue, Zulaikha dan June gelak. Minah tiga ekor ni, gelakkan aku memang nombor satu. Tapi bila kena batang hidung sendiri, dan-dan tulah semuanya senyap.

“Kau buta agaknya, Mia.” What? She say me, what? Damia angin. Aku yang cantik ni dikatanya buta? Ini yang buat aku rasa nak cekik orang ni.

“Kau kenal Adam?”

Damia kerut dahi. Adam mana pulak ni? Adam AF tu, aku kenal ah.

“Adam budak law. Yang selalu lepak dengan Is budak hot tu.” Beritahu Zulaikha sebab tengok pada kerutan Damia dah tau yang dia tak kenal siapa.

“Ohh.. Said Adam?”

“Ha yang tu ah.” Bertuah betul kawan aku sorang ni. Panggil Adam, tak kenal. Sampai berkerut-kerut dahi tu nak ingat yang mana satu Adam. Bila sebut, Said Adam kenallah pulak. Aiyaa.. memang Damia ni tau nama penuh orang aje ke? Nickname dia tak tahu?

“Apsal ngan dia?” Tanya Damia balik. Biskut Lexus dia gigit.

“Dari cara mata dia pandang kau, aku dah boleh agak yang dia minat kat kau. Kau takkan tak minat kat dia kot?”

“A’ah, Mia. Apa salahnya kalau kau dengan Adam tu berkasih sayang. Atleast, aku bangga jugak ada kawan aku yang tengah loving dengan budak hot tu. Iyelah, si Is tu pun dah ada yang punya kan.” Sambung June.

Minah dua orang ni, mengenakan orang memang pandai. Nasib baiklah Jue tak macam ni. Tetibe pulak nak sayang Jue lebih!

Damia kerut dahi. Is dah ada yang punya? “Siapa?” Seriously dia nak tahu. Dia memang pantang sekarang ni kalau terdengar nama Iskandar.. Automatik nak tahu sebab dan musabab.

“Aku pun tak tahu siapa. Tapi hari tu, aku ada terdengar yang dah heboh, Is buat announce yang dia dah ada cinta hati. Bila tanya siapa, dia just diam and senyum aje. Tuu yang buat perempuan-perempuan kat sini frustrated! Termasuk aku.”

Damia gelak. Tak sangka pula yang si Zulaikha ni minat kat Is jugak. Hmm.. kena beritahu Is cepat ni. Kang aku jugak yang makan hati, limpa, paru-paru...

“A’ah, aku pun ada dengar jugak pasal tu. Dengarnya dengan budak universiti ni jugak.”

Makin berkerut dahi Damia. Is buat announce? Kenapa dia tak tahu? Kenapa Is tak ada bagi tahu dia apa-apa?

“Bila ek dia buat announce?”

“Adalah dalam dua minggu lepas. Apsal nak tau?”

Just.. wonder.”

Hati Damia senyum. Senyum sebab apa, dia sendiri pun tak tahu. Lepas dengar apa yang kawan-kawannya beritahu pasal Is, hati dia terus senyum. Nampaknya, Is dah terbuka hati nak announce kat semua orang yang mereka dah kahwin ke? Hmm, perhaps.


DAMIA pandang ketiga-tiga kawannya. Hmm, semenjak dia lancar perang dengan Aida, tinggal tiga ajelah kawan yang dia ada sekarang. Nasib baik masa dia beritahu yang mereka dah tak geng dengan Aida, kawan-kawan dia tak banyak tanya kenapa. Kalau tak, jenuhlah dia nak menjawab.

Senyuman dibibir Jue, June dan Zulaikha disapa pandangannya bagai angin lalu. Huh. Apalah nasib aku sekarang ni? Dan.. Kenapalah pihak universiti ni menggedik nak buat macam ni? Itu boleh lagi, ni.. Kenapa antara mereka berempat, dia yang terpilih? Memang tak ada orang lain ke?

Damia raup muka. Nak aje dia menjerit bagi tahu satu dunia.. err.. satu universiti ni dah ler kot, yang dia protes sangat-sangat pasal benda ni.

“Alah, relaks lah Mia. Bukan senang tau nak dapat peluang macam ni.” Suara Zulaikha keluar.

“A’ah lah, Mia. Ish! Kenapalah bukan aku yang dapat? Dah boleh aku tunjukkan bakat terpendam aku.”

Bercahaya mata Damia. Apa dia Jue cakap? “Hah, ni ambillah. Aku bagi free.” Ceria aje nada Damia lepas dengar yang Jue nak benda yang dia dapat sekarang ni.

“Aku cakap hang bodoh, belajaq dah nak habis dah. Hang tak nampak ka dah terpampang besaq-besaq nama hang?” Tu dia.. Keluaq dah loghat utara si June ni. Damia, Jue dengan Zulaikha tahan gelak. Bila June dah keluarkan loghat negeri dia, memang gelak ajelah mereka.

“Dah lah Mia.. we drop this topic keh. Sekarang, kita fokus belajar.” Tegur Jue bila nampak kelibat orang yang jaga kaunter perpustakaan dah pandang ke meja mereka. Lupa pulak yang dia orang sekarang ni ada kat perpustakaan. Aish!

Damia cari sesuatu di atas meja. Mana pulak buku tu? Tadi bukan aku letak kat sini aje ke? Ke aku memang tak ambik lagi?

“Cari apa weh?”

“Buku.. jap ah aku pi ambik.” Damia bangkit. Macam mana boleh tak check dulu yang buku rujukan tu memang kena ada sebelum nak siapkan assigment?

Dari satu rak ke satu rak yang lain. Mana pulak buku tu? Bila aku nak lah dia asal boleh nak menyorok, bila aku tak nak, bersepah-sepah keliling aku. Damia senyum bila jumpa apa yang dicari. Huh, betullah apa orang cakap. Usaha memang tangga kejayaan!

Buku ditangan dia belek. Nak pastikan buku rujukan yang dia cari ni, memang kena dengan pembelajarannya kali ni. Tengah jalankan sesi membelek buku, ada seseorang cuit bahu dia dari belakang. Damia menoleh.

Terkejut dia bila pusing aje, dah terpampang wajah seseorang bebetul dihadapannya. Buatkan Damia menyandar tegak di rak buku. Terhenti jap nafas dia sebab terkejut.

Senyuman seseorang di hadapannya buatkan dia rasa nak.. nak apa ek? Luku lebih tepat?

Damia pandang sekeliling. Kotlah ada orang.. “Boboy.. buat apa kat.. mmmm.”

Iskandar sengih dalam hati. Berjaya jugak buat isteri dia ni diam waima sekejap. Asal boleh nak banyak tanya kalau bertentang mata.

Iskandar lepaskan tautan bibirnya perlahan-lahan. Wajah Damia dia tenung. Suka dia bila tengok muka malu bini dia ni. Usik sikit, blushing.. kiss sikit blushing. Entah apalah yang Iskandar buat agaknya yang buatkan Damia tercinta dia ni tak blushing?

Tapi peduli apa.. blushing Damia tulah yang buatkan hati dia terpaut. Nampak comel aje. Macam nak kiss aje laju-laju! Iskandar tayang senyum manis dia.

Damia geleng. Lepastu dia tumbuk dada Iskandar perlahan. Tak mampu ah nak tumbuk kuat-kuat. Kes sayang sangat lah ni.

“Asal boleh aje kan? Tak pandang kiri kanan pulak tu.” Muncung Damia dah timbul. Iskandar gelak. Muncung tu, dia cium lagi. Makin bulat mata Damia. Dia tolak Iskandar ke belakang, supaya dia boleh berdiri dengan stabil.

Rambut pacak Iskandar dia hancurkan dengan tangan.

Baby!” Tinggi sikitlah suara Iskandar. Tapi masih boleh dia kawal supaya tak dengar dek orang yang jaga kaunter hujung sana.

Damia mampu gelak aje. “Buat apa kat sini?” Manalah tau Iskandar datang sini memang berhajat nak buat benda yang dia buat kat aku tadi. Iskandar.. mana pernah tak boleh kalau tak kacau dia.

Nak tidur, dia kacau. Damia nak memasak, Iskandar jadi tukang kacau. Damia nak mandi pun dia kacau jugak. Dengan cara, main tutup buka lampu bilik air!

“Saje.. kacau baby.” Hah, kan gue sudah bilang.

“Orang datang sini, nak belajar tau.” Damia angkat tangan, nak tolong Iskandar yang tengah nak bina balik rambut dia. Tapi Iskandar tampar tangan Damia, tak payah menyibuk. Takut Damia makin hancurkan rambut landak dia ni. Dah lah berjam-jam dia renovate rambut ni pagi tadi.

“Boboy tengah belajar lah ni.” Iskandar senyum puas lepas dia berjaya pulihkan balik rambut dia. Dia dekatkan balik wajahnya dengan wajah Damia. Senyuman sentiasa menghiasi bibirnya bila berdepan dengan Damia.

Sudah! Apa lagi pulak ni. Damia hembus nafas. Bersedia dengan semua tindak-tanduk lelaki didepannya ni.

“Is!”

Tegak badan masing-masing. Sama-sama berpandangan. Air liur ditelan. Bila toleh, ada bayang Adam kat situ. Adam jungkit kening. Tak faham dengan apa yang dia nampak sekarang ni.

“Kat sini kau? Puas aku cari weh.”

Iskandar senyum kelat. Hopelah si Said Adam ni tak nampak apa yang dia dengan Damia dah buat tadi. Harap-haraplah..

“Apehal, bro?” Tanya Iskandar macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Adam pandang Damia sebelum pandang Iskandar  “Jomlah.. Kata nak melantak tadi.” Jujur, Adam pelik dengan Iskandar. Sejak bila dia kenal Damia ni? Bukan main rapat dia orang bercakap. Nampak juga dia tadi yang Iskandar rapatkan wajah dia dengan Damia. Seolah-olah macam dia nak cium Damia. Nasiblah dia datang tepat pada masanya. Kalau tak memang tak taulah apa yang berlaku tadi.

“Hah, okay.” Iskandar pandang Damia. Dia senyum manis sebelum kenyitkan mata. “Got to go. Jumpa dalam hati.” Bisik Iskandar perlahan. Cukuplah hanya mereka aje yang dengar.


Damia tahan senyum dari terluah. Haha.. Jumpa dalam hati jugak, Encik Iskandar. Jangan sesat sudah!

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.