"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Wednesday, December 03, 2014

Suamiku Ramai Crush [Part 7]




Sekarang ni, bukan dengan Iskandar laki dia aje Damia lancarkan perang dingin. Dengan alongnya sekali terkena tempias perang dingin ni. Sampai-sampai, Damia kena attend dua perang sekarang ni. Perang dingin dengan perang saudara! Tengah tunggu perang gerilla ajelah lepas ni. Tapi dengan siapa pulak? Dengan Kak Hajar?

Damia lepas nafas keluh sesaat. Fikirannya buntu sekarang ni. Pandangannya jatuh pada sebuah beg besar di atas katil. Tertanya-tanya dia sendiri. Betulke apa yang aku buat sekarang ni? Dia toleh ke sisi kiri. Pandang cermin disitu. Dia melihat pantulan dirinya di cermin itu. Tindakan yang aku buat ni, salah ke?

Matanya pandang bawah. Di atas meja solek. Bergegar telefonnya tanda ada panggilan masuk. Dia pandang skrin telefon. Nama yang tertera buatkan dia mengeluh. Dah seminggu dia menjauh dari orang itu. Dah seminggu jugak dia langsung tak bersua muka dengan lelaki itu. Dan dah seminggu jugaklah, tak putus-putus setiap malam telefonnya berdering dan bergetar menerima panggilan dari suaminya. Tapi satu pun dia tak jawab. Malah mesej yang dihantar padanya juga langsung dia tak balas.

Tertanya-tanya juga dia sendiri, kejam ke aku buat suami sendiri macam ni?

Kau memang kejam, Damia! Kau tak sepatutnya pergi tinggalkan suami kau tanpa kau dengar alasan dia. Mana kau yang dulu, Mia? Mia yang lemah lembut. Mia yang taat dan setia pada suami? Mia yang hormat suami? Mana Mia yang dulu? Aku nak sangat Mia yang dulu. Aku rindu dia!

Damia genggam penumbuk. Nak menjerit dia rasa sekarang ni. Kenapalah aku buat tindakan bodoh ni? Perangai tak matang betullah aku ni! Bila fikir-fikir balik, apa yang dia buat ni tak masuk akal langsung lah! Haiyaa.. Marah dirinya.

Damia pejam mata. Hanya membiarkan hatinya terus berkata-kata. Namun dia kembali membuka matanya bila dengar pintu bilik diketuk. Mutiara jernih yang mengaburi pandangannya dia seka perlahan. Sungguh dia tak sedar bila mutiara jernih itu tumpah.

Pintu bilik yang dikuncinya dia pulas. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Wajah Darwish yang menyinggah kornea matanya dia pandang redup. Dia rindu nak tatap wajah ni. Sungguh! Tapi disebabkab ego dirinya yang tinggi, dia.. huh!

Tanpa menunggu lelaki itu bersuara terlebih dahulu, Damia terus memeluk tubuh sasa itu. Sekali lagi air matanya tumpah. Dia sedar apa yang dia buat ni, makin buat orang lain.. tak suka dia, mungkin.

“Maafkan, Mia. Salah Mia..” Dibisik perlahan pada telinga alongnya.

Darwish menggosok perlahan belakang badan adiknya. Terkejut semestinya bila tiba-tiba adiknya mendakap tubuhnya. Ingatkan nak tolak dialah tadi.

Matanya meliar dan terhenti pada satu beg besar di atas katil. Berkerut dahinya. Pelukan itu dia rungkaikan perlahan. Matanya tatap wajah adiknya. Pipi adiknya diusap lembut. Air mata yang mengalir dia hapuskan lembut.

“Nak pergi mana lagi ni? Nak keluar dari sini?” Kalau Mia angguk, memang dia ikat kaki adik dia ni sungguh. Lepastu bawa balik rumah ibu.. biar ibu dengan ayah yang handle budak tak matang ni.

Sebab dia tahu, kalau ibu dengan ayah dah masuk campur, memang adik tengah dia ni akan ikut punya. Dia yakin.

Damia menggeleng perlahan. “Adik.. Mia.. nak balik rumah.”

“Is?”

Mengangguk.

Darwish tersenyum. Macam tak percaya. Akhirnya, doanya dimakbulkan. Terbuka juga pintu hati adiknya untuk pulang ke pangkuan suaminya. Lagipun tak elok seorang isteri tinggalkan suami sendiri. Tanpa izin pulak tu. Berdosa..

Cukuplah.. dia tak nak dia pun turut sama berdosa sebab bersubahat dengan adik dia.

Hailah.. mengeluh dia sesaat. Nasib baiklah adik aku yang seorang ni aje yang dah kahwin. Kalau adik dia lagi seorang tu.. minta-mintalah tak ikut perangai kakak dia yang tak matang ni.

Terfikir dan tertanya jugak dia, macam mana Iskandar boleh melayan dia? Lagi, macam mana Iskandar boleh terjatuh cinta kat budak tak matang ni?

Ni memang kena tanya face to face ni.

“Meh along hantarkan.” Darwsih volunteer nak hantar adik dia pulang.

Menggeleng. “It’s okay.. Mia boleh drive sendiri. Lagipun malas nak ulang-alik ambil kereta kat sini.”

Entah kenapa, hati si abang terasa berat mahu biarkan adiknya memandu sendirian. Dah lah tengah hujan lebat. Waktu malam pulak tu. Dia risau sesangat ni. Takut berlaku sesuatu pada salah seorang adiknya. “Tapi..”

“Mia boleh drive sendiri lah. Along tak payah risau okeh.” Pantas ayat alongnya dipangkah. Dia perlu yakinkan alongnya yang dia boleh memandu sendiri. Kalau tak, sampai ke sudah dia takkan berjumpa dengan Iskandar.

Dia rindukan suaminya..



DAMIA buka pintu rumah dengan perlahan-lahan. Jarum jam yang menunjukkan ke angka dua belas tengah malam buatkan dia yakin yang Iskandar sudah terlena dibuai mimpi. Indah ke mimpi dia malam ni? Hmm.. entahlah.

Dia pandang ruang tamu rumahnya. Masih seperti dulu. Nampaknya suaminya menjaga rumah ni dengan elok. Baguslah.. dia bergerak pula ke bahagian dapur. Nak minum air dululah baru masuk bilik. Tekaknya semenjak tadi minta air. Tapi dia yang kejam tak nak kasi!

Baru aje puji suaminya pandai jaga rumah seorang diri, sekarang dia rasa nak tarik balik pujian tu pada suaminya bila masuk dapur. Dengan kuali yang tak bertutup. Dengan singki yang banyak pinggan tak basuh. Dengan tong sampah yang penuh dengan bungkusan jajan. Siap ada yang dah keluar dari tong sampah pun ada. Perlahan dia gelengkan kepala.

Lengan baju panjangnya dia sinsing ke siku. Sebelum dia menapak naik atas, ruang dapur yang dah macam reban ayam ni dia perlu kemaskan dulu.

Dua puluh minit kemudian, dia selesai segalanya. Peluh di wajah dia seka guna tisu di dapur. Kan lawa kalau dapur cantik macam ni.

Dengan menjinjit beg di tangan, dia panjat anak tangga. Pintu bilik tidur utama dia dekati. Perlahan langkahnya. Hatinya berbelah bahagi samada nak masuk ataupun tak. Tapi bila mengenangkan yang dia bersusah payah memandu dari rumah along ke sini, dah lah jaraknya jauh. Takkan nak keluar balik? Buat hilang tenaga aku aje kalau macam tu!

Dengan lafas basmallah, tombol pintu dia pulas. Daun pintu ditolak perlahan-lahan. Kakinya melangkah masuk dan pintu ditutup kembali. Beg ditangan dia letak di tepi dinding. Dia pandang Iskandar yang sudah terlena bersama lilitan selimut di tubuhnya.

“Maafkan saya sebab tinggalkan awak terlalu lama.” Dia melutut pandang Iskandar yang terbaring. “Saya bersalah.” Tangan kiri Iskandar dicapai. Dahinya berkerut bila rasakan lengan lakinya panas.

Iskandar demam?

Dahi suaminya dia rasa guna tangan. Leher suaminya juga dia rasa. Panas! Itu kesimpulannya. Pantas dia masuk bilik air. Sapu tangan direndam dengan air sebelum membawa keluar dan ditekapkan ke dahi Iskandar.

Iskandar membuka mata bila rasakan sesuatu yang sejuk melekap di dahinya. Bila dia pandang sisi kirinya, dia terkejut dan terus duduk tegak sembilan puluh darjah. Macam mimpi. Bila dia cubit pipinya, rasa sakit itu ada. Ouhh.. aku tak mimpi.

Baby..” Suara serak itu antara dengar dan tidak ditelinga Damia. Iskandar mengusap pipi itu.

Damia gigit bibir bawah. Air matanya nak tumpah bila lihat keadaan suaminya macam ni.

“Kenapa tak beritahu yang awak demam?”

It’s that you, baby?” Soalan Damia, Iskandar jawab dengan persoalan yang baru.

Damia senyum. Mia.. kau dah janjikan nak buang ego kau? Pantas dia mengangguk.

“Ya Allah..” Tubuh Damia dia rangkul erat. Dicium wajah itu bertubi-tubi. Damia yang geli dengan misai Iskandar terus menjarakkan wajah mereka. Dia tak selesa dengan Iskandar yang sekarang.

Shave semua benda alah ni, baru datang peluk cium saya!” Tegas ayat Damia. Iskandar kalau tak bertegas, memang dia takkan buat.

Okay but please.. janji dengan boboy jangan tinggalkan boboy lagi?” Suara Iskandar yang serak dan tenggelem timbul buatkan dahi Damia berkerut nak tangkap ayat dia.

Damia senyum. Dia mengangguk. “Baby janji.” Tangan Iskandar dia capai. “Maafkan baby. Baby tak patut tinggalkan boboy.”

It’s okay sayang.. boboy yang patut minta maaf. Forgive me?

Forgiven!” Damia senyum manis madu. Tapi senyumannya langsung mati. Dia pandang Iskandar. Tangan dah cekak pinggang. “Dah berapa hari ni demam?”

Almost three day.” Sengih.

Membuntang mata Damia. Tiga hari dah? Patutlah tak nampak dah muka kacak dia berlegar-legar kat universiti.

“Tak beritahu saya pun.”

“Apa saya saya ni?” Iskandar kecilkan mata dia. Nak beritahu yang Damia buat salah.

Damia sengih. Sedar kesalahan diri. “Sorry.. dah dah.. boboy tidur ek. Rehat bebanyak biar cepat sembuh.”

“Tidur dengan boboy sekali.” Pinta Iskandar.

Menggeleng. “Nop! Baby nak mandi dulu. Penat tau tak kemas dapur dah macam reban ular tu!” Dijeling Iskandar dihadapannya. Lelaki ni, memang sekali-sekala tu kena sindir dia, baru dia sedar kat mana kesilapan dia. Kalau tak, memang sampai bila-bilalah dia akan berlagak macho!


Sementara Iskandar hanya mampu tersengih. Tu baru Damia nampak dapur, belum lagi isterinya nampak kawasan belakang rumah. Boleh dikatakan hancur tanaman Damia dia tak jaga. Bersedialah kau Is, bernanahlah telinga kau nanti kena bebel dengan isteri tercinta.


p/s : Makin lama aku rasa macam bukan Suamiku Ramai crush,, tapi Isteriku Ramai Crush pulak! Aiyaa..

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.