Pages

Search This Blog

5 Dec 2014

Suamiku Ramai Crush [Part 8]




Damia yang tengah mengurut bahu Iskandar terus pandang telefon yang berdering. Bila skrin telefon dia tengok, nama Kak Hajar tertera. Damia pelik bukan kepalang. Iyelah, tak pernah-pernah Kak Hajar nak telefon dia kalau tak ada hal penting.

Hal penting? Jantungnya terus mengepam laju. Hal penting apa ni? Panggilan itu dia jawab.

“Assalamualaikum kak.”

“Waalaikumussalam. Mia.. hmm, akak nak tanya sikit boleh tak?”

Dup dap dup dap jantung Damia rasa sekarang ni. Kak Hajar nak tanya apa? Nak tanya, apakah along ada perempuan lain? Uishh.. apa kau merepek ni Mia. Pantas dia menggeleng.

“Tanya apa, kak? Dengar macam penting aje.”

“Macam ni.. Mia pun tahukan yang akak tengah mengandung sekarang. And akak tak tahu kenapa, dalam masa yang sama, akak bleeding.. and by the same time..” Terdengar Kak Hajar terdiam jap sebelum menyambung, “bahagian ari-ari akak sakit sangat, dah tiga hari berturut-turut.” Terus kerisauan yang bertandang dia tanya pada adik iparnya. Senang kalau ada yang pakar dalam bidang ni, terus tanya. Tak payah buang duit pergi klinik jumpa doktor tanya macam-macam kalau hasilnya, dia tak perlu risau.

“Ya Allah! Banyak ke, kak bleeding tu?” Sofa dia hampiri. Dilabuhkan duduk kat situ. Dia jeling Iskandar yang tengah sambung buat assingmentnya. Bila lelaki itu sedar yang isteri dia tengah pandang dia, terus dia kenyit mata. Sebagai balasan, Damia jelir lidah. Dia sandarkan tubuhnya kat sofa. Nasib baiklah dia tak ada assigment sekarang ni.

Kalau tak, dah jadi satu hal pulak nak bergaduh dengan pak cik atas katil tu. Berebut katil sebab nak keadaan yang luas untuk siapkan assigment yang berlambak. Jadinya, Damialah yang terpaksa mengalah. Dah kena buat assigment kat lantai.

Tak gentleman langsung ah laki aku ni.

“Tak banyak. Just ada tompok-tompok coklat aje kat pantiliner.”

“Mia tak tahu nak describe macam mana. Tapi bagi Mia, apa yang Mia tahulah. Tu simptom biasa aje bagi ibu mengandung..”

“Tapi akak risaulah, Mia.” Pangkah Kak Hajar belum sempat Damia habiskan ayat dia.

Damia garu hidungnya yang sedikit gatal. Bibir, dia basahkan dengan lidah. “Macam nilah, apa kata kalau akak terus check up kat klinik. Lagi senang. Akak boleh tahu nanti apa keputusannya.” Saran Damia. Nak kata dia pandai pasal perubatan ni pun, tak adalah dia pandai mana. Dia pun masih belajar lagi.

“Mia.. teman akak pergi klinik boleh?”

“Hmm..” Sekali lagi Damia pandang Iskandar. Teman akak? “Along mana?”

“Dia oustation. Selasa ni baru balik.” Damia angguk. Patutlah senyap aje along aku tu dua tiga hari ni. Selalunya ada aje yang buatkan dia terpanggil nak telefon aku hampir setiap hari. Oustation rupanya.

“Ohh.. hmm, Mia tanya Is dulu ek. Nanti pape hal, Mia inform akak.”

“Okay, Mia.”

Damia letak telefon atas sofa. Dia bangkit dan berjalan dekati Iskandar yang tengah meniarap sambil menaip assigmentnya di laptop. Bukan itu aje, siap kulum lolipop lagi tu. Bila aku minta sikit, kedekut ya ampun. Kalah nenek sihir!

“Boboy..” Panggil Damia lembut. Dia boleh aje nak terus keluar jumpa Kak Hajar, tapi sebagai isteri.. dia kena minta izin suami terlebih dahulu. Kang sekali suami tak izinkan ke, dia main keluar aje. Dah tak jadi pahala andaikata dia tolong Kak Hajar. Jadi dosa adalah.

Yes baby sayang..” Bibir menjawab, mata masih ralit pandang laptop. Memang laptop tu lagi cantik barangkali dari isteri dia sendiri.

“Kak Hajar call. Dia suruh baby teman dia pergi klinik. Boleh tak?”

“Lama tak?” Soal Iskandar sebagai jawapan. Ohh, adakah ini petanda yang Iskandar izinkan?

Depends lah. Tapi baby janji, baby keluar tak lama. Lepas teman Kak Hajar pergi klinik, then hantar dia balik rumah, then terus baby balik rumah.” Bersungguh Damia menyakinkan Iskandar yang dia akan pulang awal.

“Along mana?” Dahi berkerut. “Kenapa tak along aje yang temankan? Bini dia jugak apa.”

“Itulah.. along outstationlah. Selasa ni baru dia balik.” Damia pandang Iskandar yang sudah memandangnya. “Baby boleh keluar tak ni?”

Iskandar senyum sebelum jari telunjuknya menunjuk pada bibir merahnya. Keningnya dimain-mainkan beberapa kali.

Damia yang pandang mengecilkan matanya. Ini yang tak puas hati ni. Aku keluar sebab nak teman Kak Hajar aje kot. Bukannya pergi dating! Melampau ni sampai nak cium dia segala.

Tapi dalam pada tengah mengutuk laki sendiri dalam hati, perlahan dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Iskandar. Leher Iskandar dia rangkul. Dan kemudian, terus bibir mereka bersatu.

Sesaat.. dua saat.. tiga saat..

Damia terus lepaskan bibirnya dan terus terjun turun dari katil. Telefon yang dia tinggalkan tadi dia capai kembali. Nombor Kak Hajar dia dail.

Terdengar Iskandar gelak atas katil. Damia geleng. Sukalah tu dapat apa yang dia nak.

Thanks sayang. Boboy main-main aje tadi. Tak sangka baby bagi betul-betul.” Masih dengan gelak dia.

Damia dah buntang mata dia. Terus pandang Iskandar sambil lekapkan telefon kat telinga. Apa dia cakap tadi? Dia acah aku aje?

“Tak nak kawan boboy dah!” Damia pusing belakang. Dan dalam masa yang sama, dia dengar suara Kak Hajar menyapa telinganya.

“Macam mana, Mia? Is kasi?”

“Kasi. Akak tunggu Mia kat rumah eh. Biar Mia ambil akak.” Kasihan pulak nak suruh Kak Hajar yang tengah kerisauan tu dengan anaknya nak memandu ambil dia kat sini.

“Okay..”

Damia terus bersiap.



DAMIA baca nama yang tertera pada name tag doktor berjubah putih tu. Dr. Wan Aisyah. Manis bertudung. Umur adalah lebih kurang sebaya Kak Hajar. Iqmal, Kak Hajar serahkan pada Damia untuk jaga.

Lepas dah buat pemeriksaan, Kak Hajar dan Doktor Wan Aisyah kembali duduk. Doktor tu senyum pada Kak Hajar dan Damia.

“Puan jangan risau. Pendarahan macam ni, simptom biasa bagi ibu-ibu hamil.” Terang doktor itu. Tapi Damia nampak riak risau terbit pada wajah kakak iparnya. Dia pun jadi risau sama.

“Tapi doktor, bleeding ni dah hampir seminggu. Saya risau kalau jadi apa-apa pada kandungan saya.”

Doktor Wan Aisyah mengangguk dan terus menulis sesuatu pada sekeping kertas dihadapannya. Siap tulis, dia serahkan pada Kak Hajar.

“Ni, saya sertakan dengan refer emergency kat hospital. Puan Hajar boleh ke sana untuk buat pemeriksaan.” Lembut dan tenang sekali nada doktor tu. Kak Hajar mengangguk.

Mereka keluar dari bilik doktor dan terus ke kereta. Dalam kereta, Damia memandu tenang sambil-sambil menjeling sekilas Kak Hajar kat sebelah.

“Akak nak terus pergi hospital ke?” Tanya Damia. Kot lah Kak Hajar nak pergi masa lepas along dah balik rumah.

Anggukan dari Kak Hajar buatkan Damia menurut. Nampaknya kena inform Is lagi lah ni cakap yang dia kena teman Kak Hajar pergi hospital pulak.

Sampai kat hospital, Damia minta salah seorang jururawat kat situ tolong jagakan Iqmal sekejap sementara dia teman Kak Hajar jumpa doktor. Nasib baiklah ada jururawat yang baik hati membantunya.

Masuk aje bilik doktor, Damia terus memerhati. Macam ni rupanya doktor buat kerja. Cekap dan profesional. Boleh dipraktikkan ni masa dia dah sah jadi doktor nanti.

Damia nampak doktor perempuan tu periksa tekanan darah Kak Hajar. Kemudian, doktor tu menekan-nekan perut Kak Hajar.

“Sakit tak?” Tanya doktor itu.

“Tak.” Jawab Kak Hajar bersama gelengan. Sungguh, dia tak rasa apa-apa.

“Hmm.. Puan Hajar, buat urine pregnancy test sekali lagi ye.” Suruh doktor muda itu bersama senyuman. Kak Hajar mengangguk.

Keputusannya, positif! Tapi itu belum cukup untuk menghilangkan raut wajah yang kerisauan itu.

“Bila last Puan Hajar period?”

Kak Hajar memberitahu dan doktor itu terus mengira usia kandungan Kak Hajar. “Enam minggu dua hari.” Katanya.

Damia nampak doktor muda itu membasahkan bibirnya yang kekeringan. “Boleh saya scan perut, Puan Hajar?” Pinta doktor itu. Kak Hajar mengizinkan.

Damia jadi tak senang duduk. Ni sampai nak scan perut, macam besar aje penyakit Kak Hajar. Apa yang jadi ni sebenarnya? Damia cuba tenteramkan hatinya.

Perut Kak Hajar discan. Damia bangkit dan mendekati doktor yang memeriksa Kak Hajar. Doktor itu tayang wajah yang tak beriak pada Damia.

“Kenapa doktor?” Tanya Damia.

Doktor tu pandang Damia. Wajahnya kelat. “Saya tak dapat kesan baby.”

Menggeletar tangan Damia sekarang ni. Baby tak dapat dikesan? Damia pandang Kak Hajar. Nampak mata Kak Hajar dah bergenang dengan air mata.

“Hmm.. kita pergi bilik sebelah. Bilik saya ni, mesin scan tak berapa canggih.” Senyuman doktor itu buatkan Damia tenang sekejap. Perlahan dia angguk.

Damia bantu Kak Hajar bangkit. Kak Hajar, Damia pimpin ke bilik sebelah. Sampai kat bilik sebelah, seorang jururawat datang dan suruh Kak Hajar tukar kain berwarna biru dan baring. Kata jururawat itu lagi, doktor tadi akan lakukan vaginal scan pada Kak Hajar.

Lepas baring, sekali lagi Kak Hajar diperiksa. Sesekali terdengar Kak Hajar mengaduh. Nampak sangat yang Kak Hajar tengah tanggung kesakitan sekarang ni. Damia hanya mampu berdoa. Semoga keadaan Kak Hajar dan bayi dalam kandungan, selamat.

Hasilnya, masih tak nampak. Bayi tetap tak dapat dikesan. Damia bertambah risau. Akhirnya, doktor muda tu minta refer ke Dewan Bersalin di bangunan lain.

Disana.. sekali lagi Kak Hajar discan. Tapi malangnya, Damia tak dibenarkan masuk. Dia duduk di luar bilik bersama Iqmal. Jarum jam dikerling. Dah pukul sembilan malam. Lama jugak dia keluar teman Kak Hajar. Dari di klinik, sampailah ke hospital.

Dia pantas capai telefon bila teringat Iskandar kat rumah. Mesti lelaki itu risau sekarang ni. Bila tengok panggilan tak berjawab dari lelaki tu, Damia terus telefon Iskandar.

Tapi dia pantas tamatkan panggilan sementara Iskandar menjawab panggilannya bila nampak doktor muda tu keluar dan berdiri di hadapannya. Damia pantas bangkit.

“Macam mana doktor?” Tanya Damia pantas.

“Saya dah periksa Puan Hajar untuk periksa kandungan hormone hCG. Dalam temph 48 jam, dia kena datang sini lagi untuk ambil darah. Kalau bacaan hormone meningkat dua kali ganda, bermakna betul Puan Hajar mengandung.” Terang doktor itu pada Damia.


Damia mengangguk. Dah kalau itu yang dikatakan doktor, siapa dia nak membantah? Damia kemudiannya bawa Kak Hajar pulang.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai