"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Wednesday, December 10, 2014

Suamiku Ramai Crush [Part 9]



Damia beri salam bila dia baru menapak masuk dalam rumah. Cahaya televisyen yang menerangi ruang tamu yang gelap itu, tahulah Damia yang Iskandar tengah menonton televisyen. Suis lampu ruang tamu dia buka. Sesaat, ruang tamu disimbahi dengan cahaya putih.

Damia pandang Iskandar yang duduk tegak pandang televisyen. Selalunya kalau dia balik, lelaki tu mesti sembunyi belakang pintu. Motif? Sebab nak terus dukung Damia yang baru balik. Tapi sekarang, lelaki tu hanya duduk pandang televisyen. Tak ada tanda-tanda nak pandang Damia kat sini.

Dia tahu dia salah. Sebab tak terus telefon Iskandar beritahu hal sebenar.

Damia labuh duduk disisi lelaki tu.

“Boboy..” Panggil Damia sambil cuba nak sentuh lengan berketak lelaki tu.

Iskandar diam dan hanya biarkan isterinya pegang lengannya. Biar.. Biar Damia rasa macam mana risaunya dia kat rumah. Dah nak hampir empat jam, isteri dia keluar. Tak pernah-pernah lagi Damia keluar tanpa dia selama empat jam. Paling tak pun, dia hanya akan ke universiti aje.

Nak pitam dia bila berulang kali cuba hubungi isterinya. Tapi tak dapat. Dia ada juga telefon Kak Hajar. Juga sama. Tak berangkat.

Iskandar capai telefon dia.. nombor seseorang yang paling dia ingat, dia dail. Ikon panggil dia tekan tanpa lekatkannya kat telinga.

Damia pandang telefonnya yang berdering kat tangan. Terjungkit terus keningnya bila lihat gerangan si pemanggil. Damia toleh ke sisi.

“Kenapa call baby?” Tanya Damia.

“Tak reti nak angkat?” Senada Iskandar bertanya.

Damia tak menjawab dan terus menjawab panggilan itu. Bila dia nampak Iskandar lekapkan telefon kat telinga, dia turut lakukan perkara yang sama.

“Kenapa bila depan boboy, baby reti nak angkat telefon boboy? Kenapa tadi tak reti?” Tanya Iskandar. Wajahnya serius. “Tahu tak macam mana nak pengsannya boboy bila boboy telefon baby, boboy telefon Kak Hajar, dua-dua tak angkat? Macam-macam bermain dalam fikiran boboy tadi. Tahu tak?”

Damia tersentak. Terus dia pandang suaminya. Telefon diletakkan. Tangan lelaki itu dia capai. Dan diciumnya.

I’m so sorry. Tadi keadaan tengah gawat gila. Sampai tak sempat nak inform boboy yang baby balik lambat.” Dicium lagi belakang tangan itu. Lama..

Damia angkat wajah bila tangan Iskandar pegang dagunya. “Gawat kenapa?”

I don’t know what happen to Kak Hajar but..” Damia terhenti. Dia telan air liur.

Iskandar kerut dahinya. “Kenapa dengan Kak Hajar?”

Damia sandarkan kepalanya di bahu Iskandar. Lengan lelaki tu dia peluk. “Tadi teman Kak Hajar pergi klinik. Then, doktor bagi refer emergency ke hospital. Sampai kat sana, doktor check Kak Hajar. And she say, baby dalam kandungan tak dapat detect.”

Seriously? Then macam mana sekarang?”

“Doktor dah ambil hormone hCG Kak Hajar. Doktor pesan lagi, lepas 48 jam Kak Hajar kena datang hospital balik nak ambil darah.”

Iskandar garu kepala. “hCG tu apa, baby?

Damia gelak. Dia cari akal macam mana nak terangkan kat suami tersayang dia ni, apa tu hCG. “hCG tu lebih kurang macam, pregnancy test jugaklah.”

Iskandar angguk. Dia pandang Damia. “Baby..” Kepala Damia dia gosok. Terus lupa pada rajukannya tadi. “Boboy laparlah.”

“Boboy tak makan lagi?” Senafas dia bertanya. Dah nak dekat jam sepuluh. Gelengan Iskandar buatkan Damia nak pitam.

Damia pantas bangkit. “Sekejap.. bagi baby masak.”

Iskandar capai tangan Damia yang baru melangkah. Damia berhenti dan menoleh.

“Sokay. Biar boboy yang masak. Baby duduk sini diam-diam, layan Running Man yang boboy dah record.” Iskandar terus buka suis televisyen. Alat kawalan jauh dia capai dan terus pilih salah satu siaran rancangan Running Man yang dia dah rakam sepanjang dia menonton rancangan tu.

Damia senyum. Dah lapar betul pak cik ni. Sampai tak sanggup dah nak tunggu aku masak. Tapi Damia pun suka jugak. Atleast, dia tak payah masak. Dia pun dah penat kehulur kehilir teman Kak Hajar tadi.

“Ya Allah!” Iskandar tepuk dahi.

Damia pandang suaminya. “Kenapa?”

Iskandar capai telefon dia. Entah benda apa entah yang dia tekan kat skrin tu, Damia tak tahu.

“Habis kredit aku.”

Damia gelak. Pasal tu rupanya. Itulah, siapa suruh menggedik sangat nak telefon aku? Aku kat sebelah dia aje pun nak menelefon bagai.

Ehh wait! Iskandar mana pakai kredit. Kan dia pakai bil! Bila Damia pandang Iskandar, lelaki tu tersengih dan memain-mainkan keningnya.

Kureng punya laki!



ISKANDAR matikan enjin kereta. Dia pandang sebelah. Tersenyum bibirnya bila nampak isterinya tengah nyenyak tidur. Tak pernah-pernah lepas makan dia tidur. Penat sesangatlah ni kot.

Iskandar capai kunci rumah dan membuka pintu rumah terlebih dahulu sebelum dia kembali ke kereta untuk mencempung isterinya. Nak kejut rasa tak sampai hati pulak. Tubuh isterinya dia letak atas sofa diruang tamu terlebih dahulu sementelah dia nak kunci balik kunci rumah. Lampu luar rumah juga dia padam.

Tubuh kecil itu dia angkat sekali lagi dan dibawa naik masuk bilik. Dengan cermat dan hemat, tubuh itu diletakkan di atas katil. Selendang yang menutupi kepala Damia, Iskandar buka perlahan-lahan. Tak nak ganggu lena isterinya.

Kemudian dia terus masuk bilik air sekaligus cuci wajahnya sebelum tidur. Perkara rutin yang dia selalu lakukan sebelum tidur. Motif? Biar kulit mukanya halus, mulus dan cerah sempurna dalam hanya dua minggu!

Ceit! Tagline Salfi Balqis pulak aku tiru.



DAMIA buka mata. Rasa sejuk yang mencengkam tulang hitamnya buatkan dia tersedar. Bila pandang jam, baru dua pagi. Dan bila dia sedar yang dia pandang jam, baru dia perasan yang dia dah selamat sampai rumah. Ingatkan dia dan Iskandar tak balik rumah lagi.

Tadi.. punyalah dia bersemangat nak tunggu Iskandar masak, sampai terlelap dia kat sofa. Bukan Damia yang tonton Running Man, Running Man pulak yang menengok dia!

Alih-alih, Iskandar kejut dia ajak makan kat luar. Bila tanya kenapa, lelaki tu tak jawab. Hanya tersengih aje pandang Damia. Dalam hati, Mia dah macam dapat agak apa yang jadi. Tapi dia tak naklah terus tanya, takut rosak mood lelaki tu nak ajak dia makan kat luar!

Damia terus selak selimut bila dia baru perasan yang dia hanya bersinglet. Err, aku ada tukar baju ke tadi? Tadi dia perasan yang Iskandar angkat dia bawa masuk bilik. Lepastu dia sambung tidur balik. Dia penat sungguh ni.

Nafas lega dia lepaskan bila nampak Iskandar kat sebelah yang masih lagi berpakaian. Selamat aku malam ni. Bukan apa.. dia lupa nak beritahu Iskandar yang dia tengah period sekarang ni. Kang tak pasal-pasal, dah spoil mood lelaki tu nak bermanja dengan aku bila dapat tahu yang aku tengah kibar bendera Korea.

Ni mesti kerja lelaki ni kan yang pepandai tukar baju aku ke singlet yang dia kasi bulan lepas. Acaca nak aku seksi depan dia lah tu. Macam aku tak tahu.

Dah acapkali Iskandar mintak dia pakai singlet ni. Tapi acapkali tu jugaklah, Damia menolak. Bukan apa, seksi sangat. Sampaikan dia rasa, yang dia tak pakai baju kalau pakai singlet tu.

Damia bangkit. Baru dia ingat yang dia tidur tadi tanpa cuci muka dulu. Naik jerawat kang, Iskandar jugak yang susah. Yelah.. aku asyik mengadu aje kat dia. Bila aku picit jerawat tu, Iskandar marah aku balik. Katanya tak elok picit jerawat. Nanti makin bertambah. Sudahnya, Damia muncung bila lelaki tu ikat tangan dia. Bukan ikat pakai tali ke, rantai besi ke ek.. dia ni jenis ikat tangan aku pakai tangan dia.

Tahulah tenaga dia lagi kuat dari aku. Semedang jerkk!

Lepas dah cuci muka, dia capai alat kawalan jauh pendingin hawa kat atas meja tepi katil. Bila tengok suhu, dah boleh agak dah siapa punya kerja. Tak agak-agak nak buka suhu sampai enam belas darjah! Masih tak tahu lagi ke yang isteri dia ni takut sejuk?

Pantas suhu dia tukar ke dua puluh empat darjah. Kemudian, dia tarik Iskandar supaya dekat dengan dia. Dan tubuh sasa lelaki tu Damia peluk sebelum pejam mata.


DAMIA gelak. Gelak Damia menarik perhatian jejaka disebelahnya. Tergeleng-geleng kepalanya bila nampak Damia tergelak sambil tengok skrin telefon. Amboi gelaknya.. dengar mak aku ni, memang confirm menyesal dibuat menantu!

“Gelak apa sampai tak ingat dunia ni, baby?” Tak elok gelak banyak sangat, keluar ilmu nanti.

“Ni ha.. Instagram..” Tak sempat dia nak sudahkan ayatnya bila gelak menguasai diri.

“Kenapanya? Meh sini nak tengok.” Iskandar capai telefon kat tangan Damia. Dia tatap skrin telefon tu.

Kelat muka Iskandar bila nampak gambar yang buatkan Damia gelak sampai lupa dunia. Telefon tu, dia serahkan balik kat isterinya. Sekarang ni dia rasa apa tau.. rasa menyesal gegiler. Macam nak terjun aje dari balkoni bilik ni.

“Rasa nak tergelakkan? Ketawa lah. Lawak gambar ni.” Damia tahan ketawa.

Betullah apa yang dia teka malam tadi. Patutlah punya beria Iskandar ajak dia makan kat luar malam tadi. Rupanya pasal ni.. hahaa

Damia berdehem bila perasan yang ketawanya tak menarik perhatian suaminya langsung untuk turun sama ketawa. “Macam mana boleh jadi macam ni, boboy?”

Dia pandang gambar ikan goreng yang sudah hangus. Kalau dah tahu akan diketawakan Damia sampai macam ni, kenapalah duk gedik tangan tu pergi hantar gambar ikan hangus tu kat Instagram?


Sekarang padanlah.. Damia masih dengan gelaknya. Sementara Iskandar sudah sembunyikan muka dia dengan bantal. Tak nak kawan Mia!


P/s : SRC dah upgrade jadik Mini Novel lha weh!

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.