Yana toleh ke
kanan bila ada seseorang menganggu ketenteraman dirinya. Lugagge miliknya yang terlepas dari pegangan tangannya dia pandang
sebelum matanya pandang lelaki yang kini berhadapan dengannya.
“Sorry miss.” Ujar lelaki yang berbaju
t-shirt Levis berwarna merah menyala. Dia menunduk mahu mencapai lugagge milik
perempuan dihadapannya. Lepastu dia serahkan balik lugagge tu pada tuan punya
milik.
“It’s okay and thanks.” Terima kasih
sebab dah tolong ambil lugaggenya yang jatuh tu. Tapi.. memang dia perlu
ambilkan pun kan. Sebab dia jugak yang jatuhkan.
Kaca mata hitam
dia buka. Kaca mata hitam itu dia letak atas kepala. Rambut yang menganggu
pandangannya dia selak ke belakang. Menghadiahkan senyuman manis pada si
jejaka. “But next time make sure,
mata tu letak kat kepala. Bukan letak kat kepala lutut.” Lepastu dia terus
tarik lugagge miliknya dan keluar
dari Lapangan Terbang Senai ni.
Kereta Audi yang
berhenti betul-betul dihadapannya mematikan langkahnya yang berjalan. Macam
kenal dengan kereta ni. Dan bibirnya yang menayangkan riak serius terus terukir
bila nampak pemandu yang keluar.
“Gee?!” Jerit
Yana bersama nada gembiranya. Dah lama dia tak jumpa dengan kawannya. Kali
terakhir adalah dalam empat tahun yang lepas.
Gee tersenyum
sambil membuat peach pada Yana. Terkinja-kinja mereka berdua ditengah-tengah pintu
masuk lapangan terbang tu. Sesi jejak kasih pun bermula. Tiada air mata yang
menitis. Hanya sebuah senyuman yang menggambarkan sejuta perasaan gembira yang
terserlah.
“I miss you, baby.” Tangan Gee dia
genggam.
“So..” Gee pandang Audi dihadapan mereka.
“Kau nak drive or me?” Sambil tunjuk
kunci kereta ditangan.
“Ofcourselah aku. Dah lama aku tak dating dengan Audi aku.” Audiku..
kacaknya kamu pada pandanganku!
Kereta terus
dihidupkan selepas lugagge dah dimasukkan dalam bonet kereta. Tali pinggang
keledar dia pakai. Kaki kiri memijak break kaki manakala tangan kirinya
menurunkan break tangan dan menukar ke gear D.
Sebelum dia nak
memandu, dia pandang pada lelaki tadi yang setia memandang gelagatnya bersama
Gee. Dari lepas mereka berlanggaran tadi, lelaki itu statik berdiri disitu.
Senyuman dia hadiahkan pada lelaki itu. Tapak tangan kirinya dibawa ke bibir
sebelum membuat flying kiss pada
lelaki itu.
Tersenyum dan
terus memandu. Yana tergelak kecil. Memang tempah maut betul aku hari ni. Tak
kenal siapakah gerangan lelaki tu. Malah, inilah kali pertama dia tahu akan
kewujudan lelaki tu kat planet bumi ni. Tapi dah boleh layang flying kiss kat dia.
Memang gila!
HARIEZ kerut
dahi. Tapi tak lama sebab kerutan di dahi itu bertukar dengan senyuman manis di
bibir. Nampak lesung pipit kat pipi kanannya. Dia ketawa kecil seketika bila
kenangkan perbuatan perempuan tadi padanya.
Gila betul
perempuan tu. Kenal aku pun tak, dah ajak main flying kiss ye? Tapi kisah apa, bukan senang dia nak dapat free-free flying kiss dari perempuan
cantik macam perempuan tu.
“I love you like a love song, baby.”
Bisiknya perlahan sebelum capai lugagge dan terus menahan teksi untuk pulang ke
rumah.
Dalam hati dah
rancang nak cari perempuan tu. Macam seronok aje kalau perempuan tu jadi
skandalnya. Skandal yang keberapa ye? Ahh, whateverlah
yang keberapa sekalipun. Yang pasti, perempuan tu mesti akan jadi koleksi
perempuan simpanannya.
Kepala dia
sandarkan. Mata dipejamkan bersama bibir yang tersungging dengan senyuman.
Home,
I’m back!
AUDI R8 warna
silver metalik dia letakkan bawah porch rumahnya. Dia terus keluar dari perut
kereta lepas enjin Audi dimatikan. Bonet belakang dia buka. Segala lugagge
miliknya dibawa keluar. Dia bergerak menuju ke pintu masuk rumah.
Matanya meliar
ke sekeliling laman rumah. Tak berubah langsung. Masih sama seperti empat tahun
yang lepas. Ohh.. baru dia perasan. Mama beli beberapa anak pokok baru.
Nampaknya macam masih baru ditanam. Kepala digelengkan. Memang tak boleh nak
nafikan dah hobi mama yang satu tu. Kalau boleh, sampai masuk dalam bilik pun
dia nak tanam pokok tu. Puaslah jugak baba nasihat, satu pun tak layan.
Baju kurung
moden yang disarungkan ke badan kurang setengah jam yang lepas, dia rapikan. Nasib
baiklah Gee baik hati kasi pinjamkan baju kurung dia. Mana taknya, Yana lupa
nak bawa sekali baju kurung dia dari oversea.
Bila Gee ingatkan tadi, baru menggelabah dia mencari.
Selendang yang
menutupi sebahagian kepalanya juga dia betulkan. Kaca mata dia sangkut atas
kepala. Pintu rumah diketuk beberapa kali. Senyuman terukir dibibir. Agak-agak,
apa reaksi mama dengan baba lepas nampak anak dara dia orang dah balik ye?
Okay,
let me guess. Hmm, mama akan peluk dia seerat
mungkin? Atau tak pun, mama pengsan sebab tiba-tiba nampak anak dara dia kat
depan pintu? Iye lah, Yana janji yang dia akan pulang ke Malaysia bulan depan.
Bukannya awal sebulan.
Dalam pada
berfikir, pintu terkuak dari dalam. Muncul dua kelibat yang kini berdiri
dihadapannya. Yeah, itu dia pasangan suami isteri yang paling romantik dalam
dunia. Encik Yazid dan Puan Linda.
“Mama! Baba! I’m back!” Jerit Yana girang. Tangan dia
siap depakan. Berharap yang Puan Linda akan berlari dan memeluknya. Tapi
sangkaannya meleset. Bukan mama seperti yang diharapkan, tapi..
Pang!
Yana pegang pipi
kirinya. Auch, sakitnya! Yana pandang kedua orang tuanya. Mereka diam tanpa
kata.
Pipi kiri yang
masih terasa sakit, dia gosok. Apa ni? Adakah.. ini sebagai satu ucapan selamat
pulang anakku?
“Apa ni, baba?
Kenapa tampar Yana?” Soal Yana dua kali. Tak puas hati tentunya. Mana taknya,
ingatkan bila sampai rumah boleh bermanja-manja dengan kedua orang tuanya.
Yelah, duduk empat tahun kat negara orang tanpa kasih sayang orang tua. Tapi
bila sampai rumah, ini yang dia dapat.
“Kita bincang
kat dalam. Masuk!” Arahan dari Encik Yazid, diterima. Lepas pasangan itu masuk,
Yana melangkah. Dibawa bersama lugagge miliknya. Lugagge itu diletakkan di
hujung tangga. Kemudian dia kembali ke ruang tamu.
Baru aje dia nak
duduk, beberapa keping gambar terbang melayang dihadapannya. Yana
terpinga-pinga. Apa ni? Kejutan untuk dia ke? Tapi.. kenapa ada gambar? Kenapa
tak buat macam birthday party tu?
Siap ada belon..
“Apa semua tu?”
Keras dan dingin suara Encik Yazid menyapa telinganya.
Yana mengutip
gambar-gambar dilantai. Terbeliak matanya bila nampak semua gambar ditangannya.
Madefaker.. terus dia pandang Encik Yazid.
“Baba pasang spy?” Tanya Yana.
Tak lain dan tak
bukan, mesti baba pasang spy masa dia kat oversea. Kalau tak, tak adanya baba
dan mamanya dapat tahu kegiatan hujung minggunya bila kat sana.
Nampak Encik
Yazid senyum sinis. “Jadi betullah semua gambar-gambar tu?” Tangan, dia
silangkan ke dada.
Yana geleng
kepala. No! Tak! Baba dengan mama tak
boleh tahu. Mereka tak boleh tahu kegiatan anak mereka yang liar ni kat negara
orang.
“Baba lebih
percayakan gambar tu dari anak baba sendiri?” Tepat anak mata Yana dan babanya
bersatu. Tak lama, sebab lepastu, Yana pandang mamanya. Puan Linda hanya sekadar
menjadi pemerhati. Tak nak masuk campur urusan anak dengan suaminya.
“Kalau baba
cakap, ya?”
Yana senyum. Tak
sangka, baba percayakan orang lain. “Baba.. zaman sekarang teknologi makin
canggih. Baba mesti tahu persis perangai anak baba, kan? Baba dengan mama yang
ajar Yana agama. Takkan Yana nak buat benda terkutuk tu? Yana tahu halal haram,
ba, ma. Tak mungkin Yana yang buat.”
“Mungkin gambar
tu orang expose. Kita tak tahu.
Sekarang ni ba, makin ramai orang buat jahat. Dan makin sikit orang buat amal
kebaikan. Then, terpulang pada baba
samada nak percayakan anak baba sendiri, ataupun gambar tu.” Sambung Yana lagi.
Ekpresi wajahnya
cuba dikawal. Dia tak boleh biarkan mama dengan baba tahu yang dia tengah
menipu mereka. Orang jahat mana yang sanggup bongkarkan sendiri amal jahat dia?
Terdengar Encik
Yazid mengeluh. Dia buntu samada nak percayakan cakap anaknya, ataupun gambar
yang dihantar mata-matanya. Memang dia pasang spy untuk mengawal setiap tindak tanduk anaknya di negara orang.
Tapi..
Wajah anak dan
isterinya dia pandang silih berganti.
“Masuk bilik,
sayang. Rehatkan diri. Nanti mama panggil, kita turun makan sama-sama.” Lembut
arahan dari Puan Linda. Yana mengangguk.
Nak peluk mama,
tapi.. huh. Nanti malam sikitlah. Sekarang dia nak berehat sekejap. Perjalanan
yang terlalu jauh dia perlu tempuh untuk hari ni. Dari Kanada dia perlu terbang
ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dan dari KLIA dia terus ambil
penerbangan ke Senai. Kalaulah ada penerbangan dari KLIA terus ke rumahnya, mesti
dia ambil penerbangan yang tu.
PINTU bilik dia
tutup. Lugagge disandar kat tepi dinding. Jacket yang menutupi tubuhnya
langsung dibuka dan diletakkan di atas lugagge tadi. Katil dihampiri dan terus
merebahkan tubuh di atas katil empuk yang sekian lama dia tinggalkan.
Bantal peluk dia
tarik dan dipeluk. Tersenyum dia pandang bantal peluk tu. “Hey dear.. miss me?” Soalnya.
Serius, kalau
orang yang kenal dia mesti tahu yang dia hanya akan tidur kalau ada bantal
peluk disisi. Kalau tak, memang sampai mata lebam sekalipun dia takkan tidur.
Sebab tu, mama dengan papa hadiahkan bantal peluk ni masa dia di zaman sekolah
dulu.
Pintu diketuk
dari luar dan dibuka. Hariez terus duduk diatas katil. Pandang seorang lelaki
yang baru menapak masuk ke biliknya bersama sengihan.
“Yang kau duk
sengih-sengih ni kenapa?” Tanya Hariez.
“Bro! Rindu
giler kat kau.” Terus tubuh abangnya dipeluk.
“Dah, dah! Rimas
aku.” Tubuh si adik dia tolak lembut. Hazrul betulkan duduk dihadapan abangnya.
Bibirnya dicebik lepas dengar apa yang abangnya cakapkan.
“Eleh. Perempuan
keliling pinggang peluk kau, kau tak rimas pulak. Aku adik kau, kau rimas.
Ish!”
Hariez gelak.
“Itu lain, weh. Hot stuff. Siapa tak
nak?” Keningnya beberapa kali dijungkitkan.
Hazrul geleng
kepala. Apa punya abang daa.. patutnya jadi abang ajar adik dia benda yang
elok. Ni tak, asal balik dari oversea
aje benda yang tak elok dia ajar aku. Teruk betullah.
“Bagi tahu mama
karang. Tak cukup tanah kau merangkak!”
“I’ll kill you for sure, kalau kau kasi
tahu mama dengan papa.” Matanya dibulatkan. Nak beritahu pada Hazrul yang dia
betul-betul memaknakan katanya.
“Kisah pulak!”
Dia jelir lidah. “Hah, souvenir untuk
aku mana?” Terus Hazrul tanya pada tujuan asal dia masuk bilik abangnya.
Kecil besar
kecil besar aje Hariez pandang adik lelakinya. Mereka dua beradik. Kedua-duanya
lelaki. Dan disebabkan jarak umur mereka yang hanya setahun tu, buatkan
hubungan beradik mereka rapat.
“Ingatkan masuk
bilik aku tadi nak dodoikan aku tidur. Penat ni kot. Aleh-aleh mintak souvenir?” Aku ketuk, mati jugak karang.
Tak ada sifat prihatin kat abang langsung.
Hazrul sekadar
sengih.
“Malam karang
aku bagilah. Sekarang, chaw! Aku nak tidur.” Tubuhnya direbahkan kembali. Baru
sekarang dia rasa badannya letih.
Hazrul angguk.
Dia kenal abangnya. Sekali dia janji, lelaki itu takkan mungkiri. Abangnya
selalu ontime dalam menepati
janjinya. Dan sifat itulah yang buatkan dia suka.
Hazrul pantas
bangkit. Nak keluar dari bilik. Tapi baru beberapa langkah, dia pusing ke
belakang balik. “Kau pakai waze ke balik sini?”
Hariez yang
tengah baring, mengiring pandang adiknya. Keningnya dijungkitkan. Tak faham.
“Iye lah.. empat
tahun kat sana sampai tak balik-balik rumah. Mesti kau pakai waze kan tadi
sebab kau lupa jalan balik rumah. Nasib baiklah kau tahu lagi alamat rumah ni.”
Hazrul terus
berlari keluar bila nampak abangnya layangkan satu bantal tepat padanya. Dia
ketawa kuat diluar bilik. Nasib baiklah tak kena.
SEBAL betul hati
Yana sekarang ni. Beberapa keping gambar ditangannya dia pandang buat kesekian
kalinya. Tadi tak puas nak tengok sebab mata mama dengan baba yang asyik
pandangnya. Sekarang, meh kita teliti bebetul gambar ni.
Gambar pertama..
gambar dia dengan seorang lelaki yang tengah berjalan sambil berpegangan
tangan.
Gambar kedua..
gambar dia dengan seorang lelaki yang sama tengah bercumbuan di sebuah kelab
malam.
Gambar ketiga
pula, juga dengan lelaki yang sama.. mereka berjalan sambil melakukan pelbagai
aksi yang hanya layak dilakukan pasangan suami isteri.
Dan juga beberapa
lagi gambar, adegan Yana dengan Ismeit! Lelaki tu, Ismeit. Lelaki yang dia
kenal sewaktu tempoh menuntut ilmu di Kanada selama empat tahun.
Tapi yang dia
musykil, kenapa dia tak perasan langsung yang ada orang ekori dia sepanjang dia
kat sana? Ah! Mungkin dia tengah gembira masa buat benda terkutuk tu dengan
Ismeit, mana dia nak perasan.
Lantas gambar
itu dia koyakkan dan dibuang dalam tong sampah. Memang selayaknya tong
sampahlah tempat gambar-gambar tu patut ada. Nak letak dalam frame? Sorry, tak ada orang nak pandang
kot aku rasa!
Dan.. tanpa
buang masa, tuala dia capai. Dan terus masuk bilik air. Panas pulak pakai baju
kurung ni! Urgh..
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.