Badannya
mengiring ke kiri. Tapi tak jadi apabila ada tangan yang menarik supaya tetap
statik mengiring ke kanan. Penarikan yang drastik itu buatkan tangan kirinya
memeluk seseorang yang terbaring sama disebelah. Dengan mata yang masih lagi terpejam,
pelukan itu dieratkan. Kepalanya diletakkan cantik di dada bidang lelaki itu.
Terasa selimut
ditarik. Duduk letak selimut itu dibetulkan untuk menjalankan tugasnya,
menutupi sebahagian tubuh tuannya supaya si tuan tidak kesejukan.
Keadaan itu berlarutan
sehinggalah bunyi kuat datang dari telefon bimbit menganggu ketenteraman kedua
pasangan yang enak diulit mimpi indah. Tapi deringan telefon itu dibiarkan
kedua-duanya sehingga deringan itu mati dengan sendirinya.
Tiga saat
kemudian, nada dering telefon bimbit itu berbunyi lagi. Mendegus si perempuan
apabila tidurnya diganggu. Pantas tangan kirinya mengagau ke meja tepi katil.
Telefon yang bergetar itu dia ambil dan diletakkan ke telinga kiri.
“Hmm.. what up?” Terus dia menyoal tanpa
melihat ke skrin pemanggil.
“Luqyana Danella!”
Jeritan lantang yang membingitkan telinganya membuatkan Yana terus duduk tegak
sembilan puluh darjah. Terkejut. Macam baru lepas dengar gorilla mengamuk!
Dia pandang
skrin telefon. Membulat terus mata bila terpapar nama Mama di skrin itu.
Alamak! Dia terus menggigit bibir bawahnya. Tengkuknya tiba-tiba rasa seram
sejuk.
Dia tersengih. “Sorry, ma. Tak perasan. Ingatkan
siapalah telefon Yana tadi.” Suaranya cuba dimanjakan meskipun matanya
menyuruhnya untuk terlelap. Sungguh, dia mengantuk sangat sekarang ni. Dia
jeling ke sebelahnya. Kecil matanya bila tengok lelaki itu bahagia tidur.
Tiba-tiba muncul perasaan cemburu sebab biarkan lelaki tu tidur terus-terusan.
“Kamu ni baru
bangkit ke?” Suara itu menjegah telinganya lagi.
“Ehh.. mana ada,
ma. Yana tengah jogging ni.” Lidah dijelirkan. Itulah perbuatannya bila dia
menipu seseorang. Asal menipu aje, mesti dia akan jelirkan lidah. Sampaikan
lelaki kat sebelah dia ni pun boleh tahu masa bila yang dia jujur.
“Hariez dengan
kamu ke?”
“Err,, a’ah.
Kenapa ma?”
“Kamu berdua
pergi jogging kat mana? Naik apa?” Pertanyaan si anak tidak dijawab, tapi
pertanyaan baru dia soalkan.
“Kat Setia
Tropika. Naik kereta Hariez.” Mama tanya banyak soalan ni ada apa sebenarnya?
Buatkan hati aku tak tenteram ajelah sekarang ni.
“Ohh.. tapi
kenapa dua-dua kereta ada kat porch rumah kamu?”
Membulat mana
Yana. Mana mama tahu? Mama takkan tahu melainkan.. pantas dia bangkit terjun
dari katil. Langsir bilik dia selak sikit. Pandang ke pagar rumah. Meremang
bulu roma dia rasa saat ni bila nampak mama tengah melambaikan tangan padanya.
Ishh mama ni.. macam tahu-tahu aje yang aku tengah mengintai dia dari sini.
“Buka pintu ni..
mama nak masuk!” Suruh wanita itu pada anaknya.
“Hah kejap.”
Talian dia tamatkan. Satu keychain di
atas meja yang terisi butang alat kawalan jauh pintu pagar itu dia tekan. Bagi
membolehkan mama bersama konconya iaitu baba, masuk dalam rumah.
Katil dia
hampiri. Dia duduk disisi lelaki yang tengah sedap terbaring disitu. Bahu
lelaki itu dia goyangkan beberapa kali.
Sebal hatinya
bila goyangannya tidak mendapat sahutan dari lelaki itu. Dia tak ada idea lain
selain menggeletek perut lelaki itu yang terdedah. Pakai baju macam tak pakai
baju. Perut terdedah. Baju tersingkap. Laki siapalah ni?
Terdengar lelaki
itu ketawa sambil menepis tangan Yana dari menggeleteknya. “Baik you bangun sekarang.” Suruh Yana.
Suaranya dikeraskan.
“Okeh okeh, I bangun. But.. stop it.” Pinta lelaki itu bersama tawanya. Yana berhenti.
Dia pandang lelaki itu yang tengah menggosok kedua matanya.
“What wrong, baby?” Lelaki itu cuba
menangkap pinggang ramping isterinya tapi pantas Yana menampar tangan itu.
Biasa dia.. suka sangat merayapnya.
“Mama ada kat
bawah.” Beritahu Yana senafas. Keningnya dijungkitkan. Dia pandang lelaki itu.
Nak tahu apa reaksi.
“Serious? You kidding?”
Perlahan Yana
mengeluh. “Up to you wanna believe it or
not. Just don’t care. I turun dulu.” Susah betul dapat suami yang susah nak
percaya cakap orang. Cakap isteri dia yang cantik ni pun kadang-kadang dia tak
percaya. Sakit hati? Ofcourse lah!
Saat tombol
pintu dia nak pulas, terasa ada tangan yang memeluk pinggangnya dari belakang.
Yana berhenti dari melangkah. Dia menoleh.
“Tunggulah. I pun nak jumpa jugak dengan mak mertua I yang gergous tu.” Hariez tergelak kecil.
“Like mother like daughter lahkan.” Ujar
Yana bersama senyuman menggodanya. Tangan kirinya memeluk pinggang Hariez.
Mereka sama-sama melangkah menuruni anak tangga.
Sampai kat ruang
tamu, masing-masing telan air liur bila nampak Puan Linda yang keluar dari
ruang dapur bersama dulang yang berisi dua gelas. Siap dengan biskut yang Yana
simpan dalam almari lagi dia rembat buat santapan laki bini.
Nasib baiklah
mama dengan baba aku. Kalau tak, dah lama aku halau keluar rumah sebab pakai
main ambik aje barang yang aku simpan kalau aku didatangi penyakit malas nak
masak!
“Hai pengantin
baru.. baru bangun ye? Sedap tidur? Mimpi indah tak malam tadi?” Sinis nada itu
kedengaran keluar dari bibir Puan Linda.
Hariez terus
bersalaman dengan Encik Yazid dan Puan Linda yang baru meletakkan dulang di
atas meja hadapan suaminya. Sementara Yana sudah menunduk. Auch.. mama sindir!
Akhirnya.. Yana
hanya tayang sengih sebelum labuhkan duduk kat sisi Encik Yazid. Semenjak dah
berkahwin dengan Hariez lebih kurang sembilan bulan yang lalu, kemanjaannya dah
beralih arah pulak. Kesian baba kena kongsi kasih dengan Hariez!
“Babaa..! Miss me?” Tanya Yana sambil pagut bahu
Encik Yazid. Pipi kiri ayahnya dicium. Rindu..
“Nop!”
Membuntang mata
Yana lepas dengar jawapan babanya. “Baba tak rindu Yana? Sikit pun?” Suaranya
dah berubah nada.
“Hmm tak. Baba
rindu orang tu aje.” Sambil jeling Puan Linda yang duduk di sofa. Tersenyum
Puan Linda lepas dengar.
“Sampai hati
baba. Yana rindu baba from the moon and the
back tau tak.” Tangan dah disilangkan ke dada. Bibirnya muncung. Tak pernah
lagi dia dengar yang baba tak rindu dia. Inilah kali petama.
Puan Linda
menghulurkan cawan yang berisi air teh panas pada suaminya. Selama nak tunggu
anak dan menantunya turun ke bawah, sempat lagi dia siapkan makanan untuk
suami. Walaupun dia tahu, sepatutnya anaknya yang patut melayan mereka. Ini dah
macam mereka masuk rumah sendiri pulak. Semua makanan kena hidang sendiri.
“Ni kamu berdua
dah mandi ke belum?” Tanya Puan Linda. Dia jeling anak perempuannya yang hanya
bersinglet nipis berwarna merah jambu bersama cardigan labuh melepasi
punggungnya. Rambut yang panjang mengurai dia sanggulkan menampakkan leher
jinjangnya. Cantik! Walaupun dia tahu, anaknya tu belum mandi lagi.
Hariez dan Yana
saling berpandangan sebelum tersengih pandang Puan Linda. Puan Linda yang
memandang menggeleng. Kan dah cakap tadi.
Ni kalau tetamu
datang, dapat tahu yang mereka tak mandi lagi, mahu diketawakan sepuluh
keturunan. Tapi dengan wajah dan pakaian anak menantunya yang moden ni, tak
nampak sangat yang mereka ni sebenarnya tak mandi lagi.
“Balik pukul
berapa malam tadi?” Soalan maut itu menjerat leher Hariez dan Yana.
Kenapa soalan maut
itu menjerat? Dan kenapa dianggap soalan maut? Sebab..
“Empat pagi.”
Jawapan dari Hariez buatkan air teh yang dihirup Encik Yazid tersembur. Yana
yang paling dekat dengan tisu, pantas mencapai dan mengelap mulut babanya.
Itulah sebabnya
kenapa soalan tu dianggap soalan maut.
Encik Yazid
pandang anak menantunya. Tak berkelip dan yang pasti, dengan pandangan yang
tajam. “Pukul empat pagi? Ni dah sah-sah tak solat Subuh kan pagi tadi?” Kuat
dan nyaring suara itu memecah keheningan ruang tamu tu.
Baik Hariez
mahupun Yana hanya menunduk. Tak berani nak balas pandangan tajam Encik Yazid.
“Apa nak jadilah
dengan kamu berdua ni? Bila nak berubah? Ingatkan bila dah disatukan, perangai
buruk tu boleh kikis, tapi baba silap telahan rupanya. Makin teruk kamu berdua
ni.” Bebel Encik Yazid.
“Takkan nanti
dah ada anak sendiri pun masih buat kerja gila tu?” Suara itu melengking lagi.
Yana mengeluh
perlahan. Baru aje sebelum masuk tidur dia setkan dalam otak, yang pagi ni
bangun nak senyum. Jadikan hari ni lebih baik dari semalam. Tapi.. macam mana
nak jadikan hari ni lebih baik dari semalam kalau pagi-pagi lagi dah kena
tarbiah dengan baba?
“Nanti dah ada
anak, kami berhentilah. Sekarang bagilah kita orang enjoy dulu.” Gumam Yana perlahan.
“Apa dia? Dah
ada anak baru nak berhenti? Ehh, mati tu kan, tak tunggu kita ada anak baru
kita nak mati tau.”
“Ya, baba.. baba
doakan aje semoga Yana dengan Hariez dibuka pintu taufik dan hidayah untuk
kembali ke jalan yang benar.”
Encik Yazid
menggeleng melihat perangai anaknya, “Baba kecewa dengan kamu berdua.” Dia
pandang Puan Linda, “Jom kita balik. Panas aje hati ni kalau makin lama duduk
dekat sini.”
Hariez pandang
Yana.
Yana pandang
Hariez.
Mereka sama-sama
mengeluh selepas menghantar kepulangan Encik Yazid dan Puan Linda. Yana
mendekati sofa tapi tangannya ditarik Hariez buatkan dia berpusing menghadap
lelaki tu.
“Kenapa?”
Tanyanya malas.
“Pergi mana?”
“Tidur. Ngantuk
tak hilang lagi ni.”
Hariez yang
nampak langkah isterinya semakin menuju ke tangga pantas mendekati. Tubuh kecil
itu dia kendong dan bawa masuk bilik. Tubuh Yana yang sudah terlelap dia letak
lembut atas katil. Cardigan yang menyelubungi tubuh isterinya, dia buka
perlahan-lahan.
Tubuh yang hanya
bersinglet merah jambu itu direnungnya. Tiba-tiba dia rasa macam ada satu aura
suruh dia goda isterinya pagi ni. Lantas, tangannya menari-nari lembut
disegenap tubuh itu.
Yana yang
merasakan ada sesuatu bermain di perutnya terus menepis. Dia mengantuk sekarang
ni. Malas tau ea nak buka mata. Tapi matanya automatik terbuka dengan
sendirinya bila rasa ada satu benda lembut menindih bibirnya.
Bila muka mata,
dia nampak mata Hariez menikam matanya dengan pandangan yang romantik. Ah!
Lelaki ni.. suka sangat mengacau tidur aku. Dalam keadaan mengantuk itu, Yana
terus melayan suaminya.
p/s: disebabkan hari ni aku baik hati.. aku post lagi e-novel aku yg terbaru.. happy reading weh.. ;)
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.