Pages

Search This Blog

21 Jan 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 15]



Adam pandang Damia. Mengeluh dia sekejap. Dia rasa macam nak aje peluk tubuh tu.. Tapi dia tahu, Damia mesti akan marah.

“Kau.. Nak pergi mana? Biar aku hantarkan.” Pelawa Adam. Dia takut jadi apa-apa pada Damia kalau dia tinggalkan Damia seorang diri kat sini. Tambah, dengan keadaan perempuan ni yang masih belum sihat sepenuhnya lagi.

Damia dongak. Pandang dada langit. Nafas keluhan, dia lepaskan. Berat. “Kau hantar aku pergi hotel terdekat ajelah.” Suruh Damia. Perlahan. Jujur, dia tak tahu nak menapak ke mana. Nak balik rumah dia? Memang tak lah!

Dia.. Mungkin akan balik rumah dia, itupun kalau Iskandar tak ada kat rumah. Sungguh, dia benci Iskandar. Sebab lelaki tu, dia hilang anak dia.

Cakap aje bakal doktor, tapi diri sendiri mengandung pun tak tahu! Macam mana nak tahu kalau dia sendiri tak nampak apa-apa perubahan dan apa-apa kelainan pun pada dirinya. Diri Iskandar sendiri pun tak berubah.

“Kau sure nak duduk hotel?”

“Hmm..”

Adam tolak kerusi roda yang diduduk Damia. Tapi dorongannya terhenti bila ada sebuah kereta berhenti bebetul dihadapan mereka. Bila tengok jenis dan warna kereta, taulah dia siapa empunya milik kereta tu.

Tuan punya kereta keluar.. Bersama kaca mata yang melekat menutupi matanya. Orangnya segak bergaya. Tak ada sesiapa yang mampu menandingininya termasuk Adam sendiri.

Baby..” Iskandar melutut dihadapan Damia. Kaca matanya dibuka dan disangkut di atas kepala.

Damia pandang tempat lain. “Adam.. Bawa aku pergi sana. Now!” Dia malas nak menghadap lelaki tu. Sungguh! Setelah apa yang lelaki ni dah buat pada dia. Sanggup tinggalkan dia sebab Arissa. Perempuan yang baru dia kenal tu. Memang gila.

Iskandar bangkit. Pandang Adam. Adam yang baru nak tolak Damia terhenti perbuatannya bila Iskandar menahan. “Please Adam.. Ni urusan aku dengan isteri aku.” Sayu suara Iskandar. Adam pandang kawannya.

Tak pernah lagi dia nampak wajah Iskandar macam sekarang ni. Dia jadi sayu bila tengok pergolakan rumah tangga kawannya hanya disebabkan orang ketiga. Bila jadi macam ni, dia dah buat keputusan. Dia nekad yang dia takkan letakkan perasaannya lagi pada Damia. Biarlah Damia, jadi milik Iskandar seorang.

Dia takkan jadi orang ketiga dalam perhubungan mereka pula lepas Arissa.

Bro.. Win her heart. Kalau tak, kau kasi ajelah dia pada aku.” Sengih.

Iskandar jeling Adam kat sebelah. Amboi! Banyak buruk muka dia. Aku tengah serius, dia boleh pula buat memain.

Iskandar hanya pandang kepergian Adam ke keretanya yang tidak jauh dari pintu masuk hospital ni. Sempat dia menjerit pada Adam, “Thanks cause take care of my sweetheart for me!” Dan sebagai balasan, Adam hanya tersenyum sambil membuat gaya peace.

Adam.. Meskipun baru tahun ni mereka berkawan, mereka dah boleh jadi sahabat sejati. Macam semalam, bila dia marah, dia tengking Adam.. lelaki tu diam. Malah sanggup menenangkan dia dan sudi menjaga isteri dia.

Terima kasih untuk itu, Said Adam.

Iskandar kembali pandang Damia. Isterinya itu hanya duduk menekur di kerusi rodanya sahaja. Tak ada tanda-tanda nak mengadap muka kacak suami dia ni ke, sayang oi?

“Sayangg..”

Damia masih diam. Adam ni memang nak kena. Ada ke dia tinggalkan aku dengan kawan tak semengah dia ni? Tapi tak pe.. Adam tak nak tolak dia pergi hotel kan.. It’s okay. Dia boleh jalan sendirilah!

Perlahan-lahan Damia bangkit. Tinggalkan kerusi roda dan juga Iskandar. Dia melangkah keluar dari kawasan hospital. Nak cari teksi. Nak telefon along? Ha, memang tak lah. Mahunya dia kena pelangkung dengan along sebab tak beritahu dia awal-awal pasal masalah ni.

“Mia..” Iskandar kejar isteri dia. Tangan Damia dia cuba raih tapi Damia pantas rentap tangan dia balik.

Iskandar terkedu. Terkejut semestinya. Damia tak pernah buat macam ni sebelum ni. Dia kaku berdiri disitu. “Damia stop!

Iskandar mengeluh bila isterinya masih teruskan langkah. “Damia Aleesya.. arahan suami ni. Please stop!” Jerit Iskandar. Dan.. Tersenyum dia bila Damia matikan langkah. Good! Kalau aku buat dari awal mesti aku dah angkut Damia bawa balik rumah dah sekarang ni.

Tolol betullah kau ni, Is.

Iskandar merapati Damia. Dalam kepala dah fikir, macam mana nak pujuk Damia balik rumah? Iskandar berdiri depan Damia. Dagu isterinya dia tolak supaya mata mereka beradu. Tangan Damia dia pegang.. Sebelum bawa ke bibir.

“Sayang.. okay look, I’m sorry. Boboy tau, apa yang berlaku ni semua salah boboy. Boboy.. Boboy percaya cakap orang lain, dan sanggup tinggalkan baby. And me.. Boboy hampir nak menduakan baby.” Tangan itu dia kucup lagi.

Damia hanya diam.. Dan mendengar sesi luahan suami dia. Dia kalau boleh tak nak bersuara langsung. Sebab apa.. Sebab dia takut. Kalau dia bersuara, dia akan maki hamun Iskandar kat khalayak ramai. Dia sebagai isteri masih perlu jaga maruah suami dia.

Kalau kat rumah, memang dah bersuara dah dia sekarang ni. Tak payah tengok keliling dah! Terus semuanya yang ‘murni-murni belaka’ keluar dari mulut.

“Sayang.. Again, I am so sorry. Kalau perlu, boboy boleh melutut sekarang ni jugak.” Iskandar berkira-kira mahu melutut dihadapan Damia. Tapi bila pandang wajah dingin Damia, dia bebetul melutut.

“Damia Aleesya.. Mikhail Iskandar minta maaf. Dari hati saya yang paling dalam. I am so sorry.

Damia rentap tangan dia yang dipaut Iskandar. Dia teruskan berjalan. Dari tempat dia berdiri ni, dah boleh nampak ada sebuah teksi yang baru berhenti di hujung jalan masuk ke hospital ni. Pak cik teksi.. Tunggu saya!

Dah tak peduli dah kata maaf yang diucap Iskandar. Dah tak pandang dah pandangan orang lain pada mereka. Dah tak kisah dah semua tu.

Dia teruskan berjalan. Hanya pandang ke depan. Tak pandang kelilingnya. Sedang dia berjalan nak dapatkan teksi, dia dengar suara teriakan Iskandar panggil dia. Tapi dia buat tak dengar. Ingat kalau dia jerit macam tu, aku nak berhenti dan dapatkan dia lah? Nak peluk cium dia lah? Macam tu?

Haha.. kelakar lah. Pergi meninggallah dengan dia punya conclusion tu.. Tolonglah, drama sangatt!



Damia geleng kepala sebelum dia rasa tubuhnya melayang dan terhempas ke tanah. Pandangannya tiba-tiba kelam.. dan gelap.


P/s : Ending dia sampai sini aje, boleh tak?

18 Jan 2015

Lintasan Idea #1

          Matanya hanya pandang dua manusia yang berdiri dihadapannya. Ralit sekali. Bibir sesekali mengoyak senyum.

          “Jaga diri baik-baik. Duduk sini jangan buat sombong. Pandai cari kawan.” Telinganya dengar sayup-sayup si ibu memberi sebuah pesanan pada si anak.

          “Ish, ibu ni. Orang tahulah!” Dingin dan keras sekali ayat yang keluar dari mulut si anak. Langsung tak pandang wajah ibunya yang tersenyum.

          “Nanti nak cuti, ibu datang sini ambil Amal.” Si ibu dengan senyuman bersuara lagi. Langsung tak ambil kisah dengan suara anaknya yang sudah meninggi.

          “Tak payah ambillah! Amal duduk sini aje sampai bila-bila.”

          “Takkan dah habis belajar pun masih nak duduk sini?”

          “Dah habis belajar, carilah kerja. Lepastu duduk rumah sendiri!”

          “Tak nak balik rumah ibu ke?”

          “Tak nak! Amal tak ada ibu yang suka paksa-paksa anak dia!” Beg sandang yang berisi baju di sangkut di bahu. Bersedia nak mulakan langkah.

          Nampak si ibu masih dengan senyuman. Langsung tak terkesan dihatinya akan nada tak suka anaknya. “Okaylah. Ibu nak balik dulu ni. Nanti bila-bila, ibu datang lagi.” Masih berlembut.

          “Tak payah datang pun tak apa. Amal tak ada ibu yang miskin macam nilah. Buat malu Amal aje. Dah, pergi balik sana!” Menghalau.

          Juga dengan senyuman, si ibu melangkah perlahan pergi tinggalkan anaknya.

          Si anak terus mengorak langkah, dan matanya ternampak aku yang semenjak tadi menjadi pemerhati. Si anak itu mendekati aku disini bersama senyuman.

          “Hai. Aku, Amal.” Dia, memperkenalkan diri.

          Aku senyum. “Aku Iyaz.” Diam sekejap sebelum sambung. “Siapa tadi tu? Mak kau ke?” Tanya aku pada Amal.

          Amal mati senyum sebelum perlahan-lahan angguk.

          “Bro, nak pesan sikit. Tak elok kalau kau layan mak kau macam tadi.”

          “Apa masalah kau?”

          “Tak ada apalah. Aku just menegur. Sebagai saudara sesama Islam, yang dah tiada emak, aku rasa aku patut tegur kau.” Diam. “Aku rasa kau sangat kurang ajar dengan mak kau. Kau tahu tak, aku sedih bila tengok kau layan mak kau nak tak nak macam tadi. Kalau kau tak nak mak kau, apa kata kalau kau bagi aje kat aku. Dah dua puluh tahun aku hidup tanpa seorang mak kat sisi weh. Aku nak juga merasa hidup macam kau yang ada seorang emak.”

          Amal diam. Tak tahu nak cakap apa.

          “Kau tahu tak, mak kau sanggup tahan malu bila nak lahirkan kau depan doktor. Tapi sekarang, kau buat mak kau terpaksa tanggung malu sekali lagi sebab kau dah hina dia depan orang ramai tadi.”
Amal masih lagi diam.

          “Kalau kau tak keberatan, kalau kau dah benci mak kau, apa kata kau bagi aje mak kau pada aku. Aku janji, aku akan jaga mak kau macam aku jaga mak aku sendiri. Tapi aku nak bagi amaran, bila kau dah bagi mak kau pada aku, jangan sesekali kau munculkan diri kau depan mak aku lagi. Dan sepanjang mak kau dah jadi mak aku, aku akan pastikan yang mak aku akan lupa siapa kau dalam diri dia.” Sinis senyuman Iyaz.

          Amal jatuh terduduk disitu. Air mata mengalir dipipi. Menyesali apa yang dah dia buat pada ibunya tadi.



P/s : Idea yang datang tiba-tiba bila dengar lagu tadi.. hohoo


14 Jan 2015

Sweet Tak Cinta Kita? [Chapter 2]



Yana gelak. Puan Linda yang pandang anaknya tersenyum. Dah lama dia tak dengar suara anak perempuannya gelak macam ni. Terubat sikit rindunya pada si dara. Empat tahun.. gadis itu menyambung pelajarannya di Kanada. Dan selama empat tahun tu jugaklah, tak ada satu hari pun yang anaknya menampakkan wajahnya. Tak balik-balik sini langsung. Sampaikan, nak raya pun dia tak balik. Sudahnya, hanya mereka berdua ajelah suami isteri beraya bersama-sama. Cuma Yana seorang aje anak mereka.

            Bahunya yang disentuh buatkan Puan Linda mendongak. Wajah suaminya dia pandang. Tiada langsung riak ceria di wajah suaminya. Dia tahu, suaminya kecewa. Ibu bapa mana yang tak kecewa, yang tak sakit hati bila dapat tahu anak yang dihantar mereka ke luar negara untuk belajar buat benda yang tak elok disisi Islam.

            Rasa macam nak hempuk aje.

            “Sudahlah, bang. Kita kena percaya anak kita sendiri.” Puan Linda lebih memilih untuk mempercayai kata-kata anak mereka. Anaknya dari kecil sudah diajar supaya jangan berkata bohong. Takkanlah anaknya tega membohongi orang tuanya?

            “Tapi abang masih lagi tak percayalah. Abang kenal Midun tu macam mana. Dia tak berani nak menipu abang.”

            “Abang.. semua manusia dalam bumi ni berubah. Takkan ada satu orang pun tak berubah.”

            Anak mata isterinya ditikam. “Macam mana kalau Yana bohong kita?”

            Puan Linda pegang jemari suaminya. Memberikan sedikit ketengan buat lelaki itu yang tengah gundah hatinya saat ini. “Kita beri dia peluang kedua. Semua manusia berhak dapat peluang kedua.” Lembut kata-kata itu.

            “Kalau dia tak guna jugak peluang kedua tu dengan sebaik mungkin?” Tanya Encik Yazid lagi. Hatinya berbelah bahagia sekarang ni. Samada nak percaya kata anaknya ataupun tidak. Tapi separuh hatinya mengarahkannya untuk percaya, tapi separuh lagi.. huh. Entahlah.

            “Kita kahwinkan dia..”

            Encik Yazid pandang isterinya. Tak percaya dengan apa yang diberitahu isterinya. Kahwinkan anak mereka? Berkerut dahinya saat ni.

            “Mungkin lepas kahwin, dia boleh berubah.” Sambung Puan Linda.

            “Mama..” Panggilan dari Yana buatkan Puan Linda menoleh. Anak daranya tengah pandangnya sambil tersenyum.

            “Ada apa sayang?”

            “Mama rajin tak?” Manja sekali nada suara yang keluar dari mulut Yana. Tersenyum Puan Linda bila nampak sifat kemanjaan anaknya dari dulu. Tak pernah berubah sampai sekarang.

            “Kalau mama rajin, kenapa?”

            “Dodoikan Yana boleh? Yana mengantuklah.” Tangannya menggosok mata. Badannya diliuk lentokkan pada sofa.

            Puan Linda bangkit. Bersedia nak dodoikan anak perempuannya. “Nak tidur kat sini ke, dalam bilik?”

            Yana tersenyum. Televisyen dia matikan dan pantas bangkit. Dia memeluk mamanya dan melangkah panjat anak tangga. Dah lama Yana tak tidur sambil didodoikan mamanya. Sungguh, dia rindu belaian mamanya.

            Mama yang penyayang. Mama yang baik hati. Mama yang cantik. Mama yang pandai. Mama yang.. semuanyalah. Dia rasa bersyukur gegiler sebab dikurniakan seorang mama seperti Puan Linda.



HARIEZ buka pintu almarinya. Satu baju t-shirt berwarna hitam polos dia ambil dan sarungkan pada tubuh. Kunci kereta dan telefon bimbit dia capai. Buka pintu bilik dan terus melangkah keluar.

            Tag heuer dikilas sekejap. Sebelas lima sembilan minit malam. Dia dah janji dengan kawannya nak keluar sama-sama sekejap lagi. Mana? Club lah. Dah lama dia tak rasa itik fresh from Malaysia.

            “Pergi mana?” Suara Puan Qamariah dari pintu bilik kedengaran. Hariez toleh ke belakang.

            “Keluar sekejap. Kamal telefon tadi minta tolong.” Bohongnya. Nak hidup, mesti pandai bohong. Dan yang pasti, ini bukan kali pertama dia berbohong dengan mamanya.

            “Balik pukul berapa?”

            Hariez angkat bahu. “Tak tahu lagi. Habis tolong Kamal, Riez baliklah.”

            Puan Qamariah masuk kembali dalam bilik. Hariez pula teruskan langkahnya. Bibir tersenyum manis. Malam ni, dia boleh bohong mama dia. Malam-malam esok?

            Dia tak sabar nak balik pent housenya. Kat sana, dia bebas buat apa aje. Tak ada yang halang. Itu yang dia suka. Tapi.. takkan nak balik esok? Mama dengan papa baru jumpa dia lepas empat tahun.

            Tak apa, Riez. Sabar tu kan separuh dari iman. Tak lari itik-itik fresh dikejar. Tersenyum lagi dia disitu.



SEMENJAK tadi matanya meliar ke segenap kelab malam yang terkenal tu. Air coke ditangan dia teguk sikit. Dihadapannya penuh dengan manusia. Berpasang-pasangan. Menari macam tak ada esok. Tapi dia peduli apa, dia pun suka jugak melihat pemandangan indah macam ni.

            Hariez menoleh bila ada seseorang sentuh bahu dia. Bila dia tengok, ada seorang perempuan, berambut panjang, tinggi takat telinga dia. Bila Hariez tengok kaki perempuan tu, tak ada heels. Perempuan ni memang keturunan dia tinggi-tinggi belaka ke?

            Dia pantas bangkit. Tersenyum pada perempuan dihadapannya. Baju singkat parat peha. Aumm.. memikat selera aku nampaknya. Terus dia ngap perempuan tu. Nampak muka terkejut tapi senyuman mulai terukir kemudiannya.

            “Hey.. what’s your name?” Tanya Hariez terlebih dahulu. Rambut perempuan dihadapannya dielus lembut.

            “Cutties.”

            Hariez kerut kening. Cutties? Dia senyum manis. “Cutties just like you, honey.” Bisiknya lembut di telinga Cutties.

            Terdengar Cutties ketawa manja. Sukalah tu aku puji dia. Semua perempuan suka bila dipuji. Walaupun luaran nampak kasar, dalaman dia.. lembut macam puding strawberi!

            Cutties terus menarik Hariez ke bahagian tengah kelab. Kat situ mereka menari semahunya. Like no tomorrow. Sama-sama suka. Sama-sama bahagia. Tak ada satu apa pun yang menghalang mereka dari berhenti menari.

            Hariez berpusing disitu. Tipikal orang menari apabila menari bukan dengan seorang, tapi dua orang dalam satu masa. Dan bila Hariez nak pusing menghadap Cutties balik, tariannya terus mati. Dia kembali ke meja yang ditinggalkannya tadi dan terus duduk kat situ.

            “Kau ni.. spoil mood aku ajelah nak happy.” Dia jeling Kamal kat sebelah.

            Kamal ketawa. Dia labuhkan duduk kat hadapan kawannya. Dah lama tak jumpa mamat playboy himalaya ni. Kali terakhir masa malam lelaki ni nak gerak ke England. Lebih kurang empat tahun yang lepas. Dan dalam masa empat tahun tu, tak ada sekalipun mereka bersua muka.

            “Long time no see, bro.” Izdihar yang baru sampai bersama dua gelas coke ditangan menyapa. Satu gelas diserahkan pada Kamal.

            Keduanya tak sangka yang malam ni mereka akan berjumpa kembali dengan kembar tak seiras mereka. Patutlah bukan main berkobar-kobar semangat mereka nak datang sini petang tadi.

            Hariez terus senyum. Kedua kawan dihadapannya dipeluk buat seketika. Perlakuan tipikal apabila dah lama tak jumpa.

            “Bila kau balik sini?” Tanya Izdihar. Lelaki ni tak beritahu pun yang dia nak balik. Kalau tak, boleh aku usung red carpet buat dia jalan keluar dari aeroplane!

            “Pagi tadi aku sampai. And.. I’m back ofcourse for good.” Keningnya dimain-mainkan. Nak kasi tahu, apa yang dia beritahu ini benar belaka.

            Bersorak Kamal dan Izdihar. Siap buat hye-five lagi. Sukalah tu kembar tak seiras dia orang boleh join event mereka lepas ni.

            “Disebabkan kawan baik kita ni balik sini for good, malam ni aku belanja kau orang berdua. Sampai subuh kita kat sini.” Girang Kamal. Gelas berisi air coke dia angkat separa bahu. Hariez dan Izdihar juga melakukan perkara yang sama. Tiga gelas tu berlaga dan mereka menyisip coke sampai habis.

            Hariez pandang kawan dia. Sampai subuh aku kena stay dengan dua budak bertuah ni? Siapa tak suka? Orang belanja weh. Tapi, mama macam mana? Sebab dia duduk rumah keluarga dia, bukan penthouse nya.

            Ahh! Pedulilah apa mama nak kata. Dia punya alasan sendiri kalau mama hentam dia balik lambat.

12 Jan 2015

Pilih Aku Atau Dia [Bab 23]





Daneal hanya memandang sepi kedua-dua kereta yang baru sahaja bergerak keluar dari garaj. Bibirnya mengukir senyuman meskipun hatinya sudah tidak senang duduk. Hope, everything gonna be okay.


“Dorang semua nak pergi mana?” Suara lembut itu menyoal. Daneal menoleh. Senyumannya terukir. Biarlah sekali ni aje dia melayan perempuan seksi ni.


“Pergi majlis bertunang.” Gembira dia menjawab.


“Ohh.. kenapa you tak ikut sama?”


“I ada kerjalah sekejap lagi. Lagipun, orang bertunang aje pun. Bukannya nikah. Bosan you know.” Tangannya sudah memutar pili paip, mahu mencuci keretanya.


“Bertunang memanglah bosan. Tapi seronok bagi pasangan yang akan ditunangkan tu. Happy gegiler. At last, dapat jugak bersama.” Daneal jeling wajah Dania.


“Yeah.. betul tu. Memang seronok.” Daneal mengenyitkan matanya. Biarlah si Dania ni tak perlu tahu sebenarnya majlis itu untuk dia dan Meera. Lagi senang. Nanti huru-hara jika minah kepocik ni tahu.


Telefonnya yang duduk diam dalam kocek seluar bergegar membuatkan Daneal terus melepaskan saluran paip ditangannya. Terkejut plus geli punya pasal. Dia menyeluk dalam kocek seluar dan mengeluarkan telefon bimbitnya.


Nama Meera yang tertera buatkan dia tersenyum. Matanya melirik pada Dania yang masih lagi berdiri di tepi pagar rumahnya dan memandang gelagat Daneal. Dia tersenyum.


“Assalamualaikum sayangg..” Suaranya dilembutkan. Perkara tipikal bila bercakap dengan kekasih.


“Waalaikumussalam. Neal.. bila family awak nak sampai rumah saya?” Suara Meera yang cemas membuatkan senyuman Daneal mati.


Kening Daneal ternaik. Kenapa? Dah tak sabar nak jadi tunang aku dah ke? “Dia orang dah on the way. Kenapa?”


“Macam mana nak cakap ek. Hmm, baru sekejap ni ibu saya dapat call dari mak cik saya kat kampung. Tok Wan saya sakit!”


“Apa kit?”


“Daneal..!” Meera mengembungkan pipinya. Masa-masa macam nilah dia nak memain.


Okay sorry.. it’s okay. Kita boleh postpone kan?”


Postpone, Daneal?


“Hmm.. sampai Tok Wan awak sihat. Atau sampai awak balik sini, okay?”


“Tapi awak sure awak nak postpone, Daneal?”


“Ye lah. Habis awak nak kita bertunang dalam kereta? Macam tu?”


“Pun boleh.” Meera tergelak. Keadaan tengah duk gawat, dia masih lagi boleh tergelak.


“Orang tak pernah buatlah, Meera.”


“Orang tak buatlah kita buat.”


“Err,,” Daneal terdiam. Ye tak ye. Orang tak buatlah dia buat. Cantik!


You give me a good idealah, my dear. Thanks.


Meera mati kata. Lelaki ni sungguh nak buat ke? Jangan buat gilalah, Encik Daneal! “Daneal..”


“Hmm?”


“Saya memain ajelah.” Suara Meera cemas. Masak aku macam ni.


“Oh ye ke? Tapi kalau saya nak buat jugak, awak nak cakap apa?”


“Daneal.. jangan main-main.”


Daneal tergelak.




NIEZAM menoleh ke kiri. Memandang adiknya. Bibirnya mengukirkan senyuman pabila melihat wajah adiknya yang sudah terlena. Jelas sekali wajah itu nampak berseri-seri apabila gadis itu sudah ditunangkan tiga jam setengah yang lepas.


“Niezam.. berhenti kat kawasan rehat depan tu. Ayah laparlah.” Suara Encik Khalid membuatkan sepasang mata Niezam memandang ke cermin pandang belakang. Kepalanya dianggukkan.


Kurang satu jam yang lepas, mak ciknya di kampung menghubungi Puan Mastura mengatakan yang Tok Wannya sudah stabil. Sebab itulah dia memandu dalam kelajuan sederhana sahaja. Tidaklah seperti tadi, 150 km/j kot!


Dia menukarkan siaran radio ke radio Era FM. Dan berkumandanglah sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Nashrin.


Pijakan kaki bagai tak terasa

Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri

Denyutan jantung aku tergendala

Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

Bukan aku tak sudi bersama

Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa
Fobia cinta

Kini kau datang tawarkan segala

Bulan dan bintang seluruh angkasa
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima

Entah bila

Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta

Pap!


Lagu tu tepat mengena ke batang hidungnya. Terus terbayang wajah Sarah Asyikin. Kerana perempuan itulah dia tidak berani meletakkan harapan pada mana-mana perempuan untuk dicintai dan mencintai. Kerana perempuan itulah dia begini..


Adakah aku fobia cinta?


Berulang-ulang kali pertanyaan itu bermain-main dibenaknya. Aku fobia cinta ke? Kalau tak, kenapa aku tak boleh nak serahkan hati aku pada orang lain? Kenapa?


“Kita kat mana ni?” Suara serak itu mengejutkan Niezam. Pantas dia menggeleng. Apalah aku ni. Tengah drive pon boleh berangan bagai. Kalau accident tadi macam mana?


Dia pandang ke sebuah papan tanda besar di tepi jalan. Berdehem seketika sebelum menjawab, “Baru masuk Seremban.”


Meera meregangkan urat dilehernya. Sakitnya leher tidur tegak macam ni. Nak tilam! Nak bantal! Nak selimut!


Meera pandang luar. Patutlah sejuk semacam, hujan rupanya. Tangannya menurunkan suhu penghawa dingin. Apalah along ni. Tengah hujan macam ni pun nak guna suhu tinggi. Beku orang dalam ni kang!


“Tadi along dengar, telefon adik berbunyi. Tengoklah.. mana tahu urgent ke.” Beritahu Niezam.


Meera menurut. Dia mengambil telefonnya yang diletakkan di dashboard. Membuka kekunci skrin dan melihat ada satu mesej dari akauan WhatsAppnya. Dari Daneal.. bibirnya terus tersenyum.



Sampai mana? – Daneal

Meera pandang Niezam. “Kita kat mana ni?” Soalnya.


“Ishh.. kan dah bagitahu tadi.”


Meera tersengih. “Lupalah.”


“Seremban.” Malas dia bersuara. Susah cakap dengan orang yang simpan semua benda dalam shot-term memory ni. Bikin aku frust aje.


Pantas jemarinya menari-nari di atas skrin telefon.



Baru masuk Seremban – Meera

Ohh.. take care. Dah sampai nanti, beritahu ek.. – Daneal

Baru sahaja Meera mahu menaipkan sesuatu untuk dibalas pada Daneal, satu lagi mesej masuk. Dari Daneal lagi.



by the way, thanks and congratulations! – Daneal

Atas alasan? – Meera

..sudi jadi tunang saya. – Daneal

Meera tersenyum. Daneal tak cakap thanks pun, dia akan jawab welcome jugak!



Mentioned not! – Meera

“Dah. Jom?”


Meera terpinga-pinga apabila alongnya sudah mematikan enjin kereta. Kat mana ni? Dia pandang sekeliling. Ohh, kat kawasan rehat rupanya.


Dia menyangkut tas tangannya ke bahu kiri. Menolak pintu kereta dan terus keluar menyaingi langkah alongnya yang sedang memperbetulkan rambutnya.


“Dah handsome dah tu.” Tuturnya.


Thanks. I know it.” Kenyit mata pada adiknya. Meera tayang wajah toya.


Meera mendongakkan kepalanya. Memandang ke langit. “Kat sini tak hujan pulak ek? Tadi bukan main lebat.”


“Hmm.. Allah beri kita kesenangan supaya tak payah bersusah payah nak gunakan payung hanya semata-mata nak turun makan. Am I right?


“Yeahh.. alhamdulillah.”





MEERA mendengar keluhan Daneal disisinya. Tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Salahke apa yang dia buat sekarang ni? Dia hanya memikirkan masa depan aje. Tak lebih dari tu.


“Awak pasti apa yang awak buat ni?” Tanya Daneal. Matanya memandang ke hadapan. Ke sebuah tasik yang dihiasi bunga teratai. Cantik!


“Ye saya pasti.”


“Kalau saya tak nak ikut keputusan tu?”


Meera terdiam. Dia pandang Daneal yang juga memandangnya. Sekejap cuma mereka berpandangan sebelum Meera memandang ke tempat lain. Jangan pandang lama-lama woo..


Daneal, pleasee. I'm beging you.


Daneal mengeluh lagi. “Okay. Saya akan ikut.”


Meera pandang Daneal. Matanya bercahaya. Bibirnya mengoyak senyuman. Macam tak percaya yang Daneal sudi mengikuti keputusannya.


Thanks.


Daneal senyum. Kalau itu apa yang Meera mahu, dia akan ikut. Alah, tunggu Meera cari kerja tak lama mana pun. Lagipun kata buah hatinya itu, dia akan bekerja di syarikat yang tidak jauh dari syarikat ayahnya sendiri. Lagilah senang. Boleh mintak tolong Encik Khalid untuk Meera dapat cuti bila-bila. Income banyak hot maa..


“Tapi tak lama, kan?”


Hmm.. depends on how much duit yang saya naklah.”


Meera tersenyum. Syukur alhamdulillah.

Bahunya yang ditepuk kuat menyebabkan dia melatah. Terus Meera menekup mulutnya. Matanya membulat. Tangan kanannya terus mencubit perut Niezam yang sudah ketawa terbahak-bahak dihadapannya.

Pandangan dari orang luar disekeliling mereka membuatkan Meera sedikit menundukkan mukanya. Malu beb! Nasib baik bakal mak mertua aku tak ada kat sini. Hu hu


“Apa ni along? Terkejut Meera.” Dia memuncung.


“Adik nak tinggal kat sini ke? Ibu dengan ayah dah lama masuk kereta tahu tak?”


Dahi berkerut. “Seriously?” Dipandang kerusi di tepinya. A’ahlah. Ibu dengan ayah dah tak ada kat sebelah. Ayoyo.. apa ni. Itulah, berangan lagi!


“Hmm.. dah jomlah.”


Niezam menarik lengan adiknya. Kalau tak, memang sampai bila-bilalah mereka akan duduk kat situ. Macam tak kenal adiknya tu. Hailahh..!


11 Jan 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 14]



Damia buka mata perlahan-lahan. Silauan yang menusuk matanya buatkan dia kembali mengerdipkan mata. “Kat mana ni?” Gumamnya sendiri. Perlahan.

“Mia.. kau dah sedar?”

Suara tu.. Damia menoleh. Berharap suara tu milik Iskandar. Tapi dia silap. Bukannya Iskandar disebelahnya, tapi.. Said Adam? Dia.. Dia buat apa kat sini? Kepalanya yang tiba-tiba rasa berdenyut, dia urut perlahan.

“Kau.. Buat apa kat sini?” Damia meliar pandang sekeliling. Semuanya serba putih. Baju yang dia pakai ni, warna merah jambu. Dia kat mana ni?

“Aku.. Aku yang bawa kau datang sini. Kau.. Ada kat hospital.” Beritahu Adam. Terkejut bukan kepalang dia bila nampak Damia yang sudah rebah dengan darah yang mengalir di kakinya. Bila nampak Damia dah pengsan, terus dia cempung tubuh tu dan bawa datang hospital.

“Hospital.. Aku, kenapa?”

“Kau pengsan. Tapi aku tak tahu kau kenapa sebenarnya. Sebab doktor tak boleh beritahu aku keadaan sebenar kau sebab aku orang luar.” Cerita Adam. Frust jugaklah bila doktor cakap macam tu.

Damia pejam mata sekejap. Cuba ingat balik apa yang jadi sebelum dia pengsan. Pintu yang terbuka, buatkan Damia kembali buka mata. Masuk Iskandar dengan Arissa kat sebelahnya.

Sebal lagi hati Damia nampak Arissa yang menggedik dengan suami dia. Makin sakit hati dia sekali lagi. Bagai dicincang.

“Ah, dah bangun dah? Indah tak mimpi realiti kau?” Sinis suara Iskandar menyoal. Damia diam.

Kenapa Iskandar berubah secepat ni? Mana Iskandar yang dulu? Mana dia menghilang? Ahh! Manusia berubah seiring dengan masa. Dia selalu berdoa, yang Iskandar takkan berubah. Tapi dia silap, Iskandar berubah sembilan puluh darjah sekarang ni.

“Baguslah kau tak apa-apa.” Berbunga jap hati Damia bila dengar Iskandar cakap macam tu. Atleast dia tau, Iskandar masih ambil berat pasal dia.

“Ni..” Sehelai kertas warna putih disuakan pada Damia. Juga bersama sebatang pen warna biru.

“A.. Apa ni?”

“Tolong sign jap.”

Damia capai kertas tu. Dia baca. Sentap hati dia lepas baca. W.. What?! Poligami? Iskandar, betul nak kahwin dengan Arissa? Dan dia.. Akan dapat madu? Oh.. Ohh.. Mengalir lagi air mata dia.

“Tak boleh ke kau jangan buat dia menangis, Is?” Suara Adam bertanya.

Nampak Iskandar senyum sinis. “Tak! Sampai dia sign surat tu.” Tegas Iskandar. Matanya menikam mata Adam.

“Kalau saya tak nak sign?” Berani Damia tanya. Dia tak nak, Adam dengan Iskandar pula yang bergaduh selepas ni. Biarlah dia orang kekal berkawan sampai bila-bila.

Wajah Iskandar tukar bengis. “Berani buatlah.” Kain yang menutup kepala Damia, Iskandar genggam. Kuat. Mendesah Damia. Sakit.

“Lepaslah..” Pinta Damia lemah. Dia silap. Ingatkan bila cabar Iskandar, lelaki tu akan berubah fikiran. Tapi.. lain yang jadi. Betul telahan Damia.. Iskandar yang sekarang, bukan lagi Iskandar yang dulu.

“Dah lah, Is.”

“Kau apahal back up dia?”

“Is! Kenapa dengan kau hah sekarang ni? Kau dah lain, tau tak?” Tinggi.. Dan kedengaran marah suara Adam.

So what? Aku...” Iskandar pandang Damia. “Aku dengan Arissa dah terlanjur. Dan.. Aku akan berkahwin dengan dia.” Macam tak ada rasa bersalah langsung pada Damia, Iskandar bersuara. Seolah-olah macam, terlanjur tu perkara biasa bagi dirinya.

Zap! Sekali lagi. Berguguran air mata Damia. Menggigil badannya. Is.. Arissa.. Terlanjur? Lemah daya Damia. Dia tak kuat. Kalau dia berdiri, mungkin dia dah rebah sekarang.

Adam tak terkata. Dia pandang Iskandar tak percaya dan pandang Damia kemudiannya. Nampak Damia menunduk. Tapi dia tahu, disebalik tundukkan wanita itu, dia sedang menangis. Dia menggeleng. Iskandar yang selamani setia dan selalu jatuh cinta setiap kali berhadapan dengan Damia boleh terlanjur dengan Arissa? “Apa kurangnya Mia sampai kau dengan perempuan ni..” Geram.. Gigi diketap.. Dia tak tahu macam mana nak sudahkan ayatnya.

“Satu aje kurang perempuan sundal ni.”

Damia telan liur. Perempuan sundal, gelaran untuk aku? Damia raup wajah. Dia.. Kematian kata. Sungguh. Tergamaknya seorang lelaki bernama suami, berikan gelaran tu pada isteri dia sendiri.

“Dia tak boleh kasi aku anak! Dah lama.. Tiga tahun.. Tiga tahun aku tunggu. Tapi apa? Sampai sekarang.. Sampai sekarang dia langsung tak boleh kasi aku anak.”

Suara tu.. Melengking dipendengaran Mia. Anak? Damia tunduk. Bukankah lelaki ini sendiri yang bilang hanya mahu menunggu rezeki yang satu itu datang sendiri? Jadi sekarang.. Apa?

“Perempuan sundal! Dah lah mandul! Tak hingin aku.”

Pintu yang terbuka dari luar buatkan perbualan mereka terhenti. Doktor lelaki muda masuk bersama seorang jururawat disisinya. Damia lap air mata. Adam kembali labuh duduk. Sementara Iskandar dan Arissa tersenyum sinis.

“Siapa suami Puan Damia?” Soal Doktor Ziqri. Dipandang dua lelaki dihadapannya.

Iskandar diam. Dia lebih selesa berbual dengan Arissa. “Tu dia.. Suami Damia.” Adam terpanggil untuk bersuara.

Doktor Ziqri pandang Iskandar. Sebelum jatuh pada Damia. “Hmm, boleh saya berbual dengan mereka sekejap?” Pinta Doktor Ziqri pada Adam dan Arissa.

Adam mengangguk dan bangkit. Bersedia nak keluar dari wad ni. Tapi bila nampak Arissa masih berdiri disisi Iskandar dia berhenti langkah.

“Kau tak dengar apa yang Doktor ni cakap?” Sinis dia tanya.

Arissa muncung. “Sayangg..” Dia mengadu pada Iskandar. Iskandar senyum. “Sayangg.. Keluar sekejap, boleh?” Lembut bicara Iskandar.

Damia menangis dalam hati. Sepatutnya, Iskandar bersuara lembut dengannya seperti mana lelaki tu berbicara dengan Arissa. Tapi..

“Keadaan Puan Damia stabil.” Doktor Ziqri bersuara setelah memastikan Adam dan Arissa keluar.

“Tapi maafkan saya, saya tak dapat selamatkan bayi dalam kandungan Puan Damia. Puan Damia keguguran.”

Seolah-olah terhenti nafas Damia. Bayi.. Dia gugur? Kaku perbuatannya di atas katil. Air matanya jatuh lagi. Kali ni esakannya lebih kuat. Dia tak dapat nak bendung kesedihannya. Perutnya yang kempis, dia usap. Masih berharap, bayinya masih didalam.

Sementara Iskandar, kaku ditempatnya berdiri. Lututnya lemah. Nasib baik dia cepat berpaut pada dinding.

“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu.” Pamit Doktor Ziqri.

Iskandar berjalan perlahan ke sisi Damia. Tubuh yang menangis keesakan tu dia peluk. Tak sangka, dalam keadaan mereka yang bertegang urat sekarang ni.. Sebenarnya nak beritahu yang isterinya tak mandul..

Damia yang sedar tubuhnya dipeluk, mendongak. Dia terus menolak kuat tubuh tu. Dia benci lelaki tu. Benci! “Aku tak nak tengok muka kau. Keluar!” Jerit Damia.

Baby.. I’m sorry. Saya.. Saya percaya dengan Arissa cakap selama ni.” Arghh! Musibat betul. Kenapa aku boleh senang-senang percaya apa yang Arissa cakap?

“Keluar!”

Baby..

Damia tutup telinga. Tak sangka yang Iskandar boleh dengar cakap orang lain. Aku tak mandullah!

Damia pandang Adam yang baru masuk. “Bawa dia keluar!” Suruhnya pada Adam.

Baby..” Iskandar masih lagi dengan rayuannya.

Adam yang masih bingung.. Tak faham dengan apa yang berlaku hanya menurut. Dia capai tangan Iskandar. Bersedia nak angkut Iskandar keluar dengan mistress nya.

Baby.. jangan macam ni.”

“Keluarlah aku cakap. Keluar!”

“Dahlah, Is. You should leave now.

“Damia, isteri aku!”

“Ya! Aku tahu, Damia isteri kau. Better kau keluar dulu, tunggu sampai keadaan dia baik.” Pujuk Adam. “Api jangan balas api, Is. Nanti kau terbakar.” Pujuk Adam lagi.



Damia menangis kat situ.