Waktu petang yang hening tahun 1995.
Jam masa tu baru tunjuk pukul lima tiga puluh petang. Macam biasa, Tuan Aida akan memberi itik-itik peliharaannya makan. Itik itulah satu-satunya haiwan yang ditinggalkan suaminya sebelum beliau meninggal dunia. Jadi untuk mengubati rindu pada mendiang suaminya, dia akan berbual dengan itiknya. Tak kira jantina sebab semuanya dia sayang!
Mangkuk plastik yang berisi makanan itik dia bawa sekali bila nak keluar ikut pintu dapur. Selipar jepun yang dihadiahkan cucunya sempena hari jadinya dua bulan lepas dia sarung ke kaki. Sayang giler kau kat selipar jepun ni.
Terus ingatan terimbau pada dua bulan lepas di hari jadinya..
“Nenek!” Suara itu mematikan pergerakan Tuan Aida yang sedang membancuh air. Dia pusing ke belakang pandang cucunya yang memegang sekotak hadiah.
“Ada apa sayang?” Dia membongkokkan sedikit badannya ekoran ketinggian cucunya yang hanya di paras pinggangnya sahaja.
“Ni.. Ash hadiahkan untuk nenek. Happy birthday, grandma!” Dicium pipi berkedut itu. Kedut pun kedutlah. Aku peduli haper. Janji aku sayang nenek aku!
“Terima kasih.. nanti nenek buka ye.” Kotak hadiah itu diletakkan diatas meja makan.
“Eh nenek. Buka sekaranglah. Penat tau Ash keluar dengan ayah nak belikan hadiah ni untuk nenek.” Bibir sudah muncung.
Tuan Aida ketawa bila nampak muncung itu. Dicapai balik kotak hadiah tadi. Kerusi meja dia tarik lantas punggung dilabuhkan. Dengan basmallah, dia membuka dengan penuh berhati-hati balutan hadiah tu. Kotlah kalau ada orang sambut hari jadi, boleh pakai balik sampul ni. Hidup kena berjimat-cermat weh!
Berkerut-kerut dahi Tuan Aida bila nampak hadiah yang diberikan cucunya. Selipar jepun? Terus dia pandang si cucu.
“Cantik tak, nek?” Senyuman sudah tersimpul dibibir.
Err.. kenapalah duk kasi aku selipar jepun ni? Belilah benda lain ke. Selipar jepun dah banyak aku buat stok kat stor rumah. Dah boleh buka gerai jual selipar jepun kot. Perlahan kepalanya mengangguk. Nak ambil hati si cucu punya pasal.
“Cantik sangattt..” Dengar macam tak ikhlas. Tapi.. memang tak ikhlas pun! Alahaiii.. heavennya dapat cucu macam ni.
“Cantik kan.. jauh tau Ash dengan ayah beli selipar ni.”
“Ye? Jauh kat mana?”
“Jepun!”
Terus muka blur dia tayangkan. Ini mesti anak aku yang kasi tahu benda yang bukan-bukan ni. Tengok tanda harga kat tapak kasut ni, macam beli kat kedai Ah Seng aje. Hah iye lah.. kang dikatakan beli bukan kat Jepun kang, dimarahnya pulak si ayah sebab tak beli selipar ni dekat Jepun.
Hailah cucu aku ni.. terlebih bijak ye. Good job. Next time, do it again!
“Ops mak kau!” Latahannya mengembalikannya ke dunia asal. Inilah padahnya kalau sambil berjalan sambil itulah berangan. Kan dah tersadung akar pokok. Next time, don’t do like this again!
Nasib baiklah makanan itik ni tak tumpah. Kalau tak, dah jadi satu kerja lagi nak masuk rumah ambil makanan itik yang baru.
Pintu pagar yang menempatkan itik-itiknya dia buka. Langsung ke arah bekas makanan itik pagi tadi dia hampiri. Makanan yang lama berganti dengan yang baru. Ingat manusia aje ke yang perlukan makanan yang baru? Itik pun nak jugaklah!
Dan.. tanpa Tuan Aida sedari, ada sesuatu yang bergerak menghampirinya. Sesuatu yang amat berbahaya untuk jangka hayatnya selepas ni.
KAKINYA hanya berdiam disitu. Tak rasa nak bergerak. Hanya matanya sahaja yang memandang kaku ke arah neneknya. Sesekali matanya pandang pada haiwan yang semakin menghampiri neneknya.
Fikirannya buntu. Tubir mata sudah panas dengan cecair jernih yang mengaburi pandangannya. Dia tak tahu nak buat apa. Otaknya tak boleh nak fikir. Sementelah matanya, hanya memandang dan terus memandang.
Dia nampak, dengan perlahan-lahan tubuh neneknya semakin lama semakin rebah ke bumi. Kekuatan neneknya sifar. Dah tiada lagi. Akhirnya neneknya terus pengsan tak sedarkan diri.
“Hey.. kenapa menangis ni?” Seorang lelaki yang perasan anak lelakinya hanya mendiamkan diri pantas bertanya. Risau kalau-kalau anaknya sakit.
“Ne.. nen.. nenek!” Sambil menunjuk ke arah reban itik. Err,, itik ada reban ek? Hah okeh, abaikan.
Zulisyraff pandang ke arah tunjukkan anaknya. Membulat terus matanya bila nampak emaknya sudah rebah ke bumi bersama.. belitan ular dikakinya! Mengucap panjang dirinya.
Terus dia menyuruh anak lelakinya memanggilkan orang kampung. Dan dia.. terus melakukan sesuatu yang dirasakan wajar untuk menghalau ular sawa itu.
Sekarang.. midyear 2014..
Dia pantas menyeka air matanya yang meleleh ke pipi. Gambar yang dipegangnya diletakkan ke dada. Berharap yang dia tengah memeluk nenek kesayangannya. Pantas bibir membaca al-Fatihah. Semoga neneknya tenang di sana.
Selepas aje tragedi malang tu, doktor mengesahkan yang neneknya sudah meninggal dunia. Kesan daripada terlewat menghantarnya ke hospital. Seluruh bisa ular tedung itu sudah merebak ke dalam setiap inci bahagian tubuh nenek. Sampaikan nenek sudah tidak boleh lagi diselamatkan.
Siapa sangka.. pagi tu masa sarapan, sempat lagi dia bergurau senda dan bergelak ketawa dengan neneknya. Tup-tup petang tu, nyawa neneknya sudah melayang kepada sang Pencipta. Betullah orang kata, kematian menjemput kita memang kita tak tahu bila. Bila masa tu tiba, kita tak boleh nak lari dah.
Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara
Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan
Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Ke mana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Ke mana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara
Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan
Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Ke mana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati
Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti
Ke mana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati
“Doktor!” Suara seseorang menyedarkan Tuan Zulashraff daripada lamunannya. Pantas dia mendongak pandang pintu biliknya yang terbuka.
“Yes?”
“Ada pesakit baru.”
“Bawa pesakit tu masuk bersama tuannya.” Tersenyum manis.
Kaca mata diatas meja dia capai sebelum dia pakainya. Kot putih yang tersedia pakai kat badan dibetulkan letak duduk. Dudukannya juga dicantikkan. Senyum Ash.. senyum.. senyum..
Senyumkan sedekah. Jangan berwajah muram dihadapan pesakit.
Pintu terbuka dan masuk seorang perempuan bersama satu sangkar ditangannya. Berkerut dahi Ashraff bila dia nampak sangkar yang lain daripada yang lain. Haiwan apa ni? Tak pernah lagi aku tengok sangkar macam ni.
“Jemput duduk.” Suruh Ashraff pada perempuan tadi. Dan perempuan itu hanya menurut.
“Sakit apa ye?”
“Saya pun tak pasti sangat. Tadi lepas balik kerja saya nampak sisik dia macam tercabut sikit.” Terang perempuan tidak bernama itu.
Ashraff terfikir sejenak. Pen ditangan digosok pada dahinya. Sisik? Haiwan apa yang bersisik? Ikan? Aik.. ikan sakit pon bawa jumpa doktor ke? Mungkin perempuan ni sayang sangat kot kat ikan dia. Itu yang terus datang jumpa doktor lepas balik dari kerja.
Err.. mana aku tahu dia baru balik dari kerja? Yelah, dah terpampang dekat baju dia logo syarikat apa entah. Baru balik kerjalah tu kot.
“Boleh saya periksa dia?”
Perempuan itu tidak menjawab tapi terus menyerahkan sangkar yang dibawanya kepada doktor muda dihadapannya. Handsome giler weh. Ada iras-iras Christian Sugiono. Fulamakkk.. artis kesayangan aku tu.. fuh.. fuh.. Nak cair aku kat sini walaupun pendingin hawa dalam bilik ni tersangatlah sejuknya pun.
Tapi handsome tak handsome.. haiwan kesayangan aku harus didahulukan dulu.
Ashraff membuka pintu sangkar itu. Matanya terus membulat bila nampak haiwan di hadapannya. Terus kaku pergerakannya. Peluh dingin sudah mengalir di dahi. Wajahnya yang elok-elok putih, terus bertukar jadi merah.
Pembantunya dan perempuan tadi jadi pelik bila nampak perwatakan doktor dihadapan mereka yang berubah tiba-tiba.
“Kenapa doktor?” Tanya perempuan tu.
Ashraff pandang perempuan tu sebelum perlahan-lahan pandangannya makin kabur dan dia pun perlahan-lahan rebah ke lantai. Yang lain pula terpinga-pinga.
*****
Latisha memakirkan kereta yang dipinjam dari alongnya. Enjin kereta langsung dimatikan bila dapati yang kereta sudah masuk betul-betul ke dalam kotak parkir. Dia terus meroboskan diri keluar dari kereta. Kaki memainkan peranan melangkah masuk ke sebuah klinik.
Matanya meliar ke sekeliling klinik tu. Kosong.. pembantu yang selalu jaga kaunter juga tiada. Dalam bilik doktor barangkali.
Dia terus menuju ke sebuah pintu yang tertulis nama Tuan Zulashraff. Macam biasa, dia pasti akan mengetuk pintu sebanyak tiga kali sebelum tombol pintu dipulas dan dia masuk ke dalam.
Berkerut dahinya tatkala ini. Terkejut pun ada jugak bila nampak seorang lelaki berkot putih sudah pengsan dilantai. Sementara pembantu doktor dan seorang gadis yang dia tak kenal sedang bingung tak tahu nak buat apa. Pantas dia dekati mereka.
“What going on here?” Tanyanya lembut. Beg tangan sudah diletakkan di atas meja.
“Cik Latisha.. doktor pengsan.”
“Pengsan? But why?”
“Lepas dia tengok haiwan dalam sangkar cik ni, dia terus pengsan.”
Berkerut dahi Latisha bila dengar apa yang pembantu doktor tu beritahu. Lantas dia mendekati sangkar berwarna hijau muda. Tapi sebelum tu dia pandang perempuan yang cantik berblouse pada petang tu. “Boleh saya tengok sekejap?”
Perempuan itu hanya mengangguk. Makin dia pelik sekarang ni. Apa yang berlaku sekarang ni? Kenapa doktor ni pengsan? Dan siapa pulak perempuan ni?
“Damn it!” Suara perempuan itu mematikan persoalan yang bermain di benak Fasha Zurin. Lantas dia pandang perempuan tu. Wajah yang elok putih kini bertukar sedikit kemerahan.
Fasha nampak perempuan tu menunduk. Kedua pipi doktor tu dia pegang lembut. Ohh perempuan ni.. tak tahu hukum haram ke berpegangan dengan bukan mahram? Ni memang nak kena tarbiah dengan aku.
Tapi belum sempat pun dia nak tarbiah perempuan tu, ayat yang keluar dari mulut perempuan tu buatkan dia terdiam sekejap.
“Along.. please wake up.” Buku diatas meja dia capai sebelum mengipas alongnya. Tahulah dia sekarang kenapa alongnya pengsan kat sini. Hanya satu aje kelemahan alongnya. Dan kelemahan itu, pasti akan buatkan alongnya automatik pengsan bila melihatnya.
Lorh.. along dia rupanya. Apsal muka tak sama ni walaupun adik beradik sekalipun? Terus perasaan malu terbit dalam hati. Ni kalau perempuan ni tak panggil along dia, memang dia dah dapat malu hari ni.
Latisha pandang pembantu alongnya. “Kak Kris.. tolong Isha angkat along.”
“Pergi mana?”
“Kereta. Isha ingat nak bawa dia balik rumah aje. Hmm.. klinik ni tutup ajelah sekarang.”
“Macam mana dengan ular kesayangan saya?” Fasha terpanggil untuk bertanya. Takkan main blah macam tu aje? Kesian kot kat ular aku.
“Because of your snake, my brother fainted!” Nah! Nilah kelemahan along. Ular.. pantang sikit nampak ular, mesti pengsan. No compromi!
“So?” Fasha masih tak faham dengan apa yang berlaku sekarang ni.
“Grr..” Latisha mendengus. Bengap betul perempuan ni. Terus dia geleng kepala bila rasa macam nak sekeh kepala minah lembab ni. Beristighfar.. tak baik marah-marah, Isha. Dia pandang perempuan tu. Tersenyum.
Dia mencapai satu kad nama milik alongnya diatas meja. Lantas dihulurkan pada perempuan dihadapannya. “This is my brother name card. Hmm.. telefon dia untuk buat appointment baru. Sebab saya rasa, ular tu tak sakit tenat mana pun. Just sisik dia terkopek aje. But you do not to worry, tak effect kesihatan dan jangka hayat dia pun. Paling-paling, dia akan dijahit.” Tenang Latisha bersuara. Berguna juga ilmu yang along pernah beritahu sebelum ni meskipun dia ambil tak kisah dengan perkara tu.
Fasha pantas ambil kad nama tu. Dia pandang nama yang tertera. Dr. Tuan Zulashraff bin Haji Tuan Zulisyraff. Pangkal nama ada Tuan? Orang terengganu apa? Tapi kisah pulak aku.
***
Nota Kaki :-
Akan bersambung.. Sebab idea aku stuck sampai sini aje.. hehee..
Cerpen ni atas permintaan adik aku sebenarnya..
Lambat sikit nak siapkan sebab ianya berkait rapat dengan ULAR! Dan aku takut haiwan bernama ular tu.. hohoo..
Banyak kali aku hampir-hampir nak muntah sebab nak siapkan cerpen ni aje.. huh! Ular wehh.. aku takut, seram, fobia..
Last but not least, Happy New Year 2015
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.