Pages

Search This Blog

18 Jan 2015

Lintasan Idea #1

          Matanya hanya pandang dua manusia yang berdiri dihadapannya. Ralit sekali. Bibir sesekali mengoyak senyum.

          “Jaga diri baik-baik. Duduk sini jangan buat sombong. Pandai cari kawan.” Telinganya dengar sayup-sayup si ibu memberi sebuah pesanan pada si anak.

          “Ish, ibu ni. Orang tahulah!” Dingin dan keras sekali ayat yang keluar dari mulut si anak. Langsung tak pandang wajah ibunya yang tersenyum.

          “Nanti nak cuti, ibu datang sini ambil Amal.” Si ibu dengan senyuman bersuara lagi. Langsung tak ambil kisah dengan suara anaknya yang sudah meninggi.

          “Tak payah ambillah! Amal duduk sini aje sampai bila-bila.”

          “Takkan dah habis belajar pun masih nak duduk sini?”

          “Dah habis belajar, carilah kerja. Lepastu duduk rumah sendiri!”

          “Tak nak balik rumah ibu ke?”

          “Tak nak! Amal tak ada ibu yang suka paksa-paksa anak dia!” Beg sandang yang berisi baju di sangkut di bahu. Bersedia nak mulakan langkah.

          Nampak si ibu masih dengan senyuman. Langsung tak terkesan dihatinya akan nada tak suka anaknya. “Okaylah. Ibu nak balik dulu ni. Nanti bila-bila, ibu datang lagi.” Masih berlembut.

          “Tak payah datang pun tak apa. Amal tak ada ibu yang miskin macam nilah. Buat malu Amal aje. Dah, pergi balik sana!” Menghalau.

          Juga dengan senyuman, si ibu melangkah perlahan pergi tinggalkan anaknya.

          Si anak terus mengorak langkah, dan matanya ternampak aku yang semenjak tadi menjadi pemerhati. Si anak itu mendekati aku disini bersama senyuman.

          “Hai. Aku, Amal.” Dia, memperkenalkan diri.

          Aku senyum. “Aku Iyaz.” Diam sekejap sebelum sambung. “Siapa tadi tu? Mak kau ke?” Tanya aku pada Amal.

          Amal mati senyum sebelum perlahan-lahan angguk.

          “Bro, nak pesan sikit. Tak elok kalau kau layan mak kau macam tadi.”

          “Apa masalah kau?”

          “Tak ada apalah. Aku just menegur. Sebagai saudara sesama Islam, yang dah tiada emak, aku rasa aku patut tegur kau.” Diam. “Aku rasa kau sangat kurang ajar dengan mak kau. Kau tahu tak, aku sedih bila tengok kau layan mak kau nak tak nak macam tadi. Kalau kau tak nak mak kau, apa kata kalau kau bagi aje kat aku. Dah dua puluh tahun aku hidup tanpa seorang mak kat sisi weh. Aku nak juga merasa hidup macam kau yang ada seorang emak.”

          Amal diam. Tak tahu nak cakap apa.

          “Kau tahu tak, mak kau sanggup tahan malu bila nak lahirkan kau depan doktor. Tapi sekarang, kau buat mak kau terpaksa tanggung malu sekali lagi sebab kau dah hina dia depan orang ramai tadi.”
Amal masih lagi diam.

          “Kalau kau tak keberatan, kalau kau dah benci mak kau, apa kata kau bagi aje mak kau pada aku. Aku janji, aku akan jaga mak kau macam aku jaga mak aku sendiri. Tapi aku nak bagi amaran, bila kau dah bagi mak kau pada aku, jangan sesekali kau munculkan diri kau depan mak aku lagi. Dan sepanjang mak kau dah jadi mak aku, aku akan pastikan yang mak aku akan lupa siapa kau dalam diri dia.” Sinis senyuman Iyaz.

          Amal jatuh terduduk disitu. Air mata mengalir dipipi. Menyesali apa yang dah dia buat pada ibunya tadi.



P/s : Idea yang datang tiba-tiba bila dengar lagu tadi.. hohoo


2 comments:

  1. Uhuckss..tersedak ikan masin kak oii..hahaha best la akak!! Sye ske 2x..hahaha btw akk yg enovel ee bencinye tuh best lorhhhh..npe smpae bb18 jew..sye suke hafiez,hamqa n qash..ak smbg la nnti.. ble rse nk smbg taw..sye akn tggu ..bye kak assalam.. chaiyokk!! Hahaha

    Asha

    ReplyDelete
  2. @Ashaz: yeayy ade orang suke dgan idea spontan kita.. hehee.. ehem ehem.. err, enovel ehh bencinya tu? tu lah, me pon tak tahu nape smpai bab 18 je.. muehee ta delah..actually full manuskrip tu ade kat laptop lama, tapi belum smpat nak simpan masuk pendrive, laptop tu dah rosak lak tetibe.. burn gitu ajelah manuskrip tu.. sian weh.. seminggu gak lah berendam air mata.. bhahaa..

    and now, kena buat manuskrip baru and jalan cerita barulah kot.. adeh huhuu.. and tak tahu bila nak buatnya,, sekian wassalam.. hehee

    ReplyDelete

Pendapat anda sangat saya hargai