Pages

Search This Blog

5 Jan 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 13]



Damia menangis. Menangis untuk yang ke, entahlah. Dah banyak kali air matanya mengalir sebab Iskandar. Baru aje air mata dia kering sebulan yang lepas, sekarang kena mengalir lagi. Apa salah dia? Dia cuma mempertahankan hak dia aje. Dia hanya nak suami dia dengan dia, bukannya terpaksa tadah mata bila nampak suami dia berasmaradana dengan perempuan lain!

Dia toleh ke sisi. Tidak jauh dari tempatnya berdiri, wajah sayu along dan Kak Hajar menyapa pandangannya. Dari mata mereka berdua, hanya terlakar supaya Damia bawa banyak bersabar. Rumah tangga mana yang tak goyah?

Damia hanya pandang langkah Iskandar menuju kearahnya. Bibir lelaki tu tersenyum sinis. Nak beritahu yang Damia sekarang ni, loser!

“Hai baby sayang. Boboy ada bawa someone special just for you. Hope you like it.” Suara manja Iskandar terluah. Bersama senyuman manisnya. Tapi Damia tahu, senyuman tu.. bukan senyuman manis yang ikhlas. Tapi senyuman sinis yang penuh keikhlasan.

“Sayang.. masuklah. Baby I dah tak sabar nak jumpa you.” Iskandar panggil seseorang supaya masuk.

Damia pandang satu langkah. Tidak jauh dari tempat dia dan Iskandar berdiri sekarang ni. Berkerut-kerut dahi Damia bila nampak perempuan yang berjalan sambil tersenyum tu.

Arissa! Ye, Arissa. Budak mass comm. Dengarnya, dia dah lama minat dekat Iskandar. Tapi Iskandar selalu buat tak tahu. Tapi kenapa sekarang, Iskandar dengan dia? Mana janji Iskandar pada Damia sebelum ni?

“Boboy.. boboy janji dengan baby kan yang boboy takkan pilih orang lain?” Damia nak mengalirkan air mata. Tapi dia tahan. Dia tak nak nampak lemah depan Iskandar walaupun hatinya cakap sebaliknya.

“Janji? Hey, perempuan! Bila aku ada janji dengan kau? Kita.. ada buat black and white ke perjanjian tu?” Panggilan Iskandar dah bertukar.  Buatkan air mata Damia meluncur laju.

“Sayangg..” Manja Arissa panggil Iskandar. Lelaki tu menoleh seraya tersenyum pada Arissa.

“Oh ye perempuan. Kenalkan, ni Arissa. Madu tualang kau lepas ni. Cantikkan dia..” Rambut Arissa yang mengerbang, Iskandar selitkan di belakang telinga.

Damia terpempan. Madu aku? Is.. Iskandar nak kahwin lain? No! “No! Saya tak izinkan.” Tinggi suara Damia naik.

Iskandar gelak. “Kisah pulak aku kau izinkan ke tak. Yang nak kahwinnya aku, bukannnya kau bodoh!” Kepala Damia dia tunjal kuat. Puas hati dia sekarang ni.

Damia tak banyak fikir terus melutut dihadapan Iskandar. Kaki kanan Iskandar dia paut. Air mata yang laju mengalir dia biarkan. “Tolonglah, Is. Apa salah saya?”

“Banyak salah kau, Mia.”

Iskandar berjeda sekejap. “Kau nak tahu kenapa aku simpan berita pernikahan kita dari semua orang?” Iskandar terpanggil nak beritahu hal sebenar.

“Sebab apa?” Polos Damia bertanya. Tak fikir apa-apa lagi dah.

“Sebab aku malu nak mengaku kau isteri aku. Nak tahu sebab apa? Sebab kau memang tak layak untuk aku!” Macam petir ayat tu meluncur laju dipendengaran Damia. Sungguh, hatinya berkecai. Berkecai hempas ke batu.

Hati isteri mana yang tak sakit bila dengar sendiri pengakuan dari suami dia yang sah?

Iskandar tolak tubuh Damia. Dia kembali dapatkan Arissa yang sudah tersenyum menggoda pandangnya. “Jom sayang. Panaslah duduk kat sini.” Cermin mata hitam dia pakai kembali. Tangan Arissa dia capai.. Dan bersedia buka langkah.

“Is..” Damia bangkit. Lengan Iskandar dia capai. Apa yang jadi, jadilah. Dia hanya nak suami dia sekarang ni. Tak fikir dah benda lain.

“Pergi sanalah perempuan!” Tubuh Damia dia tolak kuat. Damia jatuh dan tubuhnya menghentak kerusi kayu kuat. Matanya hanya pandang kepergian Iskandar dan Arissa yang menjauh, sebelum dia mengaduh tiba-tiba. Perut dia sakit!

“Mia..” Suara seseorang. Kedengaran. Mata Damia perlahan-lahan terpejam.


“Mia kenapa ni?” Damia rasa tubuhnya dipangku seseorang. Dan.. Dia tak ingat apa-apa.

'The smallest act of kindness is worth more than the grandest intentions' -Oscar Wilde


No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai