Pages

Search This Blog

24 Apr 2015

Klon (Episod 4)

Pintu yang ditendang dari dalam buatkan Adam Lee tertanya-tanya. Sudah beberapa hari ni dia dengar bunyi pintu ditendang dari rumah kosong itu. Tapi pantas dia mengusir jauh perasaannya itu. Mungkin dia berfantasi sekarang ni.

            Tapi bila adiknya juga turut mendengar benda yang sama, dia dah mula rasa tak sedap hati. Seolah-olah macam ada sesuatu yang menariknya supaya menjengah ke rumah kosong itu.

            “Ikut aku.” Arahnya pada si adik.

            “Nak pergi mana?” Tanya adik perempuannya. Gadis itu nampak kedua abangnya sudah memegang kayu panjang. Untuk apa, dia tak tahu.

            “Rumah sebelah,”

            Suzanne Lee terkejut. Rumah sebelah? Rumah kosong tu? “Buat apa?” Tanyanya lagi. Untuk apa mereka ke sana? Ada sesuatukah? Dia pandang abang keduanya, Farid Lee bila abang sulungnya tidak menjawab pertanyaannya. Tapi gelengan dari Farid Lee buatkan dia mengeluh. Ada apa sebenarnya?

            “Kalau dalam masa setengah jam kitorang tak keluar dari rumah tu, telefon polis!” Arah Adam Lee tegas. Dia pandang adiknya, mengangguk sebelum bergerak.


*****

Pintu bilik yang sudah pudar warnanya itu dipulas tombol pintunya. Tapi berkunci. Diketuk pula daun pintu tu. “Hello? Ada orang tak?”

            Tiada jawapan.

            “Hello?” Pintu itu diketuk lagi.

            “I’m here. Help me.” Suara lemah menyapa pendengaran dua lelaki itu.

            Adam pandang adiknya, Farid. “Kita pecahkan pintu ni.” Ujarnya. Farid angguk. Dalam kiraan tiga, mereka menendang pintu kayu itu. Dan dengan sekelip mata, pintu itu terbuka hasil tendangan mereka. Berlari mereka masuki bilik itu. Nun dihujung bilik, ada seseorang. Perempuan. Terbaring lemah dihujung sana. Tangan dan kakinya terikat.

            “Help me.” Perempuan itu bersuara lagi. Lemah. Sebelum perlahan-lahan matanya terpejam. Gelap.


            “Call ambulance!” Suruh Adam pada Farid.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai