"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Thursday, April 02, 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 27]

ISKANDAR menyinga. Damia dah gelak. Bila nampak jelingan suami dia, Damia berhenti gelak. Itulah laki aku ni.. Dari dulu lagi aku dah beritahu.. Jangan kalut sangat bila dapat sesuatu keputusan yang memeranjatkan anak tekak. Sekarang, terimalah padahnya.

            “Aku baru aje nak beritahu keadaan Adam, tapi kau dah potong cakap aku. Lepastu kau main letak aje panggilan.” Terang Fairuz. Dia pun ikut sama gelakkan Iskandar.

            “Ish.. Kalau aku tahu kau just patah kaki, tak adanya aku rush sampai sini weh.” Bengang Iskandar jadinya. Baik aku ikut aje keluarga Damia nak pergi kubur. Boleh jugak dapat tahu, arwah siapa yang mereka maksudkan.

            “Sayang jugak kau kat aku ek, Is.” Adam dah tersengih-sengih atas katil dia.

            Tadi masa dah sampai sini.. Nasib tak pengsan aje Iskandar. Punyalah dia tertanya-tanya dalam kereta, macam mana keadaan Adam.. Dia okay ke tak. Sampaikan Damia kekadang malas nak layan. Tapi at the end, rasa macam nak cekik aje si Said Adam ni.

            Boleh pula masa sampai tadi, dia elok main telefon atas katil. Siap berduet lagi dengan Fairuz nyanyi lagu Jerat percintaan nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza tu. Aishh.. Ni bukan je rasa bengang, dah sampai tahap bangang dah kot.

            “Macam mana boleh accident ni, bro?” Iskandar duduk di katil Adam. Kaki kanan Adam yang berbalut tu dia sentuh lembut. Macam nak ketuk pun ada kaki ni. Degil betul main bawa tuan dia pergi entah mana-mana tempat.

            “Langgar lari, bro. Elok-elok aku nak keluar dari traffic light tu, ada kereta main keluar. Terus aku jatuh tergolek-golek. Bila aku buka mata, tengok kereta yang langgar tu dah hilang entah mana.” Terang Adam. Bab ni dia memang tak pernah bergurau.

            “Tak buat police report ke?” Soal Damia. Teruk jugak ni kalau dah masuk bab langgar lari. Nasib baiklah kaki aje yang patah. Tapi tak patut jugak dibiarkan orang yang langgar tu lepas tangan. Kot ye pun tak nak bayar kos perubatan, datang menjenguk si Adam ni pun jadilah weh.

            “It’s okay. Aku okay aku dah besar. Aku maafkan orang yang langgar aku tu.” Selamba, Adam bersuara. Tak fikir baik buruk dulu dah. Adam ni memanglah..

            “Adam.. Adam.. Kau ni boleh buat aku matilah dengan perangai kau macam ni.” Tanpa perasaan, Iskandar ketuk kaki kanan Adam. Biar dia rasa.

            “Woi sakitlah!” Nak tendang aje Iskandar ni Adam rasa sekarang ni. “Ehh tapi okaylah kalau kau mati. Atlast, boleh jugak aku buat Mia jadi isteri aku.” Adam kenyit mata kat Damia.

            Damia ketawa. Lepastu dia pandang Iskandar sekejap. Nak tahu apa reaksi lelaki tu. Bila nampak pandangan tajam menikam Iskandar tepat pada mata dia, Damia buat peace.

            Iskandar ketap gigi. “Nak kena maki apa kau ni.” Tangan dia dah naikkan, bersedia nak pukul kaki Adam buat kali kedua. Tapi nasib baiklah si Adam ni pantas tahan.

            “Relakslah.. Aku gurau aje. Tu pun nak marah. Jangan marah-marah sangat, nanti Mia lari.” Sengih lagi.

            “Ehh buat apa pulak aku nak lari, paling-paling aku jalan aje.” Damia sibuk nak menambah.

            Iskandar pandang isteri dia. Menggeleng sekejap sebelum buka mulut, “ni sejak bila buka pakatan kenakan aku?”

            “Ohh Mia.. Patutnya aku yang dapatkan kau weh, kita sweet berdua.” Adam letakkan tangannya di dada. Konon menghayati ayat yang dia ucapkan.

            “Sekali lagi kau buka mulut pasal Mia.. I’ll kill you for sure.” Iskandar bulatkan mata dia. Adam ni.. Kenapalah selalu buat hati aku tak tenteram? Dah lah pasal arwah yang Mia sayang tu, belum terjawab lagi segala pertanyaan aku. Yang Adam ni, boleh pulak buat statement yang macam ni.

            “Okay, okay. Aku diam.” Adam zip mulut dia. Sambil-sambil jeling Damia yang duduk di kerusi yang disediakan di sisi katilnya.
           

            Dua-dua terdiam.

*****
Damia hanya mengikut arah yang ditarik kawan-kawannya. Pelik juga dia bila baru aje keluar dari perpustakaan dah dorang ni main tarik-tarik tangan dia. Tapi disebabkan Damia ni baik hati, dengan senang hati dia mengikut. Malas dah nak melawan bagai. Bukan dia tak tahu perangai kawan-kawan dia ni. Pantang dia melawan, mesti melawan balik.

            “Ish korang ni.. Tadi aku tak nampak pun korang kat library, sekarang bila dah nampak batang hidung main tarik aku pergi mana entah. Nak pergi mana ni?” Damia dah buka profesion membebel dia.

            “Alah adalah.. Aku dengar Arissa dah tahu siapa girlfriend Is.” Ayat tuu.. Buat langkah Damia mati.

            Arissa dah tahu? Ah, mestilah dia tahu sebab dah sah-sah dia yang ada masa Arissa tahu tu. Tetiba teringat balik pada pertemuan tanpa sengaja mereka minggu lepas. “Jadi.. Korang nak  pergi jumpa Arissalah?”

            Jue, June dan Zulaikha angguk. “Dah tu buat apa angkut aku sekali pergi sana?” Tanya Damia. Dia tak minatlah dengan benda-benda macam ni. Baik belajar, boleh jadi pandai. Dari tahu benda yang tak berfaedah yang tak boleh bawa kejayaan dalam hidup ni. Grr..

            “Saje.. Kau pun mesti nak tau jugak en?”

            “Banyak lah.. Aku tak minatlah bebenda macam ni.”

            “Sekarang kau memang tak minat. Aku janji lepas ni kau mesti akan minat. Dan masa tu, kau akan ucapkan terima kasih pada kita orang.”

            Damia buat muka toya. Dia orang ke aku yang akan ucap terima kasih tu nanti lepas dah tahu? Hmm.. Patutlah pagi tadi masa baru aje sampai universiti ni, ramai dah perempuan-perempuan keliling tempat parkir kereta yang selalu Iskandar parkirkan kereta dia. Rupanya.. Arissa dah jual cerita ni pada semua orang. Dan.. Mestilah atas keizinan Mikhail Iskandar kan?

            “Eh kau orang.. Stop jap.” Damia dah berkira-kira dalam hati nak buka mulut. Dah tiba masanya kot. Dari budak bertiga tu tahu dari Arissa, baiklah dia tuan punya badan sendiri yang buka mulut.

            Jue, June dengan Zulaikha berhenti dan pandang Damia. Kening masing-masing dah ternaik. Ala-ala Ziana Zain kata ko!

            Damia gigit bibir bawah. “Hmm.. Kalau aku cakap aku dah tahu siapa girlfriend Is, macam mana? Kamu bertiga percaya tak?”

            Memasing dah membulatkan mata. Macam tak percaya kalau Damia yang kurang ambil tahu dengan hal-hal budak popular universiti ni boleh tahu. Tapi logik juga kalau Damia tahu. Sebab Damia kan boleh dikatakan rapat dengan Arissa.

            “Serius ke weh? Siapa? Kau kenal perempuan tu?” Soal June bertubi-tubi. Macam dah tak sabar nak tahu siapa yang dah bertakhta dihati Mikhail Iskandar.

            Damia geleng kepala tengok perangai kawan-kawan dia. Kan seronok kalau belajar tu matlamat utama kau orang. Sejuk sikit perut mak korang yang mengandung. Tapi.. Huh. Tetengah belajar pun sempat lagi nak ambil tahu urusan orang lain.

            Hailah.. Kenapalah tak dari dulu lagi aku nasihatkan si Is tu? Biar jadi hodoh sikit masa nak belajar ni. Hodoh pun tak apalah. Asalkan jangan buat status Damia sebagai isteri dia tergugat. Tak sukalah macam ni.

            “Siapa, Mia? Beritahulah cepat, weh.” Jue dah goncang tangan Damia. Sungguh, tak sabar nak tahu dah.

            “Hmm.. Aku,,”

            “Hey guys..” Belum sempat Damia nak habiskan ayat dia, datang orang lain menyibuk. Inilah padahnya kalau nak kasitahu orang sesuatu tu lambat sangat. Kan dah jadi satu hal kalau benda ni akan tahu dari orang lain. Damia ketuk kepalanya sendiri. Mengenangkan kebodohan sendiri.

            “Hai Mia.. Lama tak jumpa kau. Last masa tengah beli barang dengan Is, kan?” Damia sengih bila tiga kawannya dah pandang lain macam. Dah boleh nampak dah hati dia orang bergerak-gerak duk sebut nama dia dengan Iskandar.

            “Hmm.. Lama jugak tak jumpa kau.” Damia pandang Arissa dihadapannya. Dia dengan Arissa baru sahaja berkawan. Nak kata rapat tu, tak adalah sangat bila ingat yang Arissa yang muncul dalam mimpinya dan merampas Iskandar dari dia. Huh, tak boleh bayangkan kalau benda tu betul.

            “Erm nak tanya ni.. Kau dengan Is, ada masalah ke? Sebab minggu lepas, masa dia lawan bola sepak tu, kau tak datang pun tengok dia main. Selalunya, ada aje muka kau orang kat sana. Any problem?” Damia hanya pandang wajah Arissa yang tengah berceloteh dihadapannya. Dalam hati dah sumpah-seranah si Arissa ni. Ada ke patut, tak pandang kiri kanan dulu nak menghebohkan. Ehh, kau tau tak yang aku ni masih lagi tak beritahu kawan-kawan aku pasal hubungan aku dengan Is? Alahaiiii..

            “Ehh stop.. Stopp!” Zulaikha yang tak tahan tadah telinga dengar ayat Arissa macam bullet train terus hentikan perbualan dua perempuan ni.

            Damia dan Arissa menoleh pandang Zulaikha. “Apa kau cakap tadi? Is dengan Mia?” Zulaikha pandang Arissa sebelum pandang Damia.

            Arissa pandang Damia lama.. Sebelum jatuh pada Zulaikha. Dan dia mengangguk saat tu juga. “Kenapa? Mia..” Pandang Damia. Lepastu mata Arissa membulat tiba-tiba. “Ops! Aku tersalah cakap ke? Mia.. Kau tak beritahu kawan-kawan kau lagi ke?” Nada Arissa saat tu, terkejut.

            Damia tayang sengih. Memang sekarang ni, kerja dia hanya tayang sengih aje ke? Tak boleh gelak ke? Tapi dia dah macam boleh bayangkan apa yang akan jadi kalau dia gelak. Tak leher, mungkin tangan dia yang patah. Paling sadis pun, dia koma sehari!

            Tapi Damia tahu, kawan-kawan dia semuanya baik-baik belaka. Mungkin hanya kena maki seround lepastu terus kawan balik.

            “Mia! Mind to explain?” Bergabung terus tiga suara ni menjerit panggil Damia. Damia gosok telinganya yang berdesing.

            “Mia, I’m so sorry. Aku.. Aku tak tahu.” Suara Arissa pula memecah keheningan petang yang tegang ni. Sempat dia pegang lembut bahu Damia. Tanda minta maaf.

            “Sokay.. Aku baru aje nak beritahu dia orang, tapi kau datang mencelah. Tak apalah, aku boleh handle kot.” Damia tayang senyum pada Arissa. Tengok dari muka dia dah tahu yang Arissa rasa bersalah sesangat.

            “Hmm.. Got to go.” Arissa minta diri. Dia pun tak nak dah masuk campur dalam hal yang dia sendiri yang timbulkan. Huh, teruk betullah kau, Arissa Sofea.

            Sekarang.. Tinggallah Damia and the gang. Damia pandang seorang demi seorang. Apa yang aku nak terangkan ni? Dia mula fikirkan ayat mana yang sesuai untuk terangkan pada sahabat tiga orang ni.

            “Kau nak beritahu hari ni ke tahun depan?” Perli Jue. Masing-masing dah menyinga.

            “Relaks. Tarik nafas.. Hembus.. Tarik nafas..”

            “Dah Mia.. Beritahulah. Sejak bila yang kau dengan Is boleh couple?” Potong June.

            Damia kerut dahi. Eh, bila masanya pulak yang dia dengan Is couple? Couple dalam Islam tak eloklah. Boleh membawa ke zina. Dan disebabkan dia orang tak nak mendekati zina, makanya yang dia orang terus bernikah tu. Selamat sikit. Zina dijauhi, pahala dihampiri. Barulah hidup diberkati.

            “Hmm..”

            “Mia..” Damia ketap gigi. Ni siapa pulak lah yang datang potong ayat dia lagi? Memang nak kena cepuk ni. Dah lah jawapan yang tadi dia belum kasi lagi. Takkan yang sekarang pun kena macam tu jugak?

            Bila tengok kawan-kawan dia dah pandang orang yang panggil Damia tadi tak berkelip, Damia toleh. Terhenti terus nadi dia.. Okaylah, bukan nadi. Terhenti terus pergerakan dia. Lorh.. Patutlah tengok tak berkelip. Orang yang jadi topik utama perbualan dah munculkan diri rupanya.

            “Sorry.. Mengacau ke?” Lembut nada suara itu menyoal.

            “Ohh taklah..” June yang menjawab sebab yang lain masih lagi terpegun. Damia yang pandang pun bolehlah terpegun sikit. Terpegun sebab, Iskandar sangat kacak hari ni. Damia yang datang dengan Iskandar hari ni pun tak perasan akan kekacakan suami dia.

            Iskandar angguk. Rasa seram sejuk juga bila kawan-kawan isteri dia pandang dia macam nak telan macam tu. Terus meremang bulu roma dia. “Hmm.. Nak culik Mia boleh tak?” Tanyanya terus pada tujuan dia datang sini cari Damia.

            “Ehh boleh boleh.. Tapi boleh aku tanya satu soalan?” Soal Zulaikha. Damia yang dengar dah boleh dapat agak apa yang bakal si Zulaikha ni tanyakan pada Iskandar.

            “Bila korang start couple? Tak pernah tahu pun.” Zulaikha dan silang tangan ke dada.

            Iskandar toleh pada Damia. Dia jongket keningnya. Menghantar pertanyaan, ‘dorang ni masih tak tahu lagi ke?’ Bila tengok sengihan yang terpancar ikhlas dari bibir isteri dia, Iskandar dah tahu apa jawapan isterinya.

            “Bila kita orang start couple tu, rasanya tak payah tahulah kot. Asalkan kau orang dah tahu kan yang aku dengan kawan kau orang ni dah mula berkasih sayang.” Iskandar sudahkan ayatnya dengan sebuah seyuman dibibir.

            “Patutlah tak minat. Dah tahu siapa rupanya.. Bertuah kau, Mia. Tak beritahu kita orang pun kan.” Ayat tu.. Ni lepas ni kalau dia orang berjumpa lagi, mesti Damia kena cekik.

            “So, dah bolehkan aku culik sayang aku?”


            Tangan Damia terus dia tarik ikut langkahnya.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.