Pages

Search This Blog

2 Apr 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 28]

Pagi tu lepas bermalas-malasan dengan Iskandar atas katil, Damia turun ke bawah nak siapkan sarapan untuk mereka. Hari ni, untung betul jadual kelas mereka berdua. Masing-masing hanya ada satu kelas aje, lepastu boleh terus balik rumah tidur.

            Damia jerang air panas atas dapur. Lepastu dia keluarkan cornflakes dari dalam kabinet. Pagi-pagi ni, dia malas betul nak goreng mi. Jadi, makan makanan yang tak berat macam cornflakes ajelah. Asalkan boleh alas perut.

            “Hai baby sayang..” Tu dia.. Kalau pagi-pagi dengar suara girang menyapa macam tu, memang salahkan Iskandar ajelah. Sebab memang dia aje pun yang selalu buat macam tu.

            Iskandar berjalan terus dan berhenti disisi isterinya. Pipi itu dia cium sebelum peluk tubuh genit isterinya. Dagunya disangkut pada bahu Damia. Rambut Damia yang panjang mengurai tidak diikat tu dia belai sebelum dicium. Hmm.. wangii..

            “Buat apa ni, sayang?” Leher jinjang Damia, dia cium.

            Damia pejam mata tahan geli. Alahai laki aku ni, udah dibilangin jangan dicium leher aku. Aku ni dah lah tak tahan geli kat leher.

            “Boboy.. Give me some space, pleasee..” Ni peluk aku memang tak bagi aku bergerak terus apa? Nak gerakkan tangan pun susah ni. Peluk aku macam nak mati weh.

            Iskandar senyum. Dia rungkaikan sedikit pelukannya.  Sambil tu tangan dia capai cornflakes atas meja dan masukkan dalam mulut. Lama jugak dia tak menjamah cornflakes ni. Dia capai lagi dan masukkan dalam mulut. Tak henti-henti sampailah tangan Damia dah tampar tangannya yang baru nak capai cornflakes tu lagi. Sudahnya, Iskandar tayang sengih dan sambung cium leher isteri dia. Memang tempat tu ajelah yang dia aim kalau nak buat love bites kat Damia.

            “Boboy.. Tolong tutup api dapur tu.” Pinta Damia. Kalau Iskandar bergerak tutup api dapur, bolehlah dia lepaskan diri sekejap. Rimaslah dia peluk aku. Tak boleh bernafas woo..

            Iskandar akur. Baru aje selangkah dia bergerak, Damia dah bergerak ke tempat lain. Dia buka pintu peti sejuk dan keluarkan susu pekat manis. Tin susu tu dia letak atas meja sebelum pergi ke kabinet dapur nak ambil susu tepung.

            “Boboy.. Tolong ambilkan tiga sudu.” Pinta Damia. Dah alang-alang Iskandar ada kat sana.

            Sekali lagi Iskandar akur. Lepas dah ambil tu, dia letak dalam cawan kosong yang Damia letak atas meja tadi. Dia hanya pandang pergerakan tangan isterinya yang lincah buat kerja. Terpegun sekejap.

            Apa yang aku nak balas atas penat lelah dia jaga aku sebagai suami dia? Apa aku nak balas atas pengorbanan dia jaga makan pakai aku? Apa yang aku dah buat atas segala susah payah dia selama ni?

            Tiga soalan tu tiba-tiba berlegar-legar dalam minda Iskandar. Entah mengapa.. Tapi otak dia dah mula bergerak dengan setiap pertanyaan tu. Dan.. Iskandar tersenyum dihujung bibirnya. Dia macam dah boleh tahu apa yang akan dia lakukan untuk semua tu.

            “Mana sudunya?” Tanya Damia sekaligus sentakkan lamunan Iskandar. Iskandar yang tersedar terus serahkan sudu dalam cawan pada isteri dia.

            Tangan Damia lincah letakkan satu sudu teh susu pekat manis pada dua cawan di atas meja. Kemudian, satu sudu teh susu tepung dimasukkan juga dalam cawan sebelum tuang air panas didalamnya. Cawan tu dia kacau sehingga campuran susu pekat manis dan susu tepung sebati. Iskandar pantas capai satu cawan lagi dan dikacau sama seperti yang isterinya lakukan.

            Segenggam cornflakes Damia ambil dan taburkan dalam kedua-dua cawan tu. Lepastu dia suakan satu cawan pada Iskandar dan satu lagi cawan, dia yang ambil.

            “Siap!” Damia ambil tempat duduk. Dia senyum pandang suami dia. “Sorry.. Sarapan yang simple macam ni aje baby boleh hidangkan. Malaslah nak makan mi goreng dengan nasi goreng hari-hari.” Damia tunduk cium tangan suami dia.

            Iskandar senyum. Tangan Damia dia genggam. “It’s okaylah. Sarapan macam ni pun boboy dah bersyukur asalkan, ada baby yang temankan boboy sarapan.” Dia kenyit mata pada Damia.

            Damia senyum. Terharu dengar pengakuan suami dia macam tu. Nak berair dah air mata dia bila dengar pengakuan tulus macam tu.


            “Dah.. Jom makan. Kang lambat pulak sampai U.” Iskandar tayang senyuman kacak dia.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai