"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Thursday, April 02, 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 29]

Satu kelas tersenyum bila dengar pensyarah sebut, “kelas tamat!” Masing-masing berkemas untuk balik. Untung betullah kelas ni hari ni. Hanya ada satu kelas aje. Tak payah berleter penat sangat petang nanti.

            June, Damia dengan Zulaikha hantar senyuman pada Jue yang menunggu mereka di pondok hadapan kelas mereka. Susah betullah kalau lain-lain kursus ni. Nak jumpa selalu pun kena tengok jadual. Tapi nasib baiklah Jue ni faham andai mereka tak dapat berkumpul sama-sama.

            “Mia..” June panggilnya. Damia senyum sebelum kembali sambung sedut air kotak nescafe yang dibelinya di kafe tadi. Dua jam yang lepas beli air kotak tu, sekarang baru nak habiskan.

            “Aku tak sangkalah kau, Mia.”

            Lorh.. Damia pandang June. Tak habis lagi ke isu ni? Kan dah lama berlalu. Kaki Adam yang patah pun dah sembuh balik dah. Dah boleh main bola dah Said Adam tu. Dah boleh usyar aku balik dah! Eh!

            “Tak sangka apa lagi, June? Benda dah settle kan? Kita pun tak nak bincang pasal ni lagi, kan?” Zulaikha sokong Damia.

            “Ha betul tu. Biarlah Damia bahagia dengan Is tu.” Jue juga menambah.

            Damia pandang June. Apa yang buatkan June tak puas hati? Tak fahamlah. “June.. Kalau kau nak aku putus dengan Is, kau cakap. Aku boleh buat, ASAP!” Walaupun aku tahu, benda yang aku cakap ni takkan mungkin terjadi sampai Iskandar lepaskan lafaz talak padanya.

            “Ehh aku tak cakap pasal ni pun lah. Korang yang salah faham ni.” June bersuara. Kawan aku ni faham apa? Lain yang aku cakap, lain pula feedback yang dia terima.

            Keempat-empat perempuan tu terhenti langkah. Damia, Zulaikha dengan Jue pandang June. Masing-masing dah kerutkan dahi. “Ehh cop! Kau cakap fasal apa ni?” Tanya Zulaikha.

            “Aku cakap, tak sangka Mia boleh jadi pelajar contoh dalam course kita. Cemburu aku weh. Aku belajar siang malam tapi tak ada pun dapat pelajar contoh.” Terang June nak pulihkan balik salah faham kawan-kawannya.

            Yang lain dah angguk. Ohh pasal ni rupanya. Damia kembali senyum. Tu lah, tak sangka sungguh. Dia yang belajar ikut mood ni pun boleh jadi pelajar contoh jurusannya. Damia bukannya setiap hari belajar. Setiap hari melayan perangai nakal Iskandar tu adalah. Bila ada assigment aje yang dia belajar. Tapi masih tak faham, kenapa yang dia dipilih.

            Hmm.. Rezeki masing-masing, kan?

            “Aku rasalah, kau kot yang dapat Anugerah Dekan nanti.” Tambah Zulaikha. Dia pegang bahu Damia. Kalau Damia dapat Anugerah Dekan tu, dia tumpang gembira sekali. Siapa ajelah yang tak gembira kalau kawan dia dapat anugerah, kan?

            “Memandai ajelah korang ni. Tapi kalau aku yang dapat, fuh! Aku terus suruh ibu aku kahwinkan aku kot!” Damia gelak. Hahaa.. Masa bila tu nak kahwinkan dia?

            June, Jue dengan Zulaikha turut sama gelak. Bersahaja nada suara Damia yang buatkan mereka serentak meledakkan tawa. “Cantik juga tu. Aku jadi pengapit!” Zulaikha dah sukarela nak jadi pengapit Damia. Memang dari dulu dia berazam, nak jadi pengapit bagi kawan-kawan dia.

            “Aku jadi mak andam, boleh Mia?” Tanya June. Turut sama gelak lagi. Tapi dia masih tak boleh bayangkan macam mana dia jadi mak andam Mia. Mesti buruk punya wajah Damia akibat solekan dia. Dia dengan solekan mana pernah jadi kawan baik.

            “Alahh.. Aku jadi photographerlah nampaknya.” Jue dah muncung. Photographer? Pegang kamera betul pun tak lagi.

            “It’s okay, Jue. Kalau kau tak nak jadi photographer, tukang cuci pinggan mangkuk belakang rumah kosong lagi.” Seloroh Damia bersama gelaknya. Menggeleng kepala dia dengar lawak yang tak mungkin akan jadi. Aku nak bersanding? Aha, memang tak lah. Bersandinglah yang paling dia nak elakkan. Buang duit ajelah.

            Tapi.. Kalau ibu dah suruh dia bersanding nanti.. Siapa dia nak melawan cakap ibu, kan? Nak-nak lagi kalau Iskandar pun setuju sama dengan cadangan ibu.

            “Hmm Mia.. Kau lepas ni ada nak pergi mana-mana, tak?” Soal Zulaikha sebaik sahaja isu kahwin ni siap dibincangkan.

            “Aku ingat nak balik rumah teruslah. Nak bantai tidur balik.” Damia gelak. “Kenapa? Kau ada nak ajak aku pergi mana-mana ke?”

            “A’ah.. Aku ingat nak ajak kau teman aku pergi beli barang sikit. Kau ajelah harapan yang aku ada sekarang ni. Sebab minah dua orang belakang kita ni, semuanya nak keluar dengan pakwe memasing.” Zulaikha dah muncung.

            “Ehh, apsal tak ajak pakwe kau aje temankan kau?” Tanya Damia balik. Bukan ke Zulaikha ni tak boleh beregang langsung dengan Aidil tu?  Kalau ada anugerah pasangan paling romatik, nak aje Damia bagi kat Zulaikha dengan Aidil.

            “Dia ada hallah petang nanti. Kalau tak memang aku dah seret dia ikut sekali dah.” Balas Zulaikha. Yang lain angguk. Ohh, ada hal rupanya. Hal apa? Mesyuarat pasal MPP ke weh? Tapi kenapa Zulaikha tak ikut sama? Ahh.. Hal lain lah tu kot.

            “Boleh tak ni?” Tanya Zulaikha lagi.

            Damia menimbang tara sekejap. Dia dah janji dengan Iskandar. Takkan nak mungkiri kan? Munafik namanya tu. Tapi, sanggup ke dia nak biarkan Zulaikha beli barang seorang diri? Dan.. Dalam masa yang sama, dia pun ada juga nak beli sesuatu.

            “Kau nak bawa Is sama, aku tak kesah.” Zulaikha bersuara lagi.

            June dan Jue yang dengar dah mengerdipkan mata beberapa kali. Akhirnya mereka tersenyum. “Ehh kalau ada Is ikut sama, aku ikut juga lah.” Sengih hujung ayat.

            Zulaikha dengan Damia dah pandang June lain macam. Kecil aje mata Damia pandang perempuan ni. Laki aku kau nak usyar ek? Banyak cantik..

            “Tadi beria cakap tak boleh.” Sindir Zulaikha. Tadi.. Si June ni jugaklah yang beria-aia cakap yang dia tak boleh nak teman Zulaikha. Sekarang, apa citer ni?

            “Itu tadi.. Ehh bukan senang okeh dapat keluar dengan Is.” Tambah June. Dia tayang peace pada Damia. “Relaks, Mia. Aku tak usik pun Is kau. Aku just nak berkenalan aje dengan dia.”

            Damia jungkit kening. Ini June yang dia kenal ke? Apsal lain sangat perangai June ni? Dulu.. Dia tak macam ni pun. Ni mesti sebab dah berkawan dengan Arissa kan? Aishh.. Pengaruh rakan sebaya betullah.


            “Ehh korang..” Jue yang diam dari tadi bersuara. “Tengok tu.” Sambil tunjuk ke hadapan mereka. Tiga pandangan serentak toleh hadapan. Mulut yang tadinya berbual dah berhenti dah. Kurang dari seratus meter dihadapan mereka, berkumpul orang ramai kat situ.

            “Jom tengok, jom.” Zulaikha tarik tangan Damia.

            Damia mengeluh. Dia tak sukalah tempat crowded macam tu. “Tak naklah aku. Baik aku balik aje.” Dah bersedia buka langkah nak beredar dari situ. Tapi cepat-cepat Zulaikha tarik tangan Damia dan seretnya ke kumpulan manusia yang berkumpul kat situ.

            “Ada apa ni?” Tanya June pada seorang lelaki yang berada dalam kumpulan besar tu.

            Lelaki tu pusing dan geleng kepala. “Tak tahulah. Dengarnya ada orang nak buat freeshow.” Lepastu lelaki tu terus masuk balik dalam kumpulan tu.

            Zulaikha pegang kuat tangan Damia, biar kawan dia yang seorang ni tak lari. Ada aje lah Mia ni. Asal tak suka tu, mesti cepat-cepat nak gerak dari situ. Mereka masuk dalam kumpulan tu. Tak sampai tiga puluh saat bertolak-tolakan, mereka dah ada kat barisan paling hadapan.

            Bila tengok kat tengah-tengah kumpulan tu, mereka kerut dahi. Ada apa ni sebenarnya? Kosong aje. Tak ada orang buat freeshow pon. Damia dah garu pipi. Dia bisik pada Zulaikha yang dia nak balik dah. Tak suka dengan keadaan yang perlu berhimpit-himpit macam ni.

            Tapi apa yang diterima dari Zulaikha cukup menghampakannya. Zulaikha bukan aje tak kasi tapi dia siap suruh June yang ada kat sebelah Damia pegang tangan Damia sama-sama. Akhirnya, Damia redha aje.

            Dah lima minit duk terperuk kat situ, mereka bertiga dah buat keputusan nak balik aje. Dan keputusan tu sangat melegakan Damia. Macam nak aje dia sujud syukur kat sini. Alhamdulillah..

            Tapi sekali lagi Damia hampa. Sebab apa.. Sebab seseorang keluar dari celah-celah orang ramai bersama gitar ditangannya dan berdiri di hadapan kelompok tu. Damia geleng kepala lagi. Dia pandang pada seorang lelaki yang pegang gitar. Lelaki tu pakai hoodie menutupi kepalanya buatkan Damia tak boleh nampak wajahnya.

            Hailah.. Macam nak sumpah seranah aje lelaki tu. Tahu tak pasal kau, aku terbabit sama ke sini? Tahu tak yang aku tak suka tempat yang sesak macam ni? Dan kau tahu tak, yang kau dah buat aku tak suka kau?

            Gitar dipetik. Damia nampak, lelaki tu tenang memetik gitarnya. Dan disisi lelaki tu berdiri seorang lelaki. Adam! Damia kerut dahi. Apa Adam buat kat sini? Dan bila nampak Adam kenyit mata pada Damia, Damia dah rasa lain macam.

            Dia pandang lelaki berhoodie tu. Bila dia pandang jari lelaki tu yang lincah petik gitar, jantungnya tersentap. Kat jari manis lelaki tu, ada cincin. Cincin sama yang Damia sarungkan pada Iskandar masa hari akad nikah dia orang.

            Takkanlah...

            Nak pitam Damia bila apa yang dia teka betul-betul berlaku sekarang ni. Lelaki berhoodie tu buka hoodie di kepalanya dan menunjukkan wajahnya. Buatkan yang lain bersorak. Damia gigit bibir bawahnya.

“Sukarnya 'tuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyuman mu menggoda

Kehangatan terasa di jiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar ku percaya
Ooh.. Oh.. Oh

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Sukarnya untukku ucapkan
Ku takut akan kehilangan mu
Akan ku buat segalanya
Untukmu kekasihku

Cuma satu yang belum terluah
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat ku menjawabnya
Ooh.. Oh.. Oh

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu..”

            Damia pekup mulut dia. Perasaan dia sekarang ni? Terharu gegiler weh. Tak tahu nak cakap ape dah. Perasan juga dia jelingan June, Jue dengan Zulaikha pada dia tadi, tapi Damia buat tak perasan. Hati dah berbunga-bunga, mana nak pandang keliling dah!
            Iskandar tatap anak mata isterinya dari jauh. Sambil dia petik gitar, sambil tu dia usyar isteri dia. Dia hadiahkan senyuman. Kacak. Buatkan yang lain pandang dah tersengih-sengih. Hari ni.. Peristiwa yang sedang berlaku ni memang dia sendiri yang rancang.
            Ingat kan pagi tadi masa Damia buatkan sarapan untuk dia? Dia ada tertanya-tanya apa balasan yang dah dia buat untuk balas apa yang Damia dah buat untuk jaga dia? Ha.. Inilah balasannya.
            Mungkin tak seberapa, tapi sekurang-kurangnya dia ada sesuatu yang boleh dihadiahkan pada Damia supaya isterinya akan kenang peristiwa manis ni sampai bila-bila.

“Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya

Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar ku luahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu

Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu

Kan ku ucap jua padamu..”

            Bersama gitar di tangan, Iskandar berjalan mendekati Damia. Yang lain yang mana masih belum tahu hubungan Iskandar dengan Damia dah pandang pelik. Iskandar hulurkan tangannya pada Damia. Damia dah kerut dahi dan tertanya-tanya, apa yang Iskandar tengah buat sekarang ni. Dia pandang anak mata suaminya dan dari situ dia dapat jawapannya. Jawapan yang berbunyi, “kalau tak nak kena cium depan semua orang kat sini, better sambut huluran tangan boboy ni.”

            Damia lepaskan pegangan tangan kawan-kawannya. Dengan teragak-agak dia sambut huluran tangan dari Iskandar. Dia nampak juga pandangan Zulaikha dah lain macam. Tapi, sorry to saylah kawan, aku dengan Is dah kahwinlah.

            Iskandar bawa Damia ke bahagian tengah kelompok tu. Dia tersenyum pada semua orang sebelum tunduk mencium tangan Damia. Lama kucupannya sebelum dia bangkit berdiri tegak.

            “Assalamualaikum..” Iskandar buka mulut. Sekarang ni, dia dah bersedia nak beritahu semua orang pasal hubungan dia dengan Damia yang sebenar-benarnya.

            “First of all.. Korang mesti pelikkan bila dengat cerita yang aku nak buat freeshow kat sini?” Iskandar sengih. Dia memang suka bahasakan diri dia ‘aku-kau’ dari guna ‘saya-awak’. Tapi, tu semua bergantung pada keadaanlah juga. Takkan nak cakap dengan pensyarah guna ‘aku-kau’ kan? Tak logik! Mama dengan ayah dia ajar berbudi bahasalah.

            “Actually, ni bukan straight pada freeshow. Tapi, aku panggil korang semua datang sini sebab aku.. Aku nak buat announce sikit.” Dia tayang senyum. “Tapi aku nak pesan sikit. Lepas aku dah kasitau something ni, korang jangan terkejut pulak.” Iskandar pandang Adam. Bila nampak Adam buat thumbs-up, Iskandar angguk. Cantik ahh.. Dia ada backup. Thanks, Adam.

            “Aku rasa sesetengah dari korang semua mesti dah tahukan, kekecohan yang berlaku sebelum ni. Pasal hubungan aku dengan Mia.” Iskandar berhenti dan pandang Damia yang berdiri di sisinya. “Sekarang ni, aku nak kasitahu benda yang sebenar-benarnya berlaku.”

            “Kenapa? You dengan Damia tak bercinta?” Iskandar senyum aje lepas dengar pertanyaan macam tu. Dah bukan main dia tunduk cium Damia tadi bukan namanya tak bercinta ke tu? Kelakarlah..

            “Nilah aku nak kasitau benda sebenar. Cuba bawa bersabar sikit.” Iskandar dah memuncung. Yang lain tergelak termasuk Damia.

            Damia mendongak pandang Iskandar. “Sabar.. Sabar.. Jangan memarah, nanti cepat tua.” Bisik Damia. Dia senyum sekejap sebelum kembali pandang depan.

            “Hmm.. Sabar manusia ada hadlah, sayang.”

            “Ehh,, tapi boboy sure ke dengan apa yang boboy tengah buat ni?” Damia tanya soalan. Sebab dia memang tak sangka yang Iskandar akan beritahu semua orang dengan suasana yang macam ni. Unpredictable.

            “Yang mana satu?” Iskandar toleh pandang Damia. “Yang menyanyi tadi ke.. Atau yang ni? Atau yang.. Pagi tadi?” Iskandar sengih nakal.

            Damia julingkan mata pandang atas. Tak kuasa. Dah mulalah tu. Jangan dia tuntut balik nanti dah lah. Memang melepaslah dia nak teman Zulaikha beli barang petang nanti.

            “Ohh ye.. Yang pasal pagi tadi tu.. Balik nanti boboy tuntut ek. Janji ditepati tau.” Iskandar kenyit mata.

            Damia rasa nak pitam. Aku baru aje cakap tadi. Dalam hati. Dah dia keluarkan statement macam tu balik? Arghhhh... “Ehh bukan ke malam tadi kita dah..”

            Tak sempat lagi Damia sudahkan ayat dia, Iskandar dah menyampuk, “Tak pernah jemu kalau dengan sayang. Setiap hari nak buat pun boboy boleh je, asalkan dengan baby kesayangan boboy ni.” Senyuman nakal dia.. Erghh.. Buat Damia rasa nak.. Nak.. Hailah.. Susah betul nak explain.

            “Dah dah lah tu pengantin lama oi. Nanti balik rumah sambung ek. Sekarang, teruskan sandiwara cinta kau orang berdua ni.” Laung Adam.

            Iskandar berdehem. Dia genggam tangan Damia. “Kecohlah kau, Dam.” Adam sengih. Aku dah tolong sedarkan lamunan dia orang, dia boleh cop aku pengecoh? Tak guna betullah kawan aku seorang ni.

            “Ginilah, aku tak nak cakap banyak aku just nak hebohkan yang hubungan aku dengan Mia tak macam yang korang faham.”

            “Maksudnya?” Suara Zulaikha dengar. Damia toleh pandang Zulaikha. Tersenyum dia bila nampak wajah berkerut tiga-tiga kawannya.

            “Aku dengan Is dah kahwin. Dah nak dekat dua tahun dah.” Damia buka suara. Sebab macam yang dia cakap sebelum ni, dia nak kawan-kawannya tahu hubungan dia dengan Iskandar dari mulutnya sendiri.

            “Hah?!” Semuanya melopong. Suasana sunyi sepi. Macam ada malaikat lalu. Damia, Iskandar dan Adam senyum. Macam yang dia orang agak. Terkejut tak?

            “Abang long.. Kau tak beritahu aku pun pasal ni.” Arissa bersuara bersama wajah terkejutnya. Adam tayang sengih pandang adik kembarnya. “Aku kena sogok dengan Is lah. Dia cakap, kalau aku sorokkan benda ni, dia nak bawa aku melancong satu Eropah.” Merapu Adam.

            Iskandar kecilkan mata pandang Adam. “Kau ni memang makan selipar jepun betullah sekejap lagi.”

            “Mia.. Kau..” June mati ayat. Dia menggeleng. Banyak betul benda yang Damia rahsiakan darinya. Sampai hati kau, Mia.

            “Jadi, tolong kosongkan jadual korang lepas aje kita semua grad nanti. Nanti aku hantar kad kahwin.” Iskandar gelak. Pernyataan tu buatkan Damia pandang suami dia. Iskandar yang perasan dirinya dipandang menoleh. Terus keningnya dijungkitkan.

            “Are you sure about this? Kita tak bincang apa-apa pun lagi kan pasal ni?”

            Iskandar hanya senyum sebelum peluk bahu isterinya. “Okaylah korang. Aku.. ehh silap. Kami berdua nak balik dulu. Have a nice day.” Dia pimpin tangan Damia sebelum melangkah. Tapi dia berhenti langkah dan menoleh. “Kepada sesiapa yang ada niat nak rampas Mia ni dari aku.. Terutamanya Said Adam, langkahlah mayat aku dulu. Assalamualaikum.” Sempat Iskandar bagi pesanan penaja pada semua lelaki kat situ, terutamanya Said Adam.


No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.