"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Tuesday, April 07, 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 30]

Petang tu Iskandar bawa Damia pulang rumah keluarganya. Kepulangan mereka disambut baik Encik Malik dan Puan Iqmah. Tersenyum keduanya bila nampak Damia bersama Iskandar. Baik Damia mahupun Iskandar tunduk mencium tangan mereka.

            Kedatangan Damia dan Iskandar ke sini bersebab. Kalau bukan kerana sebab, tak mungkin mereka akan menjengah ke sini. Sebabnya, kedatangan mak su Iskandar dari utara tanah air. Dengarnya, datang sini sebab nak melawat sanak-saudara yang jauh di mata. Rindu..

            “Ish kamu ni, Is. Cubalah bawa Mia selalu datang sini. Boleh mama lepaskan rindu.” Bahu Iskandar Puan Iqmah tampar lembut.

            Iskandar sengih. “Bukan tak nak bawa ma. Takut nanti sekali dengan Mia mama bawa masuk tidur. Dah tu, kesian Is kena tidur sensorang.” Belakang kepalanya digosok. Dia pandang garaj kereta. Ada lima kereta yang terpakir kat situ. Mak Su bawa berapa kereta ni?

            Dia pandang satu-satu kereta yang bukan flat negeri ni.. Salah satu kereta tu macam dia kenal. Lepastu dia pandang Puan Iqmah. “Kak Najwa pun ada sekali ke, ma?”

            Puan Iqmah pandang anak terunanya yang dah tak teruna lagi dah! “Ha lah.. Takkanlah dia nak tinggal seorang diri kat sana.” Puan Iqmah pegang tangan menantunya. Rindu betul dia dengan menantunya yang seorang ni. Maklumlah, dia ada seorang aje menantu. Nak tunggu Mazni kahwin, memang lambatlah jawabnya. “Ehh jom masuk. Mak Su dah lama tunggu korang.”

            Puan Iqmah berjalan masuk. Baru aje Iskandar nak melangkah ikut mama dia, Damia menghalang. Dia toleh pandang isterinya. “Kenapa?”

            “Siapa Kak Najwa?” Soal Damia. Sebab sepanjang dia bernikah dengan Iskandar, dia tak pernah nampak lagi pun perempuan bernama Najwa tu.

            Iskandar senyum sebelum peluk bahu isterinya. “Kakak sedara boboylah. Anak Mak Su. Masa kita nikah hari tu, dia tak ada. Dia ada hal kat Amerika.”

            Damia angguk. Ohh.. Kakak saudara Iskandar rupanya. Ingatkan siapalah tadi. Mesti perempuan tu rapat dengan Iskandar kan sampai-sampai Iskandar boleh cam dia ada atau tak melalui kereta aje. Hmm..

            Tetiba hati Damia dah rasa tak tenteram bila kakinya melangkah masuk. Tapi dia cekalkan diri. Halau jauh-jauh perasaan tak tenteram tu. Relaks Mia.. Everything gonna be okay. All is well.

            “Assalamualaikum.” Iskandar beri salam bila masuk ruang tamu. Bergema ruang tamu tu jawab salam. Dah kalau bergema macam tu, tahu-tahulah berapa ramai orang yang ada erk.

            Iskandar bawa isterinya bersalaman dengan semua orang kat situ. Ops.. Yang mana mahram Damia ajelah weh. Lepas salam semua tu, mereka berdiri tidak jauh dari ruang tamu tu. Sesak sangat ruang tamu tu sampaikan budak-budak semua kena duduk kat ruang tamu kedua.

            “Mia.. Is.. Pergi naik atas rehat dulu. Kamu berdua kan baru balik dari uni. Nanti turun balik.” Arahan dari Encik Malik mereka turuti. Baru aje nak panjat anak tangga, dengar satu suara menjerit kecil dari belakang panggil nama Is. Damia dan Iskandar berhenti dan menoleh.

            “Ehh, Kak Najwa. Long time no see.” Mesra dan ceria Iskandar sapa perempuan tu.

            “Mananya nak see selalu kalau orang tu makin sibuk sekarang.” Perli perempuan bernama Najwa tu. Damia yang pandang hanya diam diri. Macam yang dia teka tadi, dia orang memang rapat. Tengoklah dalam ramai-ramai anak Mak Su, perempuan ni aje yang nak buat sesi sapa-menyapa dengan Iskandar.

            “Kak.. Meet my beloved wife, Damia Aleesya.” Iskandar peluk bahu Damia. Damia senyum pandang perempuan tu. Dan senyumannya tiba-tiba mati bila matanya bertentangan dengan perempuan yang Iskandar panggil Kak Najwa ni. Perempuan tu juga mati senyum bila pandang Damia.

            “Baby.. Ni Kak..”

            “Imtiyaz Najwa..” Sebaris nama tu terluah di bibir Damia. Tangannya tiba-tiba menggigil bila nama tu disebut. Nama yang terpahat terus dalam hatinya sampai bila-bila. Perempuan ni..

            Iskandar kerut dahi. Tak habis lagi dia kenalkan Kak Najwa pada Damia, Damia dah tahu nama Kak Najwa? Siap nama penuh lagi tu. “Korang kenal ke?” Tanya Iskandar.

            Damia telan liur. Rasa berpasir liur yang ditelannya. Dia pandang Iskandar. Dari matanya, macam nak beritahu pada Iskandar yang dia kenal sangat-sangat dengan perempuan ni. Perempuan ni.. Dah hancurkan hidup seseorang. Terus kenangan lama bermain dalam fikirannya.

            “Huh.. Tak.. Tak kenal.” Dalih Damia. Tergagap-gagap dia nak beritahu Iskandar yang dia tak kenal perempuan dihadapannya ni. Biarlah hanya dia dengan perempuan ni aje yang tahu benda yang pernah berlaku antara mereka.

            “Then, how do you know her name?

            “Boboy.. Najwa ni kan model terkenal tu. Siapa ajelah yang tak kenal. Muka dia.. Bersepah-sepah dalam majalah.” Ayat bersepah-sepah tu Damia tekankan. Nak hantar makna sesuatu dibalik ayat bersepah-sepah tu. Makna yang hanya Damia dan perempuan nama Najwa ni aje yang faham.

            Lambat-lambat Iskandar angguk sebelum gosok belakang lehernya. “A’ahlah.. Lupa pula yang Kak Najwa ni model.” Sengih.

            Imtiyaz Najwa.. Siapa ajelah yang kat Malaysia ni tak kenal dia. Model antarabangsa. Dengarnya sampai Amerika dah dia ni bawa nama Malaysia. Damia angguk sekejap. Patutlah masa dia dengan Iskandar menikah dulu Najwa ni tak ada. Amerika dah dia jajah. Hmm.. No wonderlah. That whylah because. Eh!

            “Hai kak. Panggil Mia ajelah. Ringkas sikit kan?” Damia hulur salam pada Najwa. Teragak-agak Najwa sambut hulurannya. Dan Najwa memperkenalkan diri. Damia goncang tangan tu tiga kali.

            “Hmm sokaylah. Kita orang naik dulu. Nanti malam kita sambung chit-chat lagi eh.” Iskandar minta diri. Badan pun dah melekit. Rasa nak berendam dalam tub mandi ajelah nanti.

            “Ohh okay..” Terus hilang entah ke mana, nada suaranya yang ceria menyapa tadi. Air liur ditelan pahit.

            Iskandar melangkah. Damia pandang Najwa sebelum bisik sesuatu. Dan dia ikut Iskandar panjat anak tangga.


            “Nice to meet you again.

1 comment:

Buah fikiran anda amatlah di hargai.