Pages

Search This Blog

11 Apr 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 31]

Sementara Iskandar tengah mandi, Damia melayan perasaan atas katil. Dia duduk sambil peluk lutut. Wajahnya disembamkan. Panas kelopak matanya. Air matanya nak mengalir. Tapi dia takut tengah syok-syok menangis, Iskandar tiba-tiba keluar dari bilik air pula. Dah jadi satu hal pula nak beritahu pasai apa dia menangis pepetang ni.

            Damia genggam penumbuk. Tak sangka, perempuan tu hidup lagi. Tak sangka yang dia akan berjumpa dengan perempuan tu lagi. Kenapa? Kenapa dia mesti menghadap muka perempuan tu? Tak cukup lagi ke apa yang perempuan tu dah buat sebelum ni?

            Tanpa disangka, tanpa sempat dia tahan air mata Damia gugur jua. Setitis jadi banyak. Dia lepaskan kesedihannya. “Maafkan Mia sebab mungkiri janji. Mia tak sanggup nak tahan air mata bila nampak perempuan tu.” Ucap Damia sebak. Janjinya dengan arwah, dia terpaksa mungkiri untuk hari ni. Maafkan Mia.

            Damia buka galeri telefonnya. Satu folder yang dah lama dia tak buka dia buka kembali. Dalam banyak-banyak gambar yang ada dalam folder tu, gambar Damia bersama seorang lelaki berlatarbelakangkan satu pantai di waktu senja dia buka. Jarinya usap wajah gambar lelaki tu. Seorang lelaki yang sangat dia rindui saban hari. Lelaki yang sentiasa melindunginya.

            Dulu.. Kalau Along usik dia, lelaki itulah yang akan usik Along balik. Kalau ada kawan-kawan tipu dia, lelaki tu jugaklah yang akan kasi pelajaran pada kawan-kawan dia. Lelaki tu sentiasa ada masa dia susah dan senang.

            Walaupun lelaki tu kadang-kadang panas baran, hanya Damia aje yang boleh hilangkan sifat panas barannya. Lelaki tu tak pernah hampakan dia. Lelaki tu penyayang. Lelaki tu faham perasaan Damia. Sebab tulah Damia sayang lelaki tu sangat-sangat. Melebihi sayangnya pada Along.

            Tapi disebabkan perempuan tu, Damia kehilangan lelaki tu. Disebabkan perempuan tu, lelaki tu pergi buat selama-lamanya. Sebab perempuan tu, lelaki tu takkan berada disisi Damia lagi.

            Air mata mengalir lagi. Dengan tangan yang menggigil, Damia rapatkan telefon tu pada bibirnya. Dan dia cium gambar lelaki dalam gambar tu.

            “I miss you so much..” Bisik Damia.

            “Baby.. Now your turn.” Iskandar keluar dari bilik air. Rambutnya yang basah dia gosok pakai tuala mandinya. Dia melangkah ke almari. Nak capai baju. Sejuk pula lepas mandi badan terus kena aircond.

            Iskandar tak jadi capai baju bila dia dengar bunyi esakan dari atas katil. Bila dia menoleh, dia nampak Damia tengah mengalirkan air matanya disitu. Dahinya berkerut. Langkahnya pantas meluru ke arah katil. Dia duduk disisi Damia. Bahu isterinya dipegang.

            “Hey.. Kenapa ni?” Takut-takut Iskandar mendekat. Pelik dia jadinya. Tadi sebelum dia masuk bilik air nak mandi, Damia okay aje. Siap boleh tergelak lagi dengan dia masa dia acah-acah ajak mandi sama. Tapi kenapa sekarang isteri dia menangis?

            “Sayang.. Kenapa nangis ni?” Tanya Iskandar kali kedua. Sungguh, dia risau sangat. Manalah tahu jadi apa-apa pada isteri dia. Takut dalam risau dia sekarang ni.

            Damia tak bersuara bila kesedihan melanda dirinya. Dia tak dapat kawal emosi. Dia tak boleh nak sesuaikan diri dia bila dapat tahu perempuan tu rapat dengan Iskandar. Dan dia sungguh tak menyangka yang perempuan tu adalah kakak saudara Iskandar!

            “Jangan menangis macam ni, sayangg..” Pujuk Iskandar. Dia tarik Damia dalam pelukannya. Belakang tubuh Damia dia usap lembut. Ubun-ubun Damia juga dia cium. Salah satu cara nak redakan kesedihan isterinya.

            Dan Iskandar bersyukur gila bila tangisan Damia semakin lama semakin perlahan dan berhenti. Wajah Damia dia dongakkan supaya dapat bertentang mata dengannya. Air mata Damia dia seka lembut.

            “Kenapa ni?” Lembut Iskandar bertanya. Dia tak pernah lagi berkasar dengan isterinya. Buat masa nilah. Lepas-lepas ni, tak tahu lagi. Tapi dia berharap sangat yang dia takkan berkasar dengan isteri dia sehingga hujung waktu mereka bersama.

            Damia menggeleng. Perlu ke dia beritahu pada Iskandar? Ah! Belum masanya lagi dia beritahu. Kalau dia beritahu pun, belum tentu Iskandar nak percaya. Baik diam aje sampai satu keadaan yang membolehkan dia beritahu laki dia.

            Damia bangkit. Iskandar pantas capai tangan tu sekaligus matikan langkah isteri dia. Mata mereka bertentang. “Please..” Rayu Iskandar. Selagi dia tak tahu sebab dan musabab isterinya menangis macam ni, selagi tu dia akan terus tertanya-tanya. Susahkan jadi manusia yang keinginan dia kuat macam Iskandar ni?


            Damia senyum. Dia menggeleng sekali lagi. “Tak ada apa. Betul!” Damia lepaskan pegangan tangan Iskandar pada tangannya. Dia hadiahkan senyuman sebelum capai tuala dan baju salinnya sebelum masuk bilik air.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai