Lepas solat
Maghrib, Damia melangkah ke dapur sementara Iskandar melayan anak saudaranya di
ruang tamu ke dua. Iskandar memang suka budak-budak. Dan perwatakan Iskandar
yang sememangnya menyukai budak-budak buatkan Damia rasa sesuatu dalam hatinya.
Dia mengeluh sekejap. Pertanyaan tu bermain-main dalam fikirannya sekali lagi.
Ya Allah.. Bantu aku lupakan
pertanyaan tu untuk kali ni. Aku mohon.
“Mia.. Tolong mama cincang daging
ni.” Puan Iqmah gamit menantunya yang sedari tadi termenung di pintu dapur dan
memandang gelagat Iskandar melayan anak saudaranya. Dia faham perasaan Damia sekarang
ni. Lebih dari faham. Sebab dia pernah juga alami benda yang sama macam yang
Damia rasakan.
Bahu menantunya di peluk. Dia
hadiahkan senyuman. “Sabar ye, sayang. Rezeki Allah tu sentiasa ada untuk
kita.” Bisik Puan Iqmah.
Damia mengangguk. Mujurlah mak
mertuanya faham apa yang dia rasai. Damia sangat tak sangka bila mama mertuanya
cerita yang mama juga senasib dengannya. Hampir enam tahun perkahwinan, mama
dengan ayah masih belum dikurniai anak. Kucing yang mereka bela pun dah beranak
banyak kali!
Tapi alhamdulillah.. Di usia ke
tujuh perkahwinan mama dengan ayah, mereka dikurniai anak. Dan anak tu adalah
Mikhail Iskandar, suami dia. Tiga tahun selepasnya, barulah Mazni dilahirkan.
Dan setahun selepasnya, mama disahkan tidak boleh mengandung lagi disebabkan
penyakit yang menular di rahimnya. Dan rahim mama terpaksa dibuang untuk
mengelakkan sebarang komplikasi.
Nampak aje raut mama yang tenang,
tapi disebalik raut yang tenang tu tersimpan sejuta perasaan sedih. Disebalik
ketenangan mama, mama menyimpan memori duka yang takkan ada satu orang pun bisa
faham tanpa berada di tempat mama sendiri.
Tapi tertanya-tanya juga Mia..
Takkan nak kena tunggu sampai tujuh tahun perkahwinan baru mereka ada anak?
Selama itukah mereka perlu menunggu?
“Sabar ye sayang.. Takdir Allah tu
indah.” Puan Iqmah gosok lembut belakang tubuh menantunya. “Allah nak bagi kamu
berdua masa untuk honeymoon panjang
lagilah tu.” Damia angguk. Dia senyum. Pisau pemotong daging atas meja dia
capai dan terus melakukan apa yang disuruh mama mertuanya.
“Mak Ngah.. Najwa boleh tolong apa?”
Najwa datang bersama baju tidurnya. Rambut yang diikat satu menampakkan
lehernya yang jinjang. Kulitnya yang putih melepak dan juga wajahnya tanpa
mekap tu menampakkan kecantikan aslinya.
“Hmm.. Tolong buat air.” Suruh Puan
Iqmah. Najwa angguk. Dia melangkah ke kabinet. Jag besar dia ambil. Tapi..
“Najwa nak kena buat air apa ni, Mak Ngah?”
Puan Iqmah pandang Najwa sebelum dia
pandang adiknya yang tengah goreng ikan. “Nak buat air apa ni, Irsa?” Tanya
Puan Iqmah. Takkan tengah ramai orang ni nak hidang air masak aje?
“Suka hati akaklah.” Sambung
aktivitinya menggoreng ikan. Dia tak kisah sangat nak minum air apa pun. Dia
minum aje.
Puan Iqmah pandang menantunya. “Mia?
Ada nak buat air apa?”
Damia yang gigih cincang daging
terhenti dan pandang mama mertuanya. Hmm.. Dia pandang Najwa pula yang tengah
menunggu. Tak ada hati pula nak pandang lama-lama, dia kembali pandang mama
mertuanya. “Ribena susulah, ma. Lama tak minum.” Beritahu Damia bersama
senyumannya.
“Ohh okaylah tu. Lama juga mama tak
minum.” Puan Iqmah pandang anak saudaranya. “Wawa buat air ribena susu ajelah.
Tahu buat, kan?”
Najwa angguk. Alah.. Letak ribena
lepastu letak susu. Dah siap! “Nak kena letak air batu tak?” Tanya Najwa lagi.
“Hmm..” Malas aje Damia menjawab.
“Dah siap!” Puan Irsa tersenyum
girang. Tak sangka boleh siap memasak secepat ni. Mungkin sebab ada yang
menolong kot.
Damia dah pelik. Dah siap? Habistu
yang dia tengah cincang daging ni untuk apa? Untuk stok minggu depan ke cane?
“Mak Ngah.. Air batu tak adalah.”
Tutur Najwa selepas dia tutup pintu peti sejuk. Dari tingkat atas peti sejuk
dia cari, tetap tak jumpa juga air batu.
“Hmm.. memandangkan kita dah siap
memasak. Biar Mak Ngah dengan mak kamu ajelah yang pergi kedai beli air batu.”
Damia mendongak. Mama dengan Mak Su
nak pergi beli air batu? Habistu tinggal dia dengan Kak Najwa aje kat sini? Ohh
giler.
“Mia.. Mama dah toskan spagethi ni.
Nanti Mia tolong masakkan sos spagethi ek. Masukkan daging cincang tu sekali.
Nanti, Najwa tolong Mia sekali yerp. Mama pergi dulu.”
Dan tinggallah Damia.. Dengan Najwa.
Ruang dapur sunyi. Tak semeriah di
ruang tamu sana. Dari dapur ni aje dah boleh dengar gelak mereka. Tak masuk
lagi dengan suara budak-budak yang menjerit meriuhkan suasana. Ahh.. Inilah
suasananya bila berkumpul ramai-ramai.
“Mia belajar lagi ke?” Suara Imtiyaz
Najwa kedengaran sumbang di telinga Damia.
“Hmm..” Damia bangkit. Periuk kecil
dia panaskan. Dia melangkah ke kabinet dan ambil tiga tin sos spagethi. Sos tu
dia masukkan dalam periuk tadi. Satu cawan air masak dia masukkan kemudiannya
dalam periuk.
“Mia.. Sama umur dengan Is ke?”
Tanya Najwa lagi.
“Hmm..” Sudu dia ambil dan tangannya
ligat mengacau sos dalam periuk.
“I’m
so sorry..”
“Untuk?” Tanpa menoleh, Damia
bersuara.
“I'm
sorry for what I have done before.” Ujarnya. Jag yang berisi air ribena
susu dia letak atas meja. Kemudian Najwa jalan mendekati Damia. Dia sanggup
melutut asalkan Damia yang sudah menjadi adik saudaranya sudi memaafkannya.
Damia senyum sinis. “Mia akan
maafkan akak, kalau akak boleh hidupkan..”
“Mia..”
Ayat Damia mati kat situ. Dia
menoleh pandang Iskandar yang baru masuk ke dapur. Sempat Iskandar sapa Najwa
sebelum dia pandang isterinya. “Jom solat Isyak.” Ajak Iskandar.
Damia senyum. Wajah sinisnya dia
usir. Tak nak Iskandar kesan suasana tegang dalam dapur ni. “Give me five minute.” Sebab sos ni belum
betul-betul panas lagi. Mungkin bahang panas tu sampai pada Damia dulu kot. Itu
yang sos ni lambat panas.
“Masak apa ni?” Iskandar menjengah
pada periuk atas dapur.
“Spagethi. Mama cakap ada orang tu
tak makan nasi waktu malam.” Sambil jeling Najwa. Nampak Najwa mengeluh.
Iskandar angguk. Mungkin faham lirik
mata Damia pandang siapa. Daging cincang dalam pinggan Iskandar capai.
“Masukkan daging ni ek?” Damia angguk.
Iskandar capai sudu yang ada dalam
tangan Damia. Dia gaul sos tu lepas suruh isterinya ambil mangkuk nak letakkan
sos spagethi ni.
Lepas dah siap semua tu.. Iskandar
tarik tangan isteri dia naik atas. Dirikan solat sebelum turun balik hidangkan
makan malam.
*****
Hari ni Iskandar
tak ada kelas. Jadi dia dengan senang hatinya nak hantar isterinya ke
universiti. Pergi dia hantar, balik pun dia yang ambil. Memang sungguh macam
pemandu betullah. Tapi dia kisah apa.. Yang dia hantar dan ambil isteri dia
juga. Bukannya dia bawa ke hulur ke hilir isteri orang lain kan. Nak kena sula
dengan Mia?
“Nanti lagi sepuluh minit nak balik,
telefon or mesej boboy okay.”
Beritahu Iskandar lepas dia dapat sebuah ciuman dipipinya.
Damia angguk. Dan dia berdiri kat
situ sampailah kereta Iskandar hilang dari pandangan. Sebaik aje kereta suami
dia tak nampak bayang, muncul satu kereta lain dan berhenti dihadapan Damia.
Damia pandang sekeliling. Bila dia pastikan yang tak ada orang nampak dia, dia
cepat-cepat masuk dalam kereta tu. Dan kereta tu pecut laju tinggalkan
universiti.
Disebalik tiang lampu tidak jauh
dari situ, Adam nampak semuanya. Lantas satu pesanan dia hantar pada Iskandar.
Dia buat ni pun bersebab. Kalau tak disebabkan Iskandar yang suruh dia
tengok-tengokkan Damia sepanjang Iskandar tak ada kelas hari ni, tak adanya dia
laporkan segala aktiviti pada Iskandar.
Iskandar gagau tangannya mencapai
Iphone miliknya. Nasib baiklah lampu isyarat tengah merah, bolehlah dia baca
mesej sekejap. Dari Adam? Aik, awal betul Adam laporkan aktiviti Damia pada
dia. Mesej tu dia buka dan baca.
Aku
nampak Mia naik kereta lain lepas kau hantar dia.
Dahi Iskandar berkerut. Dia tengok
pula MMS yang Adam hantar. Tertera nombor flat kereta yang Damia naiki. Ehh jap
jap!
“Mia buat apa dengan Along?”
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.