DAMIA pandang Along
dengan Diyana dihadapannya. Hari ni.. Dia nekad. Sebab perempuan tulah dia jadi
nekad sebegini. Sampai sanggup dia ponteng kelas yang paling penting dalam
pembelajarannya.
“I’ve
found her.” Beritahu Damia. Dia mengeluh sekejap.
“Siapa?” Tanya Darwish. Disebabkan
adiknya ni cakap ada benda penting nak beritahu, dia sanggup ambil emergecy leave weh. Siapa tak sayang
adik? Pagi-pagi buta tadi, dia dapat mesej dari Damia.. Dalam mesej tu Damia
suruh dia ambil Diyana kat rumah. Lepastu ambil Damia kat universiti. Katanya
ada benda mustahak. Hal hidup dengan mati. Dan disebabkan perasaannya tak
tenanglah dia sanggup ambil EL.
“Perempuan yang punca Angah mati.”
Zapp! Serentak Darwish dengan Diyana
berpandangan. Terkejut semestinya.
“Serius ni, Lang? Kat mana?”
Elok-elok badan Diyana yang sandar kat kerusi terus menegak pandang Alangnya.
“Dia.. Kakak sedara Is. Alang baru
jumpa dia semalam. Dia.. Ada kat rumah keluarga Is.” Beritahu Damia. Lemah aje
suaranya.
“Ohmaigadd.. Abang Is tahu tak?”
Damia geleng. “Dia tak tahu. Dan Alang
kalau boleh tak nak dia tahu.”
“Then,
Mia buat apa jek kat dia?” Tanya Darwish. Terkejut masih tak hilang lagi.
Setelah hampir lima tahun perempuan tu menghilangkan diri. Sekarang baru dia
muncul balik. Dan paling tak menyangka, kakak saudara adik ipar dia pula tu.
Damia menggeleng lemah. “Dia rapat
dengan Is.” Beritahu Damia tanpa dipinta.
“Malam tadi..” Damia pandang
Darwish. “Dia minta maaf pada Mia atas apa yang dia dah buat sebelum ni.”
Sambung Damia lagi.
“Huh giler! Dah jadi punca Angah
mati, sesenang dia aje minta maaf.” Diyana dah berang. Mana boleh minta maaf
dengan macam tu aje. Ingat lepas dah minta maaf tu, abang kedua dia boleh hidup
baliklah? Gitu?
Darwish menggeleng. Faham dah dengan
perangai adik-adik dia.. Lepas arwah adik pertamanya meninggal, dia jadi
seorang yang lebih sabar dari sebelum ni. Sebab dia anak sulung. Kalau dia
sendiri tak sabar, macam mana dia nak pandu adik-adik dia? Faham-faham ajelah
emosi orang perempuan ni macam mana.
“Mia balas apa?”
Damia pandang kosong gelas
dihadapannya. “Mia akan maafkan dia, kalau maaf dia tu boleh hidupkan balik
arwah Angah.” Tanpa nada, Damia bersuara.
“Sekarang macam ni.. Kita dah tau
kat mana si Najwa tu ada. Tak kisahlah sampai hujung dunia pun dia jelajah,
mesti rumah mak ayah dia juga yang dia cari nanti.” Darwish satukan tangan dia.
Rumit juga masalah ni. Dan dia faham perasaan Damia. Orang yang paling dia
benci sekarang ni berkawan rapat dengan suami dia. Bukan tu aje, perempuan tu
juga kakak sepupu suami dia. Jadi andai kata mereka bertindak, hayat Damia hanya
ada di hujung tanduk aje.
“Maksud Along?” Tanya Diyana. Otaknya
memang tak boleh nak cerna maksud tersurat dan tersirat ni.
“Apa kata kalau..” Darwish pandang
seorang demi seorang adik-adiknya. “Kita maafkan aje dia.”
“Huh!
No! Forever no!” Diyana orang pertama yang bangkang. Dia memang tak setuju
kalau pesalah macam perempuan nama Najwa tu dimaafkan macam tu aje. Bagi dia
hutang nyawa dibalas nyawalah.
“Yana! Tolong fikirkan Alang sekali.
Jangan pentingkan diri sendiri.” Suara Darwish dah meninggi. Tapi dia masih
mampu kawal. Meskipun mereka duduk di meja yang agak tersorok dari meja-meja
yang lain, dia masih juga perlu jaga tatacaranya. Tak gentlelah abang marah adik, kan?
Diyana pandang Damia. “Alang sayang
Angah, atau Alang sayang abang Is?”
Serentak Damia dan Darwish toleh
pada Diyana. Masing-masing kerutkan dahi. Soalan apa yang adik mereka cuba
tanya ni?
Damia tersentap. Aku sayang Angah
atau aku sayang Is? Ahh! Tak tanya pun orang lain tahu. “Mestilah Alang sayang
dua-dua.” Angah adalah abang dia. Darah daging dia. Darah yang mengalir dalam
badan Angah, turut mengalir sama dalam badan dia. Sementara Is.. Dia suami aku.
Berganda-ganda sayang aku pada dia, melebihi sayang aku pada orang yang bukan
suami aku. Itu yang pasti.
“Kita mesti buat pilihan dalam
hidup, Alang.” Ayat tu buatkan Damia pandang Diyana tajam. “Apa maksud kau
sebenarnya?”
“Kalau Alang sayangkan abang Is,
alang maafkan Najwa. Tapi Yana tau, deep
down manusia mana ajelah yang nak maafkan kesalahan orang yang dah buat
orang yang dia sayang mati, kan?” Diyana senyum sinis. “Tapi kalau Alang
sayangkan Angah, sediakan surat, minta cerai dari abang Is.”
Pang!
“Mia!”
No comments:
Post a Comment
Buah fikiran anda amatlah di hargai.