"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Thursday, April 16, 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 34]




DAMIA pandang tangan kanannya. Bekas merah yang masih menapak disitu buatkan dia mengeluh. Aku.. Dah buat silap besar. Keadilan impian ke? Benda ni jadi macam ni sebab dia keluar tadi tak minta langsung keizinan Is? Tanpa Iskandar sendiri tahu pula tu yang dia ponteng kelas.

            Damia mendongak. Pandang dada langit yang gelap. Malam ni tak ada langsung bulan dan bintang yang bertebaran menghiasi kelamnya malam. Mata dia pejamkan. Dia tarik nafas sedalam-dalamnya. Kemudian dilepaskan perlahan-lahan.

            Damia buka mata bila rasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Dia senyum bila bau sesuatu. Bau Is! Damia hanya biarkan lelaki itu mencium lehernya. Dia malas nak menolak. Sebab dia tahu, makin kuat dia menolak, makin kuat lelaki tu nak buat benda ni.

            Akhirnya Iskandar sangkut dagunya di bahu Damia. Telinga kanan isterinya ditiup. Damia menggigil kegelian lepastu dia siku perut Iskandar yang bebetul hampir dengan sikunya. Dengar Iskandar mengaduh.

            Keadaan diam lagi.

            “Kenapa ni?” Suara Iskandar bertanya.

            “Kenapa apa?”

           Lelaki tu mengeluh. “Baby okay tak ni? Kenapa tak turun makan? Kesian tau boboy kena makan sensorang.” Leher Damia dia cium lagi.

            Damia gelak. “Banyaklah makan sensorang.” Bukan main ramai orang kat bawah tu.. Ada pula cakap makan seorang diri. Kenapalah tak cakap aje yang dia bahagia makan dengan Kak Najwa kesayangan dia tu?

            “Know what.. Without you beside me, boboy rasa kosong. Semua yang boboy buat tak kena dengan jiwa.”

            Damia gelak lagi. “Macam manalah nak exam ni kalau semua tak kena dengan jiwa. Baby tak ada tau masa boboy ujian nanti.”

            Iskandar senyum. Akhirnya, boleh juga dia dengar suara banyak cakap dari isteri dia. Entah kenapa, dari lepas dia ambil Damia kat universiti, isterinya terus tak banyak cakap sampailah sekarang ni. Makan malam pun dia tak turun.

            “Lepas dapat exam kiss dari baby, insya-Allah dapat jawab. Flying colour punya nanti.” Yakin Iskandar menjawab. Dan keyakinan yang ada dalam diri Iskandar nilah yang buatkan Damia terima dia masa lelaki ni meminang dia dulu.

            Damia senyap lagi. Maafkan Najwa dan anggap yang Angah mati sebab memang dah sampai masanya dia pergi, walaupun sebenarnya perit nak anggap benda tu. Ataupun, minta cerai dari Iskandar.

            Ah gila! Takkan sesekali aku minta cerai dari Is! Tapi.. Maafkan Najwa? Bolehkah aku? Najwa.. Punca Angah mati. Tapi dia dah berjanji dulu, yang dia takkan maafkan orang yang dah buat Angah dia mati.

            Ahh runsingnya..

            “Baby.. Okay tak ni?” Iskandar pusingkan Damia supaya memandangnya. Kedua tangan Damia dia genggam. Dan-dan itulah dahinya berkerut. Dia pusingkan tapak tangan Damia dan menilitinya.

            “Kenapa ni?” Sambil tunjuk ke tapak tangan kanan. Jelas warna merah. Bila tengok tapak tangan belah kiri, tak ada kesan merah langsung. Dia pandang wajah isterinya. Wajah kerisauan Iskandar dah keluar.

            “Bagitahu boboy, kenapa ni?”

            Damia menggeleng dan terus menunduk mencium tangan suaminya. Lama dia tunduk sebelum dia berdiri tegak. “I’m sorry.

            Iskandar pegang pipi isterinya. “Kenapa nak minta maaf pulak ni?” Soalnya walaupun dia tahu untuk apa kemaafan yang isterinya pinta.

            “Tadi.. Mia jumpa Along dengan Yana. Without your permission and.. I’m sorry for that.” Damia cium lagi tangan suami dia.

            “Tahu..”

            Damia dongak. “Hah?!”

            “Boboy tahu.. Adam yang kasitau.”

            Adam kasitahu Is? Untuk apa? Perlu ke dia buat semua ni? Said Adam tu.. Tak ada kerja lain yang lagi berfaedah ke nak dibuat?

            “Boboy yang suruh Adam beritahu pasal baby pada boboy.” Beritahu Iskandar lagi.

            “Untuk apa semua ni? Menyusahkan Adam lah.” Damia tak puas hati. Kalau dia tahu yang Iskandar dah tahu, tak adanya dia bagai nak rak tunduk cium tangan Iskandar minta ampun bagai.

            “Saje.. Takut ada orang kacau baby. Dan andai kata semua tu berlaku, I’ll be there ASAP!

            “Hah, banyaklah. Takkan nak terbang kot sekelip mata dah sampai.”

            “Kalau tu boleh buatkan baby nampak yang hanya boboy aje yang boleh jadi hero baby.” Iskandar senyum nakal. Mata siap kenyit lagi tu.

            “Melampaulah tu..” Damia muncung.

            Iskandar gelak. Tengok muncung isterinya ni dah boleh tau yang isterinya okay. Tapi.. “Bukan ni yang boboy nak tahu.”

            “Then, what you want to know?” Damia speaking. Speaking ke skipping?

            “Tangan ni.. Kenapa merah? Tangan kiri okay aje.”

            Damia mengeluh. “Baby lempang Yana tadi.”

            “What?!

            “Hmm.. Tulah kenyataannya.” Damia tarik Iskandar masuk dalam bilik bila nampak abang-abang sepupu Iskandar yang tengah melepak layan anak masing-masing kat laman rumah. Kalau dia pakai tudung, tak adanya dia tarik Iskandar masuk bilik. Baik duduk situ sampai bulan keluar!

            “Tapi kenapa lempang dia? Kesian dialah, baby.”

            “Hmm.. Boboy aje yang kesiankan dia. Dia.. Ada kesiankan boboy?” Gumam Damia perlahan.

            “Pardon?

            “Nothinglah.” Damia menguap. Buat-buat menguap sebenarnya. “Mengantuklah. Jom tidur.” Mata dia gosok lembut. Tubuhnya direbahkan atas katil. Selimut ditarik sampai tutup dada.

            Iskandar yang baru tutup lampu, Damia tarik baring sama dengannya atas katil. Dia peluk Iskandar sebelum perlahan-lahan matanya tertutup.


            “Aip! Good night kiss boboy mana?” Damia buka mata balik. Alahaii.. Ingat lupa dah. Baru aje nak skipped good night kiss malam ni.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.