Pages

Search This Blog

18 Apr 2015

Suamiku Ramai Crush [Part 35]



Damia raup wajah. Laptop ditangan dia buka. Laman sosial Facebook dia masukkan e-mel dan kata laluan. Lepastu tengok news feed dalam timeline Facebook tu. Segala notification dia buka habis. Lama jugak dia tak buka laman muka buku dia ni. Macam biasa, masa mesti menjadi penghalang.

            Tengah elok-elok melayari internet, Damia menguis kakinya bila merasakan ada sesuatu yang berbulu dikakinya. Dia tak ada niat pun nak jenguk sebab.. Yelah, dah dikaburi dengan permainan dunia, manalah nak pandang dah. Itulah orang selalu cakap, laman sosial ni boleh buatkan seseorang tu lalai.

            “Koko..” Damia hanya biarkan panggilan itu. Dengar suara aje dia dah tahu siapa yang duk terjerit-jerit sampai nak keluar anak tekak. Pedulilah.. Buat hal sendiri lagi baik.

            “Koko.. Come to mummy, dear.” Suara tu makin dekat dengan Damia. Damia makin lajukan pergerakan tangannya menaip di papan kekunci laptop. Balas chat June lagi best.

            “Mana Koko?” Damia jeling dengan anak matanya. Suara Iskandar! Apa dia buat kat sini? Bukan tadi dia tengah menghadap laptop dia ke dalam bilik? Bila masa pula yang dia keluar?

            “There.. Dekat kaki Mia. I think, Koko like Mialah.

            Dada Damia dah berdebar. Koko ada kat kaki aku? Tapi.. Siapa Koko? Ada ke orang dalam rumah ni nama Koko? Tak pernah dengar pulak aku sepanjang tiga hari menginap kat sini.

            Baru aje Damia membongkok nak tengok siapa Koko.. Ada sesuatu melompat atas laptopnya. Berbulu.. Warna Koko. Ohh, patutlah panggil Koko kot. Sebab warnanya. Dan.. Damia menjerit bila ingat sesuatu. Tindakan reflek langsung dia bangkit sebab terkejut. Laptop atas pehanya dah jatuh entah kat mana. Dia tak fikir dah pasal laptop dia tu sebab apa yang paling penting, dirinya harus diselamatkan terlebih dahulu.

            “Mia!”

            “Koko!”

            Serentak suara keduanya meninggi. Dan Damia tak tahu, samada mereka dua orang tu menjeritkan dirinya atau menjeritkan Si Koko tu.

            Damia meraup wajahnya. Badannya geli dan menggigil tiba-tiba. Dan keadan macam ni hanya akan berlaku jika dia nampak atau mendekat dengan kucing! Eukk.. Sungguh dia geli. Cepat-cepat dia peluk tubuh.

            “Koko.. Are you okay?” Dengar suara Najwa. Risau. Damia nampak Najwa alihkan laptop dari badan Koko. Damia nampak juga laptop miliknya yang tadinya menyala dah terpadam. Laptop aku! Habislah.. Macam mana aku nak buat assigment lepas ni? Dan.. Ohh oh.. Assigment aku yang ada dalam tu belum simpan dalam pendrive lagi. Alamak! Macam mana ni? Penat-penat aku siapkan awal-awal, tapi macam ni pengakhirannya? Ohh sadisnya.

            “Stay awake, Koko.” Suara Najwa, Damia dengar lagi. Tapi apa yang boleh dia buat? Tak suka pun dia pada binatang berbulu tu, dia tetap ada sifat perikemanusiaan dan belas kasihan. Sorry Koko. Aku tak sengaja buat kau macam tu. Siapa suruh kau tiba-tiba melompat atas aku? Aku ni dahlah takut haiwan spesis macam kau.

            Damia nampak Iskandar bangkit. Dia pandang Damia yang masih berdiri di tepi kolam. Wajah tu.. Inilah kali pertama dia nampak wajah bengis Iskandar macam tu. Perasaan dia? Takut semestinya.

            “Why not if you help Koko.” Tinggi dan keras suara Iskandar pada pendengaran Damia. Dan suara tu dah cukup buat Damia gerun. Inilah kali pertama dia rasa perasaan takut macam ni.

            “I’m not a veterinar.” Balas Damia berani. Gila apa.. Aku doktor yang merawat manusia. Bukan doktor haiwan. Ops.. Bakal doktor. Lama lagi Mia oi nak sandal gelaran tu. Sabar ya..

            Nampak Iskandar ketap gigi. Matanya mencerlung pandang isterinya. “Tak fikir pakai otak dulu apa nak buat sesuatu tu? Kalau Koko mati macam mana? Ingat laptop tu ringan?” Bertubi-tubi soalan bersama nada yang cukup buatkan Damia nak menangis keluar dari bibir Iskandar. Tapi sempat dia tahan air matanya.

            “Koko, please awake.” Najwa dah menangis bila nampak keadaan Koko tak sedarkan diri. Bermacam fikiran negatif bermain-main dalam fikirannya.

            Iskandar alihkan matanya dari pandang Damia. Tumpuannya kini hanya pada Najwa. Dia kembali mencangkung. Badan Koko dia goncang lembut. Apa nak buat ni? Takkan nak buat CPR kot?

            Iskandar pandang Najwa. Nampak air mata perempuan disebelahnya mengalir. Dan keadaan tu buatkan dia tak sampai hati nak biarkan air mata tu dari terus-terusan mengalir. Dia akhirnya tarik Najwa dalam pelukannya. Belakang tubuh Najwa dia gosok lembut. Bertujuan nak hilangkan kesedihan dalam diri kakak sepupunya.

            “Koko gonna be okay. Don’t worry. Remember.. All is well.” Iskandar cium ubun-ubun Najwa. Dia pandang Koko yang tersadai tak sedarkan diri. Koko..

            Air mata jatuh. Tangannya pantas menekup mulutnya. Tak nak esakannya kedengaran. Perasaannya yang sakit tadi sebab laptopnya dah rosak dah bertukar jadi sesakit-sakit-sakitnya bila nampak apa yang dia nampak sekarang ni. Menggigil tubuhnya bila nampak sendiri dengan mata kepalanya suami dia sendiri peluk perempuan lain.

            Dan dia tahu.. Iskandar hanya akan peluk orang yang dia betul-betul sayang aje. Dan itu bermakna.. Ahh! Tak nak sambung lagi dah ayat seterusnya. Makin mengalir air mata dia. Tangan kanannya dah genggam kuat. Ya Allah.. Sakitnya hati aku rasa sekarang ni.

            “Kita bawa dia pergi klinik. Is tahu klinik haiwan yang masih buka.” Iskandar bangkit. Dia dekati dan angkat Koko perlahan-lahan. Satu kain yang ada kat kerusi tidak jauh dari kolam dia ambil dan baluti tubuh Koko. Dan langkahnya mati bila dia pusingkan tubuhnya nak masuk dalam rumah ambil kunci kereta.

            Untuk sesaat mata berair Damia bersabung dengan mata Iskandar. Damia menggeleng.. dan melangkah masuk dalam rumah.

            Sementara Iskandar.. Dia telan liur. Dia baru teringat sesuatu. Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa? Mia.. Diakan takut kucing. Dan keadaan Koko yang tak sedarkan diri ni memang bukan salah Mia sebab dia sendiri terkejut bila tiba-tiba Koko melompat atas dia. Arghhhh!

            Iskandar pandang Najwa disebelahnya. Ni lagi satu hal. Macam manalah aku boleh tarik Najwa dalam pelukan aku? Lagi satu masalah. Ohh goshh!

            “Akak boleh pergi sendiri tak klinik tu?” Tanya Iskandar. Sebab dia tahu kalau tak pujuk Damia dan terangkan segalanya, peratus untuk Damia tinggalkan dia sekali lagi adalah tinggi.

            “Manalah akak tahu jalan kat sini.”


            Dan jawaban tu.. Buatkan Iskandar telan liur. Ya Allah.. Kenapa aku tak boleh kawal diri tadi? Macam mana aku boleh terbabas ni? Ohh my.. Makin rumit keadaan macam ni.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai