Iskandar yang
tengah berjalan dengan Adam keluar dari perpustakaan terus menggapai Iphonenya
bila telefon mewah tu berbunyi. Berkerut dahi dia bila baca nama pemanggil yang
tertera. Zulaikha!
Ada apa hal pula dia telefon aku ni?
Dia tahu aku dengan Mia gaduh besar ke? Dan dia telefon ni sebab nak tarbiyah
aku?
Panggilan dia jawab. Bersedia terima
sebarang kemungkinan. “Hello assalamualaikum?”
“Waalaikumussalam, Is! Kau ada
mana?”
“Kat unilah. Apsal?”
“Mia pengsan! Kita orang ada kat
hospital sekarang ni.”
“Apa dia? Macam mana boleh pengsan?
Ah! Aku datang sana. Tunggu aku sampai.”
Iskandar terus berlari pergi kereta.
Laungan Adam dia biarkan. Sekejap lagilah aku telefon dia kenapa aku buat
marathon dalam universiti ni.
Sampai kat hospital, Iskandar terus
cari isterinya. Bila dah sampai, dia hanya nampak Zulaikha, June dengan seorang
doktor perempuan, manakala Damia masih lagi terbaring atas katil. Dia risau
sekarang ni. Sangat!
“Mia okay?” Meluru Iskandar
bertanya.
Zulaikha pandang doktor perempuan tu
bila dia perasan kerutan di dahi sang doktor. “Ni suami Mia.” Beritahu
Zulaikha.
Doktor tu mengangguk. Dia pandang
Iskandar. “Keadaan dia stabil. Dia cuma kekurangan gula dalam darah sebab tu
dia pengsan tadi.”
Iskandar raup wajahnya.
Alhamdulillah. Nasib baiklah tak ada apa-apa. Risau dia dibuatnya tadi. Bukan
main dia memandu laju nak sampai sini. Sampai dua kali lampu merah dia langgar!
Dia bersyukur untuk itu.
“Dia dah boleh balik. Tapi dia masih
perlu banyakkan berehat.” Pesan doktor nama Sulaiha tu. Iskandar angguk. Dia
bersedia nak angkat Damia yang masih lagi tak sedarkan diri. Sementara Zulaikha
tolong bawakan beg tangan Damia.
“Saya nak pesan sikit.” Iskandar
menoleh. Dia betullkan dukungannya. Kemudian pandang Doktor Sulaiha. “Jangan
biarkan dia stres sangat. Terlalu banyak berfikir pun boleh sebabkan seseorang
tu pengsan.”
Iskandar sentap. Damia pengsan sebab
stres ke? Sebab masalah yang dia timbulkan? Ohh.. Bersalahnya aku rasa.
Perlahan dia angguk sebelum keluar
dari hospital ni. Nasib baiklah kat tingkat satu aje Damia dirawat. Lepas dah
pastikan keselesaan Damia berbaring kat tempat duduk belakang, dia terus ambil
tempat pemanduannya dan terus memandu pulang ke rumah mereka.
Nak balik rumah mama dalam keadaan Damia yang pengsan ni? Itu gila namanya.
Dah lah kat sana bising dengan suara budak-budak, macam mana Damia nak berehat?
Dan lagi satu, macam mana dia nak
berbaik semula dengan Damia? Tanpa sedar, Iskandar melepaskan satu keluhan
beratnya.
ala...knp stop???huhuhusambung la lagi...please!!!
ReplyDeletesambung? huhuu,, tengoklah mood nanti macam mane.
DeleteSambunglah nak tahu reaksi is bila tahu najwa punca angah damia meninggal
ReplyDeleteerr sambung? adeh..
DeleteSambunglah nak tahu reaksi is bila tahu najwa punca angah damia meninggal
ReplyDeleteSambungkan lagi...
ReplyDeletePlease☺️
huhu.. tak janji . adeh
DeleteSambung please.. I'm reader from indo. I like cerita yg you buat nih. A good novel. I hope you sambung lg cerita ini... pleasee
ReplyDelete