"Setiap cerita yang dikarang di dalam blog ini adalah hak milik penulis. Sebarang ciplak adalah tidak dibenarkan. Terima kasih."

Search This Blog

Thursday, April 30, 2015

Sweet Tak Cinta Kita? [Chapter 3]


Pagi tu Yana bersarapan dengan kedua orang tuanya. Sarapan pertama selepas empat tahun tak sarapan bersama. Rasa.. Seronok? Ya. Sangat seronok. Kalau tahulah, mesti setiap kali cuti semester dia akan balik Malaysia. Sebab kat sana, tak adanya dia nak bersarapan macam ni. Makanan disana dengan disini pun sangat berbeza.
            “Mama.. Mama.. Free tak hari ni?” Tanya Yana bila sudah dia mengunyah nasi goreng.
            Puan Linda berpandangan sekejap dengan suami dia sebelum kembali pandang anak gadisnya. “Free. Kenapa?” Soalnya balik pada si anak.
            Yana senyum. Baguslah kalau mama lapang harini. Dah lama tak keluar jalan-jalan dengan mama. “Teman Yana window shopping, boleh?” Tanyanya sambil meliuk-lentokkan tubuhnya.
            Puan Linda senyum. Ingatkan apalah tadi. Rupanya teman membeli-belah. Kalau tu, dia boleh aje. Lagipun, lama jugak dia tak keluar membeli-belah. Sebab kena keluar seorang dirilah yang dia rasa malas sangat nak keluar. Baik duduk rumah mantapkan masakan. “Ada duit ke?”
            Yana senyum lagi. Melebar kali ni. Dia pandang Encik Yazid. “Baba kan ada..” Sengih. Bukan senang okeh dia nak dapat duit dari babanya. Perbelanjaan masa dia kat luar negara sebelum ni pun, atas usaha dia sendiri. Duit beribu-riban yang baba masukkan dalam akaun banknya, langsung dia tak usik. Sebab baginya, biarlah dia sendiri yang usaha semuanya. Dia nak tengok sendiri kejayaan di setiap hasil usahanya sendiri.
            Encik Yazid menggeleng. “Duit yang baba selalu beri pada kamu masa tengah belajar kamu tak guna pun kan? Gunalah duit tu sekarang. Nak tunggu bila lagi?” Roti bakar dia sumbat lagi dalam mulut sebelum dikunyah.
            Sekarang ni, baru dia boleh percayakan anak tunggalnya ni. Kalaulah anaknya bekerja sewaktu sambung belajar, masa bilanya pula dia nak berasmaradana dengan lelaki negara sana?
            “Alah, duit tu Yana nak guna nanti. Masa Yana kahwin ke.” Sengih. Ayat kahwin tu seboleh-boleh mungkin dia perlahankan. Macam malu pula bila bab nikah kahwin ni dibincangkan.
            Encik Yazid berpandangan dengan isterinya. Tersenyum keduanya. “Aik. Tak sabar nak kahwin dah ke?”
            “Bukan macam tulah. Baba ni..” Yana masamkan wajahnya. Matanya juga dikecilkan. Baru sahaja Yana mahu menyambung ayat, telefonnya yang berdering di sebelah pinggan bergetar lama tanda ada seseorang menghubunginya. Dia memang suka letakkan telefonnya dalam keadaan vibrate. Tak suka telefonnya berdering bagai nak rak.
            Yana pandang orang tuanya bersama senyuman. Tahu yang dia dah langgar salah satu peraturan keluarga ini dimeja makan. Tak boleh bawa telefon ketika makan! “Yana, jawab sekejap.” Pantas diangkat panggilan dari Gee.
            “Kenapa?”
            “Kau free tak harini?” Soal Gee. Dah kawan dia dah balik Malaysia, memang berfoya-foya sahajalah kerja.
            “Hmm.. Aku ingat nak window shopping dengan mama akulah. Kenapa?”
            “Alah..” Panjang gumaman Gee dihujung talian buatkan Yana senyum. “Baru ingat nak ajak keluar tengok wayang satu geng.”
            “Semua free ke?” Tanya Yana. Dia pandang Puan Linda yang lagi berbual dengan suaminya. Nak keluar dengan mama atau dengan kawan-kawan dia?
            “Ha’ah. Semua free.
            “Hmm.. Tapi aku memang nak keluar dengan mama akulah. Kita keluar esok ajelah. Boleh kan?” Keputusan dah dibuat. Dia akan keluar dengan mamanya. Sebab mamalah yang terpenting baginya. Bukan kawan-kawan. Muktamad.
            Dengar Gee mengeluh. “Sokaylah.” Punah harapannya.
            “Sorry weh. Kau cakap lambatlah. Esok okay. Bye!”
            Telefon diletakkan kembali atas meja. Yana sambung menjamah makanannya. Tak kisahlah kawan-kawan dia nak cakap apa pun pasal dia, dia tetap akan memilih mama dia melebihi kawan-kawannya.



SEPERTI yang dirancangkannya pagi tadi, dia keluar membeli-belah dengan mamanya, Puan Linda. Gedung membeli-belah yang terkenal mereka hampiri. Rambang mata keduanya bila nampak deretan pakaian dan peralatan kosmetik disitu. Kalau boleh, semuanya mereka nak borong.
            “Yang ni cantik tak, Ma?” Tanya Yana pada Puan Linda. Yana tunjukkan satu blouse berwarna merah garang pada ibunya.
            “Seksi sangatlah, sayang.” Beritahu Puan Linda. Gila! Mana tak seksi. Dengan bahagian dada terbuka. Meremang bulu roma dia nak bayangkan.
            Yana senyum. Mama betul. Blouse ni dah macam bukan blouse. Seksinya ya ampun. Tapi Yana kisah pula? Memang dia ingat nak pakai blouse seksi ni esok masa dia keluar dengan kawan-kawan dia. “Alah Ma. Yana pakai dalam rumah ajelah.”
            “Suka hati Yanalah.”
            Yana senyum lepas dengar mamanya cakap macam tu. Tanda lampu hijau diberikan. Memang sampai telinga ajelah dia senyum sebab impiannya terlaksana.
            Selepas hampir tiga jam mereka memborong pakaian, Mama sudah beri arahan mahu pulang ke rumah. Katanya mama lagi, dia sudah tidak larat nak jalan. Lututnya sejak dua menjak ni senang sangat nak sakit kalau berjalan atau berdiri terlalu lama.
            Mereka bergerak ke medan selera di pusat membeli-belah itu. Sampai di sana, mereka ditegur seseorang. Bukan seseorang, tapi dua orang.
            Puan Linda mendongak, dia tersenyum lebar lantas bangkit berhadapan dengan wanita yang menegurnya ini. Sekejapan sahaja dua wanita itu sudah bersatu di khalayak ramai. Yana buat muka toyanya. Buat sesi jejak kasih pula kat sini.
            “Yana.. Ni Auntie Mar. Salam auntie, sayang.” Lembut Puan Linda menyuruh.
            Dengan senyuman paksa dia bangkit dan menyalami tangan wanita yang diperkenalkan sebagai Auntie Mar itu. Dia tayang wajah kelat bila wanita itu memeluknya. Hey, peluk aku pula. Jijik, tahu?
            Entah kenapa, macam ada aura yang tak seronok dan tak baik bila berkenalan dengan mak cik ni.
            “Ni anak Auntie Mar, Iqmal Harris.” Puan Linda bersuara lagi. Dia memperkenalkan pula anak kawannya kepada anak gadisnya.
            Yana pandang lelaki itu. Entah kenapa, dia tiba-tiba terkejut bila bertentang mata dengan lelaki bernama Iqmal Harris ni. “Kau?” Soalnya sedikit terjerit.
            Lelaki bernama Iqmal Harris itu juga agak terkesima sebelum bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman sinis. Sempat dia lambaikan tangannya pada Yana. “Long time no see,” Ucapnya bernada sinis.
            “Kauorang kenal ke?” Tanya Puan Linda. Bersilih ganti pandangannya pada Yana dan juga Iqmal Harris. Entah kenapa, tapi bibirnya tersenyum.
            “Coursemate Yana masa kat U.” Nak tak nak saja suaranya keluar. Sampai mati pun dia tak mahu mengaku lelaki ni kawan sekuliahnya sewaktu belajar di luar negara. Mimpilah dia nak buat macam tu. Sakit hatinya pada lelaki ni, masih berbekas.
            Puan Linda angguk. Dia pandang Puan Marlia. Mereka sama-sama tersenyum bila pandangan dan senyuman mereka membawa maksud yang sama. Berbesanlah kita tak lama lagi!
            “Mama, jom.” Ajak Yana. Tak hingin dia berlama-lama di sini. Kalau tahu nak jumpa dengan lelaki ni, baik dia ikut sahaja Gee tadi. Tunda sesi membeli-belah dia dan Mama ke hari lain. Kalau tahulah,
            “Eh tunggu sekejaplah. Kita berbual dulu,” Ajak Puan Marlia. Dengan selambanya, dia duduk di kerusi sebelah Puan Linda. Sementara Iqram, mengambil tempat di sebelah Yana. Sempat lelaki itu tersenyum sinis pada Yana sebelum pandang gadis itu atas bawah.
            Yana buat tak peduli dan kembali menyambung jamahannya. Sesekali air carrot susu disedutnya dengan straw.
            “Eh, kamu nak makan apa? Biar Mama orderkan,” Puan Marlia volunteerkan dirinya mahu memesan makanan untuk anaknya.
            “Eh, biar Iq yang orderkanlah, Ma.” Dia pantas menghalang.
            Puan Marlia senyum. “Tak apa. Lagipun Mama nak beli sesuatu ni,” Dia menegah. Mahu anaknya berbual lama dengan anak kawan baiknya.
            Iqram angguk. Macam dia tak faham dengan perangai Mamanya ni. Mama.. Mama.. Macam-macamlah. Kalaulah Mama tahu macam mana dinginnya hubungan mereka berdua, pasti Mama takkan rancang benda ni. “Macam biasalah, Ma.” Putusnya akhirnya.
            Puan Marlia bangkit diikuti Puan Linda dibelakangnya. Ya.. Selepas Puan Linda ditarik Puan Marlia untuk menyertai dia. Kedua anak muda itu menggeleng.
            “Lawa baju kau,” Ucap Iqram sinis sebelum kembali pandang baju lengan panjang dan juga seluar slack yang dipakai wanita disebelahnya.
            “Terima kasih.” Balasnya jengkel tanpa memandang lelaki disebelahnya.
            Iqram senyum. “Sejak bila kau ‘peluk Islam’?”
            Damn! Yana pandang Iqram. Lama dia bertentang mata dengan lelaki itu. Dia rasa macam nak tampar saja lelaki dihadapannya ni. Tapi bila mengenangkan yang sekarang ni, mereka bersama ibu mereka, terpaksa dia batalkan. Terpaksa okay. “Apa masalah kau, ha?” Soalnya sedikit meninggi yang ditahan. Kalau bukan dia berada di khalayak ramai, dah lama dia menjerit macam orang gila kat sini.
            Iqram Harris bengong!
            Iqram gelak sinis. “Aku hanya bertanya. Itu saja,”
            Yana mengeluh. Sudahnya dia hanya diam, malas nak bertekak dengan lelaki ni. Tapi ayat seterusnya dari Iqram Harris ini sangat-sangat-sangat buatnya bengang.
            “Kau tahu, aku tertanya-tanya, apa yang famili kau akan buat kalau diaorang dapat tahu macam mana cara hidup kau kat sana?”
            “None of your business.” Giginya diketap.
            Iqram gelak sinis lagi. “Mesti kau rasa tak bebaskan duduk sini?”
            Yana pandang Iqram tanpa kata. Makin kuat giginya diketap. Apa masalah lelaki ni sebenarnya? Kalau setakat buka mulut hanya tahu nak sakitkan hati aku, baik lupakan saja. Aku tak berminat. Langsung!
            “Iyalah. Kehidupan kau kat sini tak sebebas kat sana. Boleh kehulu kehilir dengan lelaki. Nak buat benda tak elok pun lebih dari boleh. Mesti kau rindu kan?” Iqram senyum jengkel.
            “Aku rindu atau tak, itu bukan masalah kau.”
            Iqram angguk. “Memang bukan masalah aku, malah aku tak cakap pun itu masalah aku. Aku hanya.. Curious.” Senyum. “Ohh by the way, kalau kau rindu nak buat benda-benda yang selalu kau buat kat sana, kau tahu mana nak cari aku kan?”

            Yana bangkit. Gelas carrot susu diangkat sebelum dituang atas kepala Iqram.

P/s : Ohh, aku hampir-hampir lupa pasal ni.. Haih!

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran anda amatlah di hargai.