Pages

Search This Blog

31 May 2015

Truth or Dare -24-




“Ai.. Dah tempah orang nak corakkan inai nanti?” Lembut pertanyaan Puan Afizah yang tengah menggoreng ayam di kuali.

            Aireen yang tengah kupas bawang putih mendongak. “Tak payah tempah, Ma. Anak Mama yang sorang lagi boleh buat.” Sambil jeling Alang yang tengah potong sayur di hadapan Aireen. Tersenyum aje gadis tu bila namanya disebut Aireen.

            “Serius? Bila kamu belajar?” Puan Afizah dah pandang anak perempuannya.

            “Masa studylah, Ma. Kawan Alang yang ajarkan. Lama juga berguru dengan dia.” Lembut aje Adibah membalas. Puan Afizah angguk. Baguslah kalau macam tu. Nanti sesiapa kawin, bolehlah gunakan khidmat anaknya ni kalau mahukan malam berinai.

            “Hmm, Mama..” Meleret aje Aireen panggil Puan Afizah.

            Puan Afizah yang tengah letakkan gorengannya atas meja menoleh. “Suara ayu macam ni, nak minta apa?” Senyum. Faham sangat dengan anaknya yang seorang ni. Asal suara lembut terkepit-kepit ni, adalah tu yang dia nak minta.

            “Hmm, Ai ingatkan.. Kek kahwin nanti, biar ajelah Ai yang buat. Boleh tak, Ma?” Tanyanya. Takut kalau mama tak izinkan.

            “Kek kan dah tempah, sayang. Tinggal nak ambil aje nanti.”

            “Kek tu biar letak masa majlis kat rumah belah lelaki ajelah. Yang belah kita, biar Ai yang buat. Boleh tak, Ma?” Soalnya lagi.

            Puan Afizah berfikir seketika.

            “Biar ajelah Ma raja sehari ni nak buat. Bukannya selalu kita dapat tengok pengantin yang buat kek sendiri.” Sokong Adibah dari belakang. Dia kenyit mata pada Aireen. Aireen senyum dengan kenyitan tu. Nasib ada penyokong.

            “Hmm, biar Mama bincang dengan Ayah dulu macam mana.”

            “Tak payah bincang, Ma. Ayah sendiri setuju.” Datang suara dari pintu masuk ke dapur. Ada Anaqi dengan Encik Aidil yang tersenyum.

            “Ayah tak cakap apa pun.” Ujar Encik Aidil. Memandai aje anak teruna dia lagi seorang ni mereka-reka cerita.

            Anaqi sengih. Ingat ayah setuju tadi. Sebab nampak Ayah senyum masa Aireen utarakan pendapatnya pada Mama.

            Aireen bangkit. Bersama tangan yang masih belum dicuci bersih, dia mendekati Encik Aidil. “Alahhh.. Bolehlah, Ayah. Membazirlah kalau tempah kek. Mahal pulak tu.” Bahu Ayahnya dipeluk lembut.

            Encik Aidil senyum tiba-tiba setelah lama menyepi. “Ikut suka kamulah.”

            “Yeayyy..” Aireen jerit girang. Nasib baiklah dia punya keluarga yang memahami. Alhamdulillah untuk itu.

            “Anak sulung dengan paling bongsu Ayah dengan Mama dah kahwin dah. Yang tengah-tengah ni, sampai bila nak membujang?” Encik Aidil dah cekak pinggang.

            Aireen gelak. Puan Afizah tersenyum. Sesekali dia menggeleng kepala bila nampak Anaqi dengan Adibah siap buat pakatan nak berlari dari ruang dapur ni. Bila wujudkan aje bab kahwin, mesti dua manusia tu lari. Hailah, kahwin aje pun.


“MAMA.. Ai takutlah.” Rengek Aireen malam tu. Siap peluk Puan Afizah lagi yang baru aje nak terlelap. Encik Aidil dah lama tidur lepas solat Isyak tadi. Ayah memang macam tu. Lepas aje solat Isyak, ayah akan cari tempat beradunya dan terus lelapkan mata.

            “Takut apa ni, sayang?” Lembut sekali nada Mama. Siap balas pelukan Aireen lagi. Nak tergelak pun ada dia yang baru aje nak terlelap tadi dikejutkan dengan kedatangan anaknya di dalam bilik. Siap cakap nak tidur sekali dengan Ayah dan Mama yang tak boleh blah tu.

            “Ai takut kalau Ai salah buat pilihan.”

            Puan Afizah senyum. Faham dengan gelodak hati anaknya. Dia pun pernah rasa macam tu masa nak bernikah dengan suaminya. “Buat istikharah lagi sekali, sayang. Buat solat hajat juga. Semoga Allah tetapkan pilihan hati Ai. Hmm..”

            Aireen angguk. Dia dah buat istikharah sebelum ni. Dan sekarang, dia rasa takut nak buat istikharah lagi sekali. Takut andai jawapan istikharahnya yang dulu dan selepas ni akan berbeza.

            “Kalau Ai tak mampu jadi isteri yang solehah macam mana, Ma?” Soalnya lagi. Dia risau akan hal yang itu juga. Takut dia tak mampu jalankan tanggungjawab yang selayaknya sebagai seorang isteri.

            Puan Afizah usap lembut kepala anaknya. “Jangan cakap macam tu, sayang. Buat apa yang Ai termampu. Nak jadi isteri solehah ni, tak semestinya kena jalankan semua benda dalam rumah tangga. Apa yang Ai rasa Ai boleh buat, Ai buat aje. Apa yang tak boleh, Ai minta tolong Fa. Hmm..”

            “Mama, betul ke Ai nak jadi isteri orang dah? Ai macam tak percayalah, Ma.”

            Puan Afizah tergelak dengan soalan baru anaknya. Rambut panjang mengurai anaknya dielus. Aireen memang ikut genetik keluarganya. Rambut keperangan. “Itulah.. Dah besar anak Mama ni. Dulu tengok hingus pun tak kering lagi. Selekeh aje.” Usik Puan Afizah.

            Aireen dah masamkan wajahnya. “Apa Mama ni.. Part yang selekeh-selekeh tu usahlah dikenang. Buat malu aje.”

            Puan Afizah gelak. Antara ramai-ramai anaknya, hanya Aireen aje yang paling rapat dengannya. Mungkin sebab, hanya Aireen yang tak pernah tinggalkannya masa belajar. Anak-anaknya yang lain, asal belajar aje mesti di luar negara. Berbeza bagi Aireen. Kata anak gadisnya ini, lebih baik belajar di Malaysia aje. Senang nak berkomunikasi. Nak cari pasangan kat sini pun senang jugak!

            “Mama.. Mama rasa, Fawwaz tu sesuai tak jadi suami Ai?”

            Puan Afizah senyum. “Bukan soalan tu yang Ai patut tanya,” Tangannya masih lagi mengelus rambut anaknya.

            “Habistu?” Tanya Aireen bingung.

            “Sebetulnya, Ai tu sesuai tak jadi isteri Fa? Layak tak Ai nak jadi isteri Fa?” Soalan dari bibir Puan Afizah tu buatkan Aireen terfikir. Betul juga apa yang Mama cakap. Sesuaikah aku jadi isteri Fawwaz? Layakkah aku?

30 May 2015

Klon (End)

“Korang kembar ke?” Tanya Farid Lee. Terkejut dia bila abangnya masuk bersama dua wanita yang sama rupa.

            “Saya tak pernah ada kembar.” Balas Shafliya. Matanya semenjak tadi statik pada wajah wanita yang sama rupa dihadapannya ini. Siapa perempuan ni? Kenapa muka dia sama? “Kau siapa?”

            Wanita itu tersenyum sinis. “So, kau lah yang selamatkan dia dari rumah kosong tu?” Tanya wanita itu pada Adam. Adam dah tak tenang duduk. “Maksud kau?” Tanya Adam.

            Wanita tu gelak. “Aku Kris.” Dia memperkenalkan diri. “Macam mana? Seronok tak duduk berikat berantai dalam rumah tu?” Tanyanya pada Liya.

            Shafliya terkejut. Apa maksud perempuan ni? “Kau siapa sebenarnya? Apa kau nak? Kenapa muka kau sama dengan muka aku?” Lantang Liya bersuara.

            Kris gelak sinis lagi. “Apa aku nak?” Dia jungkit bahu. “Tak ada apa-apa. Aku just nak Harris jadi suami aku aje.” Seakan berbisik, dia bersuara.

            Apa dia? “No!” Shafliya berdiri. “Apa hubungan kau dengan dia? Aku, Harris tak pernah kenal kau.” Semua yang suaminya kenal, dia juga turut kenal. Setahunya, suaminya tak pernah berhubungan dengan wanita ini. Jadi, siapa dia? Kenapa tiba-tiba muncul dalam hidup mereka?

            “Kau suka ataupun tak, aku dah jadi isteri dia. Yeah, walaupun hanya menyamar sebagai kau. Guess what, dia pun sama juga bodoh macam kau. Masih lagi tak cam yang aku, bukan isteri dia.” Gelak lagi.

            “Kau gila!”

            “Am I?

            Shafliya bengang. Perempuan ni ada masalah mental ke? Kenapa tetiba masuk dan mengacau hidup aku? Apa salah aku kat dia? Kenapa dia buat aku macam ni? “Kau keluar!” Jerkah Shafliya.

            Kris jongket kening. Lepastu dia gelak. Dah macam orang gila. Tapi dia puas buat semua benda ni. Dendam ibunya terbalas. Itu yang pasti.

            “Adam, jom.” Ajak Shafliya. Dia harus pantas. Dia kena mendahului wanita gila tu. Mereka melangkah keluar. Tapi Shafliya mati langkah bila nampak Azman dan Saufi yang baru keluar dari kereta. Apa yang kawan suaminya buat di sini?

            Azman dan Saufi juga mati langkah. Hati mereka was-was. Ini Shafliya for realkah? Berbelah bahagi mereka mahu menegur wanita itu. Azman pandang Saufi. “Ini Liya ke?” Soalnya. Saufi jongket bahu. “No idea.” Menggeleng.

            “Man.. Saf.. Korang buat apa kat sini?” Tanya Shafliya. Macam mana dua lelaki ni boleh tahu tempat ni? Sebab jarak tempat ni sangat jauh dengan kawasan lepak mereka. Jarang-jarang mereka menyinggah ke sini.

            Azman dan Saufi pandang Shafliya. Di satu sisi mereka mengiyakan, tapi di satu sisi mereka menidakkan ini Shafliya. Sulit sungguh keadaan sekarang ni. Susah nak percaya. Boleh jadi ini bukan Shafliya, dan lelaki disebelah itu merupakan anak buahnya. Boleh jadi juga ini Shafliya dan lelaki itu.. Orang yang selamatkannya?

            Ah! Kena tunggu Harris untuk tentukan segalanya. Lelaki itu tahu mana satu isterinya.

            Mata mereka jatuh pula pada seorang perempuan yang baru keluar. Berkerut lagi dahi mereka. Itu.. Dia pandang pula wanita yang memanggilnya tadi. Muka mereka. Sama?

            “Liya..” Panggil Azman. Pada kedua-dua wanita yang berwajah serupa itu. Tapi yang memandangnya hanya seorang. Iaitu wanita yang memanggilnya tadi. “Kau..”

            “Aku Liya.” Adam Lee juga turut mengangguk mengiyakan. Yeah, walaupun dia tak kenal siapa dua lelaki ni.

            “Kalau kau Liya, yang tu siapa?” Menunjuk pada wanita yang baru sahaja mendekati keretanya.

            “Aku tak tahu. Dia.. Dia menyamar jadi aku. Dan rosakkan segalanya.” Terang Shafliya lagi. Sebal betul hatinya pada wanita tu. Entah tak tahu kewujudannya, tetiba muncul hancurkan hidupnya.

            Sebuah kereta yang berhenti bebetul dihadapan mereka buatkan Kris menoleh. Kereta tu. Dia cam kereta tu. Macam mana dia boleh tahu aku ada kat sini? Dia telan liur. Macam mana ni? Apa dia nak buat? Pantas dia buka pintu kereta. Nak boloskan diri.

            “Hold on!” Jerit Harris. Pintu yang terbuka di tutup kembali. Tangan wanita itu dipegang kuat. “Lepas apa kau dah buat, ingat senang nak larikan diri? Hah?” Tangan wanita itu diseret. Kereta Polis yang berhenti dibelakang keretanya didekati. Lantas diserahkan wanita itu pada pihak polis. “Bermalamlah kau kat penjara sana.” Pintu kereta polis ditutup. Dan pihak polis bergerak tinggalkan tempat tu.

            Mujur dia sempat.


Azman dan Saufi tersenyum. “Cepat betul kau bertindak eh?” Sempat lagi panggil polis. Kalau lelaki ni tak datang tepat pada masanya tadi, entah mungkin wanita tu dah lari hilangkan diri.

            Harris gelak. “See the leglah.” Sambil tunjuk kaki panjangnya. Lepas aje dapat informasi kat mana perempuan tu ada. Dengan bukti rakaman suara yang dirakam dua kawannya, dia terus buat laporan polis. Bukan tu aje, dia siap jadi waze yang bawa pihak polis ke mari. Ini yang rasa diri hero ni. Heh.

            “Bro..” Saufi tepuk bahu Harris. Bila Harris pandangnya, dia juihkan bibir pada wanita yang terkaku pandang mereka. “Tuu..” Senyum.

            Harris pandang wanita tu. Perlahan-lahan bibirnya ukirkan senyuman. Tangannya didepa. Kalau wanita tu masih tak faham apa yang dia buat ni, memang sah. Dia salah orang. Salah tangkap orang.

            Shafliya balas tatapan tu sebelum perlahan-lahan dia senyum. Kakinya dibuka langkah. Bergerak menghampiri lelaki itu. Dalam masa sesaat, dia sudah berada dalam pelukan lelaki tinggi itu. Pelukannya dibalas erat. “Ohh, I miss you.” Ucapnya berbisik.

            “Please, jangan buat macam ni lagi.” Mendera perasaan orang ajelah. Harris cium kepala isterinya. Nasib baiklah ini betul isterinya.

            “Mana ada. Saya tak buat apa-apapun. Perempuan tu ha yang tetiba datang.” Shafliya muncung bibir. Tiba-tiba muncungnya dihilangkan bila teringat sesuatu. Dia lepaskan pelukan dan pandang suaminya. “Mana Ayish?” Dia rindu gila dengan anaknya.

            Ayish? Harris pandang kereta. Dia.. Tak bawa turun Ayish sekali ke? “Ya Allah. Dia dalam kereta.” Kalut suami isteri tu menapak pergi ke kereta. Pintu sebelah pemandu dibuka. Elok aje Ayish tengah bulatkan mata sambil main dengan kain kesayangannya.

            Shafliya buka tali pinggang keselamatan di tubuh anaknya. Ayish dikendongnya. Wajah anak itu digomolnya geram. Rindunya.. “Rindu Mummy tak, sayang?” Disoalnya Ayish yang tengah mengekek ketawa sebab digomol ibunya.

            Harris pandang Azman dan Saufi. “Salah sorang dari korang, tolong bawa kereta tu balik.” Pinta Harris menunjuk pada kereta yang diguna wanita yang menyamar sebagai isterinya itu.

            “Jomlah kita balik.” Ajak Harris.

            Shafliya angguk. Tapi sebelum tu, dia pandang Adam Lee yang masih disitu.  “Adam.. Saya balik dulu. Terima kasih dah jaga saya kat sini.” Tuturnya lembut. Senyuman juga dihadiahkan.


“Betul ni?” Soal Shafliya tak percaya. Ayish yang sudah nyenyek tidur di baby cotnya buatkan dia dan Harris boleh berbual panjang atas katil. Banyak betul soalan yang dia kena tanya pada suaminya. Tak boleh nak tunggu esok-esok dah. Harus malam ni jugak.

            “Betullah, sayang. Tak percaya kat abang eh?”

            “Mana nak percayanya. Kucing mana yang tolak ikan?”

            “Kucing parsi.” Selamba Harris jawab. Lepastu dia gelak besar sebelum kena cubit dengan isterinya.

            “Cubalah serius sikit.” Gumam Shafliya.

            Harris berdehem. “Okay, mood serius on.” Dia pandang isterinya.

            “Abang,, bebetullah. Abang tak memain, kan?”

            “Betullah sayang. Abang dengan dia tak tidur satu bilik. Abang selalu tidur kat bilik tetamu.” Cerita Harris jujur.

            “Sebab?”

            “Sebab.. Perempuan tu macam,,” Harris mati ayat. Macam mana nak describe perempuan tu dalam ayat eh? “Dia macam scarylah. Tak berani abang nak tidur sebelah dia.” Ya. Dari malam pertama perubahan wanita tu dia perasan. Sebab tu dia ambil inisiatif lain. Dengan tidur kat bilik tetamu. Sekali dengan Ayish dia bawa tidur bilik tetamu. Tapi lepas aje Subuh, dia bawa sekali Ayish masuk bilik tu. Tak nak perempuan tu syak apa-apa.

            “Abang tak ada sentuh, usik dia kan?” Tanya Shafliya lagi.

            Harris angkat tangan. Macam orang berikrar. “Sumpah. Abang tak pernah cuit dia langsung. Sentuh makanan dia pun tak pernah.”

            “Kenapa?”

            “Dia mana pernah masak kat rumah. Selalunya dia beli.”

            “Mana abang tahu?”

            “Selalu nampak plastik polistrine dalam tong sampah luar.”

            Shafliya gelak. Serupa macam makan kat kedai berhampiran aje. “Then, Ayish?”

            “Abang yang jaga.”

            “Masa Ayish lapar? Nak susu? Abang jangan cakap yang perempuan tu yang bagi Ayish susu.” Ohh tolonglah. Mummy Ayish seorang aje eh. Shafliya sorang aje Mummy Ayish. Ayish tak boleh ada dua ibu. Ibu mentua tu, lainlah.

            Harris cuit hidung isterinya. Takut sangat. “Perempuan tu manalah ada susu. Dia selalu bagi Ayish susu botol aje.”

            “Serius?” Mata Shafliya membulat. Harris mengangguk.

            “Eee.. Kesian Ayish tak dapat khasiat yang betul.”

            “Tu kan sebelum ni. Selepas ni kan dia dah boleh membesar dengan baik. En en en?” Harris mainkan keningnya.

            “Macam mana dengan office saya pula?”

            Harris kaku. Air liur ditelan. Aduh. Pasal office pula dia tanya. “Err.. Okay.” Dia berbohong. Terpaksa okeh. Dia tak nak isterinya tahu yang office tu tinggal tunggu masa nak bankrupt aje.

            Shafliya senyum. “Baguslah. Saya ingat, perempuan tu dah hancurkan my office.” Jeda. Dia pandang suaminya bila sesuatu yang sudah lama dia fikir kembali terlintas. “Hmm, saya rasakan, saya nak rehat japlah. Nanti lepas umur Ayish dah setahun, saya masuk balik office. Okay tak?”

            Harris pantas angguk. Okay sangat macam tu. Masa yang diberikan isterinya, mungkin boleh buat dia naikkan balik kewangan syarikat yang menjunam tu. Hmm.. Kena bertindak cepat ni.

            “Oh ya.. Macam mana abang boleh cam yang perempuan tu, bukan saya?” Soal Shafliya lagi dan lagi.

            Harris berfikir sekejap. Macam mana dia boleh cam? “Banyak sangat beza sayang dengan perempuan tu. Sebab tu abang tahu.” Senyum. Rasa bangga sebab dapat cam isterinya.

            “Such as?

            “Gigi dia.. Gigi dia teratur aje. Gigi sayangkan banyak taring. Then, cara dia gelarkan diri dia. Dia selalu ber I-you dengan abang, tak macam sayang. Abang-saya. Apa lagi eh?” Harris berfikir lagi. “Hah! Selalunya, kalau abang balik rumah sayang selalu sambut abang. Tapi tidak dia.”

            “Lagi?”

            Harris senyum nakal. “Betul nak tahu?”

            Shafliya angguk yakin.

            “Sayang selalu pakai lingerie bila kat rumah. Tapi dia tak.” Gelak.

            Shafliya pejam mata. Malu. Segan. Semuanya bercampur. Ahh! Tak ada benda lain ke dia nak bandingkan? Cubalah bandingkan letak duduk taik lalat dia ke. Tanda lahir dia ke. Ini.. Benda macam tu.. Adesh!


            Shafliya gigit bibir bila dengar lagi gelak nakal suaminya.

-Tamat Sudah-

P/s : Cerita yang aku karang masa tahun 2012. Sorry for all the flaws, masih tak matang dan tak ada bakat lagi masa tu. Huhuu..

Klon (Episod 7)

“Tak ada sudu ke?”

            Puan Laura, Encik Hasri dan semua yang ada di meja makan pandang Shafliya. Soalan apa ni? Sejak bila Rasulullah ajar makan pakai sudu? Pakai tangankan sunnah. Dapat pahala lagi. Kenapa nak guna sudu juga?

            Encik Hasri pandang anak lelakinya. Harris hanya jungkit bahu sebagai jawapan. Bukan Ayah aje yang pelik, orang lain pun pelik juga dengan perangai isterinya semenjak tiga minggu ni. Kenapa dengan dia sebenarnya? Kenapa dia berubah?

            “Biar Ara yang ambilkan sudu.” Hazra bangkit. Sudu dan garfu diambil dan diserahkan pada kakak iparnya. Tanpa ucapkan terima kasih, Shafliya langsung menyudu nasi dan disumbatnya dalam mulut.

            “Sejak bilanya kamu makan guna sudu, Liya?” Tanya Puan Laura. Teka-teki apa ni? Permainan apa yang dimain menantunya ni? Kenapa perangai makin sulit ni? Makin susah. Mana Liya yang sempoi dan selamba tu? Hilang ke mana?

            Shafliya mati tingkah. Dia pandang suaminya. Nampak yang suaminya juga memandangnya pelik sepelik pandangan orang lain padanya. Err.. Liya yang betul makan pakai tangan ke? Tak guna sudu? Apa ke kolotnya perempuan tu. Hmm, masih banyak dan jauh lagi rupanya yang dia perlu belajar dari perempuan tu.

            “Tangan Liya sakit. Kena makan pakai sudu. It’s okay, kan?” Alasan baru diberinya.

            Puan Laura angguk dalam pelik. Selalunya, kalaupun sakit tangan, menantunya itu sebolehnya akan makan pakai tangan. Hmm, sakit sangatlah tu agaknya. Dia malas mahu membuat simpulan yang akhirnya akan mengecewakan dirinya.


“I nak keluar jap.”

            “Pergi mana?” Soal Harris. Surat khabar yang dibacanya dilipat bila anak lelakinya yang tengah lena bergerak. Ditepuk lembut punggung anaknya.

            “Pergi.. Rumah ibu.”

            Ternaik sebelah kening Harris. Rumah ibu? Sejak bila isterinya panggil mak dia ibu? Bukan Mama ke? Dan bila pula Mama dah sampai Malaysia? Bukan Mama kerjakan umrah dengan Ayah ke? Bulan depan kan baru balik sini.

            Harris senyum. Dia capai telefon sebelum angguk. “Hati-hati drive.” Sempat dia titip pesan.

            Bila dengar enjin kereta isterinya sudah semakin meninggalkan rumah, dia telefon seseorang. “Dia dah keluar. Kau ikut dia. Lepastu beritahu aku ada kat mana korang. Okey?”


“SHIT!” Wanita tu menendang pintu yang sudah pudar warnanya. Matanya mencerlung pandang sekeliling rumah. Tiada. Kosong. Hanya bunyi hembusan bayu sahaja yang kedengaran. Tak guna. Mana perempuan tu? Segenap rumah dia cari. Tapi tak juga jumpa. Bila nampak darah yang sudah mengering dilantai, dia yakin yang ada seseorang yang cuba selamatkan perempuan tu.

            Dia keluar dari rumah tu. Pintu kereta dibuka. Dia menoleh bila dengar ada orang menegurnya. Lelaki. Berwajah cina. Tersenyum padanya. “Do I know you?” Soalnya dingin pada lelaki itu.

            Adam Lee mengerut dahi. Perempuan ni tak kenal dia? Bukan ke mereka baru aje sarapan bersama pagi tadi? Dia makan apa sampai lupa aku? Setahunya, Mamanya takkan bagi orang makan makanan yang pelik-pelik sampai boleh tak ingat orang. Dia pasti itu.

            “Liya.. You buat apa kat luar? Bukan you tengah tolong Mama I di dalam ke?” Tanya Adam Lee bingung. Tadi bukan main beria wanita ini menyuruh mamanya mengajarnya memasak makanan cina. Ini macam mana dia boleh ada kat sini?

            “Adam..”

            Adam Lee menoleh. Dipintu masuk rumahnya, berdiri wanita itu. Terkejut. Dia pandang pula wanita yang baru sahaja berbual dengannya tadi. Juga sama. Mereka..

            “Siapa ni?” Shafliya bertanya sendiri. Terkejut dia bila keluar rumah nampak Adam tengah berbual dengan wanita tu. Baru ingat nak ajak lelaki tu bergerak sekarang. Sebab dia sangat rindu dengan suami dan anaknya. Tak sabar nak tatap wajah keduanya sekejap lagi.


            “Muka you all.. Sama.” Itu yang terluah dibibir Adam.

29 May 2015

Klon (Episod 6)

Mata yang terpejam perlahan-lahan terbuka. Dia pandang syiling. Putih. Sekelilingnya juga dicat putih. Dia kat mana ni? Dia nak bangun. Tapi rasa sakit di leher dan seluruh tubuhnya buatkan dia tak bisa bangkit tanpa bantuan orang lain.

            Tangan seseorang yang melekat di bahunya buatkan dia terkejut. Lantas ditepis tangan tu kasar.

            “Hey, jangan takut.” Suara itu kedengaran. Suara yang langsung dia tak kenal. Dia pandang wajah lelaki itu. Mata yang berwarna hazel cair. Chinese look. Dan kemerah-merahan wajah tu. Bibir yang berwarna merah jambu itu membuktikan yang lelaki ini tidak menyentuh puntung rokok.

            “Who are you? Where am I?” Berkerut-kerut dahinya saat menyoal. Kepalanya sakit.

            “Saya Adam. Adam Lee. You ada kat hospital.” Beritahu Adam. Lega dia bila nampak wanita dihadapannya ini sudah bisa berbicara. Entah kenapa, dia rasa sakit sangat bila nampak tubuh wanita ni yang lemah tak berdaya tadi.

            Wanita tu terkejut. Lelaki ni fasih berbahasa melayu? “Macam mana saya boleh ada kat sini?” Dia raba kepalanya. Nasib baik bertutup. Kalau tak, memang dia dah selubung dirinya dengan selimut.

            Adam Lee tidak menjawab, tapi soalan lain pula yang diberi sebagai jawapan, “Macam mana you boleh ada kat rumah kosong tu?” Rumah tu memang dah lama kosong. Sejak dia dan keluarganya berpindah ke sana sejak tiga tahun lepas lagi rumah tu dah kosong. Katanya jiran tetangga, penghuni rumah tu dibunuh dalam rumah tu. Dan sampai ke hari ini, tiada satu orang pun yang berani dekat dengan rumah tu.

            Wanita itu raup wajahnya. Macam mana dia boleh ada kat rumah tu? “Saya.. Saya tak tahu.” Menggeleng. “Tapi yang saya ingat,” Wanita itu pejam mata tiba-tiba. Nak ingat sesuatu mungkin. “Masa tu saya tengah sidai baju. Dan tetiba, ada orang tarik saya dari belakang. Sedar-sedar saya dah ada kat rumah tu.”

            Adam Lee menggeleng. Keji betul orang zaman sekarang ni. “Nama you?” Soal Adam Lee.

            “Shaf.. Shafliya. Nur Aina Shafliya.”



“YOU ingat someone?” Tanya Adam.

            Shafliya angguk. Mesti. Dia ingat dua orang. Yang dekat di hati. Masa dia dipekup seseorang pagi itu pun dia masih terbayangkan wajah dua orang itu.

            “Siapa?”

            “Harris. Ayish.” Perlahan dua nama itu menutur dibibirnya. Sarat dengan kerinduan. Kasih sayang. Ayish? Ya Allah. Macam mana anaknya akan membesar dengan sihat tanpa diberikan susu badan darinya?

            Tangannya masuk pula ke dalam tudung. Dibahagian leher. Mengucap syukur dia bila rasa ada rantai dan cincin yang masih tersangkut di lehernya. Senyum. Nasiblah cincin dan rantai pemberian suaminya masih di lehernya.

            “Siapa mereka?” Tanya Adam.

            “Suami,, dengan anak saya.” Beritahunya.

            “You..”

            Shafliya angguk. Faham dengan pertanyaan tak habis Adam Lee. Dia dah kahwin. Dan macam mana dia nak beritahu Adam supaya jangan jatuh hati padanya? Ceh! Bajet yang Adam ni suka kau aje.

            “You ada ingat nombor telefon sesiapa? So that, I boleh beritahu dorang yang you ada kat sini. Dengan family I.

            Shafliya garu pipi kanannya. Perlahan dia menggeleng. Dia memang susah nak ingat nombor telefon orang. Nombor telefon sendiri pun dia lupa. Bukan tu aje, nombor kad pengenalan sendiri pun dia tak ingat. Nombor yang dia ingat, nombor kecemasan. Itu ajelah. Tapi.. Ada satu benda yang dia ingat. Ya. Dia pasti yang dia ingat benda tu. “Saya ingat jalan rumah saya.” Senyum. Lebar. Dia memang susah nak ingat nombor orang, tapi jalan yang selalu dia pergi, dia ingat. Mesti dia akan ingat.

            Adam turut sama senyum. Baguslah. Lagi senang macam tu. “Jom, I hantar you balik.” Adam dah sedia nak bangkit.

            “Saya akan balik. Tapi lepas Mama awak ajar saya masakan cina eh? Sebab saya memang dah lama teringin nak belajar masakan cina. Mama awak pun dah janji nak ajar.” Sedikit teruja, Shafliya bersuara. Sudah agak lama dia mencari seseorang yang sudi mengajarkannya masakan cina.

            Disebabkan selera suaminya yang lebih terarah pada masakan cinalah yang membuatkan dia bersemangat mahu mencuba resepi yang diikutinya dalam majalah. Tapi semedang itu jugalah, masakannya tak pernah berjaya.

            Tapi bila dapat tahu yang Mama Adam Lee ini sudi mengajarkannya masakan cina, dia rasa teruja dan seronok mahu belajar. Esok.. Esok dia pasti akan pulang ke rumah. Rindu dengan anak dan juga suaminya.


            Adam Lee angguk lambat. Rasa macam tak elok pula bila isteri orang ada dirumahnya. Walaupun ada keluarganya di sini, tapi rasa tak senang itu tetap wujud. Tapi dah kalau macam tu kehendak wanita ini, terpaksa dia turuti.

28 May 2015

Klon (Episod 5)

Episod  -1-   -2-  -3  -4-

Matanya statik pada isterinya. Ingatkan hanya dia sahaja yang perasankan perubahan isterinya, kawan-kawannya, ahli keluarganya juga perasankan perubahan itu. Tertanya-tanya dia sendiri, siapa perempuan ni? Kalau dia bukan isteri aku, mana isteri aku? Kenapa perempuan ni yang ada di sini bukan isteri aku?

            “Kenapa bagi Ayish susu botol?” Tanya Harris.

            Shafliya mendongak. Membulat matanya bila nampak lelaki itu di sini. Sekarang baru jam satu petang. “Awal you balik?” Wajah terkejutnya cuba dikawal.

            Harris senyum. “Harinikan hari Rabu.”

            Shafliya mengerut dahi. “Maksud?” Dia tak faham. Kenapa dengan hari Rabu?

            “Sayangg..” Dia duduk di sebelah isterinya. Kepala Ayish diusap penuh kasih.  “Takkan tak ingat kot? Hari Rabukan abang selalu balik awal.” Beritahu Harris. Tepat sekali tekaannya. Sah. Tiada ragu. Senyuman sinis cuba disembunyikan.

            “Kenapa bagi Ayish susu botol?” Soalan yang sama, diulangnya lagi. Inilah kali pertama dia nampak anaknya diberi susu botol. Rasa.. Entah. Dia tak tahu nak rasa apa sekarang ni.

            “Err..” Shafliya mati ayat. “Susu I kering.” Balasnya lambat. Harris angguk. Kering, huh? Bukan sebab kau memang tiada susu?

            “Liyaa..” Panggil Harris sebelum mengeluh. “Siapa awak yang sebenarnya?”

            Shafliya menoleh. Berkerut dahinya. “Maksud? Saya.. Tak faham.” Jantung Shafliya dah tak tenang duduk. Lelaki ni.. Lelaki ni dah tahukah siapa dia? Tak! Selagi Shafliya yang sebenar masih dibawah naungannya, takkan ada satu orang pun yang tahu siapa dia. Tak mungkin perempuan tu dah bebas dari ikatannya. Tak mungkin!

            Harris berdiri. “Just nothing.” Dia capai tuala mandinya dan masuk dalam bilik air.


SHE’S fine, but she need some rest.” Terang doktor muda itu. Adam dan Farid Lee mengangguk. Syukurlah wanita yang diselamatkan mereka itu selamat. Selamat luaran dan dalaman. Jadi betullah perasaannya pada rumah kosong itu. Rupanya, aura wanita yang diselamatkan mereka yang menarik mereka ke sana.

            “Tak boleh nak hubungi sesiapa. Perempuan tu sehelai sepinggang.” Terang Farid Lee. Adam mengeluh. Keadaan ini sukar bagi mereka. Tentu keluarga wanita itu teramat risaukan dirinya. Sudah berhari-hari ditinggalkan disitu. Tanpa diberi makan dan minum. Kejam sungguh pada siapa yang memperdajalkan wanita itu.

            “It’s okay. We’ll take a good care of her. Will you?” Soal Adam Lee. Farid angguk. Tersenyum mereka berjemaah.


PUAN LAURA pandang menantunya pelik. Semenjak setengah jam yang lepas, dia hanya nampak menantunya itu duduk menekur mendiamkan diri di sofa. Tiada tanda-tanda mahu berbual ataupun beramah mesra dengan orang lain.

            Puan Laura pandang pula anak lelaki tunggalnya. Tersenyum melayan anak sulung pasangan suami isteri itu. “Macam ada yang tak beres ni.”

            “Apa yang tak beresnya mak oii.” Anak sulung Puan Laura menyergahnya dari belakang. Nasib tak melatah aje Puan Laura sebab terkejut. Lengan anaknya dipukul lembut. Suka sangat buat mak dia ni terkejut.

            “Mak pandang apa ni?” Datang pula anak bongsu Puan Laura dari ruang tamu. Dari tadi lagi dia nampak yang mak dia duk pandang sesuatu. Tak berkelip kata kau. Macam nampak hantu aje gamaknya.

            “Tu ha.. Menantu perempuan mak tu.” Siapa lagi kalau bukan Shafliya. Dia seorang ajelah menantu perempuan Puan Laura. Yang lain semuanya menantu lelaki.
            “Kenapa dengan Kak Liya?”

            Puan Laura garu lehernya. “Kenapa dia macam lain sangat? Selalunya, dia ajelah yang suka sangat tolong mak dari korang berdua.”

            Husna dan Hazra muncung. Masa-masa macam ni lah mak nak perli kitorang. “Bukan tak nak tolonglah mak. Dari kecil kitorang dah tolong mak. Apa kata dah besar ni tolong mak mentua pula.” Balas Hazra selamba. Husna buat ­thumbs-up pada adiknya. Bravo! Idea yang bernas tu.

            “Iyelah tu. Entah-entah kat rumah, laki korang yang buat kerja rumah.” Serkap jarang Puan Laura buatkan keduanya mengerutkan dahi.

            “Iyelah mak. Dalam Islam kan tugas isteri melayan suami aje.” Balas Hazra bergurau. Gila kau duduk rumah goyang kaki? Memang mati kebulurlah kalau tak dia yang memasak kat rumah. Dahlah suami dia tu reti masak maggie aje.

            “Menjawab eh. Dah dah, tolong mak masak lunch.” Puan Laura gelak dengan ayatnya.


            Husna dan Hazra pun turut sama gelak. Mak dah pandai cakap omputihlah. Caiyok mak!

27 May 2015

Truth or Dare -23-




Fawwaz tayang wajah terkejut. Sangat terkejut bila soalan diluar alam macam ni dilontarkan oleh Nisa. Dipersetujui pula Ilham kat sebelah. Air sirap limau yang menjadi menu minumannya malam ni ditolak ke tepi.

            “Aku tanya ni.. Kau dengan Reen gaduh ke?” Soalan yang sama, Nisa ulang semula. Susah betul cakap dengan orang pekak macam Fawwaz ni. Macam mana si Aireen boleh terminat kat dia pun tak tahulah.

            “Kitaorang kan memang suka gaduh hari-hari.” Balas Fawwaz selamba. Straw di cawan dimain-mainkan. Dia pantas sambut huluran pinggan yang berisi nasi goreng ayam dari Johan. Lepas main futsal, makan nasi memang seronok. Lepastu balik rumah, mandi terus tidur. Memang heaven gilalah sampai esok.

            “Tapi kalau kauorang gaduh sekalipun, Reen takkan tak nak jumpa kau lah. Ni tadi, masa aku ajak dia teman aku ikut kauorang, cakap aje kau ada sekali, dia terus surrender awal-awal cakap tak nak pergi. Tu yang aku musykil tu.” Berkerut-kerut dahi Nisa cerita. Terkejut juga dia bila tahu macam tu. Apa yang berlaku ni sebenarnya? Takkan nak dekat tarikh perkahwinan diaorang buat hal?

            Fawwaz baca Bismillah sebelum menyudu nasi goreng ayam ke dalam mulut. Hilang dah rasa lapar dia tadi. Lepastu dia pandang Nisa. “Kitaorang tak ada gaduh pun.”

            “Habistu?” Laju Nisa menyoal.

            “Kitaorang tak boleh jumpa sampai hari bernikah nanti, pesan Ayah dia.” Fawwaz jungkit bahu dihujung ayatnya. Kemudian dia kembali suap nasi goreng ayam dalam mulut. Cukuplah itu penjelasan dia pada Nisa.

            Nisa senyum. “Ohhh..” Panjang sampai meleret-leret oh Nisa. “Memang patut pun. Darah tengah manis ni memang tak boleh jumpa selalu.”

            Fawwaz jongket kening. “Darah manis? Kau pernah rasa darah kitaorang ke?” Selamba aje dia menyoal. Tanpa nada, tanpa senyuman.


            Nisa pandang Fawwaz. Kecil aje mata dia pandang lelaki ni. Ada yang lemas dalam air sirap limau ni karang. “Nak kata bodoh, belajar tinggi dah.” Gumam Nisa. Seriously, dia masih lagi tertanya-tanya macam mana dua manusia ni boleh tersuka sama suka.

26 May 2015

Truth or Dare -22-



“Uit!” Tegur seseorang dari belakang. Aireen yang tengah syok melayan perasaan kat gazebo rumah ni pun terkejut. Elak melatah aje dia tadi. Bila pusing, nampak Angahnya tengah tersenyum dibelakang sebelum labuh duduk disebelahnya.

            “Bila Angah turun? Tak perasan pun.”

            “Mana nak perasannya kalau Ai dari tadi layan blues kat sini. Kenapa? Takkan baru sehari dah rindu Izzat kot?” Usik Anaqi.

            Aireen kerut dahi. “Izzat? Siapa Izzat?” Dia tak kenal orang yang namanya Izzat. Malah kawannya juga tiada yang namanya Izzat.

            Anaqi telan liur. Macam mana boleh lupa yang orang dalam rumah ni panggil Fawwaz? “I mean, Fawwaz.” Betulnya.

            Aireen masih tak puas hati. Apa kena mengena Izzat dengan Fawwaz? Dan ini bukan kali pertama Angahnya tersasul panggil Fawwaz dengan, Izzat. Dah banyak kali, tapi bila ditanya, semedang Angahnya mendiamkan diri dan cuba menukar tajuk perbualan lain.

            “Kenapa Angah selalu tersasul panggil Izzat? Apa kena mengena Izzat dengan Fawwaz?” Soalnya buat kali yang ke, entahlah. Dah banyak kali dia tanya. Tapi Angahnya tak pernah nak kasi jawapan yang memberangsangkan. Jawapan selalunya tak relevan.

            Anaqi mengeluh. “Ai tahukan nama penuh Fawwaz apa?”

            Aireen menggeleng sambil tersengih. Nah, inilah dia. Tunang punya nama sendiri pun dia tak tahu. Cakap aje suka dan minat kat lelaki tu, tapi satu apa pun pasal lelaki tu dia tak ambil tahu. Mana taknya, duk sibuk ushar muka dia yang handsome tu. Mana nak peduli dah benda lain.

            Anaqi bulatkan mata bersama tangan dicekakkan ke pinggang. “Nama bakal suami sendiri pun tak tahu?” Tu dia.. Suara Angah dah meninggi. Ni baru kena dengan Angah. Belum lagi dengan Along. Mahu satu taman perumahan ni dengar suara dia yang tinggi tu. Pasal nama penuh Fawwaz aje pun. Itupun nak kecoh.

            Nanti dah kahwin, aku pepandailah curi tengok kad pengenalan dia. Dah alang-alang tu, boleh sekali tengok muka dia yang skema tu dalam kad pengenalan. Apa susah..

            “Apa nak jadilah kau ni Ai..” Keluh Anaqi.

            Aireen hanya diamkan diri. Macam malas pula nak bertekak dengan Angahnya memalam buta ni. Hanya kerana tak tahu nama penuh bakal suami!

            “Nama dia, Izzat Fawwaz Muhd. Roslan.” Anaqi berjeda. Nak tengok apa reaksi adiknya. Hmm, tak berubah apa pun.

            Aireen hanya mendengar. Izzat Fawwaz ke nama dia? Aku ingatkan nama dia Fawwaz aje. Dah orang keliling duk panggil dia dengan nama tu. Tak terfikir pula nak tanya nama penuh dia.

            Anaqi kembali menyambung, “Ingat tak ada dua orang yang hantar rombongan meminang Ai hujung tahun lepas?” Soal Anaqi. Kotlah adiknya ni tiba-tiba amnesia. Bila nampak adiknya angguk, dia sambung lagi, “Sorang tu Hakim. Ai kenal, kan?”

            “Kenal. Dia pernah serang Ai bila dapat tahu yang Ai tolak rombongan dia.” Sambung Aireen lagi. Berita ni pun dia pernah beritahu Angah malam kejadian tu. Hanya Angah seorang aje yang tahu. Bising juga Angah masa tu. Siap sanggup balik Malaysia dari New York sebab nak bedal si Hakim tu. Tapi nasib baik Aireen sempat halang. Buat membazir aje Angahnya balik awal. Hal tu pun dah selesai hari yang sama juga.

            “Second, Izzat.” Dia pandang adiknya lagi. Hmm, masih tak ada perubahan juga. Adik aku ni takkan tak perasan sesuatu kot?

            “Ai tak kenal dia. Dan bila mama cakap yang Izzat tu kawan Ai, makin buat Ai keliru. Sebab Ai tak pernah ada kawan lelaki nama Izzat.” Jelas Aireen bingung. Sampai sekarang dia tertanya-tanya siapa Izzat yang sebenarnya? Kenapa cakap yang dia tu kawan aku? Sementelah aku langsung tak tahu akan kewujudannya?

            Anaqi senyum. Masih tak dapat lagi rupanya adik aku ni. Memang lembab tahap kura-kura. “Ai.. Izzat dengan Fawwaz tu, orang yang sama.”

            Pernyataan tu buatkan Aireen mati tingkah. Dia pandang Angahnya. Nampak Angah angguk kepala. Izzat dengan Fawwaz, orang yang sama? Izzat Fawwaz.. Hah? Kenapa dia tak tahu?

            “Ke.. Kenapa Angah tak kasitahu selama ni?”

            “Sebab Angah ingat Ai tahu.” Balas Anaqi.

            “Sumpah Ai tak tahu langsung. Ai ingat Izzat tu..” Aireen mati ayat. Dia raup wajah. Jadi Izzat Fawwaz yang dia tolak pinangannya sebelum ni? Tapi kenapa Fawwaz masuk meminang dia? Bukankah masa tu, Fawwaz dah ada orang lain dalam hidupnya?

            “Nak telefon Izzat.. Err I mean, Fawwaz?” Sambil hulur telefon bimbitnya.

            Aireen hanya pandang telefon HTC tu. Hatinya menyuruh si tangan ambil dan telefon Fawwaz pasal peminangan yang dihantar lelaki tu sebelum ni. Tapi otaknya melarang. Tinggal lagi beberapa hari aje mereka akan disatukan. Bila masa tu tiba, tanyalah Fawwaz seberapa banyak soalan pun yang kau mahu.


            Perlahan dia menggeleng.