Pages

Search This Blog

28 May 2015

Klon (Episod 5)

Episod  -1-   -2-  -3  -4-

Matanya statik pada isterinya. Ingatkan hanya dia sahaja yang perasankan perubahan isterinya, kawan-kawannya, ahli keluarganya juga perasankan perubahan itu. Tertanya-tanya dia sendiri, siapa perempuan ni? Kalau dia bukan isteri aku, mana isteri aku? Kenapa perempuan ni yang ada di sini bukan isteri aku?

            “Kenapa bagi Ayish susu botol?” Tanya Harris.

            Shafliya mendongak. Membulat matanya bila nampak lelaki itu di sini. Sekarang baru jam satu petang. “Awal you balik?” Wajah terkejutnya cuba dikawal.

            Harris senyum. “Harinikan hari Rabu.”

            Shafliya mengerut dahi. “Maksud?” Dia tak faham. Kenapa dengan hari Rabu?

            “Sayangg..” Dia duduk di sebelah isterinya. Kepala Ayish diusap penuh kasih.  “Takkan tak ingat kot? Hari Rabukan abang selalu balik awal.” Beritahu Harris. Tepat sekali tekaannya. Sah. Tiada ragu. Senyuman sinis cuba disembunyikan.

            “Kenapa bagi Ayish susu botol?” Soalan yang sama, diulangnya lagi. Inilah kali pertama dia nampak anaknya diberi susu botol. Rasa.. Entah. Dia tak tahu nak rasa apa sekarang ni.

            “Err..” Shafliya mati ayat. “Susu I kering.” Balasnya lambat. Harris angguk. Kering, huh? Bukan sebab kau memang tiada susu?

            “Liyaa..” Panggil Harris sebelum mengeluh. “Siapa awak yang sebenarnya?”

            Shafliya menoleh. Berkerut dahinya. “Maksud? Saya.. Tak faham.” Jantung Shafliya dah tak tenang duduk. Lelaki ni.. Lelaki ni dah tahukah siapa dia? Tak! Selagi Shafliya yang sebenar masih dibawah naungannya, takkan ada satu orang pun yang tahu siapa dia. Tak mungkin perempuan tu dah bebas dari ikatannya. Tak mungkin!

            Harris berdiri. “Just nothing.” Dia capai tuala mandinya dan masuk dalam bilik air.


SHE’S fine, but she need some rest.” Terang doktor muda itu. Adam dan Farid Lee mengangguk. Syukurlah wanita yang diselamatkan mereka itu selamat. Selamat luaran dan dalaman. Jadi betullah perasaannya pada rumah kosong itu. Rupanya, aura wanita yang diselamatkan mereka yang menarik mereka ke sana.

            “Tak boleh nak hubungi sesiapa. Perempuan tu sehelai sepinggang.” Terang Farid Lee. Adam mengeluh. Keadaan ini sukar bagi mereka. Tentu keluarga wanita itu teramat risaukan dirinya. Sudah berhari-hari ditinggalkan disitu. Tanpa diberi makan dan minum. Kejam sungguh pada siapa yang memperdajalkan wanita itu.

            “It’s okay. We’ll take a good care of her. Will you?” Soal Adam Lee. Farid angguk. Tersenyum mereka berjemaah.


PUAN LAURA pandang menantunya pelik. Semenjak setengah jam yang lepas, dia hanya nampak menantunya itu duduk menekur mendiamkan diri di sofa. Tiada tanda-tanda mahu berbual ataupun beramah mesra dengan orang lain.

            Puan Laura pandang pula anak lelaki tunggalnya. Tersenyum melayan anak sulung pasangan suami isteri itu. “Macam ada yang tak beres ni.”

            “Apa yang tak beresnya mak oii.” Anak sulung Puan Laura menyergahnya dari belakang. Nasib tak melatah aje Puan Laura sebab terkejut. Lengan anaknya dipukul lembut. Suka sangat buat mak dia ni terkejut.

            “Mak pandang apa ni?” Datang pula anak bongsu Puan Laura dari ruang tamu. Dari tadi lagi dia nampak yang mak dia duk pandang sesuatu. Tak berkelip kata kau. Macam nampak hantu aje gamaknya.

            “Tu ha.. Menantu perempuan mak tu.” Siapa lagi kalau bukan Shafliya. Dia seorang ajelah menantu perempuan Puan Laura. Yang lain semuanya menantu lelaki.
            “Kenapa dengan Kak Liya?”

            Puan Laura garu lehernya. “Kenapa dia macam lain sangat? Selalunya, dia ajelah yang suka sangat tolong mak dari korang berdua.”

            Husna dan Hazra muncung. Masa-masa macam ni lah mak nak perli kitorang. “Bukan tak nak tolonglah mak. Dari kecil kitorang dah tolong mak. Apa kata dah besar ni tolong mak mentua pula.” Balas Hazra selamba. Husna buat ­thumbs-up pada adiknya. Bravo! Idea yang bernas tu.

            “Iyelah tu. Entah-entah kat rumah, laki korang yang buat kerja rumah.” Serkap jarang Puan Laura buatkan keduanya mengerutkan dahi.

            “Iyelah mak. Dalam Islam kan tugas isteri melayan suami aje.” Balas Hazra bergurau. Gila kau duduk rumah goyang kaki? Memang mati kebulurlah kalau tak dia yang memasak kat rumah. Dahlah suami dia tu reti masak maggie aje.

            “Menjawab eh. Dah dah, tolong mak masak lunch.” Puan Laura gelak dengan ayatnya.


            Husna dan Hazra pun turut sama gelak. Mak dah pandai cakap omputihlah. Caiyok mak!

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai