Pages

Search This Blog

25 Jul 2015

Pearl - Prolog



Dia membongkok. Gambar yang jatuh di kakinya di capai. Dilihat kepingan gambar itu. Beristighfar dirinya apabila melihat gambar-gambar itu. Gambar seorang wanita dan lelaki yang bercumbuan di tasik. Ada juga gambar dua pasangan tadi berbual di bangku tasik. Dan jelas, wanita itu adalah dirinya. Tapi,

            “Ini bukan saya,” Ucapnya perlahan tapi tegas.

            Lelaki itu tergelak sinis. Dia mendekati wanita dihadapannya dan mencengkam rambut wanita itu. Matanya beradu dengan mata wanita yang mendongak memandangnya itu. Dia pantas menggeleng bila hatinya berkeras menyuruhnya berhenti memperlakukan wanita itu sedemikian rupa.

            Entah kenapa, dia boleh nampak dari mata kecil itu yang wanita itu tidak membohonginya. Tapi ingatannya tiba-tiba kedengaran pengakuan sahabat baiknya pagi tadi. Lantas cengkaman itu semakin dikuatkan. “Kau masih nak berdalih? Masih nak menafikan bukti-bukti ni semua?” Soalnya sinis.

            Air mata jatuh lagi di pipi wanita itu. Esak kesakitannya langsung tidak dihiraukan lelaki itu. Wajah lelaki itu penuh dengan kebencian terhadapnya. “Lepaskan I. Sakit,”

            “Hati aku lagi sakit tengok muka kau,” Dia hempaskan tubuh wanita itu di sofa. Matanya hanya pandang pergerakan wanita dihadapannya yang perlahan-lahan bangkit. Perlahan wanita itu memegang lengannya memohon maaf.

            “I tak tahu mana you dapat semua gambar-gambar ni. But please believe me, that's not me.” Ucapnya lagi.

            Pang!

            Wanita itu jatuh di lantai. Pipinya yang perit ditampar dipegang. Sakit. Sangat. Air matanya jatuh buat sekian kalinya. Kali ini tidak berhenti. Air mata terus-terusan mengalir. Lagi. Dan lagi.

            “Aku jijik tengok muka kau. Kau keluar dari rumah aku!” Jerkah lelaki itu.

            Bagai ada batu besar yang menghempap tubuhnya, wanita itu terkaku. Dia kembali berdiri. “Tolong jangan buat I macam ni,” Dia merayu walaupun dia tahu, rayuannya hanya dipandang sepi oleh lelaki ini.

            Lelaki itu pusingkan tubuhnya membelakangi wanita itu. “Leave!” Ucapnya tegas. Dia tiada jiwa lagi dah mahu memandang wanita yang telah mengkhianati cintanya. Hatinya sangat-sangat-sangat sakit saat ini.

            “Please..

            “I said, leave!” Makin meninggi suara lelaki itu.

            Wanita itu menyeka air matanya. Dia tarik nafas panjang sebelum dihembusnya perlahan. Kehadirannya disisi lelaki itu dan di dalam rumah ini sudah tidak diperlukan lagi. Buat apa dia masih mahu merayu meminta belas kasihan dari lelaki yang sudah tidak sudi padanya?

            Dia pandang seorang bayi perempuan yang lagi tidur di baby cot. Lenanya sangat tenang meskipun keadaan sekarang ini begitu panas dan tegang. Perlahan kakinya melangkah ke baby cot itu. Bayi perempuan itu digendongnya.

            “Jangan kau berani bawa anak aku sekali.” Lelaki itu memberi arahan.

            Jatuh lagi air mata wanita itu. Dia mengangguk dalam perit. Lantas satu kucupan jatuh di dahi seorang bayi perempuan dalam gendongannya. Lama dan penuh dengan tangisan. Dia mengusap pipi bayi perempuan itu. Nafas dihembus berat.

            “Sayang.. Jangan jadi bodoh macam Mama, okay? Mama love you, even Mama won't stay beside you anymore. Mama need to go, sayang.” Ucapnya lirih. Berkerut-kerut dahinya memandang anaknya.

            Everything happens for a reason.

            Dia meletakkan anak perempuannya itu di tempatnya. Dia hembus nafas lagi sekali apabila menyedari, inilah saat terakhir dia melihat anak perempuannya. Perlahan dia melangkah ke sofa. Beg tangannya yang sememangnya diletakkan disitu di capai.

            Bibirnya digigit sebelum perlahan melangkah ke pintu bilik. Tapi langkahnya mati disaat dia mendekati pintu itu. Dia kembali pusingkan tubuhnya memandang lelaki yang masih lagi membelakanginya.

            Nafas ditarik sebelum bersuara, “I pernah beritahu you sebelum ni, saat yang paling sakit bila orang yang kita benar-benar sayang dan cinta langsung tak percayakan kita. Dan sekarang, I sendiri yang merasai kesakitan tu.

            “Apa yang you tahu hari ni berkaitan I, pasal gambar-gambar yang you dapat, semua yang you dengar, semuanya tak betul. Sumpah demi Allah, I tak pernah buat benda-benda macam tu. I sendiri dah berjanji dengan you, yang I takkan khianati cinta you pada I, dan untuk apa I mungkiri janji I tu?” Sambungnya lagi.

            Dia tarik nafas berat. Last but not least, “I betul-betul kecewa dengan you. Assalamualaikum,” Tombol pintu dipulas sebelum melangkah keluar dari bilik dan dari rumah yang penuh dengan kenangan ini.

            Selamat tinggal semuanya..

1 comment:

Pendapat anda sangat saya hargai