Aireen ketuk pintu yang
tertulis nama Ammar Airiz Muhd. Aidil itu. Lepas disuruhnya masuk, Aireen tolak
pintu kaca tu dan masuk ke dalam. Nampak Alongnya tengah pandang kertas kerja
di atas mejanya. Khusyuk sekali.
“Yes?” Tanya
Aireen. Pelik juga dia bila dipanggil Along ke biliknya. Tak pernah-pernah pula
Along sampai suruhnya datang sini. Ada apa-apa yang berlaku ke?
“Have a seat, Ai.”
Suruh Ammar lagak tegas. Bila dipejabat, dia memang berubah karakter sembilan
puluh peratus. Lagi sepuluh peratus? Memang dia akan berlagak biasa.
Aireen ikut arahan. Dia tarik kerusi dan duduk disitu.
Dia pandang Alongnya kembali. Nampak tali leher Along sudah terbuka sedikit.
Bilik bukan main sejuk, takkan masih panas juga kot?
Ammar silang tangan ke dada. Apa dia nak bahasakan
dirinya dengan adiknya ni? Saya ataupun Along? Dan apa pula dia nak panggil
adiknya? Ai ataupun Puan Ai? Ahh inilah susahnya kalau kerja bawah satu kompeni
yang sama.
“Along dapat repot dari staf Ai,” Panggilan seperti biasa
menjadi pilihannya. Macam yang cikgu sekolah menengahnya selalu bilang, cakap
sesuatu yang buat kita faham. Buat apa nak cakap benda yang berbelit sampai tergeliat
lidah sudahnya kita tak faham apa-apa?
Aireen jongket kening. Dapat repot dari staf aku? Pasal
apa? Selama ni tak pernah-pernah pun buat repot. Kenapa kali ni ada pula?
“Diaorang cakap yang Ai jarang senyum. Selalu sangat
serius sampai diaorang kekadang takut nak berurusan dengan Ai.” Sambung Ammar
lagi. Sebenarnya, dia malas nak panjangkan benda ni sementelah dia sendiri tahu
yang adiknya ni memang jarang tersenyum. Tapi bila dah acapkali dia menerima
laporan mengenai senyuman adiknya yang disembunyikan itu, dia terpaksa juga
bersuara mengenai benda ni.
Aireen gelak. “Pasal senyuman Ai pun diaorang peduli,
kenapa?” Aireen mengeluh kemudiannya. “Salah ke Ai tak senyum?”
Ammar jungkit bahu. “Along tak kisah sebenarnya, tapi dah
banyak kali diaorang repot pasal benda ni. Nak tak nak, Along tetap kena ambil
tindakan juga.” Pen di atas mejanya dicapai. Sesekali pen bermata bola itu
dipusing-pusingkan.
“Tindakan apa? Nak denda Ai suruh senyum sepanjang hari?”
Sinis Aireen menyoal.
“Kalau dengan itu boleh buat diaorang puas hati, apa
salahnya?” Balas Ammar.
Aireen mengeluh. “You
know me, kan? Ai memang dilahirkan berwajah sombong. I don’t care what people wanna says about me. It just, none of my bussines.” Aireen jungkit bahu. Peliklah dengan
zaman sekarang ni. Pasal bos mereka tak senyum pun nak jadi isu.
Ammar senyum. “Yeah, Along memang kenal Ai. Tapi diaorang?
Diaorang tak kenal Ai.” Lembut Ammar berbicara.
“Then, make them
know the fact about me.” Aireen bangkit. Kerusi dibetulkan sebelum pandang Alongnya.
“Got to go. Assalamualaikum dan
terima kasih.” Aireen berlalu pergi dengan hati yang sebal. Memang nak kena
staf-stafnya ni. Sesedap diaorang aje pergi repot kat Along pasal aku yang tak
senyum ni. Memang ada dalam undang-undang syarikat ke yang setiap bos kena
senyum?
Aireen hanya pandang ke hadapan sambil berjalan. Dia
sangat tiada masa nak menoleh pandang sekeliling. Dia sama sekali tak kisah
andai dia diberi anugerah majikan paling sombong dalam dunia ni.
Sekurang-kurangnya, dia dapat juga satu anugerah dari tak dapat langsung. Kan?
Fail ditangan dihempasnya atas meja. Masih sebal dengan
senyumannya yang dipertikaikan. Senyuman aku membunuhlah, sebab tu aku tak nak
tunjuk. Tolonglah faham. Dia rasa nak menjerit. Tapi tiada guna kalau dia
menjerit hanya disebabkan senyumannya yang menjadi isu. Memang tak matanglah tu
nak menjerit pasal senyuman.
“Kenapa ni?” Datang satu suara menyoal dari belakangnya.
Aireen menoleh. Terkejut dia bila nampak Fawwaz duduk disofa disudut biliknya.
Dia buat apa kat sini? Dan, bila dia masuk? Kenapa aku tak sedar?
Aireen sandarkan tubuhnya di meja. Dia pandang Fawwaz.
“You buat apa kat sini?” Soalnya pelik. Fawwaz takkan muncul kat sini kalau tak
ada sebarang agenda. Aireen dah mula teka bermacam-macam benda yang buatkan
lelaki itu ke sini.
“Tengok muka you yang berkerut nilah,” Dahi isterinya
yang berkerut itu digosoknya lembut. “Tak eloklah muda-muda dah berkerut macam
ni. Kenapa ni?”
Aireen mengeluh. Perlukah diberitahu lelaki ni pasal
senyumannya yang menjadi isu hangat hari ni? “I peliklah..” Aireen labuhkan
duduk dikerusi dihadapan mejanya. Dia pandang Fawwaz yang berdiri dihadapannya.
“Pelik kenapa pula?” Fawwaz ikut duduk di kerusi yang
disediakan disebelah isterinya.
“You tahu, tadi I kena panggil dengan Along. Dan Along
beritahu I yang staf I repot kat dia pasal I yang tak tahu nak senyum.
Pelikkan?” Terangnya. Tubuhnya disandarkan di penghadang kerusi. Tangan dibawa
silang ke dada.
Fawwaz gelak. “Pasal tu pun diaorang nak buat repot?”
Tanya Fawwaz hairan. Inilah kali pertama dia dengar repot yang macam ni.
Aireen angguk. “Itu yang I tak puas hati tu.” Dia pandang
tangan Fawwaz yang melekat di lengan blazer yang dipakainya. Haish tangan dia
ni, suka sangat merayap. “I bukan tak nak senyum, I just tak nak diaorang pijak kepala.” Sambung Aireen lagi.
Fawwaz senyum segaris. “Salah tu,”
Aireen jongket kening. “Jadi apanya yang betul?” Berkerut
sudah dahinya.
“Zaman sekarang ni kan, apa yang kita rasa elok dan
betul, tak semestinya dianggap elok dan betul di mata orang. Orang sekarang ni,
suka sangat cari kesalahan orang. Contohnya macam sekarang ni lah. Bila you tak
senyum, orang cakap yang you sombong. Bila you senyum pula, orang mungkin akan
cakap yang you tak ada perasaan lain. Asyik senyum aje memanjang. Kan?”
Selendang isterinya yang senget di bahu, dibetulkan.
Aireen angguk. Apa yang terluah dibibir Fawwaz tadi
tersangatlah betul. Orang sekarang ni suka sangat burukkan sesuatu yang betul
dan betulkan sesuatu yang buruk. Selalu tak puas hati dengan apa yang dimiliki
orang lain. Tengok macam akulah, aku tak senyum pun dah boleh jadi isu negara!
Tak ke gila tu.
“Jadi, apa yang kita perlu buat sekarang ni adalah.. Just be yourself. Pedulikan apa orang
nak kata pasal you. Kelebihan dan kekurangan you takkan sama dengan orang lain.
Sebab itulah manusia ni diciptakan berpasang-pasangan. Kekurangan isteri
ditutupi dengan kelebihan suami, dan begitu juga sebaliknya.” Fawwaz senyum.
Suka dia bila isterinya tekun mendengar setiap patah bicaranya.
“Jadi diri sendiri?” Aireen menyoal sendiri.
Fawwaz angguk. “That
because, I love you just the way you are.” Fawwaz kenyitkan sebelah matanya
pada Aireen sambil tersenyum. Dia bangkit kemudiannya, “Dah, jom.” Ajaknya.
Aireen terpinga-pinga. “Pergi mana?”
Fawwaz capai tangan Aireen dan berdirikan isterinya yang
lagi duduk itu. “Lunch. I datang sini
memang nak ajak you lunch pun.”
P/s : Kenapa aku rasa macam nak stopkan cerita ni sampai part 40 je? Any idea?
jangan!! stopkan citer ni!!
ReplyDeletehuhuu.. tak janji (:
Delete