Aireen senyum. Sesekali
udara di negara orang ini dihirupnya. Sangat melegakan otak. Dia berdiri di
balkoni di mana tempat penginapan mereka sepanjang berada di bumi arab ini. Dalam
hatinya tak putus-putus mengucapkan syukur pada Illahi kerana mengabulkan
doanya selama ini. Mengerjakan umrah bersama suami sememangnya menjadi impian
Aireen Humaira semenjak dahulu lagi.
Pintu gelangsar ditutup selepas puas menghirup udara
segar. Langsir juga ditarik supaya menutupi pintu gelangsar. Kakinya melangkah
ke katil. Direbahkan tubuhnya di atas katil.
“I baru on
telefon, dapat mesej dari Ham yang Nis dah selamat bersalin tiga hari lepas.”
Beritahu Fawwaz yang lagi tersenyum memandang skrin telefon.
“Really?
Alhamdulillah.” Aireen senyum. Nisa dah selamat melahirkan anak mereka pun dia
dah rasa bersyukur. Sekurangnya, Nisa adalah peneman selepas ni kalau-kalau
Ilham outstation. Tak adalah minah tu
duk bergesel dengan aku lagi dah.
Aireen pandang suaminya pula. Bagus betullah laki aku ni.
Esok nak balik Malaysia, hari ni baru dia buka telefonnya? Hah cakap orang, kira
baguslah tu. Ada juga niat dia nak on
telefon. Dari aku.. Dari sampai Makkah ni sampai nak balik Malaysia dah esok,
niat nak buka telefon pun tak ada. Telefon dia simpan kat mana pun dia tak
ingat dah!
“Baby boy.
Comel..” Sambung Fawwaz lagi. Tersenyum-senyum bibirnya bila melihat gambar
bayi lelaki yang dihantar Ilham padanya. Nak buat aku cemburulah tu!
“Tahu..” Balas Aireen malas. Dia mengantuk, tapi matanya
tak nak lelap. Tak tahulah kenapa. Mungkin dah tak sabar nak balik Malaysia.
Tapi dia rindu bumi Makkah ni! Rasa macam sayang pula nak balik Malaysia.
Fawwaz toleh pandang isterinya. “Tahu? Dari mana?” Berkerut-kerut dahi dia menyoal. Sebab setahunya, isterinya tak ada belajar ilmu menilik orang.
Aireen mendongak. Gulp! Alamak, dia dah terlepas
cakaplah. Lantas dia tersengih. “Teka sendiri.”
Fawwaz pandang isterinya tak percaya. “Iya ke ni?”
Soalnya tak percaya. Nadanya pun dah tak percaya. Matanya dikecilkan. Mencari
kepastian.
“Hmm..” Aireen garu dahinya. Dia duduk dan bersandar di
kepala katil. “Actuallykan, Nis buat scan jantina baby senyap-senyap.”
Lambat-lambat ayat Aireen terluah. Dia takut nak pandang suaminya. Takut kalau
suaminya marah sebab dah berkomplot dengan Nisa.
“You teman dia?”
“Ehh tak!” Potong Aireen laju. “Sumpah.” Dia angkat
tangan tanda bersumpah. “Nis yang beritahu I pasal tu. And dia cakap jangan beritahu sesiapa.” Aireen telan liur.
“Bila kauorang dapat tahu?”
“Bulan lepas.”
Nampak Fawwaz menggeleng. “Tak baiklah berkomplot dengan
orang. Kan dah kena tanggung sekali dosa si Nis tu.”
Aireen menunduk. “Tahu. Habis I dah terlanjur janji
dengan dia, kan.” Dia bermain dengan jemarinya.
“Dah. Lain kali jangan buat lagi. Kalau nak buat juga, atleast biar I tahu sekali. Biar kita
sama-sama kongsi dosa.” Gelak.
Aireen dah melongo kat situ. Apakah?
SAMPAI sahaja di Malaysia,
mereka terus pulang ke rumah. Mereka berehat di rumah selama dua jam sebelum
bergerak ke rumah Nisa dan Ilham. Nak tengok baby baru. Penat lelah yang
melekat di tubuh semuanya hilang bila niat nak tengok baby lebih menguasai
diri.
Sampai sahaja di rumah pasangan tu, mereka disambut oleh
Ilham dengan senyuman. Nampak wajah ceria lelaki tu. Ilham dan Fawwaz
berpelukan seketika sebelum lelaki itu menjemput kami ke dalam rumah.
“Lebar betul senyuman kau.” Usik Aireen. Dia pandang
keliling rumah. “Mana Nis?” Soalnya. Tak sabar betul nak jumpa minah tu.
“Nis ada kat atas. Pergilah naik tengok. Ajak Nis turun
sekali.” Suruh Ilham. Lepastu dia terus berbual dengan Fawwaz. Banyak betul
cerita dua lelaki ni. Tak pernah habis gamaknya.
Aireen panjat anak tangga. Tiba di satu pintu yang
terbuka, kepalanya dijengahkan masuk ke dalam. Nampak seorang wanita tengah
mengendong bayi di atas katil. “Nis?” Panggil Aireen. Kotlah orang lain ke.
Memang dia cabut terus turun bawah. Ingat dia ni berani sangat ke?
Nisa menoleh. Tersenyum melebar sampai ke telinga wanita
tu bila nampak kawan baiknya di pintu bilik. “Weh, Reen! Masuklah.” Ajaknya.
Nak melompat macam selalu bila dah lama tak jumpa, dah tak boleh dah.
Aireen menapak masuk. Dia duduk di hujung kaki Nisa.
Nampak Nisa tengah susukan anaknya tu. Comel aje aku tengok. “Dah jadi mak dah
kau sekarang eh. Dulu nerd je aku tengok.” Usik Aireen sambil mengekek ketawa.
Nisa gelak. Perlahan ajelah dia gelak kali ni. Nak gelak
kuat-kuat tak boleh. “Ceh, ada penghinaan kat situ.” Balasnya sambil senyum.
Dia tutup selakan bajunya. Bayi dalam dukungan diserahkan pada kawannya.
Aireen sambut bayi itu tanpa rasa kekok. Mungkin lepas
dah selalu pegang anak Along dan anak abang iparnya, rasa kekok tu berjaya
dikikisnya. “Nama apa ni weh?” Sambil mencium dahi baby lelaki dalam
gendongannya. Wangi. Bau syurga.
“Muhammad Fakhrul Aiman.” Beritahu Nisa dengan bangganya.
“Panggillah apa yang kau nak panggil.” Tambahnya lagi lepas tu. Jangan panggil
dengan nama yang pelik-pelik sudahlah. Memang tak cukup tanah nanti Aireen
lari.
Aireen angguk. Kali ni, pipi Fakhrul pula diciumnya.
Kenapa comel sangat ni? “Diaorang yang lain dah datang tengok?” Tanya Aireen.
Nisa angguk dua kali. “Dah. Hari aku bersalin tu, diaorang
terus datang hospital.” Balas Nisa. Dia capai tudung segeranya yang tersangkut
di kepala katil. Tudung itu disarungkan di kepala. Nasib baiklah dia memang dah
pakai baju lengan panjang.
“Kau pantang kat sini ke?” Tanya Aireen lagi. Mata
pandang Fakhrul sementelah telinga pada Nisa. Aireen memang suka budak-budak.
Sama macam Fikri dan Ishalah. Tapi tak adalah suka sangat macam dua manusia tu.
“Ha’ah. Dah mak aku dengan mak Ham gaduh pasal tempat aku
nak berpantang. Sudahnya, Ham suruh aje aku pantang kat rumah. Habis cerita.”
Terang Nisa. Dia bangkit. Bersedia nak turun. Macam tak seronok pula kalau
Fawwaz masih lagi tak tengok wajah anaknya. Takkan lelaki tu nak masuk bilik
pulak kan?
Aireen gelak. Macam tu pun boleh bawa gaduh juga ke?
Lawak. Dia juga ikut sama bangkit dengan berhati-hati. Pintu bilik mereka tuju.
Anak tangga dituruni mereka satu demi satu sehinggalah sampai ke tingkat bawah.
Ilham bantu Nisa duduk sementara Aireen ambil tempat
di sebelah Fawwaz. Fakhrul masih lagi dalam gendongannya. “Aku bawa Fakhrul
balik boleh tak?” Tanyanya selamba. Comel gila weh. Macam nak culik aje.
Dengar Ilham dengan Fawwaz gelak. Jelingan dari Nisa,
Aireen balas dengan sengihan. Tahu, tak boleh. “Aku penat mengandung bawa dia
ke hulu ke hilir, bersalin lagi, sesenang kau aje nak bawa dia balik.” Nisa dah
cekak pinggang.
“Ehh, kalau aku bawa dia balik pun kau boleh buat apa
aje? Nak lari kejar aku?” Aireen gelak. Fakhrul sekali lagi digomolnya.
Nisa jeling kawannya sekali lagi. Langsung tak makan hati
dengan bicara Aireen Humaira ini. Dia dah lama berkawan dengan wanita ini.
Segala perilaku dan kerenah wanita ini sudah ada dalam kocek kehidupannya.
“Ni siapa yang masak?” Tanya Nisa pada Ilham bila matanya
terpandang mee goreng atas meja dihadapan mereka. Sebab setahunya, Ilham tak
masak makanan selain nasi dan beberapa lauk-pauk untuk hari ini. Takkan Aireen
dengan Fawwaz yang bawa kot?
“Fa yang masak. Biy tolong tengok aje.” Beritahu Ilham
sambil tersengih. Tak sangka pula dia yang Fawwaz boleh masak mi goreng. Sebab
setahunya, lelaki tu memang tak suka dengan mi goreng.
“Kau masak? Pandai pula.” Nisa gelak. Tak tahu pula dia
yang suami Aireen ni pandai memasak.
“Kau pertikaikan kebolehan memasak aku ke apa ni?” Tanya
Fawwaz dingin. Ingat orang perempuan aje ke yang pandai masak? “Kalau aku tak
pandai masak, memang mati kebulurlah laki kau ni masa belajar dulu,” Tambahnya
lagi. Ilham gelak.
“Tak cakap pun. Aku hanya bertanya.” Ujar Nisa. Dia sandarkan tubuhnya di kepala sofa. Pandang Aireen
yang masih lagi menggomol anaknya. Yang ajaibnya, anaknya langsung tak
merengek. Masa dia dengan Ilham gomol budak tu, bukan main kuat dia teriak.
Aireen pandang Fawwaz di sebelah. “Nah! Pegang ni kejap.
Orang nak makan.” Sambil hulur Fakhrul pada Fawwaz. Tergoda pula dia bila nampak mi goreng depan mata. Sebab kat rumah, Fawwaz memang jarang goreng mi ni. Itu yang terliur.
Fawwaz yang tengah pegang cawan di tangan, pantas
letakkan cawan tu atas meja dan sambut huluran isterinya. Berhati-hati dia
gendong Fakhrul. Sekarang, dia pula yang ambil alih menggomol Fakhrul.
“You dah makan belum?” Soal Aireen pada Fawwaz yang lagi
tersenyum pandang Fakhrul.
“Belum. Lepas you sudah makan nanti, I makan lah.”
Ujarnya. “Atau, you nak suapkan I?” Selambanya bersama senyuman nakal.
“Kenapa? Tak boleh ke I suapkan you? Salah?” Aireen
jongket kening. Urat mi goreng dipusingkannya dengan bilah garfu. Bila gulungan
mi dah membesar, dia sumbat masuk mulut. “Serius ni dia masak?” Tanya Aireen
pada Ilham.
Ilham angguk. “Kenapa? Mesti tak sedap kan?”
Aireen senyum. Kemudian dia jungkit bahu. Suruh Ilham
rasa sendiri kalau nak tahu sedap atau tidak masakan Fawwaz ni. Aireen suakan
garfu yang berisi gulungan mi goreng pada mulut Fawwaz di sebelahnya.
Fawwaz yang terpinga-pinga lantas menjongketkan
keningnya. Kenapa tetiba bagi aku?
Aireen mengeluh. Bengang dengan suaminya. “You yang suruh
I suapkan tadi kan?” Dia yang suruh, dia sendiri yang lupa. Apadaa..
Fawwaz senyum senget. Dia main-main ajelah tadi. Tak
sangka pula isterinya ambil serius. Lantas dia bukakan mulutnya. Dan tak sampai
beberapa saat, mi goreng yang dimasaknya tadi bersama Ilham, selamat masuk
dalam mulutnya. Hmm, sedap!
Sementara Nisa dan Ilham, mereka berpandangan sebelum
satu senyuman terukir di bibir masing-masing. Kalau bukan dengan rancangan
mereka, pasti dua manusia ini takkan bersatu macam sekarang. Semoga, ikatan
yang mereka bina akan kekal sehingga jannah. Amin.
**********
AIREEN terjaga dari
lenanya bila rasa tubuhnya terlampau sejuk. Bila pandang tubuhnya yang
terbaring, baru dia tahu kenapa tubuhnya terlampau sejuk sebegini. Hmm
patutlah, tak pakai selimut rupanya. Lantas selimut yang berada di hujung kaki
ditariknya sampai paras lehernya. Lega sikit.
Dia toleh pula ke kanan, nampak wajah penat Fawwaz tengah
tidur. Lengan kanan lelaki itu diletakkan atas dahinya. Memang penat sangatlah
tu. Dan bila nampak di mana dia sekarang, baru dia tersedar yang dia dah berada
dalam bilik.
Bila aku masuk sini? Bukan tadi aku tengah siapkan kerja
kat ruang tamu ke? Takkan aku tertidur kat sofa kot. Dah tu, siapa yang angkat
aku? Fawwaz?
Aireen mengeluh. Dia pandang jam, dah jam dua pagi.
Setahunya, kerja yang dia buat tadi masih belum siap. Lantas dia selak selimut
dan melunjurkan kaki ke lantai. Bersedia nak bangkit bila rasa ada tangan
menahannya dari terus berdiri. Aireen kembali duduk di katil.
“Pergi mana?” Suara itu menyoal. Aireen menoleh. Matanya
bertentang dengan mata Fawwaz. Dia nampak perlahan-lahan lelaki itu duduk dan
meraupkan wajahnya. “I baru angkat you bawa naik atas, tahu tak?”
Aireen garu lehernya. “Nak turun bawah, siapkan kerja.”
Takut-takut dia menjawab.
“Kalau I tak kasi?”
Aireen mendengus. “Kena kasi juga.” Dia pandang Fawwaz
yang tengah raupkan wajahnya itu. “You tahukan yang I tak suka tangguhkan
kerja?” Soalnya.
Fawwaz angguk. “I tahu, tapi janganlah workaholic sangat, sayang. Kesihatan tu
kena jaga jugakan? Nanti dah sakit macam mana?” Lembut bicara Fawwaz. “I pun
banyak juga kerja,” Dia senyum. Sengaja tidak mahu menyambung ayat seterusnya.
Fawwaz rebahkan tubuhnya kembali. Selimut ditarik
sehingga paras pinggangnya. Dia kemudiannya menepuk pula bantal Aireen yang
masih kosong tanpa penghuni. Cara halus menyuruh isterinya kembali berbaring
dan tidur.
Aireen mengeluh. Dia lupa satu hal bila dia sudah
berkahwin ini. Dia bukannya masih bujang lagi untuk tidur jam empat lima pagi.
“Okay, fine.” Dia rebahkan juga
tubuhnya.
“Come.. Hug me, my
dear.” Fawwaz letak tangannya di pinggang isterinya.
“Huh, no!”
Tentang Aireen. Dia ada bawa bantal peluknyalah. Buat apa nak peluk suaminya
lagi?
Fawwaz menggeleng. Lantas tubuh yang terbaring sama
di sebelahnya itu ditariknya merapat ke arahnya. Tubuh isterinya dipeluk erat.
“Tiada jawapan no kalau I bagi
arahan.” Tambahnya bersama mata yang mula dipejamkan. “Good night, sayang.” Ucapnya.
Tanpa sedar, Aireen tersenyum.
Awwww,sawitt ahhh
ReplyDeletehahaa,, lolz (:
Delete