Pages

Search This Blog

31 Aug 2015

Pearl - #1



Dia hanya memandang pemandangan tasik buatan di hadapannya. Hampir satu jam dia berada di sini. Hanya duduk di bangku tanpa berbuat apa-apa. Keluhan berat dilepaskan.

            Tujuannya ke sini hanya satu. Mahu melepaskan kerinduan yang sarat dijiwa pada seseorang. Seorang atau dua orang? Entah dia tidak tahu. Tapi apa yang pasti dia sangat merindui keduanya. Sangat berat untuk meneruskan hidup tanpa orang yang dicintainya disisi. Sangat berat.

            Air matanya yang gugur diseka pantas bila merasakan kehangatan tubuh seseorang disebelahnya.

            “Just cry. I know you hurt by someone.” Ucap lelaki disebelahnya.

            Pearl senyum hambar. “I’m not,” Rasa terluka itu sudah lama dia hapuskan. Tak ada gunanya lagi meneruskan hidup dengan rasa terluka itu.

            “Jadi?”

            “Aku hanya.. Merindui seseorang.” Dia angguk lemah.

            “Hanya seorang? Bukan dua?” Soal Syahrain Akmal.

            Pearl hanya mendiamkan diri. Biarlah dirinya sahaja yang mengetahuinya. “How on earth you know I'm here?” Soalnya pada Akmal.

            Akmal senyum. Dia pandang Pearl disebelahnya. Sungguh dia mengaku, wanita disebelahnya ini sangat tabah. Tabah menempuh tempoh tujuh tahun yang penuh dengan rasa terluka. Dilukai oleh seseorang yang dicintai sangat menyakitkan.

            “Kau hanya akan melepak kat sini saja.” Jawabnya kemudiannya. Hanya tasik buatan ini sajalah tempat Pearl melepaskan segala tekanannya juga rasa rindunya.

            Pearl pandang sekeliling. Lehernya dipanjangkan mencari seseorang. “Mana Dahlia?” Tanyanya pada Akmal. Dia pandang pula jam di pergelangan tangan. Sudah jam lima empat puluh enam minit petang.

            Akmal senyum. “She’s on the way,” Jawabnya.

            Pearl angguk dan keadaan diam lagi selepasnya.

            “Kau tak cuba cari diaorang?” Soal Akmal tiba-tiba. Segalanya mengenai Pearl Citra ini sudah dia ketahuinya. Bukan sahaja dirinya, Dahlia juga mengetahui tentang itu.

            Pearl mengeluh. Dia tahu Akmal memandangnya. “Buat apa nak cari orang yang dah tak sudi dengan kita kan?” Soalnya lemah. Bibirnya ukir senyuman pahit.

            “It has been seven years, Pearl.” Keluh Akmal.

            Pearl hanya diam. Dia tahu, sudah tujuh tahun sejak kejadian yang merubah kehidupannya itu berlaku. Dia menunduk. Memandang sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya. Sebentuk cincin yang sangat cantik. Sebentuk cincin yang tidak pernah dia tanggalkan dari jari manisnya semenjak kejadian tujuh tahun yang lepas itu berlaku.

            “Takkan kau nak hidup sendiri?”

            Pearl pandang Akmal. “Kenapa kalau aku hidup sendiri?” Laju dia memintas pertanyaan Akmal. Mati ke kalau dia hidup sendiri?

            “Aku hanya nak tengok kau bahagia, Pearl.”

            “Aku dah bahagia dengan kehidupan aku sekarang,”

            “You need your husband. You need your daughter, Pearl.

            “I don't need them,” Ucapnya perlahan.

            Akmal mengeluh. Susah bila bercakap dengan manusia yang keras kepala macam Pearl Citra ini. Sudahnya dia hanya membiarkan sahaja suasana sepi menyelubungi mereka sehingga Dahlia tiba bersama seorang kanak-kanak perempuan.

            “Assalamualaikum,” Bersama pelatnya, Ain Amani memberi salam. Dahlia tersenyum melihat anaknya.

            “Waalaikumussalam,” Jawab Akmal ceria. Dia menarik Ain dan didudukkan Ain diribanya. Ikatan rambut bertocang dua yang longgar diketatkannya. “Salam Auntie Pearl, sayang.” Suruhnya pada Ain.

            Pearl senyum bila melihat Ain menghulurkan tangan padanya. Dengan senang hati dia menghulurkan tangannya untuk disalami Ain. Tersentuh hati keibuannya bila melihat Ain mengucup tangannya.

            “Pergi mana lambat sangat?” Tanya Akmal pada Dahlia.

            “Anak you nilah. Nak aiskrimlah, nak coklatlah, nak gula-gulalah. Bila beli bukannya nak makan. Bikin frust saja.” Dia menjeling Ain yang lagi mengunyah sandwich telur ditangan.

            Akmal senyum. Susah betul jadi perempuan ni. Nafsu banyak sangat. Semua benda dia mahukan. Tapi di penghujung nanti, benda yang dia mahukan itulah yang dia tak nak. Macam Ain Amani inilah.

            Sementara Pearl hanya memandang keluarga bahagia disebelahnya. Dia memandang Ain Amani yang lagi khusyuk dengan sandwich telurnya. Langsung tidak berkutik dengan omelan Ibu dan Ayah disebelahnya.

            Dia mengeluh. Setiap kali dia memandang Ain pasti dia akan mengingati anak perempuannya. Umur Ain dan anak perempuannya, Amanda hanya berjarak setahun sahaja. Jika dia masih hidup disisi anaknya itu, pasti dia akan memperkenalkan Amanda pada Ain.

            Tanpa dia sedari, ada sebuah keluhan terbit dibibirnya. Keluhan yang sangat berat. Dan tanpa disedarinya juga, ada air mata jatuh mencemari pipinya.

            “Kenapa Auntie Pearl nangis?” Suara Ain kedengaran sekaligus menyentakkan Pearl dari bayangan kisah lamanya. Pantas sahaja dia menyeka air matanya dan tersenyum pada Ain.

            “Dah Ain tak kasi Auntie Pearl sandwich tu, itu sebablah Auntie Pearl nangis.” Ujarnya berbohong. Dia senyum pada Ain yang menunjukkan riak wajah bersalahnya.

            “Err,,” Ain pandang sandwich telur ditangannya sebelum pandang Pearl disebelahnya. Perlahan-lahan dia menghulurkan sandwich yang tinggal lagi sedikit mahu habis pada Pearl. “Nah, sorry. Ini saja yang tinggal,”

            Pearl senyum sebelum menggosok kepala Ain. Perlahan dia menggeleng. “Ain makanlah. Auntie boleh beli lain nanti,” Ucapnya. Dia menyuakan sandwich telur itu pada mulut Ain.

            “Auntie..” Pearl menoleh. “Jom kita jalan-jalan kat sana,” Ain menunjuk pada satu arah. Pearl melihat arah yang ditunjukkan Ain itu. Dia tersenyum bila melihat satu taman yang penuh dengan bunga tidak jauh dari tempat mereka mengambil angin petang.

            “Jom..” Pearl berdiri. Dia hulurkan tangannya pada Ain, menunggu kanak-kanak perempuan yang comel itu menyambut huluran tangannya. Bila tangan mereka sudah bertaut, pantas mereka melangkah ke sana.

            “Acting like Ain is your daughter, Pearl.” Sempat Dahlia bersuara sebelum wanita itu melangkah.


            Pearl berhenti dari melangkah sebaik sahaja mendengar suara Dahlia. Dia menoleh pada wanita itu. Perlahan nafas dihembus. Matanya sudah kabur dia rasa saat ini. Dia mengukirkan senyuman pada Dahlia dan Akmal. “Thanks,” Ucapnya tanpa suara.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai