DAMIA buka mata.
Silauan yang menusuk matanya buatkan dia kembali pejam mata. Mata tu ditenyeh
sebelum dibuka perlahan-lahan. Kepalanya yang rasa berdenyut-denyut dia picit.
Kenapa aku pening sangat sekarang ni? Kepala digelengkan.
Dia duduk dibirai katil. Mata meliar
pandang keliling. Kat mana ni? Cop! Macam kenal. Ni bukan kat bilik dia ke?
Bila dia sampai rumah? Bukan tadi dia, June dengan Zulaikha lawat kawan mereka
dihospital ke? Ke.. Dia tengah mimpi?
Sah! Mimpilah ni. Aku rindu rumah ni
agakya. Tu yang sampai boleh termimpi ada dalam rumah sendiri. Takkanlah
Iskandar nak bawa dia baik rumah kalau kat rumah keluarga dia,
berbondong-bondong sepupu dia melepak kat sana! Berbondong-bondong eh, Mia?
Hahaa
“Hmm.. Tak apalah. Mimpi pun seronok
gak. Tak adalah aku makan hati tengok drama Is dengan Kak Najwa tu.” Gumamnya
sendiri. Damia pandang jam. Dah pukul enam setengah. Ni kalau kat alam realiti,
mesti dia dah berlari masuk bilik air sebab tak solat Asar lagi. Nasiblah ada
dalam alam mimpi. Damia sengih. Dia landingkan
balik tubuh atas tilam. Selimut ditarik. Sambung tidurlah.
Telinga tangkap bunyi pintu dibuka
dari luar. Dan Damia.. Buat tak tahu. Jalan cerita seterusnya dalam mimpi dia
ke? Ohh.. Prince Charming dah sampai
nak cium aku supaya aku sedar dari mimpi ke? Aha, takkan aku biarkan. Nak cium
aku tu boleh. Tang nak sedarkan aku dari mimpi tu.. Maaflah brader.
Damia pejam mata bila selimut yang
tutup seluruh tubuhnya diselak. Dia tahan senyum dalam hati. Cepatlah cium aku.
Even kau cium aku sekalipun, aku
Damia Aleesya takkan sedar dari mimpi punya.
Damia tunggu dengan sabar. Dalam hati dah mengira masa. Dah lebih sepuluh saat, siap dia ulang lagi saat tu, Prince Charmingnya masih belum cium dia. Apahallah kau lambat sangat ni, wahai putera? Aku dah ketagih ciuman kau ni. Tolonglah cium aku..
Tapi apa yang dia dapat tak seperti
yang dia harapkan. Lain yang diharapkan lain pula yang dia dapat.
Damia rasa satu tapak tangan melekap
di dahinya. Kemudian tapak tangan tu turun pula pada lehernya. Lepastu dia
dengar suara seseorang seperti tengah mengomel seorang diri.
“Sepatutnya dah sedar ni. Lamanya
pengsan. Risau aku.”
Telapak tangan tu beralih pula pada
denyut nadi di pergelangan tangan Damia. Damia jadi pelik. Suara tadi tu, macam
dia selalu dengar. Macam suara..
Dia buka mata. Figura pertama yang
dia nampak adalah wajah Iskandar. Dahi lelaki tu tengah berkerut. Nampak risau.
Tak ada senyuman langsung. Bila mata mereka bertentang barulah senyuman manis
yang tersembunyi tadi dikeluarkan.
“Alhamdulillah.. Sedar pun. Lamanya
pengsan.” Rambut yang menutupi sebahagian mata isterinya, Iskandar selak ke
belakang telinga. Dia bantu isterinya duduk. Tangan Damia dia genggam.
Damia toleh pandang sekeliling.
Matanya mencari-cari sesuatu. Mana Prince
Charming aku? Bukan tadi dia ada kat sini ke? Mana pula dia menghilang
tiba-tiba ni?
Iskandar jadi pelik. Dia pegang pipi
Damia. “Cari apa ni?” Lembut nadanya menyoal.
“Kat..” Damia berdehem. Betulkan
suara serak dia yang baru terjaga. “Dekat mana ni?”
“Dekat rumahlah, sayang.” Iskandar
hadiahkan senyum. Takkanlah baru sedar dari pengsan dah tak tahu sekarang kat
mana? Kronik sungguh pengsan Damia ni. Jangan dia lupa yang aku ni suami dia
dah ler..
“Macam mana boleh sampai sini?”
“Last
baby ingat, baby ada kat mana?”
Soal Iskandar. Nak uji samada isteri dia ni ingat ke tidak. Kalau tak ingat,
dia dah sedia dah nak bawa Damia jumpa pakar. Beribu-ribu yang dia terpaksa
keluarkan pun dia sanggup, asalkan isterinya kembali pada sedia kala.
Damia pandang syiling. “Hospital.
Lawat kawan accident.”
Iskandar senyum. Alhamdulillah untuk
itu. Damia masih ingat. Betullah tu dia ada kat hospital tadi. Tapi tak tahu
pula yang Damia dengan geng dia menapak sampai hospital sebab melawat kawan
kemalangan. Ingatkan ada kerja luar universiti ke.
Tapi.. Ohh.. Damia bebetul marah
pada dia ke pasal hal malam tadi? Sampai tak beritahu langsung dia pergi
hospital tadi.
Iskandar senyum. Biarlah hal tu
tergantung macam tu aje. Tengok gaya Damia pun macam tak nak kupas lagi dah isu
malam tadi. “Baby pengsan kat
hospital. Ika call boboy suruh ambil baby kat sana.”
Damia angguk. Dia pengsan rupanya.
Okay. “Macam mana boleh pengsan?”
Iskandar jungkit bahu. “Don’t know. Tapi doktor ada cakap yang baby kurang gula dalam darah.” Dan
stres. Sempat dia sambung ayat seterusnya dalam hati.
Damia angguk. Kurang gula dalam
darah rupanya. Hmm.. Dia ingat balik apa punca kurang gula dalam darah. Tapi
dia tak jumpa satu pun punca yang kena dengan batang hidung dia. Apa yang buat
aku jadi kurang gula dalam darah?
Setiap hari kot aku makan gula.
Dalam beg tangan aku, bersepah gula-gula. Dalam peti sejuk, berlambak coklat
Van Houtan. Tak nampak lagi dalam kabinet dapur, berbotol-botol madu yang ibu bawa
balik masa ibu dengan ayah pergi umrah tahun lepas.
Tapi macam mana pula yang dia boleh
kurang gula dalam darah? Peliklah.
Damia bangkit. Rambut yang panjang
mengurai tu dia luruskan sebelum capai getah rambut dan ikat rambut jadi
simpul.
Iskandar yang hanya jadi pemerhati
makin pelik. “Pergi mana?” Tanyanya.
“Ambil wudhuk. Tak Asar lagi ni.”
Dia masuk dalam bilik air. Dia angkat wudhuk dengan sempurna. Kemudian buka
pintu bilik air dan melangkah keluar. Dia baca pula doa lepas wudhuk. Ampaian
yang bergantung sejadah dan telekung dia hampiri. Telekung warna biru muda
hadiah dari Iskandar tahun lepas, dia sarung. Lepastu, solat Asar didirikan.
Iskandar hanya pandang isterinya. Kejadian
malam tadi, disaat dia menarik Kak Najwa dalam pelukan, bertujuan nak redakan
kesedihan Kak Najwa buatkan hati Damia terhiris. Bukan tu aje, dia siap boleh
tinggikan suara lagi pada isteri dia. Benda yang tak pernah dia buat sepanjang
dia mengahwini Damia.
Dan pagi tadi.. Bila sedar yang
Damia pergi universiti naik teksi makin hati dia dapat rasa kekecewaan yang
Damia rasa. Bukan dia tak nampak apa yang Damia buat pagi tadi. Walaupun kelas
mereka mula pukul sembilan setengah, pukul lapan pagi lagi Damia dah bersiap
terlebih dahulu. Ya. Tanpa kejutkan dia sekali.
Iskandar hanya mampu pandang dari sliding door biliknya kepergian Damia
masuk dalam teksi. Mengeluh dia masa tu. Apa dia dah buat? Sungguh dia tak
sedar.
Telefon yang berdering dari atas
meja sebelah katil dia capai dan terus jawab tanpa pandang gerangan si
pemanggil. Tak nak kacau kekhusyukkan isteri dia menyembah Allah Yang Esa.
“Hello assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Is..” Iskandar
pandang skrin telefon. Kak Najwa! “Ye, kak?” Dia pandang Damia yang berteleku
tengah berdoa.
“Is ada kat mana?”
“Kenapa, kak?” Jawab Iskandar dengan
soalan. Gila kau nak beritahu dia ada kat rumah. Dibuatnya Kak Najwa datang
sini. Naya hidup dia.
“Tak adalah. Is still ada kelas lagi ke sampai tak balik lagi. Mia pun sama juga
ke?”
Iskandar ketuk dahinya. Apa aku nak
goreng ni? “Err.. Ha’ah. Kita orang ada kelas lagi, sampai malam. Balik lambat
lagilah kak.”
“Ohh.. Tak ada apalah. Just nak kasitau yang Koko makin pulih.”
Beritahu Kak Najwa. Iskandar gigit bibir atas dia. Matanya bertentang dengan
mata Damia yang tengah buka telekung. Dia senyum pada Damia. Tapi tu lah. Damia
tak balas senyum dia. Kecil hati dia rasa.
“Ohh ye ke?” Hanya tu aje yang boleh
keluar dari mulut Iskandar. Serius, dia mati idea. Tak tahu nak cakap apa.
“Hmm apa kata kalau akak datang uni
kau orang?”
“Ehh, nak buat apa?” Laju Iskandar
tanya.
“Sajelah melawat universiti kat
sini.”
“Lah, kak. Semua uni sama ajelah.
Ada letcurer, ada kelas. Ada
bangunan..”
“Lainlah.. Suasana setiap tempat kan
lain.”
Iskandar garu kepala. Matanya
pandang tangan Damia yang memusing tombol pintu dan melangkah keluar dari bilik
mereka. Pantas dia bangkit nak kejar langkah isterinya. “Kak.. Nanti Is telefon
balik. Okey, bye.” Dia tarik tangan Damia sekaligus berhentikan langkah tu.
Damia pusing dan menoleh. “What?” Malas Damia menyoal.
“Tungguhlah.” Dia pegang tangan tu
dan mereka berjalan saing turun ke bawah. “Nak pergi mana ni?”
Damia berfikir seketika. Kalau dia
cakap pergi mati, agak-agak Iskandar boleh terima tak? Laju dia menggeleng.
Kalau cakap macam tu, memang tinggi betullah peratus dia kena maki sekejap
lagi. Tapi, pernah ke Iskandar maki dia? Tinggikan suara marah dia tu, adalah.
Malam tadi.
Erghh! Bila fikir hal yang jadi
malam tadi, buatkan hati dia tambah sakit. Rasa macam nak menangis lagi sekali
aje. Rasa macam nak.. Kalau dia cakap nak bunuh si Najwa tu, agak-agak melampau
tak?
Tapi itulah apa yang dia rasa. Tak
salahkan kalau hutang nyawa dibalas nyawa?
“Apa yang menggeleng tu?”
Damia berhenti bila dah sampai di
lantai ruang tamu. Dia pandang Iskandar. “Bila nak balik rumah mama?” Soalnya.
Rasa macam tak elok pula bila dah janji elok-elok nak duduk rumah mama dengan
ayah sampai keluarga Mak Su Iskandar balik. Tapi sekarang apa cerita ni?
Iskandar tatap anak mata isterinya.
Isteri aku ni dah lupa ke apa yang berlaku malam tadi? Takkan sesenang itu aje
dia boleh lupa? “Kita tak balik rumah mama.” Putusnya.
Mata Damia membulat. He say what? Damia gelak akhirnya. Tak
balik rumah mama? Boleh ke Iskandar tak tengok wajah kakak sepupu dia yang terkenal tu?
“Kenapa gelak?” Tanya Iskandar tak
puas hati.
“Dah kelakar. Gelak lah.” Damia buka
langkah. Dia masuk dapur. Nak masaklah. Lapar pulak. Iskandar ikut langkah
isterinya. Masih tak faham apa yang kelakar.
“Apa yang kelakarnya?”
Damia jungkit bahu. Dia capai papan
pemotong dan sebilah pisau. Ayam yang baru dikeluarkan dari peti sejuk tempat
beku dia keluarkan dari plastik. Nak masak ayam masak kicaplah. Senang sikit.
Lepastu masak sardin dalam tin. Telur dadar pun dia goreng sekali. Memang mudah
betul makan malam mereka malam ni.
Tengah tuang kicap dalam kuali,
Damia toleh pandang Iskandar yang semenjak tadi jadi pemerhati. Bukan nak
tolong ke haper. Duduk tercongok kat
meja makan tu ingat makan malam ni boleh siap awallah?
“Saya masak simple aje boleh kan?” Sebab kepala dia masih berat lagi nak
berdiri lama-lama memasak.
Diam Iskandar buatkan Damia pelik.
Tak pernah-pernah pula dia ni diam membisu macam ni. Ni mesti ada sesuatu yang
menganggu fikiran suami aku ni. Sampai aku tanya pun dia tak jawab. Bukannya
susah pun soalan dia. Jawapannya hanya, boleh dan tidak aje.
Damia bergerak ke singki. Tangannya
dibasahkan dengan air dan direnjiskan pada wajah suaminya. “Hey!”
Iskandar gerakkan sedikit kepalanya.
Dia raup wajah yang terkena jirusan air. Dia pandang Damia. Keningnya
dijungkitkan. Nak hantar soalan, kenapa?
“Termenung kenapa? Tahu tak dah lima
muka surat lima perenggan baby
membebel? But at the end, boboy
diam.” Hah, yang bab muka surat dengan perenggan tu memang sengaja dia tambah.
Saje nak buat gimik. Baru seronok hidup. Kalau hidup sama aje keadaannya, mana
nak berseri dunia ni? Sebabtu manusia cipta muzik nak indahkan dunia ni. Tapi
tulah, zaman sekarang ni muzik semuanya melalaikan. Kecuali yang nasyid semua
tu.
Damia siap memasak. Dia tutup tudung
saji. Sekarang hanya tunggu waktu aje. Lepas Maghrib nanti, berisilah perut
yang kosong ni.
Iskandar bangkit. Dia capai tangan
Damia. Tangan lembut tu dia elus sebelum satu kucupan dihadiahkan disitu. Anak
mata Damia dia tatap. Pipi tu dia pegang. “I’m
sorry.” Ucapnya perlahan. Cukup mereka berdua aje yang dengar.
Damia jungkit kening. “Untuk?”
“Malam tadi,” Balas Iskandar
teragak-agak.
Damia mengeluh. Dia lepaskan pautan
tangan Iskandar pada pipinya. Dia dah malas dah nak dengar pasal benda yang
berlaku malam tadi. Buat hati dia sakit balik. Selama ni yang dia dengar,
perempuan yang cuba-cuba tarik Iskandar. Tapi yang berlaku malam tadi,
terbalik.
“I’m
sorry.” Ucap Iskandar lagi bila nampak Damia seperti nak berlalu pergi. Dah
malas ke nak dengar kata maaf aku?
Sungguh, walaupun hati dia sakit bila
nampak Iskandar sendiri yang tarik Kak Najwa dalam pelukan dia tapi.. “Forgiven!” Damia senyum. “Dah. Jom
solat.”
Iskandar pandang kepergian Damia
dari dapur ni. Pandangan tak percaya semestinya. Tapi akhirnya dia senyum. Apa
yang dia belajar selepas kes mereka gaduh sebelum ni pasal Aida, Iskandar dapat
tahu yang kini Damia lebih senang nak maafkan orang. Sebab dia cakap, buat apa
nak marah orang lama-lama? Kan ke berdosa. Lebih-lebih lagi pada suami sendiri.
Lagi berganda-ganda dosa yang dia dapat.
Iskandar mengejar langkah isterinya
yang tengah panjat tangga masuk bilik. “Sayang.. Jangan buat pahala
sorang-sorang. Boboy pun nak pahala gak. Kita masuk syurga sesama ek.” Jerit
Iskandar sambil berlari panjat tangga.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
P/s : Ada orang nak hadap lagi ke e-novel ni?
Nak!!!!
ReplyDeleteterima kasih
DeleteNak sangat,nak tau jugak ending dia mcm mana
ReplyDeletebaiklah,
Delete