Pages

Search This Blog

25 Dec 2016

Mini Novel - Bayangan | Chapter 3


“FIE.” Panggil Laila sebaik saja Sofie melangkah. Dia memandang suaminya sebelum pandangannya jatuh pada Sofie yang memandangnya. Ditarik tangan Sofie dan dipaut tangan itu erat.

            Wajah suami kembali dicari. “I nak stay dengan Fie sampai malam karang boleh tak?” Soalnya meminta keizinan. “Luangkan masa bersama yang hanya tinggal hujung tanduk aje ni. Boleh eh?” Soalnya lagi berharap.

            Tolong jangan hancurkan harapan isteri awak yang setinggi gunung ni.

            Ikhwan memandang isterinya dan Sofie silih-berganti. Keluhan dilepaskan. Memang waktu cuti hujung minggunya dihabiskan bersendirikah?

            “I tak bermaksud nak tinggalkan you sorang diri, tapi.. ini aje masa yang I ada untuk diluangkan dengan Fie. Lepas ni, entah bila lagi...”

            Yes, you may, sayang. Potong Ikhwan pantas. Mengenali isterinya, selagi tidak mengizinkan sesuatu yang menjadi pengharapannya, pasti akan dicuba sedaya upaya untuk memujuknya supaya mengizinkan.

            “Serius? Terima kasih, sayang.” Lengan suaminya dipeluk.

            Sementara Sofie menayangkan wajah annoyingnya. “Ohh tolonglah.. aku dah penat tengok drama romatica de amour kau orang ni. Dah, jom cepat.” Dibantu Laila supaya berdiri. “Babai Ikh.”

            “Jaga isteri aku elok-elok.” Pesan Ikhwan sebelum dua wanita itu memulakan langkah mereka meninggalkannya sendiri. Tersenyum dia melihat gelagat dua sahabat itu.

            “Tak janji.”


SOFIE berpusing sebaik saja mendengar suara keluhan dari belakangnya. Ternaik sebelah keningnya melihat Laila berdiri di muka pintu bilik. “Kau kenapa berdiri dekat situ? Masuk ajelah.” Suruhnya.

            Terkedek-kedek Laila berjalan dan melabuhkan punggung di hujung katil dalam bilik tidur Sofie. Perbuatan Sofie yang lagi mengemas barang-barang sebelum dimasukkan ke dalam beg besarnya dipandang sayu.

            Are you going to leave me here, Fie?

            “Fie..” Panggil Laila meleret. Cuba menyembunyikan perasaan sebak dalam diri. Oh come onlah, siapa yang suka bila sahabat baik nak tinggalkan kita?

            “Haa..” Sahut Sofie sambil memperlahankan suara lagu di telefonnya. Kemudian tangannya kembali lincah melipat baju sebelum dimasukkan ke dalam beg besar yang akan digunakan malam nanti.

            “Kau memang tak nak balik sini dah ke?” Pertanyaan Laila itu buatkan perbuatan Sofie terhenti. Dia mengeluh perlahan sebelum memusingkan tubuh menghadap Laila.

            “Kenapa kau cakap macam tu?” Soalnya tenang.

            “Tengoklah.. sampai dua beg kau angkut nak pergi tenangkan diri. Macam dah tak nak balik sini aje aku tengok.” Mata Laila memandang dua beg besar yang terbentang di lantai bilik. Dikeliling beg-beg itu berselerak baju dan beberapa barang peribadi milik Sofie.

            Sofie tersenyum. “Aku akan balik, Lai. Aku janji.” Tangan Laila digenggam. Tangan yang membantunya berdiri saat dia lemah tak berdaya beberapa bulan yang lepas. Tangan yang akan menggosok belakang tubuhnya saat dia memerlukan satu ketenangan. Tangan yang menariknya ke dalam pelukan saat dirinya perlukan kehangatan.

            “Pastikan kau tunaikan janji kau tu, Fie.” Ucap Laila perlahan.

            “Hmm..” Sofie mengangguk perlahan. Anggukan yang.. dia tidak pasti akan tunaikannya. Aku minta maaf Laila. Mungkin jodoh kita untuk bertemu, hanya sekadar di saat ini saja.


GAMBAR-GAMBAR yang dipandang disentuh. Sesekali gambar itu diusap perlahan. Gambar dua mempelai yang duduk bersanding di pelaminan. Cantik mengenakan baju berwarna coklat tua. Tersenyum memandang kamera yang tidak berhenti merakam kenangan terindah itu.

            Aku rindu keadaan ini.

            Gambar seterusnya, gambar dua manusia. Lelaki dan perempuan. Bersama-sama duduk di atas buaian di satu taman permainan. Tersenyum bertentangan mata bersama kaki yang menghayun.

            Aku rindu keadaan ini juga.

            Kemudian, gambar yang juga manusia yang sama. Bersama si lelaki yang merakam gambar. Manakala yang perempuan lagi tertidur pulas bersama kepala diletakkan di atas meja. Wajah si lelaki yang menjengkelkan sesekali buatkan bibir Sofie tersungging senyuman.

            Sekali lagi, aku rindu keadaan ini.

            Laila yang menyaksikan air mata yang mengalir itu hanya membiarkan dari jauh. Mungkin sekarang bukan waktu yang tepat untuknya mendekati Sofie yang lagi berduka. Biarlah.. biarlah dia menangis sekarang sebelum segala kenangan itu akan dihapuskan sekejap lagi.

            Kenangan mengusik jiwa yang akan dihancurkan dengan hati yang terpaksa.
            Kenangan yang akan buatkan Sofie bangkit meneruskan hidupnya kembali.
            Kenangan yang akan terpadam, buat selamanya.
            Kuatkan sahabatku, Sofie, ya Allah.

            Berikannya kekuatan.

24 Dec 2016

Mini Novel - Bayangan | Chapter 2


Telefon yang tersadai di hadapannya dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka. Nama Laila dicari. Lantas jemari menekan papan kekunci yang tertera.
You.
Mana kau ni?
Berlecak dah ketiak aku tunggu.
            
Dua minit diperlukan untuk Sofie menunggu jawapan balas dari Laila. Hailah mak buyung. Bukan selalunya dia yang tepati masa ke? Kenapa hari ni tiba-tiba nak pecahkan rekod yang sedia ada?
Laila.

On my way.
Hubby aku ni ha, tak nak kasi aku lepas.
Rindu katanya. Auch!

            Sofie mencebik. Nak menunjuk drama romantik laki bini depan akulah tu. Ingat aku hairan sangat ke?

You.
I’m used to be in that kind of situation, you know.
Jadi aku tak peduli. Dah, cepat datang!
Aku kira sampai 10. Kau tak ada dekat sini, punggung kau jadi mangsa.
Laila.
Arasso, captain!

            Telefon kembali diletak di atas meja. Tea latte di atas meja ditarik mendekat. Tea latte yang sudah dimasukkan gula sebentar tadi dikacau perlahan. Minuman kegemarannya setiap kali Secret Recipe menjadi tempat perutnya diisi penuh.

            Sembilan minit menunggu, akhirnya tiba juga mak buyung bersama suami kesayangan di sisi. Tersengih-sengih berjalan mendekati meja yang didudukinya.

            “Hai Fie.” Sapa Ikhwan ramah. Kemudian dibantunya Laila untuk duduk di kerusi berhadapan dengan Sofie. Tersenyum pasangan itu sebaik saja Laila selamat mendaratkan punggung di kerusi.

            “Hai balik.” Balas Sofie. Dia mengenali Ikhwan sewaktu di sekolah menengah. Dan melalui dirinya jugalah Ikhwan berkenalan dengan Laila yang merupakan sahabat baiknya. Tidak disangkanya Sofie, pertemuan pertama dua manusia di hadapannya ini telah membuatkan terbitnya satu perasaan aneh dalam hati masing-masing.

            Lantas mereka diijabkabulkan hujung tahun lepas. Dan kini, sedang menunggu untuk melahirkan anak yang dikandung lambang kesucian cinta mereka berdua. Auch, klisenya ayat!

            “Kau nak jumpa aku hari ni kenapa?” Tanya Laila langsung pada tujuan asal. Mengacau saja Cik Puan Sofia Natasya ni. Tidak tahukah ini hari minggu. Harus dihabiskan bersama suami tersayang.

            Sofie senyum memandang dua kawan di hadapannya. Dikuatkan hati untuk menjawab pertanyaan Laila. “Ini mungkin pertemuan kita kali terakhir, Lai. Lepas ni, entah bila lagi kita dapat berjumpa macam ni lagi.” Tenang nadanya menyampaikan maksud tersirat.

            Berkerut dahi Laila mendengar. Dia berpandangan dengan suaminya buat seketika sebelum masing-masing kembali memandang Sofie. “Maksud kau?” Sudah dirasa perasaan yang tidak enak dalam hatinya.

            Fie, jangan kata kau..

            Sofie menyandarkan tubuhnya di kerusi. “Aku akan terbang ke Switzerland malam karang.” Bibirnya mengukirkan senyuman. Wajah cuba beriak tenang.

            “Fie..” Statik pandangan mata Laila melekat pada mata Sofie. Dia hilang kata. Masih cuba menghadam fakta yang diperdengarkannya saat ini.

            “Kau melawak, kan?” Soal Ikhwan mengambil alih tempat isterinya. Sebegini hancurnyakah perasaan Sofia sehingga mahu membawa diri sampai ke negara orang?

            Sofie menjongketkan bahu.I wish, I could say that I’m kidding. But, I’m not. Wajah manusia di hadapannya ditatap. “Aku minta maaf.”

            “Tapi kenapa?”

            “Aku nak cari diri aku. Nak cari ketenangan yang hancur. Nak cari semangat yang hilang.” Jawapan yang dihafalnya tadi sebelum ke sini, diucapkan. Biarlah Laila dan Ikhwan mengetahui punca dia mahu membawa diri hanya kerana hal itu.

            Kebenaran tidak akan dibongkarkannya saat ini.

            “Sampai bila?”

            Sofie sekali lagi menjongketkan bahunya. “Sampai aku jumpa apa yang aku nak.” Dia senyum saat melihat mata Laila yang seperti menginginkan jawapan yang spesifik. Lantas dia kembali bersuara, “Mungkin sebulan. Mungkin setahun. Atau mungkin untuk selama-lamanya.” Dia senyum lagi.

            “Tapi kau dah janji akan ada dengan aku waktu aku bersalin nanti.” Sayu Laila bersuara. Sofie akan mungkiri janjinyakah? Katakan tidak. Tolonglahh..

            Sofie senyum lagi. “Aku minta maaf, Lai.” Mata dikerdipkan beberapa kali. Cuba mengembalikan penglihatan yang kabur dek air mata yang bergenang. Tapi dia kalah bila melihat air mata Laila yang sudah mengalir. Air matanya juga turut sama mengalir.

            “Aku minta maaf.” Kepala ditundukkan. Aku minta maaf kerana menjadi manusia yang memungkiri janjinya, Lai. Aku terpaksa. Terpaksa untuk pergi.

           Look, who’s here?” Suara yang sangat familiar baginya. Wajah diangkat sebaik saja tangan menyeka air mata.

            Bingo!

            Wajah yang tidak asing dalam hidupnya dipandang. Apa dia buat dekat sini?

            “Hai Fie.” Sapa wanita itu.

            Sofie menjongketkan sebelah keningnya. Did I know you, miss? Or should I call you mrs?”  Nada jengkel terlepas dari bibirnya.

            Wanita itu menayangkan wajah kelat.

            Sofie memandang Laila dan Ikhwan di hadapannya. Menghantar maksud menyuruh mereka menghiraukan perempuan yang menempel tiba-tiba di sini.

            Tidak menghiraukan pandangan jengkel Sofie padanya, wanita itu terusan bersuara. “Sekarang aku tahu, kenapa kau terlalu mencintai lelaki tu,” Jeda. Is it daebak be with someone who really good on bed, right?” Sinis. “Kenapa dia buang kau ye? Oh, sebab kau tak sehebat aku semestinya.” Jawab wanita itu membangga diri.

            Sofie menggenggam penumbuk erat. Gigi diketap. Tahulah dia siapa lelaki yang dimaksudkan perempuan di hadapannya ini. “Berambus!” Ucapnya bersama nada yang ditahan-tahan.

            I will. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya mendekati Sofie sebelum bersuara, “Tapi aku sedikit kecewa tak nampak kau di majlis perkahwinan kami minggu lepas.” Dan wanita itu berlalu bersama lenggok yang hampir merobohkan amarahnya.

            “Fie..” Melihatkan wajah Sofie yang kemerahan menahan amarah, Laila mengusap tangan Sofie di atas meja. Cuba menenangkan wanita itu.

           What did I do wrong?” Soalnya lebih kepada diri sendiri. Apa salah aku pada perempuan itu? Kenapa dia sampai sanggup buat seperti ini pada aku? Kejam sangatkah perbuatan aku padanya sebelum ini?


            Sofie memejamkan matanya. Serasanya, keputusannya untuk pergi jauh dari bumi Malaysia merupakan keputusan yang paling tepat dia pernah lakukan.

18 Dec 2016

Mini Novel - Bayangan | Chapter 1


“FIE.” Namanya diseru. Pantas dia menoleh. Memandang Laila yang lagi menjamu makanan ringan di sebelahnya. Hailah ibu mengandung ni. Sudah dilarang tidak elok kalau selalu sangat makan makanan ringan ni, tetap tidak dipedulinya.

            “Kau okey ke?” Soalan dari Laila itu sedikit sebanyak buatkanya bingung. Lantas sebelah kening dijongketkan. “Maksud kau?”

            “Aku dengar kau menangis malam tadi.” Jawapan itu.. Sofie pantas melepaskan keluhan. Kenyataan yang tidak boleh disangkal sama sekali.

            “Kau mimpi benda yang sama lagi ke, Fie?” Tanya Laila risau. Dia lagi risaukan Sofie daripada merisaukan dirinya yang akan melahirkan lagi sebulan. Aci tak kalau dia cakap, Sofie lagi penting sekarang ini berbanding dirinya?

            Sofie hanya mendiamkan diri. Kenapa semua yang dia lakukan, Laila dapat hidu? Dia ada sixthsense ke apa ni?

            “Fie..”

            “Laila..” Sofie memintas. “Iddah aku masih ada lagi tiga minggu, kau sokong tak kalau aku pergi jumpa Fik suruh dia rujuk semula?” Entahlah, tapi itu yang terbayang di fikirannya sejak beberapa hari ini.

            “Sofia!” Jeritan Laila mampu memecahkan gegendang telinganya. “Kau gila ke apa?!” Sekali lagi jerita itu kedengaran. “Jangan letakkan maruah kau di tempat paling terhina, Fie.” Seperti ditahan nada suara itu, Laila bersuara. “Kau nak bersama semula dengan manusia yang dah buang kau jauh-jauh, Fie?”

            Nampak Laila mengusap perut memboyotkan perlahan. Nafas Laila yang kelihatan pantas itu buatkan Sofie jadi bersalah. Perlahan dia menyentuh lengan Laila. Sorry. Tuturnya.


            Think about it, Fie. Bersusah-payah Laila bangkit untuk berdiri. Jatuh kasihannya pada wanita itu. “Kalau aku, aku tak nak bersama semula dengan manusia yang dah hempaskan hidup aku macam kaca.” Dan Laila berlalu.

Mini Novel - Bayangan | Prolog



Doa diaminkan. Tangan yang dihulur disambut sebelum dikucup penuh kasih. “Fie minta maaf, andai Fie ada sakitkan hati abang.” Tangan itu dikucup lagi. Terasa kepalanya disentuh sebelum diusap lembut.

            “Abang maafkan Fie.” Ubun-ubun si isteri dicium. “Abang pun minta maaf andai abang ada terguriskan hati Fie. Banyak salah abang pada Fie. Maafkan abang, sayang.” Tubuh genit itu ditarik melekat dalam pelukan. Belakang badan si isteri diusap.

            Sofie hanya menerima kucupan dan belaian pada wajahnya. Seolah ini merupakan kucupan dan belaian yang terakhir yang layak diberi sang suami. Tuhan, kenapa hati aku rasa tidak tenteram saat ini?

            Fikri menyembabkan wajahnya di bahu kiri Sofie. Dikucup bahu itu sebelum perlahan-lahan wajah diangkat. Bibirnya didekatkan dengan telinga si isteri. Mata dipejam rapat bersama air mata yang mengalir deras.

            Bibir didekatkan dan melekat di telinga sebelum kembali dijarakkan. Nafas ditarik buat kesekian kalinya. Berat. Lelah. Tuhan, aku tak kuat.

            Perlahan bibir terbuka sebelum bersuara, “Sofia Natasya binti Lokman, aku ceraikan kau dengan talak satu.” Air mata mengalir lagi. Pelukan terus terlerai dengan sendirinya. Wajah kekasih hati di hadapan mata ditatap.

            “Fie duduk aje dekat rumah ni, rumah ni milik Fie. Biar abang yang keluar.” Ucapnya sebak menahan tangis dari terhambur kuat. Pedih hatinya saat melihat wajah si kekasih hati yang tergamam dengan keputusannya yang drastik ini.

            Air mata yang mengalir dibiarkan mengalir. Hatinya yang sakit dibiarkan terus sakit. Jiwanya yang pedih dibiarkan terus dicarik. Inikah jawapan kepada ketidaktenteraman hati aku tadi tuhan?

            Pintu yang ditutup buatkan Sofie pantas menghamburkan air mata. Ditangisi nasibnya di waktu subuh yang hening itu. Inikah pengakhiran pada kisah percintaan mereka? Inikah yang dia dapat selama mengorbankan perasaannya?

            Tuhan, aku tidak kuat saat ini. Justeru, jadikanlah aku manusia yang kuat. Bantulah aku bangkit dari kehancuran ini.

7 Dec 2016

Mini Novel - Bayangan | Launch

Assalamualaikum,




Dah bulan December dah. Siapa dekat sini December's Baby? Okeh kita geng!

Sebelum tu, aku nak minta maaf banyak-banyak kalau entri kali ni mengampakan kalian. Tak bermaksud pun nak buat macam tu. Aku hanya nak berborak sikit aje pasal mini novel aku yang seterusnya ni, Bayangan.

Sebenarnya nak bagitahu, entah kenapa rasa macam perjalanan untuk mini novel Bayangan yang aku beritahu in previous entry terasa macam lambat sangattt. 

Ingatkan bila tengah cuti sem ni, bolehlah luangkan masa untuk menulis aje. Sebab sepanjang enam bulan duk pulun belajar ni kan otak asyik duk ingat nak menulis.

Tapi tak sangka pula bila dah sampai cuti sem ni, apa yang dirancang semua dah masuk dalam laut. Siap berenang kau. Adeh!

Serius, masa tu sangat banyak. Terluang sungguhlah waktu yang aku ada saban hari untuk menulis. Korang nak ajak aku lepak pun aku boleh. Kah!

Tapi itulah, laptop aku asyik kena curi aje dengan adik aku. Buat main games. Bila aku minta nak guna, mulalah dia cakap tengah cas. Alahai dikk.

Tapi aku curi balik laptop aku dan mula menulis. Tak kira.

Dan fikir fikir, dah hampir 14 bab aku menulis untuk cerita kali ni. Adalah dalam 83 muka surat sekarang. Fuh, berpeluh dahi menulis. Hahaa. 

Dan jalan cerita kali ni agak berbeza dengan cerita-cerita yang pernah aku karang sebelum ni. Dan perlukan banyak penggunaan internet untuk buat search mengenai jalan cerita.

Ohh, tak adalah complicated sangat. Plus, aku memang tak suka buat cerita yang buatkan otak aku nampak berat. Hehehee.

Dan aku tengah mencari masa yang sesuai untuk me-reveal-kan cerita kali ni.

Agak-agak bila yea? Have any idea? Tapi insya-Allah dalam bulan ni jugak.

P/s : Lawa tak cover kali ni? Cakap lawa plissssssss. Penat aku buat. Kah!

19 Oct 2016

Mini Novel - Bayangan | Blurb



Perkahwinan yang dibina mulai goyah saat dugaan yang hebat melanda. Saat hati dan fikiran sudah mula tidak seiring, lantas keputusan terakhir harus dibuat.

“Sofia Natasya binti Lokman, aku ceraikan kau dengan talak satu.”

Satu lafaz yang memisahkan dua jasad. Satu lafaz yang menjauhkan dua merpati. Keputusan yang dibuat tanpa berbincang itu sedikit sebanyak mengguriskan hati si gadis. Lantas keputusan untuk pergi diambil.

Saat hati terhiris, datang si kawan menghulur tangan. Membantu bangkit dari kesakitan. Tapi..

“Kenapa kau tak terima cadangan aku dulu?” - Laila

“Kahwin dengan Ikhwan? Dan jadi madu kau?” – Sofie

Sejahat-jahat dirinya, tidak mahu menghancurkan perkahwinan si kawan yang dibina. Apa yang buatnya bahagia bila melihat kawan sendiri bahagia di hadapan mata.

Sekali lagi keputusan diambil, lantas bumi Malaysia ditinggalkan. Tapi berita yang diterima sekali lagi menghancurkan dirinya.

“Congrate! You pregnant, Fie.”

Dua keputusan yang dia punya. Abortion atau terus menyimpan kandungannya. Perlukah baginya untuk menyimpan segala kenangan bersama lelaki itu saat lelaki itu lebih rela meninggalkannya sendiri?

Prinsip hidup sebaik saja dia ditinggalkan sendiri bermain-main di kepala. Padam segala kenangan tentang lelaki tak guna tu, Fie. Padamkan. Semuanya.


“Apa keputusan kau sekarang?”




Notes : I'm bad in making a synopsis. Kah! This story will be reveal soon. 

30 Sep 2016

Nota Kecil

Assalamualaikum,

Sebenarnya nak beritahu, aku ni jenis yang suka buat cerpen separuh jalan. Haha, entahlah. Mungkin sebab kekurangan idea yang buatkan aku terpaksa untuk tidak membuat sambungan sesuatu cerita tu.

Perasan tak, bila aku dah publish cerita baru kan, kalau aku cakap ada sambungan, mesti next entri bukan pasal sambungan cerita yang sebelumnya. Aku datang dengan cerita yang baru pulakkk.. Kadang-kadang tu berbulan-bulan, bertahun-tahun barulah cerita yang lamaaa tadi aku buat sambungannya.

Perasan kan?

Tapi itulah, aku ni hanya manusia biasa. Manusia normal yang tidak lari dari writer's block - tak ada idea. Atau kadang-kadang, masa aku tersangat terhad untuk buat sambungan cerita tu walaupun ideanya ada.

Saya seorang pelajar, seorang anak dan seorang hamba yang punya tanggungjawab. Dan masa yang saya ada kebanyakkannya tidak mengizinkan saya untuk menyambung cerita tu untuk tatapan kamu semua. I'm sorry for that.

Itu aje kot..

Dan ohh, pasal Suamiku Ramai Crush, aku masih belum punya hati dan keberanian untuk menyambung update kembali. Dan aku ingat, aku nak delete aje semua pasal SRC tu.

Sorry tau.

Apa-apa nanti, aku beritahu yea. *Smile*

P/s : Kalau dalam sesuatu cerita tu still tak ada perkataan 'TAMAT' di penghujungnya, maknanya akan ada sambunganlah tuh.

25 Sep 2016

Fallen in Love

Kisah Pendek : Fallen in Love


Ditaip ayat di skrin telefon.

You. 
Mom, I've fallen in love. 😍😍


Mummy.
With who? 😏😏

Along.
Wow! At last, my sis jadi perempuan jugak😉

You.
Mom : With someone. A guy, kind-hearted one.
Along : Along jahat! 😡

Adik.
Oit oit, borak apa ni? 😅

Along.
Kau lambatlah, dik. 😂
Always the last, I think.

Adik.
Ya lah, siapalah kita ni kan 👉👈

You.
Adik : Melampaulah tu. Tampar nak?


Adik.
Mom, tengok ni. Acik nak tampar adik.

Angah.
Sis, bawa lelaki malang tu jumpa angah dulu. Nak tapis. 😌😌

Along.
Yup, that's totally true, ngah. Bawa dia jumpa kita orang 
dulu baru nak merenyam dengan dia.
You.
Arasso.


Mom.
Guys, turun makan. Dad dah tunggu ni.


Nah, terdengar bunyi pintu bilik masing-masing dibuka dan ditutup dalam waktu yang sama. Berlari menuruni anak tangga dan bergerak ke meja makan.

Puan Gina yang melihat menggelengkan kepala sambil tersenyum. Keserasian yang seringkali buatnya tersenyum sendiri.

Encik Hafiz memandang anak gadisnya. Telefon yang masih menyala diletak atas meja. Sengaja dia tidak membalas setiap ayat yang naik di grup WhatsApp tadi.

"Tak salahkan kasitahu depan-depan macam ni instead beritahu dalam WhatsApp?" Soalnya pada si anak gadis.

Aku sengih sebelum menunduk. "I just.. a bit nervous.. to tell everyone about this." balas aku sedikit gagap.

Come one, Ayu. Kenapa kau tiba-tiba terslurred speech ni?

"Siapa lelaki tu?" Soal Encik Hafiz.

Aku angkat kepala. Memandang daddy yang juga memandang diriku. That sound seem like dad interested aje ni. "You want his picture? I can sent it," Telefon dicapai.

"No need." Ucap Encik Hafiz mematikan ayat anak gadis tunggalnya. "Ask him to meet me first."

Aku telan liur. "A.. Arasso."

10 Sep 2016

Cerpen : Cinta Jarak Jauh

Kaki pantas melangkah keluar sebaik saja kertas jawapan dan soalan bertukar tangan. Bibir lantas mengukirkan senyuman saat kertas peperiksaan berjaya dijawabnya dengan sehabis baik. Telefon di tangan ditekan salah satu butang. Skrin menyala dan naik satu notifikasi.

Flight I delayed one hour. Hope to see you here, baby. I love you.

Makin mekar senyumannya saat membaca pesanan WhatsApp itu. Jam dipandang. 5.00 petang. Penerbangan orang itu tertunda satu jam - 6.45 petang. Harapnya sempatlah sampai lapangan terbang.

Berbekalkan buku nota Financial Management di tangan, dia melangkah pergi. Lif dimasuki dan butang G ditekan. Mungkin sebab hari ini hari Jumaat, jadi kawasan kolej kelihatan lengang. Ditambah, kelas pada hari Jumaat hanya ada di waktu pagi saja.

Pagar besar kolej ditapaki, dan berjalan hampir sepuluh minit untuk ke tren. Kad pelajar diimbas dan palang dibuka. Dilihat sekeliling, ramai manusia yang menunggu ketibaan tren. Kebanyakannya merupakan orang awam yang menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan.

Duduk di Kota Metropolitan ini, hanya pengangkutan awam saja yang diperlukan. Jalan raya yang selalu sesak buatkan orang yang berekonomi sederhana berfikir banyak kali samada mahu membeli kereta atau tidak.

Jam dipandang lagi, 5.20 petang. Bibir digigit. Mana tren ni? Kenapa lambat sangat? Telefon yang bergetar dipandang.

Panggilan dari Bubbly boo💞💞

Panggilan dijawab. “Dekat mana?” Tanya orang di hujung talian.

Bibirnya mengukirkan senyuman sebaik saja telinga mendengar suara itu. Terasa seperti satu madu yang sangat manis yang mampu buatnya tersenyum sepanjang hari. “Tengah tunggu tren.” beritahunya. Mata pula menangkap satu tren yang baru tiba dan berhenti di hadapannya. “Tren dah sampai.” Kaki pula melangkah masuk.

I miss you.. So much.

Dia tersenyum dalam sebak. Terasa mahu mengalir air matanya saat mendengar luahan itu. “Ris rindu abang jugak.”

Can you be here on time? I wanna see you again before I depart.

Rissa senyum. “I'll be there around..” Jam dipandang. 5.25 petang. “6.00 pm. Can you wait for me, abang?” Ucapnya meski dalam hati berharap semoga dia tiba tepat jam 6.00 petang.

“Yea. Abang tunggu sayang.” lelaki itu berjeda seketika. “Tapi kalau pukul 6.10 petang sayang tak sampai lagi, abang kena masuk waiting longue dah. Tak boleh tunggu.”

Rissa menarik nafas. Mata dipejam. Telinga pula menangkap suara pengumuman memaklumkan yang tren sudah tiba di Stesen Chan Sow Lin. “Hmm, okey.” Bibir diketap. Tuhan, sempatkan aku untuk berjumpa suami aku.

Mata memandang tren yang mendekati stesen Chan Sow Lin. “Ris nak kena transit train ni. Nanti Ris telefon abang semula. Babai.” Talian dimatikan.

Kaki melangkah keluar. Dan dia bersyukur bila melihat sebuah lagi tren yang akan ke Bandar Tasik Selatan telah tiba sebaik saja dia menjejakkan kaki di stesen itu. Lantas tren itu dimasuki.

15 minit masa yang diambil untuk ke Bandar Tasik Selatan. Keluar saja dari tren, kakinya pantas melangkah ke stesen KL Transit. Cekap dan lincah lariannya. Takut jika ERL itu telah tiba dan dia terlepas ERL itu.

Memang lama lagilah dia perlu menunggu untuk tren seterusnya.

Sebaik tiba di kaunter, dia pantas membeli tiket untuk ke KLIA. Sebaik saja kad diakses, sekali lagi dia berlari ke platfom 3 yang menuju ke lapangan terbang. Hanya seminit masa yang Rissa perlu tunggu untuk tren tiga gerabak itu tiba. Orang ramai dan dia terpaksa bersesak. Lemas. Tapi dia perlu tahan untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.

Menuntut ilmu yang membuatkan mereka terpaksa berpisah beribu-ribu kilometer. Mereka bernikah di tahun kedua pembelajaran. Dan bersedia menanggung risiko untuk bercinta jarak jauh seperti sekarang ini.

Hanya enam bulan sekali bersamaan dengan dua kali setahun barulah mereka dapat bersua muka melepaskan rindu. Yea, memang perit menangung rindu bila bercinta jarak jauh seperti ini, tapi.. huh.

Jam dipandang lagi. 5.42 petang. ERL yang dinaikinya masih belum tiba lagi di stesen Putrajaya & Cyberjaya. Dan memakan masa hampir 15 minit untuk tiba di stesen itu. Tangan yang menggenggam tiang penghadang digenggam erat. Semoga Allah menyempatkan aku berjumpa dia.

Tidak tenang dirinya selagi belum dia tiba di stesen yang ditujunya.

Telefon di tangan bergetar, tanda mesej WhatsApp masuk. Lantas skrin dislaid ke kanan. Kata laluan dimasukkan dan terpapar satu pesanan dari adik iparnya. Alia.

Lia.
Akak ada dekat mana?

Lantas jemari dilarikan di atas skrin - membalas mesej itu.

You.
Dalam erl lagi. Baru sampai Putrajaya.
Lambat benau nak sampai KLIA.
Wait for me yea.

Butang send ditekan.

Belum pun sempat skrin terpadam dengan sendirinya, mesej dari Alia masuk lagi. Ternaik terus keningnya. Gila laju minah ni balas WhatsApp aku.

Lia.
Okey. Make it fast yea.
Along nak masuk waiting longue dah ni.
Macam kucing hilang anak je along dari
tadi tunggu akak sampai.


You.
I will.

Lia.
Kita orang dekat tingkat 5.
Keluar lif belah kanan.
Take care.

WhatsApp dari Alia itu dibiarkannya bluetick. Pintu ERL yang terbuka menandakan mereka telah pun tiba di stesen Putrajaya & Cyberjaya. Jam dipandang lagi. 5.50 petang. Mata dipejam. Bibir digigit.

Sempatkah aku?

Liur yang pahit ditelan payau. ERL bergerak lagi. Stesen seterusnya, Salak Tinggi dan kemudian barulah KLIA. Perlukan 15 minit lagi untuk ke sana. Tuhan, tolonglah aku.

Ramai orang di dalam ERL berpusu-pusu keluar sebaik saja tiba di stesen Salak Tinggi. Banyak juga kerusi kosong sebaik saja ERL memulakan perjalanan. Rissa mendekati dua kerusi kosong di hadapannya dan melabuhkan duduk di kerusi yang bersebelahan dengan tingkap ERL. Kesempatan itu, dapat dilihatnya seorang pramugari Air Asia yang cantik bersama sebuah luggage di hadapannya. Baju berwarna merah terang yang didondonkan dengan lipstick juga berwarna sama buatkan pramugari itulah yang paling menyerlah di antara semua wanita.

Pernah suatu masa dahulu, dia bercita-cita mahu menjadi seorang pramugari. Dapat bekerja di atas awan yang cantik. Tapi terpaksa dibatalkannya bila doktor memberitahu, dia tidak boleh berada di satu tempat yang tekanan udaranya terlalu rendah dan terlalu tinggi. Khuatir akan buatkan kesihatannya terjejas.

Lantas, menjadi seorang arkitek sudah memadai baginya.

“Anda telah tiba di stesen KLIA.” Suara wanita yang saban masa membuat pengumuman itu menyentakknya. Lantas dia bangkit saat pintu tren terbuka. Dia berlari pantas ke imbasan kad keluar dan memasukkan kad transit ke dalam mesin pengimbas keluar itu.

Jam dipandang lagi. 6.09 petang. Nafas dihembus. Dia pantas berlari ke lif. Berharap yang dia akan cepat sampai menggunakan perkhidmatan lif. Tapi sebaik saja melihat ramai orang beratur menungu kehadiran lif bersama beg besar di sisi, Rissa pantas berlari ke eskalator.

Orang yang berdiri di sebelah kiri menggunalan eskalator membolehkan dia berjalan pantas di sebelah kanan eskalator. Dari tingkat satu sehingga ke tingkat lima. Kepenatan di tubuh diendahkan.

Allahu, tolong aku.

Tiba saja di tingkat lima, tingkat paling atas bangunan KLIA, dia pantas ke bahagian kanan lif. Mencari seseorang yang dicintainya dilautan manusia itu. Dan dia tersenyum sebaik saja melihat Alia lagi melambaikan tangan padanya dari jauh.

Langkah makin dilajukan. Bergerak ke kumpulan manusia yang terdiri daripada ahli keluarga mertuanya. Nafas yang tercungap-cungap disambut dengan senyuman mereka semua.

Mata diliarkan ke sekeliling bila mendapati orang yang dicarinya tiada. Mana dia?

“Mana Ris?” Soalnya takut. Harris, please be here. I'm here for you, sayang.

Wajah sedih yang ditayangkan mereka, cukup membuatkan Rissa faham maknannya. Lantas sebuah keluhan berat dilepaskan. “Jadi, buang masa ajelah Rissa marathon datang sini, kan?” Soalnya sedih.

Sorry sis. He can't wait anymore.” Balas Haikal. Jujur, dia sedih dan sebak melihat hubungan jarak jauh antara along dan kakak iparnya. Tapi, apa yang boleh dia lakukan? Bukan semua orang dapat menangani hubungan percintaan jarak jauh ini. Siksa menanggung rindu dan cinta yang mendalam seringkali memeritkan hati, menyakitkan jiwa.

“Rissa okey.” Mengeluh lagi. Wajah diangkat. Memandang keluarga mertuanya. Sebuah senyuman kelat dan hambar ditayangkan. “Jomlah kita balik.”

Mungkin,

Mungkin bukan rezeki mereka akan berjumpa sebelum lelaki itu berlepas. Dan Tuhan, jagakan dia untuk aku. Sampaikan rindu aku padanya.

Kolam mata yang bertakung, buatkan matanya dikerdipkan beberapa kali. Tidak mahu yang lain tahu dia kecewa. Tidak mahu yang lain tahu dia tersiksa dengan perpisahan kali ini.

Nafas ditarik dalam. Mata memandang ke bahagian yang memisahkan tempatnya dengan suaminya. Bahagian yang akan membawa cinta hatinya jauh beribu-ribu kilometer darinya.

Hati-hati abang. Doa Rissa sentiasa bersama abang. Jaga hati abang untuk Rissa sorang saja, okey? Promise me, you’ll be back safely.

Dan langkah dibuka.

“Rissa.” Bersama suara itu, tangan kirinya ditarik dari belakang. Langkah Rissa mati dengan sendiri. “Sayang..” Suara itu buatkan Rissa pantas menoleh. Suara yang familiar.

Di hadapannya kini, berdiri seorang lelaki bersama topi di kepala dan tersenyum ke arahnya. Di tangan kanan lelaki itu memegang batang lolipop yang sudah mengecil isinya.

Knowing my husband, dia suka sangat kulum lolipop sepanjang masa. Apa yang sedap pun tak tahulah.

“Abang?”

Harris tersenyum. Senyuman yang menampakkan barisan giginya. “I'm here, sayang.” Ucapnya lembut. Jujur, walaupun baru enam jam yang lepas mereka melepaskan rindu sebelum dia terpaksa menurunkan isterinya di kolej, rasa rindu buat isterinya tidak pernah padam walau sesaat.

Teringat dirinya saat isterinya memberitahu mahu menghantarnya ke sini instead of menjawab mid-term exam yang diadakan serentak dengan hari berlepasnya ke Russia. Betapa gadisnya itu sanggup menulis surat untuk dihantar pada pensyarahnya mengenai ketidakhadiran dirinya ke peperiksaan itu dan mahu menjawabnya di kemudian hari.

Pelukan yang lama dan erat di tubuhnya makin melebarkan senyuman di bibir. Betapa dia akan merindui pelukan ini untuk enam bulan nanti, atau mungkin setahun. Betapa dia akan merindukan wajah ini untuk jangka masa yang lama.

“Ris ingat abang dah masuk dalam.” Kata suara dibalik dadanya itu. Pelukan makin dieratkannya.

“Kan abang cakap, abang akan tunggu sayang.” Ucapnya sebelum menjatuhkan sebuah ciuman di kepala isterinya. “Abang rindu isteri abang.” Ucapnya cuba menyembunyikan sebak di dada.

Allahu, jangan buatkan aku menangis saat ini.

Pelukan dilepaskan. Tapi tangan isterinya masih setia memeluk pinggangnya. Mata mereka bertentangan. Menghantar isyarat rindu yang bermukim di dada. “Macam mana exam tadi? Okey?” Soalnya.

Rissa mengangguk. “Okey.”

“Susah tak?” Sudah dirinya sedia maklum, kertas soalan Financial Management yang dijawab isterinya begitu susah. Jadi dia risau andai isterinya terpaksa mengulang semula subjek itu untuk semester depan.

Rissa senyum. Tak adalah susah seperti yang dijangkakan. Alhamdulillah, dia berjaya menjawab soalan itu dengan tenang tadi. Berkat doa dari suaminya, mungkin. “Susah lagi nak lepaskan suami Rissa pergi.”

Harris tergelak. “Isy, isteri abang ni.” Pipi isterinya dicubit manja sebelum satu ciuman dihadiahkan di situ. Pipi gebu yang akan dirinduinya nanti. “Geram.”

Dia mengeluh sebaik saja melihat jam yang tergantung di situ. Sudah tiba masanya untuk mereka berpisah. Lantas wajah isteri tercinta dipandang sayu. “It's time for me to go, sayang.” Ucapnya sebak.

Rissa mengangguk mengerti. Berpisah untuk jangka masa yang lama merupakan jalan yang mereka punya. Rasa sebak yang sendat di dada buatkan air matanya mengalir tiba-tiba. “Boleh tak kalau abang tak payah pergi?” Tanya Rissa random. Tidak mahu melepaskan kesayangannya pergi.

Harris tersenyum cuma. “Abang ada dekat dengan sayang. Dekat sini,” Diletakkan tapak tangannya di dada isterinya. “Abang selalu ada dalam hati sayang. Jangan risaukan abang yea.”

Rissa menarik nafas. Sedat dengan perasaan sedih dan sebak. How I wish, I can stop the time and we stay here forever, abang.

“Abang pergi dulu. Jaga diri.” Tubuh mereka dirapatkan kembali. Tangan mengusap belakang tubuh isterinya yang menangis tanpa suara. Jujur, tangisan tanpa suara itulah yang buatkan hatinya sakit. Lantas kepala isterinya dicium lama sebelum pelukan kembali terlerai. “I love you, sayang. Always.

Langkah dibuka. Membawa tubuh menjauh. Dan menghilang dibalik lautan manusia. Mutiara jernih yang jatuh diseka. Peritnya hati bila setiap kali terpaksa berpisah seperti ini.

“Abang.” Ucap Rissa perlahan. Mata hanya memandang suaminya yang sudah tenggelam dalam kerumunan manusia di hadapannya. Tubuh itu hilang ditelan tubuh manusia yang lain. “Abang.” Ucapnya lagi.

Air mata menjatuh lagi.

Telefon yang bergetar membawanya menslaid skrin. WhatsApp dari suaminya:

See you in six months.
I love you. 😘😘😍😍


- TAMAT -