Pages

Search This Blog

31 May 2016

Suamiku Ramai Crush [60]



Semua yang ada disitu terkaku. Masing-masing tak tahu nak buat apa. Hanya memandang sayu walaupun hati meronta-ronta nak menafikan semuanya.

            “Mana janji kau cakap nak lindungi anak ibu? Ha?!”

            Iskandar menunduk. Bibir bawahnya digigit kuat. Air matanya sudah mengalir. Pipi kirinya yang kebas sebab baru sahaja dilempang ibu, dia hiraukan. Baginya, biarlah ibu nak lempang dia ke, nak terajang dia ke, biarlah.. Ibu berhak buat semua tu padanya. Ibu berhak.

            “Kalau ibu tahulah nak jadi macam ni, ibu takkan setuju kamu kahwin dengan anak ibu.” Suara itu melengking kuat lagi. Mengejutkan semua yang ada di situ.

            “Mia malang sebab kahwin dengan kamu.”

            “Ibu.. Dah lah, bu.” Darwish terpanggil nak berhentikan kemarahan ibunya. Baginya, kalau dengan marah berterusan macam ni, masalah takkan selesai punya. Tapi sebaliknya yang akan berlaku. Benda dah jadi. Mana boleh elak dah.

            “Ibu.. Dah takdirlah semua ni berlaku.” Darwish peluk ibunya. Kasihan dia tengok adik iparnya ditampar macam tu didepan kawan-kawannya. Mesti dia malu.

            “Ibu, sabar, bu. Alang tengah dirawat tu.” Diyana pula bersuara. Walaupun dia turut tak suka pada abang iparnya atas apa yang berlaku sebelum ni, dia masih punya sifat perikemanusiaan pada lelaki itu. Apa-apa pun dialah abang ipar. Salah satu abang ipar yang dia ada.

            Diyana bawa ibunya duduk di kerusi di ruang menunggu. Di situ dia dibantu kawan-kawan Damia menenangkan ibunya.

            Darwish bawa Iskandar duduk di kerusi tidak jauh dari tempat ibunya duduk. Bahu adik iparnya ditepuk beberapa kali. “Sabar weh.. Biasalah, hati ibu mana yang tenangkan kalau anak dia macam tu.”

            Iskandar masih lagi menunduk. Dalam hatinya dia berulang kali berdoa supaya isterinya selamat dan baik-baik sahaja. Doa senjata orang mukmin. Allah suka hambaNya yang meminta-minta padaNya.

            Iskandar mendongak. Pandang Along. “Is minta maaf.. Sebab tak jaga Mia baik-baik. I’m so sorry.

            Darwish senyum. “Manusia mana tak ditimpa musibah, kan? Sokaylah. Aku faham.” Mereka berpelukan untuk seketika.

            Iskandar pandang pintu bilik yang merawat Damia. Dah nak dekat satu jam, tapi doktor yang merawat masih belum tunjukkan wajah. Hatinya galau. Fikirannya tak tenang bila ingat Damia dalam tu. Sakit hatinya bila nampak wajah isterinya yang lemah tadi.

            Banyaknya musibah yang menimpa sayang aku tu. Kali ni, disebabkan dia menolak cinta seseorang? Ohh my godness. Dia masih tak habis fikir lagi. Bodoh betullah perempuan tu. Aku dah bercinta dengan Mia, takkan aku nak bercinta dengan kau pula, sengal! Hati aku ada satu ajelah. Dan hati aku dah dimiliki Damia. Bukannya boleh aku nak bahagi-bahagikan hati aku. Ish!

            Tengok sekarang, isteri aku yang jadi mangsa. Apa kes? Nak balas balik tu, balaslah kat aku. Damia tak ada kena mengenalah dalam hal ni. Andai masa perempuan tu minta dia terima cinta tu, dan dia masih belum bernikah dengan Damia sekalipun, belum tentu dia akan terima perempuan tu.

            Dia percaya pada takdir. Takdir Allah itu indah. Takdir Allah adalah yang terbaik untuk setiap hambaNya.

            “Is..” Iskandar menoleh. Pandang Arif. Senyuman langsung tiada di bibir. Selalunya, tak kisahlah dia dalam keadaan yang macam mana sekalipun, senyuman mesti menghuni bibirnya. Tapi kali ni.. Huh. “Apa dia?”

            “Ni..” Sambil letakkan beg tangan Damia bersama selendang Damia dikerusi sebelah. Buku-buku milik Damia juga diletakkan sekali. “Aku letak sini eh.”

            Iskandar angguk. “Thanks dah tolong aku.” Dia senyum tawar. Pada semua kawan-kawan yang sudi membantunya mencari Damia tadi pun dia turut ucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Susah nak jumpa orang seperti mereka ni.

            Buat baik dibalas baik.. Tapi, apa ajelah yang dia buat baik pada mereka ni? Berbual panjang lama-lama pun kadang-kadang aje.

            “Keluarga Damia?” Masing-masing bergegas mendekati doktor wanita itu bila pintu bilik itu terbuka dari dalam.

            “Macam mana dengan anak saya, dokor?” Suara ibu memecah kebisuan disitu.

            Iskandar hanya mengeluh. Sepatutnya, itu ayat dia. Tapi kali ni.. Dia tak berani nak bersuara bila nampak jelingan maut ibu mertuanya. Dia hanya tayang senyum tawar bila Adam tepuk bahunya perlahan.

            “Keadaan Damia stabil. Dia dah sedarkan diri, tapi dia masih lemah.” Doktor itu menyudahkan ayatnya.

            “Boleh saya tengok dia?” Tanya ibu.

            Doktor itu mengangguk. “Boleh tapi jangan terlalu ramai. Dia perlukan banyak rehat. Adalah lebih baik kalau ahli keluarga dia sahaja yang melawat dia dulu.” Cadang doktor muda itu.

           Keluarga Damia dengan keluarga Iskandar sudah terlebih dahulu memasuki bilik yang menempatkan Damia. Bila Iskandar mahu melangkah masuk, langkahnya ditahan doktor muda itu. “Ehh encik siapa? Keluarga pesakit sahaja yang dibenarkan masuk.”

            Iskandar pandang doktor tu. Nampak doktor tu tersenyum menggoda. Ini nak mengorat aku ke haper ni? Tengah buat kerja pun sempat mengorat orang? Maaflah, aku tak layan. Doktor Damia Aleesya aku layan. Dia berdehem sekejap sebelum bersuara, “Saya suami dia.” Tuturnya keras dan terus melangkah masuk.

            Tapi tak siapa sangka, dia baru sahaja menapak masuk tapi langkahnya sekali lagi dihalang ibu mertuanya. Dia disuruh keluar dari situ tanpa sempat berjumpa dengan isterinya. Hah, dugaan apakah ini? Dugaan bercintakah?


DAMIA pandang seorang demi seorang dalam bilik tu. Hah, jumpa lagi dia dalam bilik yang sama ni. Hai bilik, tak sangka kita masih berjodoh ya. Tak sampai dua bulan pun lagi, aku dah datang sini tanpa suka rela. Nasib akulah..

            Damia pandang sekeliling. Ada Along, Kak Hajar, Iqmal, Yana, Ibu, ayah, mama, Mazni dan juga ayah mertuanya. Tapi dia tak nampak Iskandar. Mana lelaki itu? Mana suami dia?  Dia pandang Along yang duduk disisinya. Besar betul mandat dia duduk atas katil orang sakit ni. Kerusi banyaklah, Along. “Mana Is?” Tanyanya. Mestilah orang pertama yang dia cari adalah suaminya. Suami sepanjang hayat tu weh.

            Dengar ibu mendegus kuat. Damia pandang ibunya. Wajah tu nampak menyinga. “Buat apa kamu cari orang yang tak bertanggungjawab macam tu, Mia?”

            Damia pelik. Dia tengok mama mertuanya. Mama hanya tersenyum tawar pandang dia. Makin pelik Damia dibuatnya. Apa salah Iskandar sampai ibu cakap dia lelaki tak bertanggungjawab? Dia pandang Along minta penjelasan. Along hanya menepuk bahunya lembut.

            “Is ada kat luar.” Jawab lelaki itu.

            “Lah.. Kenapa tak ajak dia masuk sekali? Mia nak jumpa Is.” Damia dah berura-ura nak turun dari katil. Tapi perbuatannya mati bila nampak tangan ibu dah naik nak cubit pinggang dia. Pantas dia tersengih sebelum perlahan-lahan letak balik kaki dia atas katil.

            “Sudahlah Mia.. Tak usah kamu jumpa dia lagi.”

            “Ibu.. Apa salah Is sampai ibu pulau dia macam ni? Dia suami Mialah, bu.” Keras suara Damia. Tak kisahlah apa yang berlaku, dia mahukan penjelasan. Kenapa ibu tak kasi Mia jumpa Is? Iskandar tak buat sebarang masalah pun, kan? Mereka okay aje selama ni.

            “Disebabkan dialah kamu hampir kena rogol tau.”

            Damia tayang muka toya. Pasal ni ke? “Ibu..” Damia nak turun dari katil sekali lagi bila nampak ibu tengah leka buat benda lain, tapi dihalang Alongnya pula. Sempat dia jeling Along. Orang nak turun pergi dekat ibu ajelah. Nak halang tu buat apa? Sudahnya, Damia kembali duduk di atas katilnya. “Bukan salah Is lah. Mia yang percayakan budak tu. Kalau Mia tak percayakan budak tu, tak adanya Mia nak pergi bangunan tu.” Ya! Betullah firasatnya saat dia pandang anak mata lelaki tu. Nampak sangat ketakutan dan seperti menyuruhnya supaya jangan mempercayainya.

            Lelaki tu dipaksa buat macam tu ke? Kasihannya dia.. Tapi bodohlah lelaki tu. Kenapa tak buat aduan di pejabat universiti beritahu yang dia dipaksa? Kalau tak, tak adanya dia jadi macam ni. Sakit woo kena terajang dengan lelaki-lelaki tu. Bukan tu aje, siap kena tendang dekat perut lagi. Senak perut dia masa tu.

            Dan yang paling dia bersyukur, bila disaatnya hampir-hampir nak kena rogol tu, dia perasankan Iskandar di tepi bangunan tu. Sempat mata mereka bertentang sebelum dia lemah di situ. Jadi kesimpulannya, Mikhail Iskandar langsung tidak bersalah! Malah lelaki itu yang menyelamatkannya.

            Ohh.. Aku jatuh cinta pada lelaki itu buat kali yang ke.. Jap jap aku kira..


DAMIA buka mata bila dengar pintu ditutup. Dia senyum jap sebelum duduk. Selimut ditolak sehingga hujung kaki. Dia pandang ke lantai. Tapi tak jumpa apa-apa untuk mengalas kaki. Baik kasut mahupun selipar, dua-duanya tiada. Heels aku mana?

            Malas nak fikir, dia bergerak turun. Tak pakai kasut pun tak apalah. Tapi sempat dia capai kain. Iqmal punya kot tadi. Nasib baiklah Kak Hajar baik hati tertinggalkan kain Iqmal ni. Berhingus pun tak apalah, asalkan boleh ditutup kepalanya.

            Dia bergerak ke pintu. Dari cermin pintu biliknya, dah boleh nampak kawan-kawannya bersama Iskandar duduk diluar. Jadi pak jaga ke haper dia orang ni. Dari tadi dia orang di sini ke? Tiba-tiba muncul rasa terharu sebab mereka sudi menunggunya.

            Lama pula tu nak tunggu ibu bawa rombongan dia balik. Entah apa yang dia marah pada Iskandar pun Damia tak tahulah. Sampai dia larang Iskandar masuk bilik tu. Bukan Iskandar sahaja, sekali dengan kawan-kawan dia dilarang sama sekali. Semuanya dituduh tak bertanggungjawab. Apa sajelah ibu aku ni.

            Tombol pintu dipulas perlahan-lahan. Bersama satu bungkusan air yang menyalurkan entah air apa ditangannya, dia bawa keluar sekali. Sakit tak sakit jarum yang mencucuk belakang tangannya, dia tak peduli. Janji dapat jumpa Iskandar.

            “Boboy...!” Jerit Damia girang. Suara dia sahajalah yang kuat kat situ. Tak peduli dah pandangan orang lain, pandangan jururawat yang lalu-lalang kat situ. Dari pandangan jururawat tu, dia orang suruh Puan Damia diam. Sebab sini kawasan hospital. Tak elok buat bising. Tapi Damia.. Dia siap jeling balik jururawat tu. Peduli apa!

            Damia depakan kedua tangannya. Nak peluk Iskandar. Tapi terhenti sekejap. Dia pandang Adam yang berdiri disebelah Iskandar. Dia hulurkan bungkusan yang berisi air tu. “Tolong pegang sekejap eh.” Pintanya.

            Adam yang terpinga-pinga hanya menurut. Dia pegang bungkusan berisi air tu. Lepastu kembali pandang Damia.

            Damia senyum. Terima kasih untuk Said Adam sebab sudi tolong dia. Lepastu Damia kembali pandang Iskandar. Dia sengih tayang gigi. Kembali menjerit. “Boboyyyy..!!” Jeritnya girang. Terus dia memeluk Iskandar for real. Siap terloncat-loncat kecil lagi sebab dia tersangat gembira dapat berjumpa suaminya.

            “Ohh.. Rindunya..” Leher Iskandar  dicium. “Miss me, bebeh?” Pipi Iskandar pula dicium bertubi-tubi.

            Iskandar rasa tak puas hati. Sebal hati dia saat ni. Dia rungkaikan pelukan itu. Tatap mata isterinya. Wajahnya diseriuskan. “Tahu tak betapa takutnya boboy tadi bila nampak baby terkulai layu tak bermaya. Sampai nak gugur jantung ni. Tapi baby boleh datang-datang terus menjerit macam orang gila?” What the fish? Need fresh air! Urghh..

            Damia usap pipi tu. Alolo comelnya suami dia ni. Risaukan dia ke, sayang? Tanpa rasa malu sebab beradegan dihadapan kawan-kawan mereka, Damia mengucup pipi tu. Siulan dari lelaki disekeliling mereka langsung dia tak ambil kisah. “I’m okaylah, dear. Don’t worry. Thanks dah selamatkan baby.” Dia hadiahkan senyuman.

            Lepastu tarik tangan Iskandar masuk bilik. Dengan sekali kawan-kawannya dia ajak masuk. Buat apa duduk kat luar? Tak ada privacy langsunglah.

            “Ni kenapa sampai bercucuk ni?” Soal Adam lepas letakkan semula bungkusan air ditangannya pada tempatnya.

            Damia jungkit bahu. “Ntahlah, doktor cakap aku kurang air dalam badan. Dia masukkan airlah tu agaknya. Tak kisahlah, janji aku boleh sihat.” Sengih.

            “Kau okaykan, Mia?” Zulaikha datang bersama June dan Jue. Arissa bersama kawan-kawannya pun ada sekali. Dia hadiahkan senyuman. Tuala yang hampir-hampir nak jatuh dari kepalanya dibetulkan. Bahagian lehernya yang terdedah pun ditutup dengan kain tuala milik Iqmal tu.

            “Aku okaylah. Aku dah besar. Jangan risau eh.” Dia senyum. Betul, dia okay sangat sekarang ni.

            “Tuala siapa tu?” Tanya Iskandar. Tak pernah dia nampak pun tuala tu Damia pegang. Siap ada gambar Pooh lagi. Tuala dia masa kecil-kecil dulu ke apa ni?

            Damia sengih. “Tuala Iqmal. Ntah tetiba Kak Hajar baik hati tertinggal kat sini. Dah ini aje yang ada nak tutup kepala, guna sahajalah.” Ceritanya sambil tersengih-sengih. Iskandar menggeleng. Macam-macamlah isteri aku ni. Comel pun ada kekadang tu.

            Ohh.. Iskandar baru ingat yang Arif ada bagi dia selendang yang Damia guna tadi. Dia pandang balik tempat di mana dia letak selendang tadi. Selendang berwarna hitam gelap tu dia capai dan serahkan pada isterinya. “Ni.. Guna ni lah. Tuala tu pendek sangatlah, yangg. Gerak sikit dah boleh nampak leher.”

            Yeah, walaupun tadi kawan lelakinya ada yang dah nampak leher sekaligus rambut mengurai isterinya, tetap aurat Damia dia jaga kali ni. Takkan nak biar dia orang tengok aurat berharga Damia buat kali kedua, kan?

            Damia capai selendang yang dihulur suaminya. Lepastu dia pandang barisan lelaki-lelaki yang mengelilingi bilik yang dihuninya ini. Dia cuit Iskandar kemudiannya. Iskandar yang faham pandang kawan-kawannya. “Guys.. Sorry to say. Boleh tak yang perempuan-perempuan ni keliling Mia sekejap? While yang jantan-jantan duduk kat sofa sana tu?” Pintanya. Senyum pandang mereka. Kalau tak sebab Damia, dia takkan buatlah. Bukan kalau sebab Damia aje, sebab mama dia, sebab Mazni pun dia akan bersuara macam ni. Sebab itu merupakan sebahagian dari tanggungjawabnya.

            Damia cepat-cepat cabut tuala di kepala dan sarung selendangnya di kepala. Dalam sekelip mata aje kepalanya sudah bertutup dengan sempurna. Nasib baiklah ada selendang ni. Kalau tak memang dia takkan keluar bilik ni semenjak tadi. Kalau hidup menjadikan Islam sumber utama, mesti Allah akan permudahkan segalanya.

            Iskandar tilik wajah isterinya. Lengan isterinya juga diperiksa. Hmm.. Kesan lebam tu masih ada. Kesan lebam tu dia pegang lembut. “Sakit tak?” Soalnya.

            Damia masamkan wajah. “Tadi sakit.. Sangat!” Yang lain yang turut sama dalam bilik tu dah tundukkan wajah. Masing-masing tayang wajah sayu dan simpati. Tak sangka yang Damia diberi dugaan seperti itu.

            Damia kembali maniskan wajahnya. Pipi Iskandar dipegang lembut. “Tapi lepas nampak wajah boboy, terus hilang sakit ni.” Sengih sambil gelak kecil. Sementara Iskandar dah melopong. Baru nak cium lebam tu buat penghilang sakit isterinya, tapi lepas dengar luahan isterinya, terus rasa tak jadi. Rasa nak cubit-cubit aje Damia Aleesya ni. Haih.

            “Ada yang kena cekik ni karang. Buat penat aje kita orang tayang wajah simpati, tapi kau balas macam ni. Bertuahlah kau, Mia.” June dah cekak pinggang. Damia gelak.

            Alah betul apa. Tadi dia rasa sakit sangat. Sampai nak gerak ibu jari pun dah rasa sakit tu. Tapi bila semangat punya berkobar-kobar nak jumpa Iskandar tercintanya tu, rasa sakit tu terus hilang melayang entah ke mana. Hehee

            “I’m sorry.. Sebab boboy, baby yang jadi mangsa.” Wajahnya bertukar sayu. Dia tengah serius ni. Jangan Damia anggap main-main sudahlah. Memang betul-betul ada yang kena cekik ni nanti.

            “Sokaylah..” Walaupun Damia tak tahu apa puncanya dia jadi macam tu.. Kenapa dia hampir-hampir dirogol orang dan kenapa Iskandar tiba-tiba minta maaf darinya walaupun baginya, Iskandar langsung tidak buat kesalahan apa-apa, dia tetap memaafkan segala perbuatan dan perlakuan suaminya.


            Manusia normal mana ajelah yang tak buat salah? Kita bukan malaikat yang tak buat kesilapan. Kita juga bukan syaitan yang tak ada kebaikan. Kita cume manusia, ada kelebihan dan kekurangan.

30 May 2016

Suamiku Ramai Crush [59]



Iskandar senyum kelat. Dari dia mula perlawanan bola sepak sampailah perlawanan ini dah tamat, tapi dia masih tak nampak wajah isterinya di tempat duduk penyokong. Sewaktu bermain bola tadi pun dia tak fokus sehingga seringkali dia dimarahi pasukannya. Jantungnya mengepam darah sangat laju.

            “Is.. Kau okay ke? Asal tak perfom tadi?” Adam menyoal. Sakit hati dia sepanjang perlawanan tadi. Selaku ketua pasukan, dia paling tak suka jika pasukannya tidak menunjukkan performance yang baik. Dan yang buatkan dia bertambah pelik, inilah kali pertama dia nampak Iskandar tak fokus macam ni. Macam ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

            “Entah kau ni, Is. Kalau tak, kita dah boleh menang tadi weh.” Arif, ahli pasukannya juga tak puas hati dengan Iskandar.

            “Aku..” Iskandar sentuh dadanya tiba-tiba. Dada itu ditumbuk perlahan. Kenapa dada aku sakit sangat ni? Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.

            “Kau okay ke ni weh?” Suara Adam dah berubah. Takut dia tengok Iskandar yang mnengaduh tiba-tiba. Pasukan mereka yang lain juga sudah berkumpul disitu mengelilingi Iskandar dan Adam. Masing-masing nak tahu cerita.

            “Dada aku.. Entahlah, tiba-tiba aje sakit.”

            “Jomlah pergi sana. Panas ni, itu yang dada kau sakit tiba-tiba kot.” Johar yang sama jurusan dengan Damia bersuara. Sebelum ni, Johar pun ada juga simpan perasaan pada Damia. Sebab dalam kelasnya, antara banyak-banyak perempuan, Damia sahajalah yang menarik perhatiannya.

            Iskandar pandang June, Jue, Zulaikha, Arissa dan juga kumpulannya. Dia tercari-cari Damia. Tapi Damia tiada bersama mereka. Kelam-kabut dia bangkit. Pusing pandang sekeliling. Tapi bayangan isterinya masih juga tidak dijumpainya.

            “Kau cari apa, bro?”

            Iskandar tak menjawab tapi sebaliknya dia pandang Zulaikha. “Mana Mia?” Soalnya.

            Zulaikha dah berkerut dahi pandang Iskandar. “Ehh, bukan ke tadi dia cakap dengan aku nak jumpa kau?” Apa masalah pulalah dengan suami Damia ni? Tadi bukan main tersenyum-senyum Damia bila ada orang beritahu dia yang Iskandar nak jumpa dia. Sempat dia perli Damia tadi. Kat rumah dah jumpa, takkan kat sini pun nak jumpa juga?

            “Ntah kau ni. Bukan kau ke yang suruh someone beritahu Mia yang kau nak jumpa dia?” Tanya June pula. Jue mengangguk. Dah tak ada apa lagi nak cakapkan. Diam sahajalah.

            Iskandar dah mula rasa tak sedap hati. “Bila masa pula aku suruh someone beritahu yang aku nak jumpa dia? Dari tadi lagilah aku kat sini. Tanya Adam kalau tak percaya.”

            “Ha betul tu. Is dari tadi lagi dengan aku. Tak ada pula aku nampak dia suruh someone beritahu Mia yang dia nak jumpa Mia.” Adam sokong Iskandar. Yang lain, yang berdiri dan sepasukan bola sepak dengan Iskandar juga mengangguk.

            June, Jue dengan Zulaikha dah bulat mata. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Air liur ditelan. Kalau Iskandar tak suruh, siapa yang suruh?

          Iskandar genggam penumbuk. Jauh di sudut hatinya, ada sesuatu yang tak kena sekarang ni. Mia! Mana dia? Takkanlah dia tak ingat yang hari ni dia selalunya ada kat padang bola sepak je? “Mia ada beritahu kau orang yang dia nak pergi mana tak?” Dalam hatinya tak tenang, dia boleh bawa bersabar. Tenang Is..

            “Tak adalah pula. Dia hanya cakap yang kau nak jumpa dia je. Kat mana, dia tak beritahu.” June sebagai wakil untuk bersuara.

            “Hey guys.” Panggil Arissa. Dia dah dengar dah apa yang berlaku. Dia pun pelik juga bila Damia tak ada di sini waktu-waktu macam ni. Selalunya, wajah Damia sahajalah yang paling awal datang sini. Nak sokong laki dialah, apa lagi. “Berdiri kat sini lagi buat apa? Ingat hanya berdiri kat sini, boleh jumpa Mia lah? Jomlah cari Mia!” Giat Arissa.

            Yang lain mengangguk dan terus berlari. Disebabkan bilangan mereka yang ramai ni, mereka berpecah untuk mencari Damia. Mereka berpecah ke setiap bangunan.

            Iskandar masuk bangunan warna biru tu. Tempat jurusan kejuruteraan awam. Tapi matanya hanya pandang bangunan berwarna cokat di sebelah bangunan ni. Bangunan sunyi tu. Entah kenapa, seperti ada sesuatu yang menariknya ke sana.

            “Is! Sinilah.” Tarik Adam. Iskandar pandang Adam dan terus mengikut langkah lelaki itu.

            Kira-kira sepuluh minit selepas tu, mereka berkumpul di tempat yang dijanjikan. Masing-masing turun dengan wajah yang hampa. Mereka menggeleng nak beritahu yang mereka tak jumpa Damia. Iskandar raup wajahnya. Dia masih lagi tak habis fikir. Macam mana Damia boleh senang-senang percaya cakap orang lain?

            Ah! Itu namanya, dia percaya pada Iskandar. Dengar sahaja nama Iskandar, mesti isterinya menunduk sebagai tanda hormat. Sekarang, tak boleh nak disangkal lagi dah. Damia memang percayakan dirinya seratus peratus.

            ‘Mana awak, sayang?’ Iskandar raup wajahnya. Dalam hati berharap sangat-sangat yang Damia selamat dan tak berlaku apa-apa pada gadisnya itu. Ya Allah, pertemukanlah aku dengan Damia.

            “Semua tempat kita orang dah cari, tapi tak jumpa.”

            Mata Iskandar terpaku kembali pada bangunan yang dia mula-mula nampak tu. Kenapa instinct aku sangat kuat pada bangunan tu ha? Macam ada sesuatu pada bangunan tu. Macam ada sesuatu yang tarik aku supaya ke sana.

            “Kau orang silap!” Semua pandang Iskandar. Tertanya-tanya sesama sendiri, ada lagi ke? Penat kot dah jelajah satu kawasan universiti ni. “Ada lagi satu tempat kita tak cari lagi.” Jari telunjuk Iskandar menghala pada bangunan berwarna coklat tu.

            Masing-masing berkerut dahi. “Kau gila, Is? Bangunan tu sunyi kot.”

            Iskandar pandang Arif. Tak faham. Jadi kenapa kalau bangunan tu sunyi? “Apa nak takut? Kita ramai kan?” Pertanyaan tu.. Buatkan yang lain terdiam. Lepastu mereka mengangguk.

            “Siapa yang tak nak ikut, duduk sini je. Siapa yang nak ikut, jom. Lagi ramai lagi senang kalau ada apa-apa yang berlaku.” Sambil berjalan, sambil itulah Iskandar beri arahan.

            Mereka berjalan dengan senyap. Tak ada satu bunyi pun yang dikeluarkan. Tiba-tiba Iskandar angkat tangan menyuruh yang lain berhenti dari melangkah. Telinganya macam dapat dengar sesuatu. Tapi tak berapa jelas di pendengarannya.

            “Ahhhh! Auchh!”

            Iskandar buka langkah perlahan ke tepi bangunan tu. Kawasan yang agak bersemak-samun. Dia bersama yang lain berjalan sedikit ke bahagian belakang bangunan. Dan tiba di belakang bangunan tu, tubuhnya kaku.

            “Is..” Iskandar menoleh sedikit pandang Adam. “Kau selamatkan Mia.. Biar kita orang yang settle dia orang.” Bisik Adam. Tangannya diangkat kemudiannya, beri arahan pada beberapa kawan mereka yang lain untuk bertindak.

            Menggigil badannya bila nampak apa yang dia nampak sekarang. Tak guna! “Hoi!” Jeritnya lantang. Mengejutkan beberapa orang lelaki di situ. Salah seorang lelaki yang berada di situ berjalan mendekati Damia. “Kau dekat, perempuan ni jadi mangsa!” Lelaki tu tarik Damia dan peluk leher Damia dari belakang dengan kuat. Sampai nampak terus urat-urat Damia.

            Iskandar kaku. Dia mati langkah di situ. Sakit hatinya bila nampak isterinya yang dipaksa berdiri menggunakan lututnya yang tidak berdaya tu. Wajah isterinya lebam-lebam. Selendang yang menutupi rambut panjang isterinya juga sudah hilang entah ke mana. Baju Damia juga sudah koyak-koyak sehingga menampakkan susuk tubuhnya. Ya Allah, isteri aku!

            Iskandar mati langkah bila dia nampak pasukannya yang tadi bersamanya sudah berjalan perlahan di belakang lelaki-lelaki itu. Untuk sekelip mata, pasukan Iskandar sudah mengepung kumpulan lelaki itu.

            Iskandar terus melangkah nak selamatkan Damia. Sempat dia mengelak bila salah seorang dari lelaki itu cuba memukulnya menggunakan kayu yang ada di situ. Keadaan jadi kucar-kacir selepasnya. Iskandar tak banyak fikir terus selamatkan Damia yang sudah terbaring lemah di situ. Dia ikut apa yang disuruh Adam tadi.

            Iskandar tarik Damia. “Baby.. Tahan sekejap.” Dia gendong tubuh Damia dan bawanya keluar dari bangunan itu. Dia terus dapatkan kumpulan perempuan yang bersama mereka tadi. Tubuh Damia diletakkan ditengah-tengah kumpulan perempuan tu. Iskandar buka jersey yang digunakannya lantas disarungkan pada tubuh Damia. Tujuannya mahu menutup bahagian tubuh isterinya yang terdedah tu.

            Iskandar lantas capai kain yang dihulurkan Arissa padanya. Kain itu ditutupkan rambut Damia yang mengurai tu. Dia pandang Arissa. “Bawa Mia pergi hospital. Aku nak settle dia orang sekejap.” Terus dia bangkit berlari pantas ke tempat tadi.

            Sampai di tempat tadi, Iskandar tengok semua lelaki tadi sudah berjaya diberkas pasukannya. Dia pandang seorang demi seorang. Semuanya dia tak kenal. Bukan dia sahaja, Damia pun rasanya tak kenal dengan mereka. Kenapa dia orang buat macam ni pada Mia?

            “Kau orang siapa sebenarnya? Kenapa buat Mia macam tu?” Soalnya keras. Dia tak boleh terima andai ada orang lain cuba menyakiti isterinya. Damia baru baik kot tangan dia. Sekarang, ditimpa masalah lagi. Haih.. Malang sungguh nasibmu tahun ni isteriku.

            Salah seorang dari lelaki tu gelak. “Mikhail Iskandar.. Hutang nyawa mesti dibalas nyawa, kan?” Masih dengan gelaknya.

            Iskandar bingung. Dia tak faham. Hutang nyawa? Apa tu? Apa maksud lelaki ni? “Apa maksud kau ha?”

            “Kau mesti ingatkan, kau pernah tolak cinta seorang perempuan kat universiti ni.” Tanya lelaki tu.

            Iskandar berfikir. Dia pandang Adam dan yang lainnya. Nampak semuanya tengah berfikir. Aku ada pernah tolak cinta perempuan lain selain Damia ke? Ohh ya.. Perempuan seksi yang pernah melutut pada dia supaya dia menerima perempuan tu jadi kekasihnya. “Jadi kau siapa? Apa kena mengena kau dengan perempuan tu?”

            “Aku abang dia.. Dan untuk pengetahuan kau, adik aku hampir-hampir bunuh diri sebab kau tolak cinta dia.”

            “Jadi kau buat semua ni sebab..”

            “Kalau aku cakap ya?” Soal lelaki itu sebelum sempat Iskandar sudahkan ayatnya. Macam dah dapat agak apa yang Iskandar akan cakapkan.

            “Hey! Kau nak balas dendam tu, balas kat aku.. Jangan kat isteri akulah, gila!” Lantang Iskandar bersuara. Sampai nak terkeluar anak tekak sebab dia marah sangat sekarang ni. Suhu amarahnya dah sampai takat mendidih dah. Urat dilehernya juga sudah timbul sebab dia menjerit kuat sangat.

            Iskandar tak puas hati, dia sepak lelaki di hadapannya sepuas hati. Sebagai balasan sebab dah hampir-hampir nak rogol isteri dia yang langsung tidak bersalah tu. Apa punya lelakilah mamat ni. Tak gentle langsung. Dengan perempuan pun nak berkeras. Dengan isteri aku pula tu. Siapa jelah yang tak bingit?

            Lagi satu perempuan tu.. Memang buat kerja gila betul. Tak fikir dosa pahala ke haper? Otak cetek betul. Dah orang tak nak tu, terima jelah dengan hati yang terbuka. Ini sampai nak bunuh diri bagailah. Ingat bunuh diri tu boleh jamin kau masuk syurgalah?

            “Is! Sudah, Is.” Adam tarik Iskandar supaya lebih jauh dari lelaki tak bermoral tu. Dia yang dengar pun dah sakit hati. Apa lagi yang merasainya. Sayu dan sakit hatinya sebagai kawan bila nampak keadaan Damia yang dulunya selalu ayu dan ceria, jadi lemah tak berdaya macam tadi.


            “Apa-apa, kita settle kat balai.” Arif bersuara.

18 May 2016

Truth or Dare Teaser

= entahlah, tak boleh nak letak gambar bila update guna phone. Maaf, =



Fawwaz pandang Aireen sebelum pandangannya jatuh pada Rafeeqi. Entah kenapa, bibirnya mengukirkan senyuman. Senyuman sebelum tiba-tiba menjadi sebuah tawa.


Aireen yang lagi mendodoikan Rafeeqi dalam pelukannya pantas menjongketkan sebelah keningnya. Dah kenapa pula suami aku ni gelak seorang diri?


"Are you insane?" Tanya Aireen hairan. Fawwaz tak pernah gelak sendirian seperti ini. Hantu gelak mana yang sudah merasuknya siang tadi?


Fawwaz tersenyum memandang isterinya. Matanya hanya memerhati perbuatan isterinya meletakkan anak mereka ke dalam baby cot. Ciuman isterinya pada dahi anak sulung mereka buatkan dia melebarkan senyuman.


Teringat pada kejadian yang berlaku pada rumah tangga mereka beberapa bulan yang lepas. Kejadian yang hampir mengoyahkan rumah tangga yang dibina atas dasar sebuah permainan yang bernama cinta.


Kejadian yang bikin sifat Aireen berubah hampir seratus peratus kerana hal demikian. Kejadian yang kalau boleh, dia tidak mahu itu berulang kembali.


Jiwanya sakit. Hatinya tersiksa.


"Berangan pula dia ni." Cuitan pada bahunya buatkan Fawwaz kembali ke alam realiti. Dia pantas menggamit isterinya merapatinya.


Mereka duduk di atas katil melunjurkan kaki. Selimut ditarik sehingga ke paras pinggang.


Fawwaz memeluk isterinya sebelum menyandarkan kepala Aireen di dadanya. Entah kenapa, selain berpelukan, dia suka dengan keadaan itu.


Sangat suka.


Selalunya beginilah mereka sebelum tidur. Berbual tentang semua perkara yang menyesakkan kepala. Berbual melepaskan rindu setelah seharian bekerja. Berbual sehingga sama-sama terlelap.


"Sayang," panggil Fawwaz lembut. Bibirnya yang kekeringan dibasahkan.


"Yes baby?" Aireen mengeratkan pelukannya di pinggang suaminya. Selesa dengan keadaan ini. Boleh tak kalau dia nak setiap saat begini?


"Nak tahu tak apa persamaan you dengan Eqi?" Soal Fawwaz. Perkara inilah yang buatkan dia ketawa seorang diri tadi. Entah macam manalah dia boleh terfikir tentang perkara ini.


Perkara yang sangat di luar alam.


"Dua-dua you sayang?" Jawab Aireen berharap. Berharap yang jawapannya betul. Tapi kalau salah, memang Fawwaz kena tidur dengan Rafeeqi dalam baby cot malam ni.


Fawwaz senyum sebelum mencium kepala isterinya. "Mestilah I sayang dua-dua." Balasnya. "Jawapan lain?" Jawapan yang isterinya jawab tadi betul cuma, tidak menepati skema jawapan.


Aireen telan liur sambil berfikir. Apa persamaan aku dengan Rafeeqi eh? "Persamaan darah ke?" Tekanya lagi.


Fawwaz menggeleng. Jawapan tak tepat lagi. "Any other answer?"


Aireen kerutkan dahinya. Ambil masa lima saat sebelum dia menggeleng. "No." Dia mendongak pandang suaminya. "Okey, apa persamaan I dengan Eqi?"


Fawwaz senyum. "Persamaan dia," Jeda. Bibir dibasahkan. "Persamaannya, baik you mahupun Eqi, dua-dua pakai pampers."


Sementara Aireen yang mendengar sudah menayangkan wajah annoyingnya. Tangannya yang di pinggang Fawwaz pantas mencubit pinggang lelaki itu. "Tak ada persamaan lain yang lagi baik ke?"


Fawwaz menggosok pinggangnya yang dicubit manusia si tangan ketam. "Sakitlah." Dia muncungkan bibirnya. Aireen lepas dapat anak ni makin suka pula menyubitnya.


"Padan muka." Aireen lepaskan pelukan mereka. "Dah, I nak tidur." Dia rebahkan diri di atas tilam. Selimut ditarik sehingga paras dada.


"Alah, awal lagi ni." Fawwaz pandang isterinya yang sudah memejamkan mata.


"Tidurlah, Fa. Esokkan nak kerja." Dengan mata tertutup, Aireen membalas. Dia penat sangat harini. Banyak sangat kertas kerja yang dia perlu semak. Balik rumah nak melayan Rafeeqi dengan bapak Rafeeqi lagi.


Tubuh badannya letih.


"Eh, Eqi cakap dengan I tadi dia nak adik baru." Fawwaz bersuara. Matanya masih belum mengantuk lagi.


"Hmm, you buatlah adik untuk dia sendiri. Babai." Dan Aireen terlelap.


Sementara Fawwaz tersenyum. Tidurlah sayang. I tahu you penat. "Good night, sayang."


Fawwaz menghulurkan tangannya mencapai suis menutup lampu. Dia kemudiannya merebahkan tubuhnya sebelum mengiring memeluk isterinya. Perlahan dia berbisik, "I love you, sayang."




Sent from Phone.

15 May 2016

Suamiku Ramai Crush [58]



Seminggu selepas balutan di tangan Damia sudah dibuka. Masa tu dalam kereta, nak bergerak ke universiti.

            “Boboy..” Panggil Damia.

          Iskandar menyahut. Dah buka balutan kat tangan tu pun nak panggil aku lagi ke? Nak tolong apa pula kali ni? Pakaikan tali pinggang keledar? Tolong cium dia? Aha, memang boleh aje. Bibir dia ni memang tak pernah jemu kalau nak cium isterinya.

            “Bila Kak Najwa nak bawa Amar datang sini? Dah lama dah ni.. Baby tak sabarlah nak jumpa Amar tu.” Tangan disilangkan ke dada. Kak Najwa mungkiri janjinya ke?

            Iskandar mengeluh perlahan. Hari tu ada Kak Najwa telefon dia. Kata wanita tu, dia takut nak bawa Amar ke sini. Takut kalau-kalau Damia bawa Amar jumpa ibunya. Dan dia takut juga kalau timbul sebarang konflik nanti.

            Tapi.. Macam mana dia nak beritahu Damia pasal tu? Sanggupkah dia lukakan hati gadisnya tu? Damia dah lama sangat nak jumpa dengan anak buahnya tu. Salah seorang harta yang ditinggalkan Angah untuknya. Tapi itulah..

            “Boboy dengar tak ni?” Gumam Damia. Dari tadi dia tanya Iskandar. Dia cakap seorang diri ke? Atau Iskandar yang buat-buat tak dengar apa yang dia tanya?

            “Ya.. Dengar.. Tapi, itukan hak Kak Najwa samada nak bawa Amar atau tak. Ingat Kak Najwa tak ada kerja ke? Dia pun sibuk jugaklah, sayang.” Iskandar masih berdiam diri. Tak nak biar Damia tahu pasal Kak Najwa. Biarlah dia sendiri yang perlahan-lahan pujuk Kak Najwa.

            “Kalau Kak Najwa tak nak datang sini.. Apa kata kalau, biar kita yang pergi sana?” Cadang Damia itu buatkan Iskandar tertoleh pada isterinya. Macam manalah dia boleh dapat idea macam tu?

            Iskandar geleng. Gila apa? “Sayangg.. Boboy tengah dalam mood busy tau sekarang ni. Mana boleh nak bawa sayang pergi sana.” Assigment dia berlambak tak siap lagi ni tahu tak? Bukan assigment aje, thesis pun dia tak siapkan lagi. Boleh pula isteri cadang benda macam tu?

            Damia mengeluh. Susahlah kalau ada suami yang dah nak habis semester ni. Tengok macam dia.. Nak habis belajar lambat lagi. Boleh relaks-relaks lagi ni ha. “Biar baby yang pergi sensorang ajelah.”

            “Banyak cantik muka tu. Ingat boboy nak bagi?” Dia sebenarnya cakap macam tu sebab dia tak nak berpisah dengan Damia. Walaupun sesaat. Aishh.. Susahlah kalau berpisah lama sangat. Nanti dia berendam air mata sebab rindu, macam mana?

           “Ehh memang muka baby cantik punlah. Kalau tak cantik, tak adanya orang tu boleh terkahwin dengan kita.” Damia jeling manja. Mulalah tu nak mempersoalkan kecantikan dia. Huh.

            Iskandar gelak. Perasan juga isteri aku ni. Ingat aku sorang aje yang kuat perasan. “Siapa orang tu? Bertuah betul dapat orang yang cantik macam ni. Nak jumpa dengan orang tu, boleh tak?” Senyum.

            Damia gelak besar. “Tak boleh! Dia cakap dia busy. ” Balas Damia.

            Iskandar senyum senget. “Aishh.. Rugi betul. Orang tu, mesti hensem kan? Mesti ramai peminat kan?”

            Damia pejam mata. Mula dah sifat perasan dia tu. Alahai, kenapalah suami aku ni kuat sangat perasannya pun? Dia pandang Iskandar. “Bila nak hilang sifat kuat sangat perasan tu?” Hidungnya dikembangkan.

            Iskandar pandang Damia bersama wajah yang dibuat terkejutnya. “Ehh orang tu Boboy ke?”
            Sementara Damia menghadiahkan sebuah jelingan pada suaminya. Malas nak layan.



MIA, Is nak jumpa kau kat sana.” Sambil tunjuk pada bangunan disebelah kiri Damia. Damia pandang bangunan tu. Bangunan itulah antara bangunan yang dia tak pernah jejakkan kaki lagi. Kenapa? Entahlah. Orang cakap bangunan tu sunyi. Tak ada orang sangat yang lalu lalang. Budak jurusan bangunan tu pun bilangannya tak sampai dua ratus orang. Sebab itulah dia tak berani ke sana.

            Iskandar pun tak bagi dia melangkah ke bangunan tu. Katanya, di bangunan tu banyak budak samseng melepak. Samseng yang menumpang belajar di universiti ni jugaklah. Budak-budak yang perangai di luar alam. Tapi entah kenapa, mereka masih belum ditendang keluar dari universiti ni. Mungkin sebab mak bapak dia orang kaya. Dengan duit, nyawa manusia pun sanggup beli.

            Tapi sekarang.. Kenapa Is nak jumpa dia kat bangunan tu? Bukan lelaki tu ke yang berkeras dengan dia jangan melangkah ke sana? Ni apa cerita sekarang?

            Damia pandang seorang lelaki dihadapannya. Wajah lelaki tu nampak bersahaja. Tapi melalui mata lelaki tu, Damia dapat rasa yang perasaan lelaki tu sangat takut. Seolah-olah macam, lelaki tu jangan suruh percaya cakap dia. Ahh! Kalau tak nak dia percaya, yang beritahu dia pasal ni buat apa? “Sekarang ke?” Tanya Damia.

            “A’ah.” Jawab lelaki tu. Senyuman langsung tak menghiasi bibirnya.

            Damia pandang jam. Dah nak dekat pukul empat. Memang Iskandar ada cakap dengan dia nak jumpa lepas habis kelas. Tapi dari lepas habis kelas sampai sekarang, tak ada sebarang panggilan pun lelaki tu buat untuknya.

            “Ohh okay. Terima kasih eh.” Lelaki tu mengangguk.

            Dengan senang hati dia melangkah ke bangunan tu. Walaupun hatinya sedikit takut dan gerun, dia tetap melangkah juga. Tak apa, Mia. Tak apa Damia Aleesya, ingat pesan ibu dengan ayah; jangan takut, Allah sentiasa bersama hambaNya.

            Damia masih lagi berjalan sehinggalah dia ditarik seseorang dengan keras..


ISKANDAR senyum kelat. Dari dia mula perlawanan bola sepak sampailah perlawanan ini dah tamat, tapi dia masih tak nampak wajah isterinya di tempat duduk penyokong. Sewaktu bermain bola tadi pun dia tak fokus sehingga seringkali dia dimarahi pasukannya. Jantungnya mengepam darah sangat laju.

            “Is.. Kau okay ke? Asal tak perfom tadi?” Adam menyoal. Sakit hati dia sepanjang perlawanan tadi. Selaku ketua pasukan, dia paling tak suka jika pasukannya tidak menunjukkan performance yang baik. Dan yang buatkan dia bertambah pelik, inilah kali pertama dia nampak Iskandar tak fokus macam ni. Macam ada sesuatu yang menganggu fikirannya.

            “Entah kau ni, Is. Kalau tak, kita dah boleh menang tadi weh.” Arif, ahli pasukannya juga tak puas hati dengan Iskandar.

            “Aku..” Iskandar sentuh dadanya tiba-tiba. Dada itu ditumbuk perlahan. Kenapa dada aku sakit sangat ni? Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.

            “Kau okay ke ni weh?” Suara Adam dah berubah. Takut dia tengok Iskandar yang mnengaduh tiba-tiba. Pasukan mereka yang lain juga sudah berkumpul disitu mengelilingi Iskandar dan Adam. Masing-masing nak tahu cerita.

            “Dada aku.. Entahlah, tiba-tiba aje sakit.”

            “Jomlah pergi sana. Panas ni, itu yang dada kau sakit tiba-tiba kot.” Johar yang sama jurusan dengan Damia bersuara. Sebelum ni, Johar pun ada juga simpan perasaan pada Damia. Sebab dalam kelasnya, antara banyak-banyak perempuan, Damia sahajalah yang menarik perhatiannya.

            Iskandar pandang June, Jue, Zulaikha, Arissa dan juga kumpulannya. Dia tercari-cari Damia. Tapi Damia tiada bersama mereka. Kelam-kabut dia bangkit. Pusing pandang sekeliling. Tapi bayangan isterinya masih juga tidak dijumpainya.

            “Kau cari apa, bro?”

            Iskandar tak menjawab tapi sebaliknya dia pandang Zulaikha. “Mana Mia?” Soalnya.

            Zulaikha dah berkerut dahi pandang Iskandar. “Ehh, bukan ke tadi dia cakap dengan aku nak jumpa kau?” Apa masalah pulalah dengan suami Damia ni? Tadi bukan main tersenyum-senyum Damia bila ada orang beritahu dia yang Iskandar nak jumpa dia. Sempat dia perli Damia tadi. Kat rumah dah jumpa, takkan kat sini pun nak jumpa juga?

            “Ntah kau ni. Bukan kau ke yang suruh someone beritahu Mia yang kau nak jumpa dia?” Tanya June pula. Jue mengangguk. Dah tak ada apa lagi nak cakapkan. Diam sahajalah.

            Iskandar dah mula rasa tak sedap hati. “Bila masa pula aku suruh someone beritahu yang aku nak jumpa dia? Dari tadi lagilah aku kat sini. Tanya Adam kalau tak percaya.”

            “Ha betul tu. Is dari tadi lagi dengan aku. Tak ada pula aku nampak dia suruh someone beritahu Mia yang dia nak jumpa Mia.” Adam sokong Iskandar. Yang lain, yang berdiri dan sepasukan bola sepak dengan Iskandar juga mengangguk.


            June, Jue dengan Zulaikha dah bulat mata. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Air liur ditelan. Kalau Iskandar tak suruh, siapa yang suruh?