Pages

Search This Blog

19 Aug 2016

Cerpen : Cintakah?



Kenderaan yang mempunya enam gerabak itu berhenti di hadapannya buat kali ketiga. Tertera dengan jelas di papan LED berwarna hitam yang bertulisan merah, perkataan Sentul Timur. Sudah tiga kali jugalah dia melihat perkataan Sentul Timur itu.

            Kalau ikutkan, dia dah boleh naik tren buat kali pertamanya dia melihat tren itu berhenti di hadapannya. Tapi.. huh. Telefon di tangan dipandang. Sunyi. Lantas aplikasi WhatsApp dibuka. Nama perbualan pertama disentuh. Jari pantas menari-nari di atas skrin.

Mana kau ni?

            Mesej dihantar. Dan percayalah, ini bukanlah kali pertama dia terpaksa menunggu seperti ini. Sudah acapkali dan sudah banyak kali dia terpaksa menunggu ketibaan manusia yang selalunya akan berakhir dengan janji yang dimungkiri.

            Kenapa tak tinggalkan manusia macam tu?

            Hmm, I’ve got so many question ask me like that. Tapi, dia kawan aku. Dan aku tak nak silaturrahim antara kami terputus dengan perhubungan yang sementara ini. Kami hanya tinggal bersama selama dua semester saja.

            Dan pesan ibu, jagalah hubungan kawan tu baik-baik. Terima apa yang baik, dan tolak apa yang tidak bersesuaian.

            Getaran di tangan dan skrin yang menyala buatkan Zara pandang telefonnya. Ada satu pesanan WhatsApp dari manusia yang ditunggu semenjak tadi. Dengan keluhan perlahan dia membuka pesanan itu,

Erm weh, aku tak pergi dengan kau kot. Sebab ada classmate aku hantarkan aku pi TBS. Dah on the way nak pi TBS dah ni. Sorry tau.

            Entahlah, Zara tak tahu nak beraksi macam mana sebaik saja selesai membaca mesej WhatsApp itu. Tapi dia dapat rasa genggaman yang kuat pada badan telefonnya. Genggaman yang sangat kuat. Gigi diketap.

            Hanya satu ayat saja yang bermain dalam hatinya saat ni.

            Shit!

            Tak guna punya housemate!  Apa salahnya kalau kau suruh classmate kau yang baik hati tu hantar kita berdua sekali pergi TBS tu? Kenapa mesti kau pentingkan diri sendiri? Macam ni ke kawan?

            Bukan ke baru dua hari lepas aku dengar yang kau suruh aku jadi kawan kau sampai bila-bila?

            Dan sekarang? Ahh! Shit! Shit! Shit!



MATA dipejam rapat. Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan. Apa dosa yang aku buat hari ni? Kenapa sampai macam ni aku diperlakukan? Ada kawan, tak berguna langsung. Ahh! Sumpah aku tak nak berjumpa dengan jenis kawan yang macam manusia tu. Harap muka saja lawa, tapi perangai, kalah syaitan.

            Dari tempatnya berdiri dapat dilihat kepala tren yang semakin hampir. Tren bergerak perlahan dan berhenti di hadapannya. Pintu-pintu tren terbuka, dan Zara pantas memberi laluan pada penumpang yang mahu turun di stesen ini sebelum dia melangkah memasuki tren itu.

            Tempat duduk dah penuh dengan manusia, dia hanya mampu berdiri sambil berpaut pada tiang besi yang berada di hadapan pintu masuk tren. Ramai pula orang petang-petang Jumaat macam ni. Mungkin sebab esok cuti, jadi bermula petang ini orang ramai sudah mula meneroka bandar metropolitan ini.

            “Stesen seterusnya, Pandan Indah.”

            Zara mengeluh lagi. Baru sampai stesen Pandan Indah ke? Lamanya nak sampai ni. Dan tren bergerak perlahan sebelum berhenti di stesen Pandan Indah. Disebabkan kedudukan Zara yang berdiri bertentangan dengan pintu tren, jadi dia dapat melihat manusia yang akan memasuki tren yang dinaikinya ini.

            Kelihatan ada seorang pemuda berdiri di hadapan pintu tren bersama telinga yang dicucuk earphones berwarna putih. Dia menyandang beg galas berwarna hitam dan luggage kecil juga berwarna hitam. Suka warna hitam ke apa mamat ni?

            Lelaki itu melangkah masuk. Dia menarik luggage miliknya dan berhenti betul-betul di hadapan Zara setelah melihat tiada tempat kosong untuknya labuhkan duduk. Dia menghantar senyuman kecil pada Zara sebaik saja mereka berpandangan.

            Tapi hanya riak wajah kosong yang ditayang Zara pada lelaki itu. Entahlah, dia tak punya mood yang baik untuk melayan sesiapa.

            “Sombong.”

            Zara pantas mengangkat wajah saat mendengar luahan kecil itu. “Excuse me?” Soal Zara pada lelaki itu. Sakit hati pula bila dia cakap aku ni sombong.

            Lelaki itu hanya menjungkitkan keningnya. Satu dari fon telinganya dicabut sebelum bersuara, “talking to me?”

            Zara mendengus. Pantas dia menggeleng. Kerek gila lelaki ni. “No, I'm talking with that person there.” Dan dia menjeling.

            Lelaki itu menjongketkan bahunya. “It’s okay, then.” Dan earphones kembali dipasang.

            “Stesen seterusnya, Chan Sow Lin. Untuk ke destinasi Sri Petaling, sila tukar di platfom 2A. Terima kasih.”

            Zara pandang ke luar tingkap tren. Suara pengumuman itu buatkan dia bersiap-siaga untuk turun dari tren ini. Sebaik saja tren berhenti dan pintu terbuka, dia pantas melangkah keluar. Sempat dia melihat lelaki tadi juga turun di stesen ini.

            Mungkin nak ke TBS jugak kot. Kesimpulan berdasarkan pemerhatian yang dibuat.
            Zara mengambil tempat duduk yang disediakan. Menunggu tren macam tunggu kura-kura bergerak. Lama benar. Dan setelah tiga minit, tren ke Sri Petaling muncul juga. Zara pantas berdiri. Beg ditarik dan berhenti di belakang garisan kuning.

            Dia berdesup masuk sebaik saja pintu tren terbuka. Ada banyak kerusi kosong di gerabak tren kali ini. Dia pantas melabuhkan duduk di kerusi sebaik saja melihat orang yang berpusu-pusu masuk ke dalam tren.

            Kang melepas tempat duduk, berdirilah aku sampai Bandar Tasik Selatan nanti. Zara menoleh ke kiri bila terasa ada seseorang duduk di sebelahnya. Keningnya pantas terjongket bila melihat manusia itu. Mamat kerek ni lagi.

            “What?” Tanya lelaki itu sebaik saja terpandangkan Zara yang lagi memandangnya. “Dah ni aje ada tempat kosong.” Sambung lelaki itu lagi.

            Zara kerdipkan mata beberapa kali. “I didn’t say anything.” Katanya sebelum membuang pandangan ke tingkap tren.

            “Kerek gila perempuan ni.”

            Zara mengetap gigi saat mendengar gumaman lelaki itu. Apa masalah lelaki tu? Ergh, fed-up aku.



SAMPAI saja di Terminal Bersepadu Selatan, Zara menarik begnya ke tingkat empat bangunan besar itu. Tempat tujunya hanya satu, Food Court. Dari pagi dia tak makan. Sekarang dah jam 2.30 petang. Perutnya yang berkeroncong minta diisi memang patut didahulukan.

            Tiba di Food Court, dia beratur untuk mendapatkan kad yang sememangnya digunakan untuk membeli makanan di Food Court ini. Kemudian, dia mencari meja kosong yang berada di tengah-tengah medan selera itu. Nasib baiklah dia jumpa satu meja kosong di tengah-tengah tempat makan itu.

            Lantas dia meletakkan luggage kecilnya di bawah meja dan bergerak ke tempat menjual makanan. Kedai nasi ayam dituju. Memang selalunya kalau sampai sini, memang nasi ayam sajalah yang dicarinya.

            Selesai membeli makanan, dia kembali ke mejanya. Botol mineral yang dibelinya di kolej tadi dikeluarkan dari dalam beg. Tangan ditadah untuk membaca doa makan. Sebaik saja dia mengaminkan doa makan itu, dia melihat kelibat seseorang yang berdiri di hadapannya bersama dulang yang berisi makanan.

            “Kenapa?” Tanya Zara.

            Lelaki itu tersenyum kecil. “Boleh saya duduk sini? Tempat dah penuh.” Sambil melemparkan pandangan pada sekeliling meja makan.

            Zara juga melihat sekeliling. Betullah, meja penuh dengan manusia. Tak ada meja kosong langsung. Dia kembali pandang lelaki itu. “Duduklah.” Balasnya selamba.

            Lelaki yang sama yang ditemuinya tadi dalam tren, melabuhkan duduk di hadapannya. “Jemput makan.” Ucap lelaki itu sambil mencapai sudu dan garfu.

            Zara tidak mengendahkan dan terus menyuap nasi ayam dalam mulut. Sesekali matanya memandang kaca televisyen yang memaparkan siaran TV3. Sesekali matanya melirik pada lelaki di hadapannya. Sesekali matanya meliar memandang manusia di Food Court ini.

            “Awak nak pergi mana?” Tanya lelaki di hadapannya secara tiba-tiba.

            Zara kembali memandang lelaki itu. Sebelah keningnya dijongketkan. “Talking to me?” Soal Zara menggunakan ayat yang pernah digunakan lelaki di hadapannya ini.

            Lelaki itu memandang Zara tajam. “If I say yes?”

            Zara senyum nipis. “If you said so,” Dia mengangguk. “Saya nak balik rumah.” Balasnya. Sudah terbayang di minda rumahnya. Nak jumpa dengan ibu, dengan ayah. Katil. Bantal. Oh I miss home.

            “Jadi duduk dekat sini buat apa? Studi?” Tanya lelaki itu lagi.

            “Yup.” Balas Zara pendek. Nasi disuapnya lagi. Makanan ni lagi menggoda dari lelaki di hadapannya.

            Nampak dengan hujung mata yang lelaki itu sekadar mengangguk sebelum kembali menyambung suapan. “Belajar dekat mana? Dah sem berapa dah? Ambil apa?” Tiga soalan diutarakan si lelaki.

            Zara kembali memandang lelaki di hadapannya. “Perlu ke saya beritahu semua benda tu?” Balasnya dengan soalan. Serasanya, dia tidak perlu memberitahu orang luar mengenai latar belakang pengajiannya.

            Lelaki itu mengangkat kedua bahunya ke atas. “Well, I just wanna break the ice.” Balas lelaki itu lebih kepada menggumam.

            Zara lepas nafas perlahan. Ice breaking, huh? “Is it the terms for ice breaking?”

            “Huh?”

            Zara mengeluh. Tak faham pula? “Rarely for the ice breaking, you should ask me my name, not awak nak pergi mana?”

            Lelaki itu tayang wajah tergamam. Perlahan-lahan kepalanya dianggukkan. “So, for the ice breaking, we should ask the name firstlah?” Soalnya kerek. “Such a typical.” Perlinya.

            Zara jongket kening. “Am I even care about that typical, huh?” Apa dia ingat aku peduli sangat ke dengan benda klise itu?

            “So your name, miss?”

            “Buat apa awak nak tahu?”

            Lelaki itu kerut dahinya. Pula dah minah ni. Tadi beria-ia suruh tanya nama. Sekarang apa cerita pula ni? Hailah cik adik.


To be continue. . .

Hey, tadi masa tengah korek-korek laptop, terjumpa folder pasal segala mak nenek cerpen yang still in progress yang aku sudah pun lupa kepada mereka. Dan dalam banyak-banyak cerpen and novel there, entah kenapa aku lebih tertarik dengan cerpen yang ni. Entahlah,

Ohh, dan mungkin cerpen ni boleh jadi cerpen seterusnya yang akan tiba ke penamatnya kan?

First write on 04-April-2016.

2 Aug 2016

Wattpad.

Assalamualaikum,

disebabkan kekangan masa yang sangat kekang jadi saya ingat nak buat akaun Wattpad je. Senang sikit. Dan disebabkan masa saya yang banyak dihabiskan menghadap telefon je, so why not kalau saya boleh update story saya melalui akaun Wattpad aje kan. So pada korang yang sudi nak follow tu, bolehlah follow saya di Wattpad ye.


boleh klik sini untuk follow terus

Till then, babai.





Sent from OPPO Mail