Pages

Search This Blog

10 Sep 2016

Cerpen : Cinta Jarak Jauh

Kaki pantas melangkah keluar sebaik saja kertas jawapan dan soalan bertukar tangan. Bibir lantas mengukirkan senyuman saat kertas peperiksaan berjaya dijawabnya dengan sehabis baik. Telefon di tangan ditekan salah satu butang. Skrin menyala dan naik satu notifikasi.

Flight I delayed one hour. Hope to see you here, baby. I love you.

Makin mekar senyumannya saat membaca pesanan WhatsApp itu. Jam dipandang. 5.00 petang. Penerbangan orang itu tertunda satu jam - 6.45 petang. Harapnya sempatlah sampai lapangan terbang.

Berbekalkan buku nota Auditing di tangan, dia melangkah pergi. Lif dimasuki dan butang G ditekan. Mungkin sebab hari ini hari Jumaat, jadi kawasan kolej kelihatan lengang. Di tambah, kelas pada hari Jumaat hanya ada di waktu pagi saja.

Pagar besar kolej ditapaki, dan berjalan hampir 10 minit untuk ke tren. Kad rapid pelajar diimbas dan palang dibuka. Di lihat sekeliling, ramai manusia yang menunggu ketibaan tren. Kebanyakannya merupakan orang awam yang menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan.

Duduk di Kota Metropolitan ini, hanya pengangkutan awam saja yang diperlukan. Jalan raya yang selalu sesak buatkan orang yang berekonomi sederhana berfikir banyak kali samada mahu menggunakan kereta atau tidak.

Jam dipandang lagi, 5.20 petang. Bibir digigit. Mana tren ni? Kenapa lambat sangat? Telefon yang bergetar dipandang.

Panggilan dari Bubbly boo💞💞

Panggilan dijawab. “Dekat mana?” Tanya orang di hujung talian.

Bibirnya mengukirkan senyuman sebaik saja telinga mendengar suara itu. Terasa seperti satu madu yang sangat manis yang mampu buatnya tersenyum sepanjang hari. “Tengah tunggu tren.” beritahunya. Mata pula menangkap satu tren yang baru tiba dan berhenti di hadapannya. “Tren dah sampai.” Kaki pula melangkah masuk.

I miss you.. So much.

Dia tersenyum dalam sebak. Terasa mahu mengalir air matanya saat mendengar luahan itu. “Ris rindu abang jugak.”

Can you be here on timeI wanna see you again before I depart.

Rissa senyum. “I'll be there around..” Jam dipandang. 5.25 petang. “6.00 pm. Can you wait for me, abang?” Ucapnya meski dalam hati berharap semoga dia tiba tepat jam 6.00 petang.

“Yea. Abang tunggu sayang.” lelaki itu berjeda seketika. “Tapi kalau pukul 6.10 petang sayang tak sampai lagi, abang kena masuk waiting longue dah. Tak boleh tunggu.”

Rissa menarik nafas. Mata dipejam. Telinga pula menangkap suara pengumuman memaklumkan yang tren sudah tiba di Stesen Chan Sow Lin. “Hmm, okey.” Bibir diketap. Tuhan, sempatkan aku untuk berjumpa suami aku.

Mata memandang tren yang mendekati stesen Chan Sow Lin. “Ris nak kena transit train ni. Nanti Ris telefon abang semula. Babai.” Talian dimatikan.

Kaki melangkah keluar. Dan dia bersyukur bila melihat sebuah lagi tren yang akan ke Putra Height telah tiba sebaik saja dia menjejakkan kaki di stesen itu. Lantas tren itu dimasuki.

15 minit masa yang diambil untuk ke Bandar Tasik Selatan. Keluar saja dari tren, kakinya pantas melangkah ke stesen KL Transit. Cekap dan lincah lariannya. Takut jika ERL itu telah tiba dan dia terlepas ERL itu.

Memang lama lagilah dia perlu menunggu untuk tren seterusnya.

Sebaik tiba di kaunter, dia pantas membeli tiket untuk ke KLIA. Sebaik saja kad diakses, sekali lagi dia berlari ke platfom 3 yang menuju ke lapangan terbang. Hanya seminit masa yang Rissa perlu tunggu untuk tren tiga gerabak itu tiba. Orang ramai dan dia terpaksa bersesak. Lemas. Tapi dia perlu tahan untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.

Menuntut ilmu yang membuatkan mereka terpaksa berpisah beribu-ribu kilometer. Mereka bernikah di tahun kedua pengajian. Dan bersedia menanggung risiko untuk bercinta jarak jauh seperti sekarang ini.

Hanya enam bulan sekali bersamaan dengan dua kali setahun barulah mereka dapat bersua muka melepaskan rindu. Yea, memang perit menangung rindu bila bercinta jarak jauh seperti ini, tapi.. alah bisa tegal biasa orang kata.

Jam dipandang lagi. 5.42 petang. ERL yang dinaikinya masih belum tiba lagi di stesen Putrajaya & Cyberjaya. Dan memakan masa hampir 15 minit untuk tiba di stesen itu. Tangan yang menggenggam tiang penghadang digenggam erat. Semoga Allah menyempatkan aku berjumpa dia.

Tidak tenang dirinya selagi belum dia tiba di stesen yang ditujunya.

Telefon di tangan bergetar, tanda mesej WhatsApp masuk. Lantas skrin dislaid ke kanan. Kata laluan dimasukkan dan terpapar satu pesanan dari adik iparnya. Alia.

Lia.
Akak ada dekat mana?

Lantas jemari dilarikan di atas skrin - membalas mesej itu.

You.
Dalam erl lagi. Baru sampai Putrajaya.
Lambat benau nak sampai KLIA.
Wait for me yea.

Butang send ditekan.

Belum pun sempat skrin terpadam dengan sendirinya, mesej dari Alia masuk lagi. Ternaik terus keningnya. Gila laju minah ni balas WhatsApp aku.

Lia.
Okey. Make it fast yea.
Along nak masuk waiting longue dah ni.
Macam kucing hilang anak je along dari tadi tunggu akak sampai.


You.
I will.

Lia.
Kita orang dekat tingkat 5.
Keluar lif belah kanan.
Take care.

WhatsApp dari Alia itu dibiarkannya bluetick. Pintu ERL yang terbuka menandakan mereka telah pun tiba di stesen Putrajaya & Cyberjaya. Jam dipandang lagi. 5.50 petang. Mata dipejam. Bibir digigit.

Sempatkah aku?

Liur yang pahit ditelan payau. ERL bergerak lagi. Stesen seterusnya, Salak Tinggi dan kemudian barulah KLIA. Perlukan 15 minit lagi untuk ke sana. Tuhan, tolonglah aku.

Ramai orang di dalam ERL berpusu-pusu keluar sebaik saja tiba di stesen Salak Tinggi. Banyak juga kerusi kosong sebaik saja ERL memulakan perjalanan. Rissa mendekati dua kerusi kosong di hadapannya dan melabuhkan duduk di kerusi yang bersebelahan dengan tingkap ERL. Kesempatan itu, dapat dilihatnya seorang pramugari Air Asia yang cantik bersama sebuah luggage di hadapannya. Baju berwarna merah terang yang didondonkan dengan lipstick juga berwarna sama buatkan pramugari itulah yang paling menyerlah di antara semua wanita.

Pernah suatu masa dahulu, dia bercita-cita mahu menjadi seorang pramugari. Dapat bekerja di atas awan yang cantik. Tapi terpaksa dibatalkannya bila doktor memberitahu, dia tidak boleh berada di satu tempat yang tekanan udaranya terlalu rendah dan terlalu tinggi. Khuatir akan buatkan kesihatannya terjejas.

Lantas, menjadi seorang juru audit sudah memadai baginya.

“Anda telah tiba di stesen KLIA.” Suara wanita yang saban masa membuat pengumuman itu menyentakknya. Lantas dia bangkit saat pintu tren terbuka. Dia berlari pantas ke imbasan kad keluar dan memasukkan kad transit ke dalam mesin pengimbas keluar itu.

Jam dipandang lagi. 6.09 petang. Nafas dihembus. Dia pantas berlari ke lif. Berharap yang dia akan cepat sampai menggunakan perkhidmatan lif. Tapi sebaik saja melihat ramai orang beratur menungu kehadiran lif bersama beg besar di sisi, Rissa pantas berlari ke eskalator.

Orang yang berdiri di sebelah kiri menggunalan eskalator membolehkan dia berjalan pantas di sebelah kanan eskalator. Dari tingkat satu sehingga ke tingkat lima. Kepenatan di tubuh diendahkan.

Allahu, tolong aku.

Tiba saja di tingkat lima, tingkat paling atas bangunan KLIA, dia pantas ke bahagian kanan lif. Mencari seseorang yang dicintainya di lautan manusia itu. Dan dia tersenyum sebaik saja melihat Alia lagi melambaikan tangan padanya dari jauh.

Langkah makin dilajukan. Bergerak ke kumpulan manusia yang terdiri daripada ahli keluarga mertuanya. Nafas yang tercungap-cungap disambut dengan senyuman mereka semua.

Mata diliarkan ke sekeliling bila mendapati orang yang dicarinya tiada. Mana dia? Aku sudah terlewatkah?

“Mana Ris?” Soalnya takut. Harris, please be here. I'm here for you, sayang.

Wajah sedih yang ditayangkan mereka, cukup membuatkan Rissa faham maknannya. Lantas sebuah keluhan berat dilepaskan. “Jadi, buang masa ajelah Rissa marathon datang sini, kan?” Soalnya sedih.

Sorry, sis. He can't wait anymore.” Balas Haikal. Jujur, dia sedih dan sebak melihat hubungan jarak jauh antara along dan kakak iparnya. Tapi, apa yang boleh dia lakukan? Bukan semua orang dapat menangani hubungan percintaan jarak jauh ini. Siksa menanggung rindu dan cinta yang mendalam seringkali memeritkan hati, menyakitkan jiwa.

“Rissa okey.” Mengeluh lagi. Wajah diangkat. Memandang keluarga mertuanya. Sebuah senyuman kelat dan hambar ditayangkan. “Jomlah kita balik.”

Mungkin,

Mungkin bukan rezeki mereka akan berjumpa sebelum lelaki itu berlepas. Dan Tuhan, jagakan dia untuk aku. Sampaikan rindu aku padanya.

Kolam mata yang bertakung, buatkan matanya dikerdipkan beberapa kali. Tidak mahu yang lain tahu dia kecewa. Tidak mahu yang lain tahu dia tersiksa dengan perpisahan kali ini.

Nafas ditarik dalam. Mata memandang ke bahagian yang memisahkan tempatnya dengan suaminya. Bahagian yang akan membawa cinta hatinya jauh beribu-ribu kilometer darinya.

Hati-hati abang. Doa Rissa sentiasa bersama abang. Jaga hati abang untuk Rissa sorang saja, okey? Promise me, you’ll be back safely.

Dan langkah dibuka.

“Rissa.” Bersama suara itu, tangan kirinya ditarik dari belakang. Langkah Rissa mati dengan sendiri. “Sayang..” Suara itu buatkan Rissa pantas menoleh. Suara yang familiar.

Di hadapannya kini, berdiri seorang lelaki bersama topi di kepala dan tersenyum ke arahnya. Di tangan kanan lelaki itu memegang batang lolipop yang sudah mengecil isinya.

Knowing my husband, dia suka sangat kulum lolipop sepanjang masa. Apa yang sedap pun tak tahulah.

“Abang?”

Harris tersenyum. Senyuman yang menampakkan barisan giginya. “I'm here, sayang.” Ucapnya lembut. Jujur, walaupun baru enam jam yang lepas mereka melepaskan rindu sebelum dia terpaksa menurunkan isterinya di kolej, rasa rindu buat isterinya tidak pernah padam walau sesaat.

Teringat dirinya saat isterinya memberitahu mahu menghantarnya ke sini instead of menjawab mid-term exam yang diadakan serentak dengan hari berlepasnya ke Russia. Betapa gadisnya itu sanggup menulis surat untuk dihantar pada pensyarahnya mengenai ketidakhadiran dirinya ke peperiksaan itu dan mahu menjawabnya di kemudian hari.

Pelukan yang lama dan erat di tubuhnya makin melebarkan senyuman di bibir. Betapa dia akan merindui pelukan ini untuk enam bulan nanti, atau mungkin setahun. Betapa dia akan merindukan wajah ini untuk jangka masa yang lama.

“Ris ingat abang dah masuk dalam.” Kata suara dibalik dadanya itu. Pelukan makin dieratkannya.

“Kan abang cakap, abang akan tunggu sayang.” Ucapnya sebelum menjatuhkan sebuah ciuman di kepala isterinya. “Abang rindu isteri abang.” Ucapnya cuba menyembunyikan sebak di dada.

Allahu, jangan buatkan aku menangis saat ini. Ini bukan kali pertama kau berpisah dengan dia, Harris.

Pelukan dilepaskan. Tapi tangan isterinya masih setia memeluk pinggangnya. Mata mereka bertentangan. Menghantar isyarat rindu yang bermukim di dada. “Macam mana exam tadi? Okey?” Soalnya.

Rissa mengangguk. “Okey.”

“Susah tak?” Sudah dirinya sedia maklum, kertas soalan Auditing yang dijawab isterinya merupakan teori. Hanya kefahaman dan hafalan yang diperlukan untuk menjawab kertas itu.

Dan bagi isterinya yang otak mengira ini, subjek teori akan menjadi subjek yang begitu susah untuknya. Jadi dia risau andai isterinya terpaksa mengulang semula subjek itu untuk semester depan.

Rissa senyum. Tak adalah susah seperti yang dijangkakan. Alhamdulillah, dia berjaya menjawab soalan itu dengan tenang tadi. Berkat doa dari suaminya, mungkin. “Susah lagi nak lepaskan suami Rissa pergi.”

Harris tergelak. “Isy, isteri abang ni.” Pipi isterinya dicubit manja sebelum satu ciuman dihadiahkan di situ. Pipi gebu yang akan dirinduinya nanti. “Geram.”

Dia mengeluh sebaik saja melihat jam yang tergantung di situ. Sudah tiba masanya untuk mereka berpisah. Lantas wajah isteri tercinta dipandang sayu. “It's time for me to go, sayang.” Ucapnya sebak.

Rissa mengangguk mengerti. Berpisah untuk jangka masa yang lama merupakan jalan yang mereka punya. Rasa sebak yang sendat di dada buatkan air matanya mengalir tiba-tiba. “Boleh tak kalau abang tak payah pergi?” Tanya Rissa random. Tidak mahu melepaskan kesayangannya pergi.

Harris tersenyum cuma. “Abang ada dekat dengan sayang. Dekat sini,” Diletakkan tapak tangannya di dada isterinya. “Abang selalu ada dalam hati sayang. Jangan risaukan abang yea.”

Rissa menarik nafas. Sendat dengan perasaan sedih dan sebak. How I wish, I can stop the time and we stay here forever, abang. Just two of us.

“Abang pergi dulu. Jaga diri.” Tubuh mereka dirapatkan kembali. Tangan mengusap belakang tubuh isterinya yang menangis tanpa suara. Jujur, tangisan tanpa suara itulah yang buatkan hatinya sakit. Lantas kepala isterinya dicium lama sebelum pelukan kembali terlerai. “I love you, sayang. Always.

Langkah dibuka. Membawa tubuh menjauh. Dan menghilang dibalik lautan manusia. Mutiara jernih yang jatuh diseka. Peritnya hati bila setiap kali terpaksa berpisah seperti ini.

“Abang.” Ucap Rissa perlahan. Mata hanya memandang suaminya yang sudah tenggelam dalam kerumunan manusia di hadapannya. Tubuh itu hilang ditelan tubuh manusia yang lain. “Abang.” Ucapnya lagi.

Air mata menjatuh lagi.

Telefon yang bergetar membawanya menslaid skrin. WhatsApp dari suaminya:

See you in six months.
I love you. 😘😘😍😍


- TAMAT -

4 comments:

  1. Cter yg mnarik..hwaaa sdihnye..
    sis wat la smbgannye

    ReplyDelete
    Replies
    1. err sambungan? Ala ala, tak retilah nak sambung.

      Delete
  2. tamat? seriously? sedihnya... wat laa sambungannya sis. untuk cintakah sekali, sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea awak, dah tamat dah. Mampu sampai situ je, huhuu

      Delete

Pendapat anda sangat saya hargai