Pages

Search This Blog

25 Dec 2016

Mini Novel - Bayangan | Chapter 3


“FIE.” Panggil Laila sebaik saja Sofie melangkah. Dia memandang suaminya sebelum pandangannya jatuh pada Sofie yang memandangnya. Ditarik tangan Sofie dan dipaut tangan itu erat.

            Wajah suami kembali dicari. “I nak stay dengan Fie sampai malam karang boleh tak?” Soalnya meminta keizinan. “Luangkan masa bersama yang hanya tinggal hujung tanduk aje ni. Boleh eh?” Soalnya lagi berharap.

            Tolong jangan hancurkan harapan isteri awak yang setinggi gunung ni.

            Ikhwan memandang isterinya dan Sofie silih-berganti. Keluhan dilepaskan. Memang waktu cuti hujung minggunya dihabiskan bersendirikah?

            “I tak bermaksud nak tinggalkan you sorang diri, tapi.. ini aje masa yang I ada untuk diluangkan dengan Fie. Lepas ni, entah bila lagi...”

            Yes, you may, sayang. Potong Ikhwan pantas. Mengenali isterinya, selagi tidak mengizinkan sesuatu yang menjadi pengharapannya, pasti akan dicuba sedaya upaya untuk memujuknya supaya mengizinkan.

            “Serius? Terima kasih, sayang.” Lengan suaminya dipeluk.

            Sementara Sofie menayangkan wajah annoyingnya. “Ohh tolonglah.. aku dah penat tengok drama romatica de amour kau orang ni. Dah, jom cepat.” Dibantu Laila supaya berdiri. “Babai Ikh.”

            “Jaga isteri aku elok-elok.” Pesan Ikhwan sebelum dua wanita itu memulakan langkah mereka meninggalkannya sendiri. Tersenyum dia melihat gelagat dua sahabat itu.

            “Tak janji.”


SOFIE berpusing sebaik saja mendengar suara keluhan dari belakangnya. Ternaik sebelah keningnya melihat Laila berdiri di muka pintu bilik. “Kau kenapa berdiri dekat situ? Masuk ajelah.” Suruhnya.

            Terkedek-kedek Laila berjalan dan melabuhkan punggung di hujung katil dalam bilik tidur Sofie. Perbuatan Sofie yang lagi mengemas barang-barang sebelum dimasukkan ke dalam beg besarnya dipandang sayu.

            Are you going to leave me here, Fie?

            “Fie..” Panggil Laila meleret. Cuba menyembunyikan perasaan sebak dalam diri. Oh come onlah, siapa yang suka bila sahabat baik nak tinggalkan kita?

            “Haa..” Sahut Sofie sambil memperlahankan suara lagu di telefonnya. Kemudian tangannya kembali lincah melipat baju sebelum dimasukkan ke dalam beg besar yang akan digunakan malam nanti.

            “Kau memang tak nak balik sini dah ke?” Pertanyaan Laila itu buatkan perbuatan Sofie terhenti. Dia mengeluh perlahan sebelum memusingkan tubuh menghadap Laila.

            “Kenapa kau cakap macam tu?” Soalnya tenang.

            “Tengoklah.. sampai dua beg kau angkut nak pergi tenangkan diri. Macam dah tak nak balik sini aje aku tengok.” Mata Laila memandang dua beg besar yang terbentang di lantai bilik. Dikeliling beg-beg itu berselerak baju dan beberapa barang peribadi milik Sofie.

            Sofie tersenyum. “Aku akan balik, Lai. Aku janji.” Tangan Laila digenggam. Tangan yang membantunya berdiri saat dia lemah tak berdaya beberapa bulan yang lepas. Tangan yang akan menggosok belakang tubuhnya saat dia memerlukan satu ketenangan. Tangan yang menariknya ke dalam pelukan saat dirinya perlukan kehangatan.

            “Pastikan kau tunaikan janji kau tu, Fie.” Ucap Laila perlahan.

            “Hmm..” Sofie mengangguk perlahan. Anggukan yang.. dia tidak pasti akan tunaikannya. Aku minta maaf Laila. Mungkin jodoh kita untuk bertemu, hanya sekadar di saat ini saja.


GAMBAR-GAMBAR yang dipandang disentuh. Sesekali gambar itu diusap perlahan. Gambar dua mempelai yang duduk bersanding di pelaminan. Cantik mengenakan baju berwarna coklat tua. Tersenyum memandang kamera yang tidak berhenti merakam kenangan terindah itu.

            Aku rindu keadaan ini.

            Gambar seterusnya, gambar dua manusia. Lelaki dan perempuan. Bersama-sama duduk di atas buaian di satu taman permainan. Tersenyum bertentangan mata bersama kaki yang menghayun.

            Aku rindu keadaan ini juga.

            Kemudian, gambar yang juga manusia yang sama. Bersama si lelaki yang merakam gambar. Manakala yang perempuan lagi tertidur pulas bersama kepala diletakkan di atas meja. Wajah si lelaki yang menjengkelkan sesekali buatkan bibir Sofie tersungging senyuman.

            Sekali lagi, aku rindu keadaan ini.

            Laila yang menyaksikan air mata yang mengalir itu hanya membiarkan dari jauh. Mungkin sekarang bukan waktu yang tepat untuknya mendekati Sofie yang lagi berduka. Biarlah.. biarlah dia menangis sekarang sebelum segala kenangan itu akan dihapuskan sekejap lagi.

            Kenangan mengusik jiwa yang akan dihancurkan dengan hati yang terpaksa.
            Kenangan yang akan buatkan Sofie bangkit meneruskan hidupnya kembali.
            Kenangan yang akan terpadam, buat selamanya.
            Kuatkan sahabatku, Sofie, ya Allah.

            Berikannya kekuatan.

24 Dec 2016

Mini Novel - Bayangan | Chapter 2


Telefon yang tersadai di hadapannya dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka. Nama Laila dicari. Lantas jemari menekan papan kekunci yang tertera.
You.
Mana kau ni?
Berlecak dah ketiak aku tunggu.
            
Dua minit diperlukan untuk Sofie menunggu jawapan balas dari Laila. Hailah mak buyung. Bukan selalunya dia yang tepati masa ke? Kenapa hari ni tiba-tiba nak pecahkan rekod yang sedia ada?
Laila.

On my way.
Hubby aku ni ha, tak nak kasi aku lepas.
Rindu katanya. Auch!

            Sofie mencebik. Nak menunjuk drama romantik laki bini depan akulah tu. Ingat aku hairan sangat ke?

You.
I’m used to be in that kind of situation, you know.
Jadi aku tak peduli. Dah, cepat datang!
Aku kira sampai 10. Kau tak ada dekat sini, punggung kau jadi mangsa.
Laila.
Arasso, captain!

            Telefon kembali diletak di atas meja. Tea latte di atas meja ditarik mendekat. Tea latte yang sudah dimasukkan gula sebentar tadi dikacau perlahan. Minuman kegemarannya setiap kali Secret Recipe menjadi tempat perutnya diisi penuh.

            Sembilan minit menunggu, akhirnya tiba juga mak buyung bersama suami kesayangan di sisi. Tersengih-sengih berjalan mendekati meja yang didudukinya.

            “Hai Fie.” Sapa Ikhwan ramah. Kemudian dibantunya Laila untuk duduk di kerusi berhadapan dengan Sofie. Tersenyum pasangan itu sebaik saja Laila selamat mendaratkan punggung di kerusi.

            “Hai balik.” Balas Sofie. Dia mengenali Ikhwan sewaktu di sekolah menengah. Dan melalui dirinya jugalah Ikhwan berkenalan dengan Laila yang merupakan sahabat baiknya. Tidak disangkanya Sofie, pertemuan pertama dua manusia di hadapannya ini telah membuatkan terbitnya satu perasaan aneh dalam hati masing-masing.

            Lantas mereka diijabkabulkan hujung tahun lepas. Dan kini, sedang menunggu untuk melahirkan anak yang dikandung lambang kesucian cinta mereka berdua. Auch, klisenya ayat!

            “Kau nak jumpa aku hari ni kenapa?” Tanya Laila langsung pada tujuan asal. Mengacau saja Cik Puan Sofia Natasya ni. Tidak tahukah ini hari minggu. Harus dihabiskan bersama suami tersayang.

            Sofie senyum memandang dua kawan di hadapannya. Dikuatkan hati untuk menjawab pertanyaan Laila. “Ini mungkin pertemuan kita kali terakhir, Lai. Lepas ni, entah bila lagi kita dapat berjumpa macam ni lagi.” Tenang nadanya menyampaikan maksud tersirat.

            Berkerut dahi Laila mendengar. Dia berpandangan dengan suaminya buat seketika sebelum masing-masing kembali memandang Sofie. “Maksud kau?” Sudah dirasa perasaan yang tidak enak dalam hatinya.

            Fie, jangan kata kau..

            Sofie menyandarkan tubuhnya di kerusi. “Aku akan terbang ke Switzerland malam karang.” Bibirnya mengukirkan senyuman. Wajah cuba beriak tenang.

            “Fie..” Statik pandangan mata Laila melekat pada mata Sofie. Dia hilang kata. Masih cuba menghadam fakta yang diperdengarkannya saat ini.

            “Kau melawak, kan?” Soal Ikhwan mengambil alih tempat isterinya. Sebegini hancurnyakah perasaan Sofia sehingga mahu membawa diri sampai ke negara orang?

            Sofie menjongketkan bahu.I wish, I could say that I’m kidding. But, I’m not. Wajah manusia di hadapannya ditatap. “Aku minta maaf.”

            “Tapi kenapa?”

            “Aku nak cari diri aku. Nak cari ketenangan yang hancur. Nak cari semangat yang hilang.” Jawapan yang dihafalnya tadi sebelum ke sini, diucapkan. Biarlah Laila dan Ikhwan mengetahui punca dia mahu membawa diri hanya kerana hal itu.

            Kebenaran tidak akan dibongkarkannya saat ini.

            “Sampai bila?”

            Sofie sekali lagi menjongketkan bahunya. “Sampai aku jumpa apa yang aku nak.” Dia senyum saat melihat mata Laila yang seperti menginginkan jawapan yang spesifik. Lantas dia kembali bersuara, “Mungkin sebulan. Mungkin setahun. Atau mungkin untuk selama-lamanya.” Dia senyum lagi.

            “Tapi kau dah janji akan ada dengan aku waktu aku bersalin nanti.” Sayu Laila bersuara. Sofie akan mungkiri janjinyakah? Katakan tidak. Tolonglahh..

            Sofie senyum lagi. “Aku minta maaf, Lai.” Mata dikerdipkan beberapa kali. Cuba mengembalikan penglihatan yang kabur dek air mata yang bergenang. Tapi dia kalah bila melihat air mata Laila yang sudah mengalir. Air matanya juga turut sama mengalir.

            “Aku minta maaf.” Kepala ditundukkan. Aku minta maaf kerana menjadi manusia yang memungkiri janjinya, Lai. Aku terpaksa. Terpaksa untuk pergi.

           Look, who’s here?” Suara yang sangat familiar baginya. Wajah diangkat sebaik saja tangan menyeka air mata.

            Bingo!

            Wajah yang tidak asing dalam hidupnya dipandang. Apa dia buat dekat sini?

            “Hai Fie.” Sapa wanita itu.

            Sofie menjongketkan sebelah keningnya. Did I know you, miss? Or should I call you mrs?”  Nada jengkel terlepas dari bibirnya.

            Wanita itu menayangkan wajah kelat.

            Sofie memandang Laila dan Ikhwan di hadapannya. Menghantar maksud menyuruh mereka menghiraukan perempuan yang menempel tiba-tiba di sini.

            Tidak menghiraukan pandangan jengkel Sofie padanya, wanita itu terusan bersuara. “Sekarang aku tahu, kenapa kau terlalu mencintai lelaki tu,” Jeda. Is it daebak be with someone who really good on bed, right?” Sinis. “Kenapa dia buang kau ye? Oh, sebab kau tak sehebat aku semestinya.” Jawab wanita itu membangga diri.

            Sofie menggenggam penumbuk erat. Gigi diketap. Tahulah dia siapa lelaki yang dimaksudkan perempuan di hadapannya ini. “Berambus!” Ucapnya bersama nada yang ditahan-tahan.

            I will. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya mendekati Sofie sebelum bersuara, “Tapi aku sedikit kecewa tak nampak kau di majlis perkahwinan kami minggu lepas.” Dan wanita itu berlalu bersama lenggok yang hampir merobohkan amarahnya.

            “Fie..” Melihatkan wajah Sofie yang kemerahan menahan amarah, Laila mengusap tangan Sofie di atas meja. Cuba menenangkan wanita itu.

           What did I do wrong?” Soalnya lebih kepada diri sendiri. Apa salah aku pada perempuan itu? Kenapa dia sampai sanggup buat seperti ini pada aku? Kejam sangatkah perbuatan aku padanya sebelum ini?


            Sofie memejamkan matanya. Serasanya, keputusannya untuk pergi jauh dari bumi Malaysia merupakan keputusan yang paling tepat dia pernah lakukan.

18 Dec 2016

Mini Novel - Bayangan | Chapter 1


“FIE.” Namanya diseru. Pantas dia menoleh. Memandang Laila yang lagi menjamu makanan ringan di sebelahnya. Hailah ibu mengandung ni. Sudah dilarang tidak elok kalau selalu sangat makan makanan ringan ni, tetap tidak dipedulinya.

            “Kau okey ke?” Soalan dari Laila itu sedikit sebanyak buatkanya bingung. Lantas sebelah kening dijongketkan. “Maksud kau?”

            “Aku dengar kau menangis malam tadi.” Jawapan itu.. Sofie pantas melepaskan keluhan. Kenyataan yang tidak boleh disangkal sama sekali.

            “Kau mimpi benda yang sama lagi ke, Fie?” Tanya Laila risau. Dia lagi risaukan Sofie daripada merisaukan dirinya yang akan melahirkan lagi sebulan. Aci tak kalau dia cakap, Sofie lagi penting sekarang ini berbanding dirinya?

            Sofie hanya mendiamkan diri. Kenapa semua yang dia lakukan, Laila dapat hidu? Dia ada sixthsense ke apa ni?

            “Fie..”

            “Laila..” Sofie memintas. “Iddah aku masih ada lagi tiga minggu, kau sokong tak kalau aku pergi jumpa Fik suruh dia rujuk semula?” Entahlah, tapi itu yang terbayang di fikirannya sejak beberapa hari ini.

            “Sofia!” Jeritan Laila mampu memecahkan gegendang telinganya. “Kau gila ke apa?!” Sekali lagi jerita itu kedengaran. “Jangan letakkan maruah kau di tempat paling terhina, Fie.” Seperti ditahan nada suara itu, Laila bersuara. “Kau nak bersama semula dengan manusia yang dah buang kau jauh-jauh, Fie?”

            Nampak Laila mengusap perut memboyotkan perlahan. Nafas Laila yang kelihatan pantas itu buatkan Sofie jadi bersalah. Perlahan dia menyentuh lengan Laila. Sorry. Tuturnya.


            Think about it, Fie. Bersusah-payah Laila bangkit untuk berdiri. Jatuh kasihannya pada wanita itu. “Kalau aku, aku tak nak bersama semula dengan manusia yang dah hempaskan hidup aku macam kaca.” Dan Laila berlalu.

Mini Novel - Bayangan | Prolog



Doa diaminkan. Tangan yang dihulur disambut sebelum dikucup penuh kasih. “Fie minta maaf, andai Fie ada sakitkan hati abang.” Tangan itu dikucup lagi. Terasa kepalanya disentuh sebelum diusap lembut.

            “Abang maafkan Fie.” Ubun-ubun si isteri dicium. “Abang pun minta maaf andai abang ada terguriskan hati Fie. Banyak salah abang pada Fie. Maafkan abang, sayang.” Tubuh genit itu ditarik melekat dalam pelukan. Belakang badan si isteri diusap.

            Sofie hanya menerima kucupan dan belaian pada wajahnya. Seolah ini merupakan kucupan dan belaian yang terakhir yang layak diberi sang suami. Tuhan, kenapa hati aku rasa tidak tenteram saat ini?

            Fikri menyembabkan wajahnya di bahu kiri Sofie. Dikucup bahu itu sebelum perlahan-lahan wajah diangkat. Bibirnya didekatkan dengan telinga si isteri. Mata dipejam rapat bersama air mata yang mengalir deras.

            Bibir didekatkan dan melekat di telinga sebelum kembali dijarakkan. Nafas ditarik buat kesekian kalinya. Berat. Lelah. Tuhan, aku tak kuat.

            Perlahan bibir terbuka sebelum bersuara, “Sofia Natasya binti Lokman, aku ceraikan kau dengan talak satu.” Air mata mengalir lagi. Pelukan terus terlerai dengan sendirinya. Wajah kekasih hati di hadapan mata ditatap.

            “Fie duduk aje dekat rumah ni, rumah ni milik Fie. Biar abang yang keluar.” Ucapnya sebak menahan tangis dari terhambur kuat. Pedih hatinya saat melihat wajah si kekasih hati yang tergamam dengan keputusannya yang drastik ini.

            Air mata yang mengalir dibiarkan mengalir. Hatinya yang sakit dibiarkan terus sakit. Jiwanya yang pedih dibiarkan terus dicarik. Inikah jawapan kepada ketidaktenteraman hati aku tadi tuhan?

            Pintu yang ditutup buatkan Sofie pantas menghamburkan air mata. Ditangisi nasibnya di waktu subuh yang hening itu. Inikah pengakhiran pada kisah percintaan mereka? Inikah yang dia dapat selama mengorbankan perasaannya?

            Tuhan, aku tidak kuat saat ini. Justeru, jadikanlah aku manusia yang kuat. Bantulah aku bangkit dari kehancuran ini.

7 Dec 2016

Mini Novel - Bayangan | Launch

Assalamualaikum,




Dah bulan December dah. Siapa dekat sini December's Baby? Okeh kita geng!

Sebelum tu, aku nak minta maaf banyak-banyak kalau entri kali ni mengampakan kalian. Tak bermaksud pun nak buat macam tu. Aku hanya nak berborak sikit aje pasal mini novel aku yang seterusnya ni, Bayangan.

Sebenarnya nak bagitahu, entah kenapa rasa macam perjalanan untuk mini novel Bayangan yang aku beritahu in previous entry terasa macam lambat sangattt. 

Ingatkan bila tengah cuti sem ni, bolehlah luangkan masa untuk menulis aje. Sebab sepanjang enam bulan duk pulun belajar ni kan otak asyik duk ingat nak menulis.

Tapi tak sangka pula bila dah sampai cuti sem ni, apa yang dirancang semua dah masuk dalam laut. Siap berenang kau. Adeh!

Serius, masa tu sangat banyak. Terluang sungguhlah waktu yang aku ada saban hari untuk menulis. Korang nak ajak aku lepak pun aku boleh. Kah!

Tapi itulah, laptop aku asyik kena curi aje dengan adik aku. Buat main games. Bila aku minta nak guna, mulalah dia cakap tengah cas. Alahai dikk.

Tapi aku curi balik laptop aku dan mula menulis. Tak kira.

Dan fikir fikir, dah hampir 14 bab aku menulis untuk cerita kali ni. Adalah dalam 83 muka surat sekarang. Fuh, berpeluh dahi menulis. Hahaa. 

Dan jalan cerita kali ni agak berbeza dengan cerita-cerita yang pernah aku karang sebelum ni. Dan perlukan banyak penggunaan internet untuk buat search mengenai jalan cerita.

Ohh, tak adalah complicated sangat. Plus, aku memang tak suka buat cerita yang buatkan otak aku nampak berat. Hehehee.

Dan aku tengah mencari masa yang sesuai untuk me-reveal-kan cerita kali ni.

Agak-agak bila yea? Have any idea? Tapi insya-Allah dalam bulan ni jugak.

P/s : Lawa tak cover kali ni? Cakap lawa plissssssss. Penat aku buat. Kah!