Pages

Search This Blog

24 Dec 2016

Mini Novel - Bayangan | Chapter 2


Telefon yang tersadai di hadapannya dicapai. Aplikasi WhatsApp dibuka. Nama Laila dicari. Lantas jemari menekan papan kekunci yang tertera.
You.
Mana kau ni?
Berlecak dah ketiak aku tunggu.
            
Dua minit diperlukan untuk Sofie menunggu jawapan balas dari Laila. Hailah mak buyung. Bukan selalunya dia yang tepati masa ke? Kenapa hari ni tiba-tiba nak pecahkan rekod yang sedia ada?
Laila.

On my way.
Hubby aku ni ha, tak nak kasi aku lepas.
Rindu katanya. Auch!

            Sofie mencebik. Nak menunjuk drama romantik laki bini depan akulah tu. Ingat aku hairan sangat ke?

You.
I’m used to be in that kind of situation, you know.
Jadi aku tak peduli. Dah, cepat datang!
Aku kira sampai 10. Kau tak ada dekat sini, punggung kau jadi mangsa.
Laila.
Arasso, captain!

            Telefon kembali diletak di atas meja. Tea latte di atas meja ditarik mendekat. Tea latte yang sudah dimasukkan gula sebentar tadi dikacau perlahan. Minuman kegemarannya setiap kali Secret Recipe menjadi tempat perutnya diisi penuh.

            Sembilan minit menunggu, akhirnya tiba juga mak buyung bersama suami kesayangan di sisi. Tersengih-sengih berjalan mendekati meja yang didudukinya.

            “Hai Fie.” Sapa Ikhwan ramah. Kemudian dibantunya Laila untuk duduk di kerusi berhadapan dengan Sofie. Tersenyum pasangan itu sebaik saja Laila selamat mendaratkan punggung di kerusi.

            “Hai balik.” Balas Sofie. Dia mengenali Ikhwan sewaktu di sekolah menengah. Dan melalui dirinya jugalah Ikhwan berkenalan dengan Laila yang merupakan sahabat baiknya. Tidak disangkanya Sofie, pertemuan pertama dua manusia di hadapannya ini telah membuatkan terbitnya satu perasaan aneh dalam hati masing-masing.

            Lantas mereka diijabkabulkan hujung tahun lepas. Dan kini, sedang menunggu untuk melahirkan anak yang dikandung lambang kesucian cinta mereka berdua. Auch, klisenya ayat!

            “Kau nak jumpa aku hari ni kenapa?” Tanya Laila langsung pada tujuan asal. Mengacau saja Cik Puan Sofia Natasya ni. Tidak tahukah ini hari minggu. Harus dihabiskan bersama suami tersayang.

            Sofie senyum memandang dua kawan di hadapannya. Dikuatkan hati untuk menjawab pertanyaan Laila. “Ini mungkin pertemuan kita kali terakhir, Lai. Lepas ni, entah bila lagi kita dapat berjumpa macam ni lagi.” Tenang nadanya menyampaikan maksud tersirat.

            Berkerut dahi Laila mendengar. Dia berpandangan dengan suaminya buat seketika sebelum masing-masing kembali memandang Sofie. “Maksud kau?” Sudah dirasa perasaan yang tidak enak dalam hatinya.

            Fie, jangan kata kau..

            Sofie menyandarkan tubuhnya di kerusi. “Aku akan terbang ke Switzerland malam karang.” Bibirnya mengukirkan senyuman. Wajah cuba beriak tenang.

            “Fie..” Statik pandangan mata Laila melekat pada mata Sofie. Dia hilang kata. Masih cuba menghadam fakta yang diperdengarkannya saat ini.

            “Kau melawak, kan?” Soal Ikhwan mengambil alih tempat isterinya. Sebegini hancurnyakah perasaan Sofia sehingga mahu membawa diri sampai ke negara orang?

            Sofie menjongketkan bahu.I wish, I could say that I’m kidding. But, I’m not. Wajah manusia di hadapannya ditatap. “Aku minta maaf.”

            “Tapi kenapa?”

            “Aku nak cari diri aku. Nak cari ketenangan yang hancur. Nak cari semangat yang hilang.” Jawapan yang dihafalnya tadi sebelum ke sini, diucapkan. Biarlah Laila dan Ikhwan mengetahui punca dia mahu membawa diri hanya kerana hal itu.

            Kebenaran tidak akan dibongkarkannya saat ini.

            “Sampai bila?”

            Sofie sekali lagi menjongketkan bahunya. “Sampai aku jumpa apa yang aku nak.” Dia senyum saat melihat mata Laila yang seperti menginginkan jawapan yang spesifik. Lantas dia kembali bersuara, “Mungkin sebulan. Mungkin setahun. Atau mungkin untuk selama-lamanya.” Dia senyum lagi.

            “Tapi kau dah janji akan ada dengan aku waktu aku bersalin nanti.” Sayu Laila bersuara. Sofie akan mungkiri janjinyakah? Katakan tidak. Tolonglahh..

            Sofie senyum lagi. “Aku minta maaf, Lai.” Mata dikerdipkan beberapa kali. Cuba mengembalikan penglihatan yang kabur dek air mata yang bergenang. Tapi dia kalah bila melihat air mata Laila yang sudah mengalir. Air matanya juga turut sama mengalir.

            “Aku minta maaf.” Kepala ditundukkan. Aku minta maaf kerana menjadi manusia yang memungkiri janjinya, Lai. Aku terpaksa. Terpaksa untuk pergi.

           Look, who’s here?” Suara yang sangat familiar baginya. Wajah diangkat sebaik saja tangan menyeka air mata.

            Bingo!

            Wajah yang tidak asing dalam hidupnya dipandang. Apa dia buat dekat sini?

            “Hai Fie.” Sapa wanita itu.

            Sofie menjongketkan sebelah keningnya. Did I know you, miss? Or should I call you mrs?”  Nada jengkel terlepas dari bibirnya.

            Wanita itu menayangkan wajah kelat.

            Sofie memandang Laila dan Ikhwan di hadapannya. Menghantar maksud menyuruh mereka menghiraukan perempuan yang menempel tiba-tiba di sini.

            Tidak menghiraukan pandangan jengkel Sofie padanya, wanita itu terusan bersuara. “Sekarang aku tahu, kenapa kau terlalu mencintai lelaki tu,” Jeda. Is it daebak be with someone who really good on bed, right?” Sinis. “Kenapa dia buang kau ye? Oh, sebab kau tak sehebat aku semestinya.” Jawab wanita itu membangga diri.

            Sofie menggenggam penumbuk erat. Gigi diketap. Tahulah dia siapa lelaki yang dimaksudkan perempuan di hadapannya ini. “Berambus!” Ucapnya bersama nada yang ditahan-tahan.

            I will. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya mendekati Sofie sebelum bersuara, “Tapi aku sedikit kecewa tak nampak kau di majlis perkahwinan kami minggu lepas.” Dan wanita itu berlalu bersama lenggok yang hampir merobohkan amarahnya.

            “Fie..” Melihatkan wajah Sofie yang kemerahan menahan amarah, Laila mengusap tangan Sofie di atas meja. Cuba menenangkan wanita itu.

           What did I do wrong?” Soalnya lebih kepada diri sendiri. Apa salah aku pada perempuan itu? Kenapa dia sampai sanggup buat seperti ini pada aku? Kejam sangatkah perbuatan aku padanya sebelum ini?


            Sofie memejamkan matanya. Serasanya, keputusannya untuk pergi jauh dari bumi Malaysia merupakan keputusan yang paling tepat dia pernah lakukan.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai