Pages

Search This Blog

25 Dec 2016

Mini Novel - Bayangan | Chapter 3


“FIE.” Panggil Laila sebaik saja Sofie melangkah. Dia memandang suaminya sebelum pandangannya jatuh pada Sofie yang memandangnya. Ditarik tangan Sofie dan dipaut tangan itu erat.

            Wajah suami kembali dicari. “I nak stay dengan Fie sampai malam karang boleh tak?” Soalnya meminta keizinan. “Luangkan masa bersama yang hanya tinggal hujung tanduk aje ni. Boleh eh?” Soalnya lagi berharap.

            Tolong jangan hancurkan harapan isteri awak yang setinggi gunung ni.

            Ikhwan memandang isterinya dan Sofie silih-berganti. Keluhan dilepaskan. Memang waktu cuti hujung minggunya dihabiskan bersendirikah?

            “I tak bermaksud nak tinggalkan you sorang diri, tapi.. ini aje masa yang I ada untuk diluangkan dengan Fie. Lepas ni, entah bila lagi...”

            Yes, you may, sayang. Potong Ikhwan pantas. Mengenali isterinya, selagi tidak mengizinkan sesuatu yang menjadi pengharapannya, pasti akan dicuba sedaya upaya untuk memujuknya supaya mengizinkan.

            “Serius? Terima kasih, sayang.” Lengan suaminya dipeluk.

            Sementara Sofie menayangkan wajah annoyingnya. “Ohh tolonglah.. aku dah penat tengok drama romatica de amour kau orang ni. Dah, jom cepat.” Dibantu Laila supaya berdiri. “Babai Ikh.”

            “Jaga isteri aku elok-elok.” Pesan Ikhwan sebelum dua wanita itu memulakan langkah mereka meninggalkannya sendiri. Tersenyum dia melihat gelagat dua sahabat itu.

            “Tak janji.”


SOFIE berpusing sebaik saja mendengar suara keluhan dari belakangnya. Ternaik sebelah keningnya melihat Laila berdiri di muka pintu bilik. “Kau kenapa berdiri dekat situ? Masuk ajelah.” Suruhnya.

            Terkedek-kedek Laila berjalan dan melabuhkan punggung di hujung katil dalam bilik tidur Sofie. Perbuatan Sofie yang lagi mengemas barang-barang sebelum dimasukkan ke dalam beg besarnya dipandang sayu.

            Are you going to leave me here, Fie?

            “Fie..” Panggil Laila meleret. Cuba menyembunyikan perasaan sebak dalam diri. Oh come onlah, siapa yang suka bila sahabat baik nak tinggalkan kita?

            “Haa..” Sahut Sofie sambil memperlahankan suara lagu di telefonnya. Kemudian tangannya kembali lincah melipat baju sebelum dimasukkan ke dalam beg besar yang akan digunakan malam nanti.

            “Kau memang tak nak balik sini dah ke?” Pertanyaan Laila itu buatkan perbuatan Sofie terhenti. Dia mengeluh perlahan sebelum memusingkan tubuh menghadap Laila.

            “Kenapa kau cakap macam tu?” Soalnya tenang.

            “Tengoklah.. sampai dua beg kau angkut nak pergi tenangkan diri. Macam dah tak nak balik sini aje aku tengok.” Mata Laila memandang dua beg besar yang terbentang di lantai bilik. Dikeliling beg-beg itu berselerak baju dan beberapa barang peribadi milik Sofie.

            Sofie tersenyum. “Aku akan balik, Lai. Aku janji.” Tangan Laila digenggam. Tangan yang membantunya berdiri saat dia lemah tak berdaya beberapa bulan yang lepas. Tangan yang akan menggosok belakang tubuhnya saat dia memerlukan satu ketenangan. Tangan yang menariknya ke dalam pelukan saat dirinya perlukan kehangatan.

            “Pastikan kau tunaikan janji kau tu, Fie.” Ucap Laila perlahan.

            “Hmm..” Sofie mengangguk perlahan. Anggukan yang.. dia tidak pasti akan tunaikannya. Aku minta maaf Laila. Mungkin jodoh kita untuk bertemu, hanya sekadar di saat ini saja.


GAMBAR-GAMBAR yang dipandang disentuh. Sesekali gambar itu diusap perlahan. Gambar dua mempelai yang duduk bersanding di pelaminan. Cantik mengenakan baju berwarna coklat tua. Tersenyum memandang kamera yang tidak berhenti merakam kenangan terindah itu.

            Aku rindu keadaan ini.

            Gambar seterusnya, gambar dua manusia. Lelaki dan perempuan. Bersama-sama duduk di atas buaian di satu taman permainan. Tersenyum bertentangan mata bersama kaki yang menghayun.

            Aku rindu keadaan ini juga.

            Kemudian, gambar yang juga manusia yang sama. Bersama si lelaki yang merakam gambar. Manakala yang perempuan lagi tertidur pulas bersama kepala diletakkan di atas meja. Wajah si lelaki yang menjengkelkan sesekali buatkan bibir Sofie tersungging senyuman.

            Sekali lagi, aku rindu keadaan ini.

            Laila yang menyaksikan air mata yang mengalir itu hanya membiarkan dari jauh. Mungkin sekarang bukan waktu yang tepat untuknya mendekati Sofie yang lagi berduka. Biarlah.. biarlah dia menangis sekarang sebelum segala kenangan itu akan dihapuskan sekejap lagi.

            Kenangan mengusik jiwa yang akan dihancurkan dengan hati yang terpaksa.
            Kenangan yang akan buatkan Sofie bangkit meneruskan hidupnya kembali.
            Kenangan yang akan terpadam, buat selamanya.
            Kuatkan sahabatku, Sofie, ya Allah.

            Berikannya kekuatan.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai