Pages

Search This Blog

5 Jan 2017

Mini Novel - Bayangan | Chapter 4


SEMENTARA menunggu pengumuman pesawatnya tiba, Sofie membelek laman sosial miliknya. Laila dan Ikhwan sudah dihalaunya pulang sebaik saja dia masuk ke waiting longue tadi. Tidak perlu untuk dua manusia itu menunggunya. Kerana baginya, itu lagi menyulitkan kepergiannya untuk meninggalkan mereka.
            Instagram yang sudah hampir dua minggu tidak diusiknya menjadi pilihannya saat itu. Lantas ikon Instagram disentuh. Banyak bayangan berbentuk hati dan beberapa permintaan berkawan diterimanya.
            Ruangan notifikasi disentuh. Berkerut dahinya saat melihat terlalu ramai manusia tagged namanya diruangan komen Instagram milik permilik lain. Lantas gambar kecil yang seperti dua manusia duduk di pelamin disentuh.
            Hampir gugur jantungnya saat melihat mempelai yang lagi terduduk ayu disinggah sana yang cantik itu. Liur yang ditelan terasa tersekat dikerongkong. Sakit lagi memeritkan. Komen pada gambar itu dibaca.

fir_man: congrate sis. You look gergous there.
maria: tak jemput pun. Pai hati.
sisakai09: Selamat pengantin baru. Handsome belaka laki kau.
liaAlia: ni bukan suami kak @fielokman ke? Gosh, apa yang jadi ni?
iman90: betullah @liaAlia, ni kan suami kak @fielokman. Macam mana dia boleh kahwin dengan kak @janne pulak ni?
­ppencuri: @fielokman nak dapat payung emas kot.
bunga: I tak tahu apa yang jadi antara mereka bertiga, tapi I lagi prefer abang @fik.fikri dengan kak @fielokman. Anyone with me?
liaAlia: I dengan you @bunga. I pun prefer abang @fik.fikri dengan kak @fielokman.

            Kekunci home disentuh. Cukuplah. Tak sanggup nak baca semua komen kepada gambar tu. Sakit. Hatinya sakit.

            “This is the pre-boarding announcement for flight QR 0845 to Doha, Hamad International Airport. We are now inviting those passengers with small children, and any passengers requiring special assistance, to begin boarding at this time. Please have your boarding pass and identification ready. Regular boarding will begin in approximately ten minutes time. Thank you.

            Sofie menarik nafas sedalamnya sebaik saja pengumuman mengenai pesawat yang akan dinaikinya telah tiba. Ya, Hamad International Airport. Dia bukan ke Switzerland seperti yang diberitahunya pada Laila, tapi dia akan ke Rusia.

            Sebaik melihat barisan beratur semakin berkurang, dia pantas berdiri. Mengambil beg tangan dan disangkut di bahu. Langkah mula diatur.

            Selamat tinggal, Malaysia.


Tubuh dihempas ke katil. Penat, letih, lenguh, mengantuk, semua ada. Sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha, Qatar dia terpaksa lagi menunggu untuk hampir lapan jam sebelum penerbangan yang seterusnya yang akan berhenti di Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow, Rusia. Kemudian terpaksa lagi menunggu untuk 15 jam untuk penerbangan ke Lapangan Terbang Gumrak, Volgograd, Rusia yang menjadikan jumlah perjalanan selama hampir 15 jam.
            Ya, di sinilah dia sekarang ni. Volgograd, Rusia.
            Tidak tahu kenapa Rusia menjadi pilihannya untuk membawa diri. Apa yang dia ingat, hanya negara ini yang terlintas dibenaknya sebaik saja perkataan membawa diri muncul di bibirnya.
            Mata yang kuyu dipejam buat seketika. “Tidur sekejaplah. Penat sangat ni.” Gumam Sofie tanpa sedar.
            Mata yang terpejam, perlahan-lahan membawanya ke alam mimpi.


TALIAN yang bersambung, Sofie tunggu dengan sabar. Lambatnya Doktor Nadia ni jawab panggilan. Terkejut mungkin sebab nombor luar negara yang menghubunginya.

            “The number you have dial...” Pantas telefon dijarakkan dan talian ditamatkan.

            Ikon mesej disentuh. Bait-bait ayat disusun cantik.

Doktor Nad, it’s me Fie. Pick up my call, please. I have something to tell you.

            Sebaik saja melihat permberitahuan bahawa Doktor Nadia sudah menerima pesanannya, sekali lagi dia menghubungi wanita itu. Kali ini, tidak perlu menunggu seperti tadi kerana orang di sebelah sana pantas saja menjawab panggilannya.

            “Assalamualaikum doktor.” Sapa Sofie ceria.

           “Waalaikumussalam, Fie. Maaf pasal tadi.Aku ingat orang negara mana tadi telefon aku. Takut aku nak angkat. Aku dah lah comel.” Balasnya bersambung dengan gelak di hujung ayat.
            “Oh tolonglah.” Sofie julingkan matanya ke atas. Kenapa dia dikelilingi dengan manusia yang kuat perasan ni? Melampau tahap tak hengad.

            “Jadi, ada apa kau nak beritahu aku?

        Sofie menggigit bibirnya. Nadia. Doktor Nadia merupakan kawan tuisyennya sewaktu di tingkatan lima. Kami berkenalan di tempat tuisyen. Kami berlainan sekolah tapi mempunyai perwatakan yang sama.

            Laila tidak pernah mengenali Nadia. Dia sendiri yang tidak mahu memperkenalkan Laila pada Nadia. Kerana baginya, Nadia hanyalah teman tuisyennya saja.

            Dan dia bertemu Nadia kembali beberapa hari yang lepas. Kami bercerita banyak perkara dan kesenangan yang ditunjukkan Nadia sedikit sebanyak buatkannya bercerita mengenai perjalanan hidupnya kepada wanita itu.

            Dan dia terpaksa mendalamkan penceritaan kisah hidupnya sebaik saja Nadia memberitahu suatu berita yang buatkannya tergamam sepanjang hari. Dan berita itu...

            Hanya dirinya dan Nadia saja yang tahu.

          “Aku sekarang ada di Rusia. Aku tak tahu bila aku akan pulang ke Malaysia. Jadi macam mana dengan..” Ayat Sofie mati. Sengaja tidak mahu menyambung ayatnya.

            Terdengar Nadia melepaskan nafasnya di hujung talian sana. “Pemeriksaan kau?” Nadia menyambung yang tergantung tadi.

            “Hmm..

           “Macam ni lah, aku ada sorang kawan dekat sana. Nanti aku bagi alamat hospital dengan nama dia sekali. Aku akan hubungi dia beritahu pasal kau dekat sana. Okey?” Jawapan balas Nadia buatkan Sofie melepaskan nafas lega.

            Bibirnya mengukirkan senyuman. “Terima kasih, Nad. Kalau kau tak ada, aku tak tahulah apa jadi pada aku.” Ucapnya tulus.

            Nadiya tersenyum. Memahami dengan penderitaan yang ditanggung si kawan. Kalau dirinya pun, belum tentu dapat tabah andai berada di kedudukan Sofie. “Kitakan kawan. Apa guna kawan kalau tak boleh bantu kawan dia.

            Sofie diam. Sesekali terbit keluhan di bibirnya. Keluhan penat dengan hidupnya.

         “Fie..” Seru Nadia lembut. “Tak baik mengeluh macam tu. Ini semua ujian dan pengajaran untuk kau. Ujian untuk kau kuat. Pengajaran untuk kau belajar dari apa yang berlaku. Allah tarik apa yang kau sayang, tapi Allah beri lebih dari apa yang kau sayang.

            “Ujian ni mematangkan kau. Ujian bukan melemahkan. Aku selalu ada kalau kau perlukan bantuan.” Ucap Nadia sekaligus menamatkan talian mereka petang itu.

            Ya, benarlah yang diucapkan Nadia tadi. Ujian itu mematangkan bukan melemahkan. Allah uji kerana dia rindukan rintihan hambaNya.

No comments:

Post a Comment

Pendapat anda sangat saya hargai