Pages

Search This Blog

5 Jan 2017

Mini Novel - Bayangan | Chapter 5

BANGUNAN yang berdiri gah di hadapan mata diteliti. Kagum seketika dengan rekaan bangunan besar yang menjadi santapan matanya saat ini. Dia menarik nafas panjang sebelum dilepasnya perlahan.

            Telefon yang di tangan ditekan. Ikon mesej disentuh. Nama yang baru disimpannya pagi tadi dicari. Zaim Hayyan. Nama kedua yang menjadi simpanan di telefonnya selepas Nadia.

Saya dah ada depan hospital.

            Pesanan dihantar. Tidak perlu menunggu lama, jawapan balas yang memintanya menunggu untuk seketika diterima.

            Sementara menunggu, dia memerhati keadaan sekeliling. Kawasan yang tenang meskipun ramai manusia di pintu utama. Dapat dilihat sebuah ambulans yang baru berhenti di pintu masuk utama. Berkejaran beberapa orang jururawat mendekati ambulans itu.

            Membulat mata Sofie saat melihat seorang lelaki yang berlumuran dengan darah dibawa jururawat itu masuk ke dalam hospital. Keadaan yang huru-hara itu sesekali buatkan dia berdebar.

            Kenapa dengan lelaki tu? Sampai berdarah segala. Kesian dan hairan pada waktu yang sama.

            “Ehem.” Suara deheman dari belakang buatkan Sofie menoleh. Di hadapannya kini berdiri seorang lelaki bersama jubah putih yang tersarung di tubuh.

            “Puan Sofia Natasya?” Tanya lelaki itu merujuk pada diri Sofie. Takut tersalah orang mungkin. Tapi melihat pada wajah yang penuh dengan adab ketimuran itu, tahulah dia. Dia tidak tersalah menegur orang.

            Sofie pantas mengangguk sebaik namanya disebut. “Doktor Hayyan ke?” Soal Sofie pula. Inikah lelaki yang akan merawatnya di sini menggantikan Nadia?

            Anggukan dari lelaki itu buatkan Sofie tersenyum. “Panggil saya Sofie aje.” Ucapnya. Tidak suka orang lain menggelarkannya dengan nama penuhnya.

            Lelaki itu tersenyum. “Macam mana kalau, saya panggil awak Fia?

            Sofie menjongketkan bahunya. “Suka hati awaklah.” Dia senyum. Tidak pernah lagi orang memanggilnya Fia seperti lelaki ini. Terasa macam, girly sangat.

            “Jom masuk dalam.” Ajak Hayyan.

            Mereka berjalan menelusuri beberapa tingkat di bangunan hospital itu. Bermacam ragam dapat dilihat. Selang beberapa minit berjalan, Hayyan membawanya masuk ke dalam sebuah bilik. Bilik dia mungkin. Sebab macam ternampak nama dia tertera di hadapan pintu masuk tadi.

            “Have a seat.” Suruh doktor lelaki itu.

            Sofie melabuh duduk di hadapan meja bertentangan dengan Hayyan. Dapat dilihatnya, lelaki itu mencabut jubah putihnya sebelum disangkut pada penyangkut di dinding. Kemudian dia juga melabuhkan duduk sepertinya.

            “Nad ada beritahu saya pasal awak. Jadi, tak perlulah kot awak nak terang dari awal ya.” Intro lelaki itu sambil mengambil sebuah fail yang diletak di tepi komputernya. “Ada beberapa lagi dokumen mengenai awak yang Nad akan hantar malam karang. Jadi dia hanya beri saya yang penting saja dulu.” Sambil menunjuk pada fail di tangannya.

            Fail di tangan diletak atas meja. “Saya dah tengok pasal awak. Jadi..” Lelaki itu berhenti mengambil nafas. Entah kenapa, terasa macam berat sekali lelaki itu mahu menuturkan ayat seterusnya. “Awak mengandung?

            Sofie sekadar mengangguk. Tidak boleh dinafikan lagi dah kenyataan yang satu itu. Cepat atau lambat, dia harus terima kenyataan itu. “Yes, I’m pregnant. About four weeks.” Dia senyum kelat.

            Nampak lelaki itu tersenyum pahit. “Cakap melayu dengan saya ya? Saya dah bosan bercakap selain melayu ni. Rindu nak cakap melayu.” Dia basahkan bibirnya. “Jadi.. mana suami awak?

            Terasa seperti nafasnya tersekat saat mendengar pertanyaan itu. Lama dia memandang doktor lelaki di hadapannya sebelum perlahan-lahan menjongketkan dua bahunya ke atas.

            “Tak ada atau tak tahu?

            Sofie menelan liur. “Perlukah awak tahu?” Tanya Sofie. Bukankah tugas seorang doktor merawat pesakitnya?

            Wajah Hayyan berubah. Tidak sangka akan mendapat pertanyaan seperti ini. “Saya.. err, tak apalah.” Dia ukir senyuman tawar. “Hmm, awak duduk dekat mana? Jauh ke nak datang sini?

            “Saya duduk dekat-dekat sini aje.” Balas Sofie pendek.

            “Nad kata, awak datang sini sorang diri. Betulkah?

            Sofie sekadar mengangguk.

            “Kenapa?

            Sofie memandang doktor di hadapannya. “Awak ni doktor atau busy body?
            “Huh?
            “Memang saya datang sini sebab perlu buat sesi jawab soalan macam ini ke?” Tanya Sofie jengkel. Tidak suka dengan manusia yang membuang masanya. Tahu tak, dia terpaksa korbankan waktu makannya semata-mata mahu ke sini? Berjumpa dengan Doktor Hayyan Fahmie ini.
            “Sorry, my mistake.” Dia kembali membasahkan lidahnya. Matanya dilarikan memandang fail di atas meja. Duduk dibetulkan sebelum kembali bersuara. “Setiap sebulan sekali awak kena datang sini, untuk pemeriksaan kandungan awak.
            Sofie tidak beriak. Hanya mendengar arahan daripada doktor muda di hadapannya. Apa yang bermain di fikirannya saat ini hanyalah, macam mana dia mahu meneruskan hidupnya selepas ini.


FIE...
            WhatsApp yang dihantar Laila dibaca. Entah kenapa, melihat pesanan yang hanya tertulis namanya itu saja sudah mampu buatkannya tersenyum.

You.
Kenapa?

Laila.
Rinduu...

            Sofie tersenyum lagi. Kali ini senyumannya melebar. Sebak mula merajai hati. Dia juga rindukan Laila. Sangat.

You.
I miss you too.
Kau sihat? Baby?

Laila.
Aku sihat. Baby pun.
Baby rindukan Auntie Sofie dia. Setiap hari duk tendang, tanya mana kau.

You.
Hahaha. Gila.
Entah-entah sebab dia dah nak keluar tak?

Laila.
Uish, janganlah awal sangat.
Aku belum sedia lagi ni nak meneran.

You.
Hahaha.
Goodluck for you, Mrs Ikhwan.

Laila.
Kau akan ada di sisi aku nanti, kan?

            Jemari Sofie yang rancak menari tadi terhenti. Pertanyaan dari Laila dibaca semula. Aku akan ada di sisinya nanti ke? Pejam celik, tinggal tiga minggu saja lagi waktu yang dianggarkan Laila akan melahirkan anak sulungnya.
            Tiga minggu bermakna bersamaan dengan sebulan dua minggu usia kandungannya. Kepala ditundukkan. Memandang perut yang masih lagi kempis. Tidak disangkanya, yang dia akan menyimpan kandungan ini.
            Betul kata Nadia, bayi ini tidak bersalah. Jadi untuk apa menghukum kebenaran?
            “Are you okay?” Suara seseorang buatkan Sofie mendongak. Menoleh ke kanan. Di sisinya kini berdiri seorang lelaki yang dikenalinya minggu lepas.
            Apa dia buat di sini? Dia tak kerja ke hari ni? Ah! Buat apa fikirkan tentang lelaki ini? Hal lelaki ini bukan masalahnya.
            “Boleh saya duduk sini?” Soal lelaki itu setelah agak lama membiarkan senyap mengelilingi mereka berdua. Semenjak awal tadi lagi dia memerhati wanita ini. Dalam beberapa saat boleh dilihatnya pelbagai memek muka yang ditunjukkan si wanita ini.
            Termenung, sedih, senyum, ketawa dan kembali muram. Macam mana manusia secantik ini begitu pandai memainkan perasaan yang berbeza dalam beberapa saat?
            Sofie hanya diam. Jujur, dia tidak punya mood mahu melayan lelaki ini. Matanya kembali memandang skrin telefon yang hampir gelap. Skrin disentuh dan cahaya kembali terang. Mesej Laila dibalas.

You.
I’m sorry. I couldn't be there.

Laila.
Tapi kenapa?

You.
Aku minta maaf, Lai.

            Keluhan dilepaskannya. Kenapa sukar sangat hidupnya? Kalau bukan kerana dia mengandung, pasti dia akan berada bersama Laila bila saat itu tiba. Tapi dia mengandung saat ini.. dan kalau boleh, dia tidak mahu sesiapa mengetahui dia mengandungkan zuriat lelaki yang disanjungnya dulu.
            Aku minta maaf, Lai. Bukan niat aku untuk mungkiri janji, tapi keadaan aku tidak mengizinkan untuk aku bersama-sama dengan kau.
            Melihat pesanannya yang sudah dibaca Laila tapi tidak dibalas wanita itu, tahulah dia kawannya itu lagi bersedih.
            Aku terpaksa, Laila.
            Di senarai nama kenalannya, dicari nama Ikhwan. Saat sudah ketemu, lantas jemari kembali menaip.

You.
Boleh kau janji dengan aku satu benda?

            Tanpa salam, langsung diterjah Ikhwan di bumi Malaysia. Ohh, only God know how I miss Malaysia right now.
            Keluhan dilepaskan lagi. Pemandangan yang cantik di hadapan mata diperhati. Cantik sangat. Musim sejuk sudah mengambil alih bumi Rusia. Selepas ini, pasti salji akan melanda. Dapatkah dia bertahan dalam musim yang terlampau sejuk itu nanti?
            “Dah dua kali saya dengar awak mengeluh. Ada apa-apa yang terjadi kah?” Tanya orang sebelah.
            Sofie menoleh. Hampir terlupa dia pada manusia yang duduk di sisinya. Sebelah kening yang ternaik itu dibalasnya dengan senyuman tawar. “Tak ada apa-apa. Saya okey.” Balasnya kurang jujur.
            Serasanya, tidak perlu untuk manusia luar mengetahui masalah hidupnya.
            “Saya boleh jadi telinga awak untuk dengar segala masalah awak.” Masih cuba ajak berbual.
            Sofie senyum nipis. Tidak berputus asa nampaknya doktor ni. “Saya lebih suka kudrat manusia untuk bantu selesaikan masalah saya berbanding hanya menjadi telinga untuk saya.” Jadi telinga untuk dengar segala masalahnya tidak akan membantunya menyelesaikan masalah. Lagi bertambah masalah adalah.
            Doktor Hayyan tersenyum nipis. “Can I?
            Senyuman Sofie mati. Ingatkan selepas dia memberikan ayat itu, doktor itu akan menarik diri dari menyibuk akan halnya tapi, sebaliknya yang berlaku.
            Sofie berpusing. Memandang Doktor Hayyan. Senyuman dihadiahkan. “Boleh awak pulang ke Malaysia?
            Air muka Hayyan berubah. Sofie hairan. Kenapa? Ada yang tidak kena kah dengan pertanyaannya?
            “Malaysia?” Soal Hayyan.
            Sofie angguk.
            Hayyan tiba-tiba mendiamkan diri. Entah apa yang difikirkannya. Tapi Sofie sedar, Hayyan akan berubah setiap kali Malaysia disebut. “Kenapa?” Soal Sofie ingin tahu.
            Hayyan hanya mengangkat bahunya ke atas. “Saya datang bekerja di sini sebab tak nak duduk di Malaysia.” Fakta mengenai kisah hidupnya seolah dirungkai satu demi satu.
            Berubah air muka Sofie. Seperti sukar baginya mahu menghadam kenyataan yang diberikan Hayyan padanya. “Tapi kenapa?” Tanya Sofie hairan.
            Hayyan sekali lagi menjongketkan bahunya.

Ikhwan.
Janji apa?

            WhatsApp dari Ikhwan buatkan mata Sofie berlari memandang skrin telefon. Ikhwan ni pun. Masa-masa macam inilah dia nak balas pesanan aku.
            Sofie mengangkat wajah. Kembali memandang Hayyan. Melihatkan Hayyan yang hanya memandang ke hadapan buatkannya mengeluh. Entah kenapa, dia rasakah mereka punya kisah hidup yang sama.
            Tapi betulkah apa yang hatinya bilang tadi?

You.
Jaga Lai baik-baik.
Jangan lukakan dia macam Fik buat pada aku.

Ikhwan.
Fie...
Aku sayang Lai macam nyawa aku.
Aku takkan lakukan perkara macam tu pada dia.
Aku janji.

You.
Hmmm..
Dulu pun, Fik janji perkara yang sama juga.
Tapi, tengoklah apa yang jadi.


            Betul. Itulah janji Fikri padanya dahulu. Sanggup sehidup semati dengannya. Tapi sekarang? Belum mati lagi sudah memperdajal isteri sendiri.

1 comment:

Pendapat anda sangat saya hargai